Masjid Kinrara sokong Teresa kena ISA – MALAYSIAKINI

image001kf1js1.gif picture by nsa1211408

Jimadie Shah Othman | Sep 15, 08 5:08pm

Pengerusi Masjid Bandar Kinrara, yang menerima petisyen membantah penggunaan pembesar suara untuk beberapa kegiatan agama, bersetuju dengan tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas exco kanan Selangor, Teresa Kok.Abdul Rahman Nasir berkata, secara umumnya, perkara sensitif membabitkan agama “tidak boleh dimainkan”.

“Perkara ini tidak boleh dimainkan. Terutama sekali di negeri Selangor ini, bukan saja (berkenaan) agama Islam, tetapi apa agama pun (tidak boleh dimainkan).”

Penahanan Teresa dipercayai mempunyai kaitan dengan petisyen sekumpulan 189 penduduk sekitar Seksyen 5, Bandar Kinrara yang meminta pihak masjid tersebut memperlahankan penggunaan pembesar suara untuk aktiviti keagamaannya.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Teresa, yang juga ahli parlimen Seputeh.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Abdul Rahman bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berkenaan isu itu kerana pihaknya cuma sebagai penerima petisyen dan tidak tahu-menahu tentang perkara lain di sebalik isu itu.

Masyarakat Islam setempat pula, menurut Abdul Rahman tidak memberikan sebarang reaksi terhadap penahanan itu dan bertindak seperti biasa.

“Kita tidak ada apa. Sudah lama dah masjid ini dibina. Itulah, persoalannya, kenapa sekarang? Kalau tidak puas hati, pindahlah.

“Dari dulu lagi waktu hendak beli rumah, pelannya sudah ada, sini masjid, sini taman permainan. Kenapa dulu beli di sini?” katanya.

Selain Teresa, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah akta kontroversi itu, Jumaat lalu.

Tan bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu.

Ustaz Moden : Sesiapa sahaja tidak kira dari bangsa Melayu sendiri atau Cina atau India perlu ditahan bagi mengelakkan pergaduhan antara kaum atau agama di Malaysia.

Iktibar 13 Mei 1969 perlu diteliti semula bagi memastikan kita tidak lagi terperangkap dengan mainan sentimen perkauman sehingga semua akan rugi sebenarnya tidak kira Melayu Islam Cina Buddha atau India Hindu atau mana mana agama sekalipun.

Kerana kita sekarang menjadi contoh bagaimana semua bangsa dapat rukun damai dan aman walaupun berbeza agama dan ia satu satunya di dunia, Justeru kita kena pertahankan benda ini dari direbut atau dirosakkan oleh mana mana pihak atau parti.

Undang undang perlu dilihat lebih utama dari emosi kita. Dan tentu kerajaan tidak buta atau pekak. Cuma sebagai rakyat kena bersabar sebagai rakyat dalam menanti apakah tindakan kerajaan selepas kita suarakan pendapat kita sebagai rakyat biasa.

Moga Malaysia akan aman sentiasa setiap masa menjadi MADINAH kedua….

13 Responses

  1. so kalau org melayu tak suka dengan loceng dari kuil Hindu, orang melayu kena pindah la

    dan kalau org india tak suke dengar pukulan gendang dari tokong cina, org india kena pindah la

    itu lah cadangan bodoh Pengerusi Majid Bandar Kinrara. Memang bodoh ka org nih, atau pura pura bodoh ?

  2. Problem dia Ustaz, betul ke Theresa ada involve dalam petisyen tu? Atau dia sengaja di kambing hitam kan oleh puak2 Khir Toyo yang memang selama ini memang tidak senang dengan kerajaan PR. Jangan lah menyokong membabi buta sehingga sanggup menzalimi orang lain Ustaz. Siat betul2 dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan tu

  3. Sekiranya I S A boleh digunakan sewenang-wenangnya kepada mereka yang tak bersalah maka Kerajaan haruslah meneliti pengunaan akta tersebut, mengulas kepada kenyataan saudara Abdul Rahman, beliau berkata beliau cuma menerima petisyen berkenaan, yang peliknya bagaimana beliau sokong yang YB Teresa Kok dikenakan I S A, ini memang mengelirukan, memang tidak wajar sekiranya penahanan YB Teresa Kok tidak diselidik dan tidak diberi pembelaan.

    Memang nyata sekali I S A telah digunakan untuk kepentingan tertentu, rakyat Malaysia yang tak bersalah menjadi mangsanya.

    Anak Malaysia yang hilang kepercayaan kepada pemerintah.

  4. Tuan Uztaz moden,

    Boleh Tuan sila terangkan kenapa tindakan ISA tidak di kenakan kepada pihak atasan yang mengarahkan supaya kuil-kuil india and cina di runtuhkan beberapa masa yang lalu. Harap bagi nasihat berhubung perkara yang tidak adil.

    Seorang pemerhati yang adil dan saksama

  5. This is a holy month Muslim are supposed to forgive and let wisdom to share . Provide problem and severing to the families of those that are detained should not be in the first place. Those that urge the country to be ruled by
    corrupted and power crazy people are not a practicing Islam.
    I hope those that talk on ISA must first of all understand what is ISA not just loud it out for popular gain. Time for
    prayer Wass

  6. Ustaz Moden : Sesiapa sahaja tidak kira dari bangsa Melayu sendiri atau Cina atau India perlu ditahan bagi mengelakkan pergaduhan antara kaum atau agama di Malaysia.

    So Ustaz, you mean that Ahmad Ismail should also detained in ISA right!!!

  7. Kita mesti faham apa tujuan azan. Tujuan azan ialah mengajak dan pemperingatkan orang untuk sembahyang dan menggugur tuntutan hak orang Islam dan bukan Islam keatas umat Islam yang bersembahyang. Sebab dakwah itu wajib dan ia adalh tugas umat Islam. “Kamu adalah sebaik-baik umat mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran.”

    Tapi sikap Pengerusi Masjid seperti itu “aku punya pasal” adalah sikap bukan sebaik-baik umat.

  8. Aiks, putar belit pulak cerita ustaz nie.
    Bulan Ramadan la, baik bertaubat!

  9. As Islamic the best religion I ever think but that has gone to drain. The worst ever people make the beauty of the religion towards the downfall.

  10. ustaz ni sering melabel mufti seperti dr.asri dan lain2 individu sebgai alt politik tertentu,tp majoriti pembaca pun dpt lihat pandangan ustaz moden ni sebenarnya yg berunsurkn `political bias’..baca sekali pun dah tau..ustaz ni buat saya gelak sorg diri je…

  11. saya berpendirian bhw kebiadapan individu tertentu yg mempersoalkn azan,tetapi dlm isu ini,bnarkah teressa terlibat..tmbhn.beliau sndiri menafikan..keduanya,seperti kata pembaca lainnya,ramai lagi pemimpin2 tertentu yg bnyk membuat kenyataan perkauman,tetapi org lain pula yg jadi mangsa,(ambil cntoh wartawn sin chew,org lain yg wat statement,tp si pelapor and penulis berita psl statement tu plak yg di `ISA’kn..patutnya, ahmad said yg kena)dan terakhirnya,kepada non muslem,we all respect you guys..and tolonglah respect amalan agama islam..umat islam x penah komenpun when the dogs bark even louder and many more times a day compare to azan, tp x da plak bnda tu di anggap mengganggu(walaupun suma nih bukan praktis agama mcm azan,tp ia dilihat sebagai hak2 non muslim mcm minum arak, dan suma tu di hormati dlm etika tertentu) …umat islam pun ramai yg x bngun tido masa azan subuh, so ape yg ganggu and bisingnya?sebagai negara yg mana islam adalah agama persekutuan, tlnglah jgn tegangkn hal mcm azan ni..hormatlah, kerana kami pun hormat gak hak2 kamu sbgai non muslim..akhir kata, salinglah memahami dan.. I LOVE U ALL, MALAYSIAN!understand each other, and dont deny the rights of others in practicing their beliefs and culture..

  12. Ahmad Said tak hina Cina. Tapi reporter Cina yang putar belit hangatkan suasana.

    Jadi takkan nak dilibat sama ?

  13. lihat laporan ini http://pemudaenggang.wordpress.com/2008/07/19/mp-pkr-kene-tumbuk-dengan-geng-pkr-sendiri/

    kenape berlaku? Loh Gwo Burne ahli parlimen pkr tidak menyokong pembinaan sebuah surau…sedangkan sudah ada majlis pecah tanah…beliau ditumbuk oleh ahli pkr sendiri,orang islam….anda masih nafikan…inilah rakan seperjuangan teresa kok…PKR + DAP = no to islam…dan anwar diam terhadap perkara realiti ini……untuk makluman hal ini disahkan ahli pkr sendiri🙂 teresa kok pun sama tulisan jawi = tulisan arab = tulisan Al-quran dibuang ke tong sampah…anda sokong?…sedarlah perkara kecil kan jadi besar…demi politik sempit pakatan rakyat, pas menghalalkan ape yang dap dan pkr buat… islam dimana?

    wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: