Mufti Perlis: ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam ! – Jadi ?

image001kf1js1.gif picture by nsa1211408

15-09-2008 01:01:12 PM
Oleh ZIEMAN

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang masih ditahan di bawah peruntukan akta itu.

Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.

“Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.

https://i1.wp.com/www.utusan.com.my/pix/2007/0107/Utusan_Malaysia/Rencana/re_02_big.jpg“Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.

“Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya,” kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.

Kata Dr Asri lagi, “Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia.”

Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.

“Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.

“Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam,” kata Dr Asri lagi.

Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.

“Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?,” jelas beliau.

Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.

“Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.

“Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja,” jelasnya.

Dr Asri juga menyentuh tentang peranan Jakim.

“Jakim berperanan menjelaskan isu-isu agama dan juga yang menyeleweng dari agama. Bukan sekadar menyokong seseorang dihadapkan tanpa bicara. Badan itu juga hendaklah bebas dari percaturan politik. Perjelaskan ketentuan peruntukan orang yang menghina Islam seperti isu Raja Petra. Itu bersifat politik, biarlah diuruskan oleh orang politik.

“Kalau hendak diikutkan yang menghina Islam, ramai lagi yang patut dibuat aduan. Jelaskan dulu apa yang perlu dilakukan?,” soal Dr Asri.

Beliau juga meminta kerajaan memikirkan soal ISA ini sedalam-dalamnya.

“Seandainya satu hari nanti kerajaan bertukar rupa dan kalau berlaku pertukaran kuasa. Terlalu ramai nanti yang tidak boleh bersuara dan ISA mungkin diguna seluas-luasnya. Besok, bila kena pada kita, apa kita nak buat?,” kata Dr Asri yang akan menghadiri Tazkirah Tarawih di Stadium Kota Bharu pada hari ini.

Beliau yang juga akan memberi ceramah di Kompleks Islam Lundang esok, sempena pelancaran Tabung Serambi Mekah yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, juga mempersoalkan bagaimana pemimpin yang gagal kendalikan parti yang kecil mampu kendalikan negara yang besar.

“Takkan nak tunggu ada rusuhan atau kekacauan. Ketika itu sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sekali kekacauan tercetus, susah untuk dipulihkan.

Menurut pengamatan beliau, keadaan ini berlaku kerana pemimpin politik menganggap kedudukan politik itu seperti harta rompakan.

“Mereka bermati-matian untuk mendapatkannya sekalipun terpaksa menggunakan belanja yang besar kerana pulangan atau keuntungannya juga besar,” kata beliau.

Jelas beliau, saluran politik digunakan untuk membina kekayaan diri. Inilah hasilnya bila kerakusan ini berlarutan. Tidak ada setiakawan dalam politik, musuh memusuhi, berpuak-puak kerana fikirkan survival politik masing-masing bukan survival rakyat yang dipertanggungjawabkan.

Yang paling ketara sekarang, pemimpin politik bukan sahaja gagal membawa rakyat keluar dari kemelut yang sedang dihadapi malah menjadikan keadaan lebih rumit.

“Bukan sahaja mereka gagal menyelesaikan masalah tapi mereka pula yang menimbulkan lebih banyak masalah lain,” kata Dr Asri.

Ustaz Moden :

1. Apakah jalan sesuai untuk menghalang pihak yang menghina Nabi dan Islam sehingga menaikkan kemarahan orang Islam menurut Mufti Perlis ini ?

2. Apakah selesai ancaman negara dengna menahan mereka di bawah undang undang biasa sedangkan pencaci agama ini disokong oleh barisan peguam hebat yang jelas anti kepada agama islam dalam kehidupan ?

3. Tidak patut seorang Mufti mengeluarkan komen perkara yang bukan di dalam bidang kuasanya. Kerana kerajaan tidak berseorangan mengeluarkan keputusan dan ia diambil selepas mengambil kira semua aspek bukan melulu dan bukan kerana ingin menganiayai sesiapa sahaja. Cuma jika seseorang ditahan tentu dia akan merasa ISA sangat zalim kepadanya walhal tindakannya terlebih dahulu mencabar ISA itu juga dikira kezaliman dan malangnya ia dimulakan oleh dirinya sendiri.

4. Mufti Asri sepatutnya bercakap soal agama sahaja tanpa menjadikan tugasnya sebagai lesen mencampuri urusan keselamatan dan juga tindakan pihak berkuasa. ISA tidak pernah menjadi alat kepada pemerintah dan jika ia disalah guna maka Muftilah yang patut menceritakan azab Allah kepada mereka yang menyeleweng kuasa yang diamanah kepada mereka. Serta menasihati pesalah ISA agar insaf dan juga tidak lagi mengulangi tindakan yang boleh membahayakan ketenteraman awam atau mengancam keselamatan negara.

Sanggupkah Asri melihat ada orang Islam mula memudaratkan bukan Islam di Malaysia kerana isu agama ? atau ada antara mereka mula mencetuskan huru hara ?

Kerajaan lebih bijak dan mahir dari Dr Asri yang pandai bercakap sahaja dan pandai melawan sesiapa yang

RAJA PETRA YANG KU KENALI

dirasakan boleh menjadi ‘mangsanya’…

Bahkan JAKIM juga menjadi sasaran beliau hanya kerana melaporkan kepada polis perbuatan Raja Petra yang mengeluarkan komen menghina agama di dalam blognya.

Pelik ! Mufti tidak lagi menjadi benteng mempertahankan agama bahkan mempertikaikan tindakan ISA dikenakan terhadap penghina agama kita!

Pelik ! kerana Mufti menyokong petisyen perlahankan azan sama dengan kehendak bukan Islam walaupun menghiris hati umat Islam !!!!

Pelik !!! kerana Asri sibuk mencari kesalahan orang dan tidak mencari kesalahannya sendiri.

Buang sahaja Mufti ini dan gantikan dengan Mufti yang tahu tatatertib dan budi bahasa berbicara dengan sesiapa sahaja termasuk dengan golongan marhen ilmu agama seperti orang awam di negara kita. Dan tidak menjadi alat kepada parti pembangkang untuk merosakkan lagi kecelaruan dalam beragama di negara kita.

Sikap Mufti ini hanya menambah kebingungan mereka yang perlukan petunjuk dari Mufti dan juga alim ulama di negara kita. Walaupun ramai juga antara mereka yang sibuk mengira harta, kerusi parlimen dan jawatan serta pangkat melalui dakwah yang mereka buat.

5 Responses

  1. Nampaknya Ustaz zamihan anti benar kepada Mufti Asri. apa yg mufti Asri katakan, semuanya tak betul, hanya Zamihan yang betul. bagus sangat ker Zamihan ni?

  2. Sedikit tambahan bknaan kenyataan Dr Asri:

    Pada pendapat saya, Dr Asri benar dlm konteks menghindari fitnah terhadap Islam . Beliau juga benar apabila menyatakan org yg menghina Islam perlu diminta penjelasan sebelum dihukum (begitu juga dlm kes-kes lain). Namun pihak berkuasa bertindak atas kepentingan umum (masyarakat dan negara). Tindakan Teressa Kok boleh dieksploitasi oleh pihak yg berkepentingan bagi menghuru-harakan negara. Setidak-tidaknya isu tersebut adalah sensitif terutama pada masa sekarang. Justeru adalah wajar beliau ‘disimpan’ di suatu tempat sehingga isu ini menjadi reda. Semasa ditahan, Teressa perlu diinsafkan betapa tindakan beliau itu tidak bijak dan mampu mengundang bahaya kpd negara.

    Perlu diingat bahawa isu azan adalah sgt sensitif. Jika kerajaan gagal bertindak tegas, ini akan mengundang bantahan keras yg boleh membawa kpd rusuhan kaum.

    Saya fikir Dr Asri kurang hemat dalam membina pertalian kes sebenar dgn hujah beliau. Namun tindakan beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ada hikmahnya bagi meredakan kemarahan org ramai terhadap Teressa.

    Seperkara lagi, hujah yg mengatakan ISA hanya utk komunis sahaja adalah tidak tepat dan saya kira gagal melihat maksud sebenar akta tersebut. Mungkin komunis sudah tidak menjadi ancaman (namun perlu diingat betapa isme tersebut masih dianut ramai orang hingga kini), namun yg tersirat ialah apa sahaja keadaan yg menyerupai bahaya komunis perlu digunakan ISA.

    Wallahu’alam.

    (komen ini juga saya letakkan dlm blog Azlishukri sebelum saya menemui artikal dlm blog ini).

  3. semoga Allah bg petunjuk kpd penulis blog nih. ssguhnya, amalan2 bid’ah itu haruslah ditentang.

  4. Dalam kitab Ihya Ulumiddin ada mengatakan “Rosak rakyat kerana rosaknya pemerintah, rosaknya pemerintah kerana rosaknya ulama”. Kalau beginilah peel Mufti Perlis ni, maka benarlah kata mufti Perak “terlebih pandai” kpd beliau. Dalam soal penggunaan ISA, ia tidak seharusnya dipandang zalim kerana dalam zaman Saidina A.Bakar r.a sendiripun pernah memerangi masyarakat islam yang enggan membayar zakat. Sebenarnya Dr Asri tidak layak menjadi mufti kalau perkara sebegini pun masih dangkal ilmunya. Yang banyak pada dia hanyalah logik. Mufti ini tidak menguntungkan Islam . Tapi malangnya mutaakhir ni peminatnya sudah semakin ramai. Ana khuatir suatu hari nanti faham wahabi akan menular di negara kita dan menjadi sukar untuk membenterasnya. Ana berpendapat Ustaz2 di Jakim perlu tegas dalam soal ini . Kalau boleh membuat usul agar beliau diberhentikan dari jawatan mufti.

  5. ………Berkata biarlah jujur, bila belah pemerintah kamu diam je macam mufti wilayah tu, kalau dikatakan duit ekor lebih baik dari pendapatan kamu pasti kamu marah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: