PKR tidak wajar hukum Zulkifli Nordin, beliau berhak bela Islam – Presiden Peguam Muslim

Zulkifli berhak bela Islam

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak wajar mempertikaikan tindakan yang diambil oleh Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Nordin untuk terbabit dalam perhimpunan membantah Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam baru-baru ini.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar berkata, sebagai seorang Islam, Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu itu mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dan pendiriannya terhadap agama yang dianutinya.

”PKR pula sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kebebasan bersuara selama ini, sewajarnya tidak menghalang tindakan Zulkifli,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Jawatankuasa Disiplin PKR yang memanggil Zulkifli kelmarin ekoran pembabitan beliau dalam perhimpunan membantah tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam.

Zulkifli berkata, ahli panel jawatankuasa itu menyifatkan tindakan beliau terlalu agresif dan bercanggah dengan pendirian parti sewaktu menyertai perhimpunan tersebut.

Menurut Zainul, tindakan disiplin juga tidak seharusnya dikenakan ke atasnya kerana pada ketika itu Zulkifli tidak berdiri di atas platform ahli PKR tetapi sebaliknya mewakili Peguam Pembela Islam (PPI).

”Selain tugasnya sebagai wakil rakyat dan seorang peguam, tugas yang paling utama perlu didahulukan oleh Zulkifli ialah terhadap Islam. Ini tanggungjawab yang hakiki,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau turut menasihatkan Zulkifli agar sentiasa memelihara akhlaknya sebagai seorang Islam terutamanya ketika terbabit dalam perhimpunan tersebut.

”Saya tidak tahu bagaimana Zulkifli bertindak pada hari tersebut dan saya berharap sebagai seorang Islam beliau sentiasa menjaga akhlaknya,” tegas beliau.

Mengulas mengenai hasrat Zulkifli yang akan mempertimbangkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen, beliau menjelaskan, ia terpulang kepada beliau bagi memberi kata putus sama ada untuk kekal bersama PKR atau pun sebaliknya.

USTAZ MODEN :

Begitulah jika politik cuba dipisahkan dari agama. Kerana fahaman komunis atau sosialis atau sekularisme memang mahu menghakis Islam dari menjadi paksi perjalanan sesebuah parti atau pemerintahan. Kerana bagi mereka agama boleh memecah belahkan perpaduan rakyat. Sedangkan agama sebenar menjadikan perpaduan makin utuh sesama rakyat.

Fahaman ini sangat bahaya dan cubaan mengambil tindakan terhadap Zulkifli Nordin oleh PKR melambangkan dasar parti itu yang lebih mengikut hasrat kawan pakatan rakyat dari menjaga maruah agama ahli ahlinya.

Bahkan parti PKR lebih banyak mendiamkan diri dan Datuk Seri Anwar lebih suka mendiamkan diri dan memilih bercakap tentang benda yang lebih hebat dan lebih diminati agar isu ini akan tenggelam dari perhatian ramai.siapa akan peduli lagi isu Zulkifli Nordin dengan protesnya terhadap Majlis Peguam jika seluruh mata dan mulut tertumpu kepada berita peralihan kuasa ‘jalan belakang’ ? Inilah taktik Anwar dan inilah cara mereka mengelak isu isu yang boleh menjejaskan kredibiliti Pakatan Rakyat yang ‘mengkultuskan’ mereka dari sebarang najis ‘kronisme,nepotisme atau apa jua kesalahan ‘ manusiawi.

Seperti kata Faisal Tehrani :Itulah tujuan praxis, untuk menghalakan tumpuan kita yang sebenar kepada benda lain.

Sebelum itu beliau turu mendefinasikan apa itu praxis di mana anda dipersilakan ke sana sendiri ( klik sini ) cari tajuk : Pendekatan Praxis dan Politik PAS: Siapa Kena Laga? untuk membaca keseluruhan bahan yang dikaryakan di sana.

Rasanya Faisal Tehrani jenis orang yang suka membaca dan mengkaji. Jika tidak masakan berbagai genre dan berpuluh ( atau beratus ) novel sudah dihasilkannya ? Jika dia juga ditolak oleh kita siapa yang lebih mahir menghuraikan perkara ini sebagai usahanya membela negara dengan mata pena  dari ancaman agen Yahudi dan Amerika ??

One Response

  1. yang jelas kenapa perlu dipertikaikan, yang terang2 knpa perlu disuluh, xkan nk butakan mata dan pekakan telinga melihat dan mendengar agama sendiri yang digunakan sebagai alat politik dipersendakan oleh rakan sebulu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: