Pak Lah, Anwar atau Hj Hadi Pejuang Tulisan Jawi Ulung negara kita ???

Di tengah kehangatan kita dikejutkan dengan isu tulisan JAWI dihina dan cuba dibuang dari menjadi tulisan papan tanda di jalan jalan IBUKOTA MALAYSIA iaitu KUALA LUMPUR oleh DAP yang merupakan adik kepada PAP yang jelas sudah meminggirkan Melayu di Singapura, tindakan pembangkang seperti PAS dan PKR ( dari bangsa Melayu ) juga menyedihkan kita. Hairannya mereka melaungkan cemuhan bahawa Kerajaan @ UMNO menguburkan JAWI tetapi Suara Keadilan atau Harakah tidak ditulis dalam JAWI ? Hanya Utusan Malaysia sahaja menerbitkan Utusan Melayu – yang saya selalu guna semasa mengajar tulisan jawi – dan tentunya Utusan adalah akhbar pro Umno dan Kerajaan sejak zaman berzaman. Ia juga disahkan pembangkang sendiri dan mereka juga tidak sedar fakta ini atau berpura pura melihat sebelah mata barangkali. Selepas utusan Melayu berkubur Januari 2006, ia akhirnya disambung semula 4 bulan selepas itu oleh kerajaan sebagai inisiatif memartabatkan Jawi di negara kita. Bahkan Cina juga pandai membaca jawi era selepas merdeka dulu namun sayang Cina sekarang ada segelintir membantah pula tulisan berusia 700 tahun tersebut… Setakat ini hanya UMNO sahaja yang menaja akhbar berkenaan dan tiada usaha menaja akhbar tunggal JAWI tersebut sedangkan PAS dan PKR beria ia mengutuk sepenuh hati isu tulisan jawi ini dan ia jelas terpalit ke atas muka mereka sendiri dengan berita di bawah ini. Realitinya Melayu dimomokkan dengan fakta palsu. Menuduh dengan tanpa ilmu ( fakta ) dan mengatakan apa yang tiada berlaku sebenarnya…. Lihat berita di bawah dan cukuplah anda nilai sendiri siapakah yang menyokong JAWI atau menentangnya. Tulisan ini sangat berharap untuk mengajak anda membuka minda dan menilai sedalam dalamnya demi bangsa agama dan juga negara kita. Dan tidak lagi mengikut sangkaan buruk pembangkang yang menabur saban hari fitnah dan tohmahan sedangkan ia jelas pendustaan dan penipuan demi kepentingan politik mereka walaupun ia menghancurkan kesucian agama dan kewibawaannya di mata kita…. Sebelum itu hayati ayat ayat Allah ini bagi menambahkan lagi iman dan takwa kita Insya Allah …

1.Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).   ( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #142)

2. Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.   ( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #116)

3. Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.   ( سورة يونس , Yunus, Chapter #10, Verse #36)

4. Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.   ( سورة يونس , Yunus, Chapter #10, Verse #66)

5. Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.   ( سورة النور , An-Noor, Chapter #24, Verse #12)

6. Dan mereka berkata: Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.   ( سورة الجاثية , Al-Jathiya, Chapter #45, Verse #24)

7. (Itu bukanlah sebabnya) bahkan sebabnya kamu telah menyangka bahawa Rasulullah dan orang-orang yang beriman (yang pergi berperang akan binasa semuanya dan) tidak akan kembali lagi kepada anak isteri dan keluarga masing-masing selama-lamanya dan sangkaan yang demikian itu diperelokkan (oleh Syaitan) di dalam hati kamu (serta menerimanya) dan lagi kamu telah menyangka berbagai-bagai sangkaan yang buruk (terhadap agama Allah yang dibawa oleh RasulNya) dan (dengan itu) menjadilah kamu kaum yang rosak binasa.   ( سورة الفتح , Al-Fath, Chapter #48, Verse #12)

8.   Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.  
( سورة الحجرات , Al-Hujraat, Chapter #49, Verse #12)

<!–[if !mso]> <! st1\:*{behavior:url(#ieooui) } –> <!– /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:””; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} p {mso-margin-top-alt:auto; margin-right:0in; mso-margin-bottom-alt:auto; margin-left:0in; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>

25 September, 2007 18:29 PM

J-QAF Terbukti Lahirkan Ramai Pelajar Celik Al-Quran

IQRA’… Sebahagian daripada para peserta khatam Al-Quran khusyuk membaca kitab suci itu pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 2007 dan perasmikan Makmal j-QAF di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2, Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab di Kota Baharu. Foto: Zahari Razak

KOTA BAHARU, 25 Sept (Bernama) — Program Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) yang dimulakan Kementerian Pelajaran tiga tahun lalu berjaya mencapai matlamatnya dengan lebih lebih ramai pelajar kini “celik al-Quran” dan mampu khatam al-Quran sebelum tamat sekolah rendah. Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata selain mampu membaca al-Quran dengan baik, pelajar juga sudah boleh menguasai asas-asas Bahasa Arab, tulisan dan bacaan Jawi dengan baik. “Secara keseluruhannya program j-QAF ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan baik di kalangan ibu bapa Islam dan sedikit sebanyak mampu menjadi daya tarikan kepada mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di majlis perasmian Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan Ke-2 dan perasmian Makmal j-QAF di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 2, Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab di sini, hari ini. Perasmiannya disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Hishammuddin berkata kini 3,703 buah sekolah menawarkan program j-QAF manakala guru yang terbabit ialah 10,985 orang dan murid yang mendapat manfaat daripadanya kini mencecah 644,419 orang. Katanya kementerian akan menggunakan sebaik mungkin peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan berjumlah RM222.4 juta bagi menambah, mengganti, mengubah dan menaik taraf kelas berkaitan j-QAF. Selain itu, katanya kementerian merancang untuk mengadakan makmal j-QAF di semua sekolah kebangsaan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan selesa. “Makmal j-QAF akan dilengkapi dengan alat pandang dengar serta bahan bantu mengajar yang akan menjadikan pembelajaran lebih kondusif, interaktif dan yang paling penting berkesan dan menyeronokkan,” katanya. Katanya pendedahan awal terhadap pengetahuan al-Quran dan Fardu Ain yang selari dengan pendekatan Islam Hadhari akan membolehkan kerajaan melahirkan generasi yang seimbang peribadi dan akhlaknya dan mengamalkan asas-asas ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Pada majlis itu seramai 2,560 pelajar khatam al-Quran berbanding seramai 1,800 pelajar pada tahun lalu. — BERNAMA


http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=286824

Abdullah lancar penerbitan semula Utusan Melayu

WARISAN BANGSA… Abdullah Ahmad Badawi bersama para pelajar sekolah yang merupakan generasi pewaris tulisan jawi meneliti Utusan Melayu Mingguan pada majlis pelancaran semula satu-satunya akhbar dalam tulisan jawi, di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.



KEPALA BATAS 4 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan penerbitan semula Utusan Melayu Mingguan yang dihentikan penerbitan pada 29 Januari lalu.

Sehubungan itu Perdana Menteri mahu semua pihak memberikan sokongan kepada usaha menerbitkan satu-satunya akhbar jawi itu sebagai warisan bangsa.

“Dengan semangat mahu mempopular dan memulihkan tulisan jawi, dikeluarkan Utusan Melayu dalam tulisan jawi. Utusan Melayu bukan untuk orang Melayu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Skim Simpanan Pendidikan Nasional dan pelancaran sisipan akhbar Utusan Melayu Mingguan di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamad; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Khalid Mohd. dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas, Ahmad Darus.

Utusan Melayu yang dihentikan penerbitannya 29 Januari lalu, diterbitkan semula pada 1 Mei dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Pelajaran.

Utusan Melayu Mingguan yang diterbitkan setiap Isnin, padat dengan rencana-rencana menarik di samping ruangan baru yang lebih segar untuk memenuhi cita rasa pembaca.

Abdullah berharap penerbitan semula akhbar itu menjadi satu kejayaan kepada Utusan Melayu sebagai akhbar yang telah lama.

Beliau juga mahu penampilan Utusan Melayu mampu menarik lebih banyak pembaca seperti Utusan Malaysia.

“Orang kita sebenarnya mahu beli satu surat khabar sahaja yang banyak berita, apa juga maklumat, cerita, rencana dan sebagainya, sesetengah orang tak boleh (beli) dua akhbar, satu jadilah,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan penajaan 5,000 naskhah Utusan Melayu Mingguan setiap minggu untuk setahun oleh Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Tajaan Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang itu disampaikan Abdullah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri kepada Khalid.

Ia menjadikan UMNO Pulau Pinang negeri kelima membuat tajaan itu selepas Johor, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

Pergerakan Pemuda UMNO Kepala Batas pula menaja Utusan Melayu Mingguan dengan nilai RM10,000.

Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican menyampaikan sumbangan Pemuda UMNO bahagian itu kepada Pengarang Utusan Melayu Mingguan, Azman Anuar.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

One Response

  1. Sebagai tulisan warisan pusaka bangsa negara, orang Malaysia sepatutnya memberi perhatian terhadap kepentingannya sebagai warisan tamadun bangsa kita. Sebagai rakyat, tanpa mengira kaum marilah sama-sama martabatkan tulisan Jawi. Tahniah kerana J-Qaf memainkan peranan membudayakan semula tulisan Jawi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: