Tawaran Seks seperti Sedekah, takkan nak tolak – Ahli Pkr Perak

SELEPAS PECAH TEMBELANG AHLI PKR KES RASUAH DAN SEKS DI PERAK, MEREKA TELAH MULA BURUK BURUKKAN ORANG YANG TERLIBAT MENANGKAP GOLONGAN BARU RASA JADI PEMERINTAH DI PERAK.

ANDA BOLEH LIHAT SENDIRI DI SINI ( KLIK ) KOMEN BERUNSUR FITNAH DEMI MENJATUHKAN MARUAH MUSUH MEREKA. SAMA KES RAMLANG PORINGI YANG DILABEL IMAM LINKIN PARK – KERANA MINAT KUMPULAN TERSEBUT – PADA AWALNYA. NAMUN DIANGKAT MENJULANG TINGGI SELEPAS SANGGUP HADIR BERCERAMAH DI PENTAS POLITIK PKR SEMASA KEMPEN ‘ANWAR’ DI PERMATANG PAUH BULAN LEPAS.

KES RASUAH SEKS AHLI PKR DI PERAK YANG SANGAT JELAS DIAKUI TERTUDUH SENDIRI, BAHKAN DIIBARAT PULA SEPERTI SEDEKAH YANG TIDAK BOLEH DITOLAK..LIHAT BAGAIMANA BENDA FAHSYA’ / MUNGKAR DIIBARAT SEPERTI AMALAN IBADAT/ SUNAR SEDEKAH…

ADAKAH TAWARAN PEREMPUAN PELACUR BOLEH DIKIASKAN DENGAN SEDEKAH ?

AGAMA TAHAP GABAN/DEWA BARANGKALI ANAK BUAH ANWAR NI.

SKRG NAK TANYA, MCM MANA NI ? AHLI PKR MENGAKU TERIMA RASUAH SEKS…

LEPAS SEDAP DAPAT RASA ‘ ZINA ‘  TUP TUP KATA DIPERANGKAP PULA ?

SALAHKAN ORANG WALHAL DIA BOLEH TOLAK…

SIAP KIASKAN DENGAN SEDEKAH PULA. MANA BOLEH TOLAK SEDEKAH KATANYA..

NI LAH JENIS JAHIL SAMPAI PERINGKAT GABAN…

BODOH KE BENGONG NI ? SILA TANYA ANWAR IBRAHIM SELAKU PENASIHAT PKR…

SUSAH SEBENARNYA NAK BERSIH / TELUS NI…TAPI PELIKNYA TAK DENGAR AHLI PKR TU DIGANTUNG. ATAU DIPECAT.

MUNGKINKAH SELEPAS INI JIKA ADA AHLI MEREKA DITANGKAP MEREKA AKAN KATA  RAMAI RAMAI SESUNGGUHNYA BPR JAHAT POLIS JAHAT SEMUA JAHAT DAN ‘ KAMI SEBENARNYA TELAH DIPERANGKAP ‘ ??

BETULLAH AKHIR ZAMAN PEMIMPIN DIANGKAT DARI ORANG JAHIL DAN MEREKA TELAH SESAT SERTA AKAN MENYESATKAN ORANG..DENGAN FATWA FATWA MEREKA YANG TERSASAR DARI AGAMA…

BACA BERITA NI :

Seks: Ahli PKR dakwa diperangkap

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

IPOH 23 Sept. – Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

Fairul Azrim Ismail, 30, bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah.

Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.

Ahli PKR itu membuat pengakuan tersebut dalam surat aduannya yang diserahkan kepada pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di Kompleks Islam Perak di sini hari ini.

Fairul Azrim merupakan salah seorang yang ditahan BPR Ogos lalu berhubung skandal rasuah dan seks membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.

Dalam surat aduannya, Fairul Azrim mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.

Katanya, Mohamad Imran kemudian membawa mereka pergi ke Batu Feringghi, Pulau Pinang dan menginap di Tingkat 4, Sri Sayang Apartment.

“Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment.

“Semasa dalam soal siasat saya telah diberitahu oleh pegawai BPR, perlakuan seks kami bertiga telah dirakam oleh BPR,” katanya dalam surat aduan itu.

Rakannya, Zul Hassan yang merupakan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah turut membuat laporan kepada JAIP tetapi tidak mengedarkan salinan surat aduannya kepada wartawan.

Pada 25 Ogos lalu, Zul dan Ruslan yang merupakan Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) didakwa terlibat dalam skandal rasuah yang membabitkan seks manakala Fairul tidak didakwa.

Kes itu turut melibatkan dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa meminta dan menerima rasuah wang.

Dalam surat aduan itu juga, Fairul yang dilepaskan oleh BPR dengan ikat jamin pada 21 Ogos lalu turut meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya.

“Saya membuat laporan ini kerana telah difitnah oleh Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar dan pegawai-pegawai agensi itu yang mengatakan saya meminta rasuah wang dan seks.

“Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujarnya.

Sementara itu, Zul yang ditemui sebaik mengadakan pertemuan dengan pegawai JAIP di sini enggan memperincikan kandungan surat aduannya kepada JAIP itu.

Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.”

Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.

Turut mengiringi mereka berdua ialah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang dan bekas ADUN Bota, Kapten (B) Usaili Alias.

6 Responses

  1. itulah…kalau dah jahil tu jangan lah menjahilkan lagi…ditawarkan betina utk zina….disamakan dengan sedekah…orang kalau dah beriman tu….ditawarkan kuasa..wanita…dan harta..pun takkan berubah keimanannya…ini kite baru dapat kuasa sikit…dah minta betina buat zina…nau’zubillah

  2. camne la org jahil agama melampau leh diangkat. Harap lepas ni jangan di calon atau pecat terus la pelampau jahil agama ni.

  3. sedekah? buat lawak…

    kalau saya, saya tak terima sedekah itu…

    sebab saya sihat tubuh badan dan tak layak menerima sedekah…

    rasanya si tertuduh… perlukan sedekah kerana dia `orang kurang upaya’…

    kurang upaya menggunakan akal… kurang upaya menolak maksiat kerana sudah terbiasa menganggapnya sedekah jariah… astagrafilullah al azimmmm….

  4. Tah ape2 la PKR!

  5. iman tak teguh,seumpama lalang yang ditiup angin.Ibarat rumput di pasir yang akarnya mudah dicabut.Sedekah2 ni dinisbahkan kpd amal jariah.Dia tak faham.

  6. tepuk dada tanya selera…😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: