Maaf Akhi Faisal Tehrani – artikel AL QUDS anda terlalu menarik untuk dibaca oleh PEJUANG ISLAM !

  • Rasulullah saw bersabda bahawa “Mimmaa akhaafu ‘alaa ummatiy zallatu ‘aalimin wa jidaalu munaafiqin fil Quraani.’ (Termasuk diantara perkara yang aku khuatirkan menimpa umatku adalah tergelincirnya orang alim (dalam kesalahan) dan ekspoitasi kata-kata orang munafik terhadap al-Quran.) HR Thabrani dan Ibn Hibban.
  • 25 September 2008
    Hari al-Quds, dan Annapolis Summit

    Esok ialah hari al-Quds. Pernah anda mendengar hari al-Quds? Apa itu hari al-Quds?

    Setiap hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan telah diisytiharkan oleh al-marhum Imam Khomeini Sebagai ‘Hari AL Quds’ iaitu hari pembebasan Palestina dan Masjidil Aqsa. Imam Khomeini, pendiri Republik Islam Iran, dalam sebuah pesan beliau yang amat penting pada tahun 1980, menyebut Hari Quds Internasional, sebagai “hari pembaharuan kehidupan Islam”.

    Apakah yang harus kita lakukan?

    Kita sewajarnya lebih peka terhadap konspirasi musuh. Dengan menghadiri peringatan hari Al Quds Sedunia, kaum muslimin akan mengumumkan penentangan terhadap kaum imperialis dan zionis dunia, lantas berdiri bersama saudara kita di Palestina. Gunakan segala kemampuan yang ada pada diri untuk menyebarluaskan kesedaran terhadap al-Quds dan gerakan anti penindasan zionisme.

    Kita menyanjung tinggi usaha Dr Halimah Ali exco PAS dalam kerajaan Selangor mendorong Kerajaan Negeri Selangor untuk bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor dan Teras Pengupayaan Melayu (Teras) serta Muslim Care Society Malaysia (Muslimcare) dalam menganjurkan program sihat untuk membebaskan Al Quds dan Masjidil Aqsa sempena Naqbah 60 tahun kewujudan negara haram Israel. Kerja untuk menumbuhkan ingatan masyarakat terhadap hari al-Quds ini amat kita sanjungi (lihat sini).

    Kita juga turut sama berasa syahdu dan terharu apabila Presiden PAS sebak dalam muktamar lalu ketika membacakan ucapannya yang menyentuh isu Palestin. Menurut Haji Tuan Guru Abdul Hadi Awang: ‘PAS ingin menegaskan sekali lagi bahawa dunia Barat mesti memperakui bahawa rakyat Palestinlah yang menjadi mangsa keganasan Zionis-Israel hasil penaklukan haram serta rampasan ke atas bumi mereka. Sikap Zionis-Israel dan Barat yang terus menerus mengamalkan dasar ‘double standard’ terhadap isu Palestin adalah amat di kesali. Namun kita yakin insyaAllah, di hari yang terdekat ini seluruh bumi Palestin akan di bebaskan dan kita umat Islam akan dapat kembali beribadat di Masjid Al-Aqsa yang menjadi Qiblat pertama umat Islam.’

    Tetapi, sekejap pernahkah anda mendengar Annapolis Summit? Mungkin Presiden PAS tidak pernah mendengar mengenainya.

    Pada 27 November 2007 di Annapolis, Maryland, George Bush menghimpunkan boneka-bonekanya untuk menekan Palestin. Memang dalam pementasan di Annapolis itu ia akan kelihatan seperti Palestin diwakili. Baca ‘Who Will Be The Best Actor At Annapolis?’ (Klik sini)

    HAMAS yang mentadbir Palestin hari ini setelah menang dalam pilihanraya yang sah membantah Annapolis Summit dan bukan setakat membantah, HAMAS malah tidak diundang.

    Untuk anak-anak muda yang hanya berbaju PAS tetapi berbadan parti lain; HAMAS adalah gerakan Islam, dan sebagai gerakan Islam ia mempunyai hubungan genetik dengan PAS. HAMAS menyatakan Annapolis Summit sebagai “a great shock for Palestinians because it opened the door for direct normalization with the occupation (Israel) amid (its) continued escalation and aggression.” (Klik Sini)

    Bukan sahaja HAMAS, sepuluh kumpulan pejuang Palestin yang berpangkalan di Damsyik menolak Annapolis Summit dan sebagai reaksi menganjurkan sebuah konferens lain pada 7-9 November 2008 dengan hasrat menghantar satu mesej jelas bahawa komuniti antarabangsa harus memboikot Annapolis Summit, (Lihat AlKhadr, Mohammed, “Palestinian factions prepare for their conference to coincide with fall meeting,” Aljazeera.net, Oct. 21, 2007, http://www.aljazeera.net/NR/exeres/A22E982D-C779-498B-8C12-4E9BB7A450BD.htm)

    Dalam erti kata lain, rakyat Palestin tidak diwakili sebenarnya di Annapolis Summit.

    Mahmoud Abbas pemimpin boneka di Palestin bagaimanapun berusaha membawa seberapa banyak pihak ke Annapolis Summit termasuk Malaysia. (Lihat laporan ini “President meets Malaysian prime minister: we coordinate to reach best results in peace conference,” Alayam, Oct. 21, 2007, http://www.al-ayyam.com/znews/site/template/Doc_View.aspx?did=68412&Date=10/21/2007) atau klik sini.

    Kerajaan Malaysia ada diundang (klik sini).

    Dan benar, kerajaan Malaysia ikut hadir (klik sini). Aturcara Annapolis Summit dapat dibaca di sini. Tidak dapat dipastikan apakah pendirian sebenar Malaysia di Annapolis Summit. Yang pasti peranan Malaysia di Annapolis Summit adalah kecil.

    Meskipun pendirian Malaysia tidak diketahui. Tetapi, pendirian sebenar sekumpulan manusia lain dapat dikesani menerusi laman maya.

    Dalam usaha untuk menjayakan Annapolis Summit yang tidak mewakili rakyat sebenar Palestin, sekumpulan manusia telah beria-ia mengutus surat kepada George Bush. Inisiatif manusia di The New America Foundation, International Crisis Group(ICG) dan US/Middle East Project telah menyiapkan draf dan surat awal kepada Presiden Bush berkaitan Annapolis Summit ini, beberapa minggu sebelum Oktober 2007. Mereka menuntut supaya formula Annapolis Summit mematuhi Resolusi PBB 242 dan 338, parameter Clinton tahun 2000, Arab Peace Initiative tahun 2002, dan Road Map 2003. Tuntutan itu antara lain supaya Palestin dibelah dua seperti kuih apam beras warna hijau. Baitul Maqdis juga dicadangkan supaya dikerat. Sebelah beri kepada Zionis, sebelah lain beri kepada Mahmoud Abbas (nah, inilah alasan HAMAS yang merupakan kawan PAS dan Hezbullah menolak Annapolis Summit).

    Surat sekumpulan manusia itu dapat ditemui di sini, dan kelihatannya ada ‘orang’ telah menandatangani surat ini atas kapasiti peribadi. Mungkinkah dia tidak tahu apa yang ditandatanganinya. Mungkinkah Presiden PAS yang sebak di muktamar ketika membicarakan hal Palestin itu tahu?

    Entah tak tahu. Sumpah dalam masjid al-Aqsa tak tahu.

    Tetapi katakanlah mereka, tahu, tidakkah ini sesuatu yang tidak ikhlas terhadap HAMAS, sahabat dan saudara kita semua?

    Sebagai aktivis gerakan Islam yang meraikan hari al-Quds esok tentulah kita menolak Annapolis Summit dan agenda Amerika di sebaliknya. Tambah-tambah rakyat Palestin sebenar tidak diwakili.

    Tetapi apakah semua orang yang meraikan hari al-Quds esok benar-benar memahami apa yang diraikan?

    Lagi tentang al-Quds, rujuk sini.

    Baca penuh tentang kekejaman Zionis di sini.

    Blog Akhi Faisal Tehrani di sini :  http://tehranifaisal.blogspot.com/

    One Response

    1. Saya telah sekian lama memerhatikan Faisal Tehrani ini. Beliau merupakan antara tokoh sasterawan yang patut menjadi perhatian rakyar negara ini.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: