Nafahat ( hadiah ) Ramadhan : berita Asri akan ditamatkan jawatan – MALAYSIAKINI !!!

Ini adalah antara berita berita yang menari dan ditunggu tunggu ( baca : didoakan juga ) selepas sekian lama meluat dengan telatah manusia berlagak pandai nama Asri ini. Dengan mengira aspek aspek tertentu jelas beliau tidak layak menduduki kerusi mulia dalam institusi agama jika benar ingin melibatkan diri dengan mana mana parti politik atau menunjukkan kecenderungan kepada pihak pihak tertentu.

Meskipun ada juga kenyataannya membidas pembangkang namun ia sekadar mengambil hati – pada hemat saya – agar tidak ditamatkan kontrak dengan lebih awal. Masakan boleh berbicara ingin menegakkan kebenaran jika kerusi Mufti lantikan kerajaan menjadi pilihan.

Sepatutnya beliau memilih berlepas diri dari terikat dengan kerajaan atau mana mana institusi kerana ia memberatkan dacing fatwanya ke satu pihak yang disukainya.

Akhirnya rakyat akan merasa mereka kehilangan tempat pergantungan dan usaha menuju arah kebaikan dengan mengambil panduan dari ahli agama akan hancur kerana Mufti juga turut memberi komen berunsur politik dan demi mencapai matlamat dan kepentingan parti tertentu…

Semua sudah tahu kesukaan Asri memenuhi jemputan pembangkang dalam masa yang sama menjadi Mufti negeri di bawah parti kerajaan. Tentu sukar ditentukan arahnya jika dua dua menjadi kiblat sedangkan beliau seharusnya menjauhkan diri dan sibukkan diri dengan program berunsur kepartian samada BN atau Pakatan Rakyat.

Namun semua itu sudah berakhir dan desas desus sudah menjadi realiti kerana mufti termuda dan terakhir dari kalangan wahabi ini juga ( Insya Allah ) akan membawa dirinya sendiri …

SELAMAT TINGGAL ASRI DAN SELAMAT BERJUANG WAHAI WAHABIYYIN SEMUA TANPA SOKONGAN ASRI !!!

Dr Asri bersara mengejut mulai Nov?

MALAYSIAKINI
Jimadie Shah Othman | Oct 6, 08 5:18pm
Ada “kemungkinan besar” Oktober menjadi bulan terakhir bagi tokoh agama terkenal Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkhidmat sebagai mufti Perlis.Dr Mohd Asri berkata, beliau mungkin akan bersara lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya apabila kontraknya dijadual tamat Oktober tahun depan.

“Ini mungkin bulan terakhir bagi saya (sebagai mufti Perlis),” katanya dalam kepada Malaysiakini hari ini.

mohd asri zainul abidin interview 231106 assuredDr Mohd Asri diminta mengulas desas-desus beliau akan meletakkan jawatan lebih awal sejak berkhidmat sebagai mufti mulai 2006.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana keadaannya yang “tertekan.”

Diminta mengulas lanjut tekanan itu sama ada tekanan politik, beliau enggan menyatakannya.

“Nanti saya akan cerita lain,” katanya.

Bagaimanapun laporan-laporan di internet menyebutkan beliau tertekan akibat politik susulan sikapnya yang lantang dalam beberapa isu termasuk penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi kontroversi Faizal Tahir.

Selain itu, beliau pernah hadir dalam forum yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Kelantan selepas pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Dr Mohd Asri enggan mendedahkan tindakannya selepas bersara sama ada kembali bertugas sebagai pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM).

Sementara itu, di ambang peralihan kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak sebelum 2010, Dr Mohd Asri mengulas tentang tanggungjawab orang Islam memilih pengganti yang berwibawa.

Menulis di blognya semalam, beliau berkata, rakyat dan pemimpin mesti memastikan bahawa “jawatan yang menentukan hala tuju masyarakat dan umat tidak jatuh melainkan ke tangan mereka yang benar-benar layak”.

“Jangan jatuh ke tangan yang berkemampuan dan wibawa, tapi tidak amanah. Jangan juga jatuh ke tangan yang amanah, tapi tidak berkemampuan melaksanakan bebanan tugas,” tulisnya.

Menurutnya lagi, menjadi pengganti pemimpin Islam merupakan perkara besar dan jawatan itu “bukanlah harta rampasan perang yang boleh dibahagi-bahagikan begitu sahaja.”

8 Responses

  1. Moga kehadiran blog saudara menambah menyemarakkan lagi demokrasi di negara ini. Demokrasi memberi hak untuk semua orang bersuara, akhirnya yang terbaik sahaja akan terpilih.

  2. Tak boleh ada yang berlainan pendapat, mesti dicantas. Namanya Ustaz moden tapi perangai kolot. Mudah-mudah memanggil orang lain Wahabi, diri sendiri bagaimana – upahan Umno mungkin.

  3. Dari kata2, pandangan dan komen2 Dr Mohd Asri, saya berpendapat beliau seoramg yang berwibawa dan ada pendirian sendiri. Selama ini banyak saya membaca komen dari dia yang saya pasti akan tidak senang di terima oleh terutamanya tokoh2 dari satu parti berkenaan. Tapi saya banyak setuju dan mendapati yang pandangannya benar. Jadi terdapat tekanan untuk dia itu, saya tak hairanlah, cuma saya mendoakan yang Dr Mohd Asri tabah dan kuat untuk menghadapi segala-segalanya.

  4. Penulis cyber ini saya rasa lebih bersikap berseteru dengan dr. MAZA. Sikap anda terselah dari gaya bahasa dan gaya tulisan seperti seorang ILMUAN MUSLIM yang KURANG / TIDAK MATANG. Sesiapa juga yang bencikan dr. MAZA atas alasan mereka sendiri akan berasa sangat gembira dengan tulisan anda. Saya secara peribadi setelah meneliti tulisan anda dan juga meneliti kata kata dan tulisan beliau (dr. MAZA), memang beliau seorang yang tegas dan berani membetulkan perkara yang sangat patut ditegur di mana dalam masa yang sama begitu ramai ilmuan muslim yang sama atau lebih ‘ARIF tetapi hanya berdiam diri. Benarkah beliau WAHABI? atau sekadar jolokan / gelaran oleh mereka yang HITAM hatinya. Kemabalilah kepada Akhlak Muslim Yang Jernih. Wassalam

  5. saya sokong penulis blog ni. Asri memang tegas dan ada pendirian! tapi itu semua bertentangan dengan pegangan ulama-ulama muktabar ahlu sunnah wal jama’ah. apakah ketegasan dan pendirian begini yang kita mahukan??sudah pastinya tidak!! ramai yang menantikan ‘kejatuhan’ mufti perlis ini,bukan berkepentingan politik tapi demi kesucian agama.

  6. UStaz moden yang keliru. Membaca tulisan anda lebih membayangkan emosi anda. Manusia SUFI yang mengikuti sifat nabi tidak akan mempersendakan ‘musuh’ walaupun dia di dalam kebenaran. Kalau gitu apa bezanya anda dengan Dr MAZA? Berserban, berjubah putih, ber’mafla’ lagi di dalam pengajian anda tetapi…. mungkin anak murid as-Saqqaf kot??? Kalau nak bersufi, bersufilah sungguh2, kalu nak berUMNO berUMNOlah sungguh2, kalu nak berPAS berPASlah sungguh…Wallahu a’lam.

  7. sekarang dh jd mufti balik apa cer ustaz?
    sy rasa malaysia dh dikuasai wahabi kahkahkah

  8. Turun naik semua ketentuan Allah. Tugas kita ialah menyampai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: