Kontrak Mufti Perlis ditamatkan – komen Ustaz JAKIM @ Zamihan Al Ghari

Gambar : Kelihatan Dr MAZA sedang dimake-up juru andam sebelum ‘show’.
Waaauu..ada kelas gitu. Macam artis laa.

KANGAR 6 Okt. – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin akan bertemu dengan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi membincangkan kontraknya yang akan tamat bulan ini. Kata Mohd. Asri, beliau telah menghantar surat permohonan berkhidmat semula dengan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini sebelum menguruskan pemergian untuk membuat kajian di luar negara.

‘‘Saya telah maklumkan kepada USM untuk kembali berkhidmat dengan universiti itu dan akan berjumpa dengan Tuanku Raja Perlis dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai perkara ini. Surat kepada kerajaan negeri saya akan hantar kemudian. ‘‘Sepatutnya kontrak saya tamat pada 2009 tetapi disebabkan masalah tertentu membabitkan pengurusan, saya bercadang mengambil keputusan ini dan mungkin kontrak saya akan tamat dalam bulan ini (Oktober),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan khidmatnya sebagai Mufti Perlis akan ditamatkan. Mohd. Asri dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib. Mohd. Asri yang berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Pengajian Hadis dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merupakan antara mufti termuda di negara ini. Beliau yang dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pernah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1427 peringkat negeri Perlis sewaktu berkhidmat sebagai pensyarah Pengajian Islam di USM. Sementara itu, bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika mengulas penamatan kontrak Mufti Perlis itu berkata, tindakan tersebut tidak menghormati keputusan kerajaan negeri terdahulu yang menyambung perkhidmatan Mohd. Asri sehingga tahun depan. Dipetik dari : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

Ulasan :

1) Elok juga ditamatkan kontraknya disebabkan provokasi Dr MAZA yang terlalu banyak kepada agensi agama, para ulamak dan individu yang tidak selari dengan pandangannya. Sekaligus mencacatkan kredibiliti Kerajaan Negeri Perlis dan rakyatnya.

2) Sekurang-kurangnya reda sedikit huru-hara dan kacau bilau pemikiran agama Umat Islam di negara kita ini. Namun, saya kira Dr MAZA akan tetap meneruskan doktrin ganjilnya (menentang pendekatan agama arus perdana) kerna beliau memang sengaja diproduksi untuk tujuan itu.

3) Bila kontraknya ditamatkan, Dr MAZA tidak perlu mengambil keputusan. Sepatutnya beliau patut berkata : Saya redha dengan ketentuan Allah SWT bahawa kontrak saya ditamatkan lebih awal dari jangkaan (2009). Tetapi perkataan diatas sengaja disebut seolah2 penamatan kontrak itu hasil keputusannya. Walhal tidak sedemikian. Graduan Jordan makruf bahawa Dr Asri memang pakar dalam putar alam.

4) Kita juga akan melihat setakat mana kesanggupan USM untuk menerimanya kembali di atas sikap dan aksinya semasa menjawat jawatan Mufti. Posisi Mufti Perlis tu setahu saya grednya S 48 sahaja. Tetapi aksi dr MAZA (semasa jd Mufti) bukan sekadar melebihi JUSA. Sebaliknya melampaui tahap jawatan ‘Mufti Malaysia’. Kalau beliau kekal dgn jawatan Pensyarah terdahulu, mungkin jawatan sekarang sudah mencecah DS 52 tau Pensyarah Kanan. Mungkin beliau seorang yang tidak ‘hubb al-Ri’asah’. Tetapi qarinah n dilalah memperlihatkan beliau seorang ‘hubb al-Jah”. Dan akhirnya dilihat ‘merajuk’ selepas ditamatkan kontrak. Lalu bercadang untuk membawa diri ke luar negara atas nama ‘kajian’. Kajian apa tu Cik Abang. Saudi Arabia tanggung ke?Wallahu’alam. Sebenarnya, saya sudah ketemu ramai para ulamak dan bertanyakan pandangan mereka terhadap Dr MAZA ni. Katanya mereka : ‘Tunggulah..asri tu tok lama’…cepat naik..cepat jatuh..”


5) Semenjak kemenangan PR keatas 4 buah negeri dgn kejatuhan DS Shahidan Kassim, halatuju pemikiran Dr MAZA turut berubah. Beliau juga dilihat banyak terlibat dalam wacana kepartian. Suka hati beliau lah. Tetapi, Kenapa sampai nak keluar negara bila ditamatkan kontrak? Cubalah dapatkan jawatan Mufti Wilayah ke? Melobi jawatan Mufti Selangor ke? Atau dah cuba…tp memang tak dapat. Perak tabley la bang. Istana lebih sukakan DS Harussani dari enta. Pulau Pinang.. tabley la bang..sbb kontrak Syeikhuna Dato’ Hj Hassan baru je disambung 2 bulan lepas. Kalau dapat jawatan dari dua negeri tu, bolehlah beri lampu hijau ‘jawatan Mufti Perlis’ kepada Fathul Bari bin Datuk Mad Jahya kan? Tak gitu?

Apapun, syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perlis yang baru kerana berani bertegas menamatkan kontrak Mufti yang banyak menimbulkan provokasi agama selama ini. Selamat hara-kiri ya akhie Dr Mohd Asri. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Kembalilah kepada Fitrah. Kembalilah kepada Allah.


Sumber asal Blog Ust Zamihan sini

13 Responses

  1. Syukur kepada Allah SWT kerana mufti perlis dah nak berhenti. Dinasihatkan kepada Asri supaya mencari ulama seperti Tuan Guru Nik Aziz untuk mendapatkan panduan bagaimana hendak bertaubat setelah menyesatkan diri sendiri dan ramai orang serta mengatakan sesat kepada umat Islam yang beritiqad Ahlisunnahwajamaah 13 negeri lain dalam Malaysia selain Perlis, Singapura, Brunai, Indonesia dan lainnya, selain daripada kamu mempertikai dan memperlekehkan ulama silam yang telah menjadi Kekasih Allah. Bertaubatlah kamu Asri sebelum kamu ditegur oleh Allah SWT lebih baik kamu dengar teguran manusia. Kalau Allah yang tegur, letih cik oi….

  2. Apalah yang nak disuka sangat dengan pemergian seorang yang bagus? Kalau dia buat kesilapan un itu adalah antara dia dengan Allah…

    Artikel ini seolah-olah macam ada nada hasad atau dengki dengan Dr. Asri. Apakah kita terlupa kepada ayat Allah di dalam surah al-Hasyr, ayat ke-10? Tentang sikap yang Allah ajarkan kepada kita?

    Buat masa ini, saya telah melihat, mendengar dan membaca banyak artikel dan video Dr. MAZA, dan kesemuanya setakat ini adalah pandangan yang baik, neutral dan ilmiyah.

    Dan buat masa ini, kebanyakan pandangan orang yang menolak Dr. MAZA, bahasanya berbaur kebencian, hasad, dengki dan penghinaan dengan tatacara yang tidak langsung menepati keadah ilmiyah yang sihat. Dan kebanyakannya adalah bersandarkan spekulasi dan persepsi yang tidak bersandarkan hujjah dan dalil yang kukuh.

    WaLlahu a’lam.
    -Sekadar meluahkan ketidakpuasan hati-

  3. SAYA MEMPUNYAI PENDAPAT YG SAMA DGN HAMBA ALLAH, SETIAP ARTIKEL DAN PANDANGAN DIDLM VEDIO, MEDIA MASSA DLL OLEH DRMAZA TAKDE CACAT CELANYA PUN..(jijiknye nak cari pengganti DRMAZA mcm TGNA tu…ishishish…)

  4. SALAM, AKUPUN SOKONG PENDAPAT HAMBA ALLAH TP AKU KURANG SETUJU DENGAN KUTUKAN KO SITI!!!!

    SAPE KO NAK HINA ORANG LAIN? KALO GITU KO SAMELAH NGAN ADMIN YANG MEMPUNNYAI NIAT DISEBALIKNYA!!!!

    YANG KITE HARUS BENCI ADALAH SIFAT BURUK DIE, ITU DIAJAR ISLAM.

    13 BELAS NEGERI MUFTI2 DIE MEMANG HEBAT ILMU DIE!!!

    KEPADA KO TOK AYAH, JIKA ILMU KO TINGGI SAMPAI BOLEH KE KENAL SIAPA SALAH DAN SIAPA BENAR, SIAPA KENE TAUBAT SIAPA YANG TIDAK BOLEHLAH AKU BELAJAR ILMU AGAMA NGAN KO. KO MENGAJAR KAT MANE? KALO DIIZINKAN BOLEH AKU PI KAT KO NGAJAR. KO ADE BLOG? KALO TAK BOLEH AKU BACE ARTIKEL KO BERKAITAN AGAMA. YELAHH SEBAGAI ORANG BERILMU, MEMANG DITUNTUT SANGAT UNTUK MENGAJAR YANG LEMAH. KALO ADE BAGI TAHU KAT KOMEN NI EK. EK. EK. SALAM.

    TP JABATAN APE PALING LEMBAB?
    JAWAPAN DIE JABATAN AGAMA!!!!

    MAHKAMAH APE YANG PALING LEMBAB?
    JAWAPAN DIE MAHKAMAH SYARIAH!!!

    ILMU YANG HEBAT TP KECUT NGAN ORANG POLITIK WAT APA?
    KALO DRMAZA KENE MUSIBAH DIDUNIA, 13 MUFTI YANG LAIN? APE ADMIN INGAT AZAB KAT DUNIA JER KE? KAT ALAM KUBUR DAN AKHIRAT MACAM MANA? KAT DUNIA NI ADMIN NAK KATA PA KATA….
    TP INGAT SETIAP KATA ADMIN KAMI JADI SAKSI!!!!

    INGATLAH JIKA SEKARANG TIADA LAGI ORANG ALIM YANG MENEGAK KEBENARAN MAKA ORANG ALIM SAMELAH SEPERTI PADERI-PADERI YANG MENGGUNAPAKAI KITAB YANG HANYA MENGIKUT KEPENTINGAN PERIBADI SEMATA-MATA!!!!!!!!!

  5. Betul tu Tuan punya blog, janganlah fokus wahabii dan syiah je. Kat luar sana, bukan yang dalam masjid (mereka dah datang mempelajari). Yang yang paling awal kena tanya tetap anda. Tulislah tulisan artikel ilmiah yang mudah difahami dengan ngi oleh semua bahasa disenagi oleh semua orang, kawan atau pun lawan. Tegur dengan hikmah , tegas dan berpendirian – tidak dibayangi oleh sesiapapun yang mungkin mempengaruhi pendirian anda.

    Selamat berjuang.

  6. sampai bila pun tak habih-habih kalau dah macam tu pe,elnya (loghat kelantan). isu wahabi telah dibincangkan beratus-ratus tahun. cukup-cukuplah. Al-Fadhil Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) dan beri pandangan beliau. orang islam akan di malaysia akan pasti ada yg bermazhab syafie, hambali, maliki dan hanafi.

  7. MashaAllah… macam ni rupanya blog ustaz moden… menghina mencerca orang secara terang2ngan… hebat… teruskan usaha anda mengumpul dosa

  8. Akupun ada dengar dan baca…banyaklah jugak blog ataupun tulisan Dr MAZA ni…Bagi aku ada la benda yang aku setuju dan ada gak yang aku tak setuju.

    Contoh terdekat yang aku setuju adalah komennya mengenai jawab salam orang bukan islam…ada videonya kat U Tube..itu aku kira amat ilmiah.

    Yang aku kurang setuju bila dia komen pasal politik…Mana2 mufti pun tak seharusnya komen pasal politik tanpa memahami betul2 sesuatu keadaan…kerana ulasan mufti berdasarkan laporan akhbar akan memperbodohkan diri mereka sendiri kerana akhbar pro UMNO selalu putar alam…

  9. saya setuju.asri jangan jadi bodoh dengan menafikan dirinya wahabi but pior wahabi.

    nanti org nampak dia jenis x boleh dipercayai.

  10. Apa-apa pon…buatlah penilaian secara adil…bukan men hentam mem”khinzir” buta jek…

    Jangan la plak sebab kita x suka seseorang tu meyebabkkan kita x adil…(surah maidah ayat 8) menzalimi pihak lain..

    Semua manusia ada salah silapnya…DRMAZA juga ada silapnya sbb dia juga manusia biasa..tp jgn la pulak kerana 1 kesilapan dia, segala kebaikannya dilupakan..

    **dah ada org label Tok Guru Nik Aziz n Haji Abdul Hadi Awang wahhabi..adeh…kalau x stuju dgn pendapat diorg, mmg kena cop wahabi ek??

  11. ustaz di mana allah

  12. di mana allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: