Surat Terbuka Al Arqam @ Rufaqa kepada Majlis Fatwa Kebangsaan

Darul Arqam Sebenarnya – Surat Terbuka Untuk Majlis Fatwa Kebangsaan

Assalamu‘alaikum wbkth.

Kepada tuan-tuan yang dimuliakan dan didoakan,

ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.
Kami pohon ampun maaf terlebih dahulu sekiranya surat ini mempunyai kesilapan-kesilapan yang tidak disengajakan. Dengan bersaksikan Allah dan Rasul, kami minta diberikan peluang untuk menyatakan pandangan dan rasa hati yang terpendam selama ini berkait dengan isu ‘Arqam vs Majlis Fatwa Kebangsaan’. Kami kerdil, tetapi mempunyai tanggungjawab untuk menjawab di hadapan Allah nanti perihal persoalan antara kita. Kami takut azab Allah yang bakal menimpa sekiranya kami tidak berterus terang perkara sebenar yang ada dalam hati kami.
Malaysia dilanda arus kebangkitan Islam yang cukup menonjol dibanding dengan negara Islam lain. Rakyat Malaysia di semua peringkat sedang mengalami perubahan diri ke arah Islam. Walhal sebelumnya mereka jauh dari agama. Allah SWT mentakdirkan, Abuya Ashaari Muhammad mendapat pengikut yang ramai. Dan jemaahnya jadi begitu berpengaruh.
Ertinya, kebangkitan ini menghala kepada Abuya. Hingga hari ini pengikutnya yang begitu komited, ramai dan jemaahnya terus wujud walaupun sudah ditangani oleh tuan-tuan dengan berbagai-bagai halangan.
Allah Taala sudah takdirkan Abuya telah menang dalam pertarungan dengan tuan-tuan dan dengan kerajaan Mahathir. Menyaksikan inilah maka kami rasa bertanggungjawab untuk menyatakan pendirian:
Bahawa kebangkitan Islam yang berlaku di Malaysia, inilah dia kebangkitan yang Allah janjikan di akhir zaman. Akhir zaman yang dimaksudkan Allah dan Rasul itu, rupanya sedang berlaku di waktu ini. Malaysia terpilih menjadi tapaknya. Dua tokoh yang disiapkan Tuhan untuk menerajui kebangkitan itu ialah Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi. Rasulullah sebagai Nabi akhir zaman; kerana sudah wafat; roh-nya hidup dan aktif bertindak sebagai master mind. Sementelahan Hadis-Hadis baginda tentang akhir zaman memang banyak dan menjadi panduan kepada umat untuk berjuang menagihnya bersama baginda.
Sepanjang zaman, generasi demi generasi mencuba agar apa yang Rasul janjikan itu berlaku kepada mereka. Namun hingga sekarang ia belum jadi kenyataan. Bagi Abuya, kesempatan ini dianggap peluang yang Allah rezekikan kepada orang Islam Malaysia, yakni orang Melayu, untuk menagih janji.
Menurut Abuya, kalau kebangkitan pertama dijayakan oleh Rasulullah bersama Sahabat, maka kebangkitan kedua di akhir zaman, Rasulullah gunakan Ikhwan dengan melantik Imam Mahdi sebagai ketua Ikhwan dan Putera Bani Tamim sebagai orang kanannya. Mereka akan lahirkan 313 Ikhwan di kalangan pemimpin-pemimpin manakala jumlah Ikhwan semuanya 500 orang.
Kepada mereka, Rasulullah telah anugerahkan sebuah tarekat khusus iaitu Aurad Muhammadiah.
Ertinya, apa yang sedang terjadi di Malaysia oleh jemaah Arqam dan kini Rufaqa’ ialah jadual Allah untuk akhir zaman. Pemimpin sebenar ialah Imam Mahdi yang ghaib tapi aktif berperanan di belakang tabir dan akan Allah zahirkan semula ke dunia sepertimana Nabi Isa. a.s. Imam Mahdi melantik pemimpin Arqam mahupun Rufaqa’ iaitu Abuya yang merupakan wazir kanan Imam Mahdi, membuat tapak perjuangan Imam Mahdi. Perjuangan mereka akan mendapat sebuah negara Islam iaitu Malaysia.
Tuan yang mulia,
Kami yakin, keyakinan seperti yang dinyatakan itu sangat dibimbangi oleh tuan-tuan. Lalu untuk menyelamatkan kami dari api Neraka, tuan-tuan pun bertindak mengharamkan semua itu dan hancurlah sebuah jemaah Islam iaitu Darul Arqam. Abuya dan kami semua akur serta beri kerjasama. Namun hati kecil ini berkata-kata, ‘Kalau ianya kebenaran yang dijanjikan Allah, seperti yang kami yakin itu, nescaya Allah akan bela. Hanya kuasa Allah saja yang mampu menyelamatkannya. Kalau sekadar kuasa manusia, mustahil dapat dilakukan kerana kami dalam ISA dan jemaah sudah hancur. Mana mungkin kami mampu menghidupkan sesuatu yang telah mati.
Namun, masya-Allah! Kita semua kini sama-sama menyaksikan bahawa perjuangan Abuya jadi makin membesar. Allah sudah jawab bahawa perjuangan Abuya itu mungkin dijanjikan Allah, maka Allah-lah yang bertindak menyelamatkannya dari terus berkubur. Begitulah kami berfikir. Kami yakin, kalau dihancurkan sekali lagi pun oleh sesiapa, nescaya Allah akan jawab juga. Kami yakin jemaah-Nya akan dapat kemenangan.
Kerajaan Malaysia yang ada sekarang, Perdana Menterinya Datuk Seri Abdullah Ahamd Badawi, pencetus negara Islam Hadhari, tidak mengganggu Abuya. Walaupun beliau tahu perjuangan Abuya dikatakan akan dapat daulah Islamiah, Pak Lah boleh terima. Beliau tahu apa yang Abuya cakap itu adalah kerja Allah atau Jadual Allah. Ia bukan jadual Abuya. Abuya cuma ceritakan apa yang akan berlaku menurut Hadis.
Imam Mahdi, Putera Bani Tamim dan daulah Islamiah itu Rasulullah yang ceritakan, bukan Abuya. Abuya cuma menyambungnya, menagih dan memperjuangkannya. Kata PM ketika wakil Rufaqa’ bertemunya, “Datuk saya, bapa saya, yakin dengan Imam Mahdi.”
Kalau Allah izinkan berlaku di Malaysia, di tangan Abuya, Pak Lah tentu boleh terima. Bahkan mungkin Pak Lah berbangga kerana dapat menjadi PM yang ikut menjayakan Jadual Allah. Memang Pak Lah orang yang ada cita-cita Islam. Sebab itu beliau berani isytiharkan Malaysia negara Islam Hadhari. Jadi bukanlah mustahil kalau Allah hendak pilih beliau untuk memberi laluan kepada Daulah Islamiah yang disebut Hadis.
Tuan-tuan yang berusaha, moga-moga usaha tuan-tuan diterima Allah. Perbezaan pendapat dengan Abuya kita anggaplah rahmat Allah kerana Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Perbezaan pendapat antara umatku adalah rahmat.”
Maksudnya bila timbul bermacam-macam idea di tengah umat Islam lalu masing-masing berjuang mempraktikkan keyakinan masing-masing, akan berhasillah macam-macam kebaikan kepada umat Islam. Sama-sama dapat untung. Yang yakin dengan Imam Mahdi berjuanglah menyambutnya. Yang tidak yakin berjuanglah untuk bangunkan Islam secara yang mereka faham. Rasulullah tidak suruh pun umat Islam membuat pecah belah, hasad dengki sesama kita saudara seislam.
Saudara-saudara kami seislam,
Surat penjelasan ini kami rasa perlu disebarkan kerana adanya masyarakat yang masih keliru bahkan tersalah anggap tentang Arqam dikeranakan oleh fatwa yang dikeluarkan. Kalau dibiarkan kita takut Allah murka kerana menyembunyikan kebenaran. Kebenaran hak Allah, kita diminta menyebarkan supaya semua orang berpeluang mencintai Tuhan.
Sekiranya tuan-tuan tidak setuju dengan semua ini, saya merayu bagi pihak Tuhan agar dibawalah berbincang secara ilmiah, profesional dan legal. Mari kita takut pada Allah dalam urusan agama-Nya ini. Cukuplah sekali kita bertindak atas politik kita. Sekarang mari kita berbuat mengikut syariat Allah yang sangat adil dan bijaksana itu.
Akhirnya kami berdoa moga-moga saudara-saudara se-Islam semua dapat disatukan di bumi Malaysia ini dengan kebenaran. Tidak rugi kalau kita bersatu, pasti Allah tidak siasiakan kebaikan yang kita usahakan. Jangan-jangan apa yang saya cakap ini kita akan dapat untung bersama. Sedangkan kalau kita terus bertelagah, apakah untung yang kita dapat selama ini? Lihatlah apa jadi dengan masyarakat? Apa jadi dengan negara kita?
Terima kasih kerana memberi kami peluang melakukan penjelasan ini dan seterusnya membenarkan buku ini diedarkan.
Sekian ampun maaf.

Komen : Imam Mahdi adalah perkara penting yang cuba ditenggelamkan oleh ilmuan / sarjana atau lebih tepat lagi orientalis Barat. Bahkan ilmuan kita yang tidak segan silu mengejat pangkat dan jawatan walaupun terpaksa menjadi murid kepada mereka, dengan mengambil MA dan PHD dengan sarjana barat / orientali, turut ‘melagukan’ lirik yang sama dengan sifu sifu mereka, walaupun hakikatnya Imam Mahdi adalah penyelamat yang dijanjikan Allah dan telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w.

Siapakah toifah itu, adalah subjektif dan kita akan sokong sesiapa sahaja yang benar benar ingin membawa agama kembali kepada dasar dan sumbernya yang sebenar, dan setakat ini perjuangan mereka ( Al Arqam/Rufaqa ) adalah tidak bercanggah dengan Al Quran dan Sunnah.Berdasarkan setakat mana yang saya faham. Mereka dihalang ekoran permainan politik yang ingin mengekang pengaruh mereka yang semakin melebar dan kuat tertanam dalam diri murid atau pengikut Ustaz Ashaari.
Sedangkan pada hemat saya, mereka tidak menggunakan kekerasan atau pernah terlintas melakukaknnya.Kerana pegangan sufi / tariqat yang mereka amalkan tidak akan menjerumuskan mereka semua ke lembah terroris atau militan sama sekali.

Kerana persoalan yaqazah dengan Rasulullah s.a.w atau dengan mana mana orang soleh  ; yang menjadi punca pengharaman mereka , adalah HAQ yang warid dengan nas. Namun ditolak oleh Wahhabi atau mereka yang ‘tidak sedar’ dijangkiti virus berbahaya ini. Namun sayang ia dijadikan alasan kesesatan dan pengharaman jemaah yang telah berjaya membangunkan minda, ekonomi, sosial dan masyarakat keseluruhannya termasuk dari aspek kesenian Islam dan penjenamaan semula penganut Islam hingga menjadikan Islam kembali ‘wangi’ di tangan tangan mereka. Sedangkan mereka sepatutnya diberi peluang bermuzakarah dan diberi peluang meluaskan lagi ekonomi Islam mereka yang telah menjadi model masyarakat yang diidam idamkan oleh kita semua ..

Kita perlu berfikir seperti mana yang difikirkan selama puluhan tahun oleh jemaah Al Arqam ini. Bahkan PAS juga tidak mampu membuat revolusi sehebat yang diperjuangkang mereka, kerana PAS hanya banyak retorik, kata kata serta kering dan gersang dari ‘siraman iman dan kasih sayang’ … Biarpun kita juga tidak berniat untuk mengesahkan sesiapa sahaja yang diletakkan oleh mereka,  contohnya Sayid Suhaimi sesebagai Imam Mahdi, juga calon Imam Mahdi bagi kita. Kerana ia belum lagi terjadi dan kita masih mencari cari hingga kini.

Pendek kata, kita jika tak mampu, berilah sokongan moral sepertimana yang saya lakukan seperti ini hari ini di sini menggunakan ruang dan daya yang di bawah kendalian saya hasil kurniaan Maha Pencipta… Laksana burung yang cuba menyiram api yang menliputi Nabi Ibrahim meskipun ia tidak memberi sebarang bekas, namun dinilai tinggi di sisi Allah.

Cerita imam Mahdi ada di sini, sini , dan selanjutnya anda boleh taip dan cari sendiri. Pastikan ia bukan dari blog atau lama ada ciri ciri wahabi !!!
Nota: Pandangan ini adalah peribadi dan ia tidak seharusnya menjadi satu polemik kepada sesiapa yang tidak bersetuju dengannya.

9 Responses

  1. Pujian Patut diberikan kepada mereka dalam Bidang Muamalat. Mereka maju dan kejayaan mereka dalam bidang ini boleh dibanggakan. Yang kaya pun memang ramai.

    Suatu ketika mereka juga bagus dlam bidang dakwah. Pengisian majlis ilmu pun bagus.

    Bila timbul isu tarekat Aurad Muhammadiah timbul, mereka begitu disisihkan. Hingga nak cari produk makanan halal keluaran mereka pun susah.

    Tentang dakwaan ustaz Ashari tu, susah nak diterima. Nampak terlebih hebat dari para sahabat rasulullah dan Tabi’in. Pengharaman kumpulan mereka bukankah setelah diFATWAkan haram. Tak pasti pula wahabii wahabii jabatan agama dan JAKIM turut terlibat juga. Wallahu ‘aalam.

  2. Assalamualaikum,

    Beri sokongan pada Deklarasi Janda Baik

    http://deklarasijandabaik.blogspot.com

    Satu usaha memartabatkan para bloggers dengan menjejak dan mengumpulkan para sahabat untuk berjuang.

    Terima kasih.

  3. itu dakwaan orang yg benci sahaja, yg tdk rasional kpd realiti.

    wajar kita buat kajian ttg mereka dgn turun padang sblm memutuskan apa apa jua.

    saya bukan geng mereka tetapi saya sokong POSITIF yg mereka bawa.

  4. Arqam apabila ditimpa kesusahan mereka sabar. Tak bising mcm anwar…

    tak dengar lagi Arqam serang polis…bahkan buat air pula kpd polis yg tangkap mereka.

    Masya Allah…akhlak mereka sangat indah tak sama mcm PAS.

  5. saya setuju dengan penulis cyber. Akhlak yang mereka (ahli arqam)serlahkan mungkin kesan dari tarbiah yang mereka terima.

    Malangnya pengikut pengikut aliran politik tak kiralah apa lambang sekali pun sama je. Hari ni pembangkang main kasar , esok esok ‘Dacing ‘ pula. Bila akhlak mukmin tak de macam tu lah jadinya. Terkadang yang bertaraf ustaz pun “over reacting’ juga.

  6. Sila layari :

    BUKU DETAILS TTG IMAM MAHADI :

    http://kawansejati.ee.itb.ac.id/0001-kandungan-buku-ini

    LAMAN WEB RUFAQA (nama baru RUFAQA :GLOBAL IKHWAN)

    http://globalikhwan.net
    http://ikhwantoday.com

  7. assalamualaikum. buku abuya pemimpin paling ajaib penuh penipuan dan pembohongan terhadap kurga syeikh suhaimi.dapatkan buku siapakah dalang penyelewengan aurad muhammadiah yg ditulis sendiri oleh cucu syeikh suhaimi.buku ini membongkar penipuan dan pembohongan ashaari muhammad dan pengikutnya terhadap keluarga syeikh suhaimi. emel ke nsyaibani@yahoo.com.my

  8. assalamulikum cucu seikh suhami nampaknya saudara tahu hanya nak tembak je apa salahnya saudara buat jemaah islam kalau saudara pandai sangat komen kita orang akan ikut jika ianya baik.pada saya asharilah yang membuat saya jadi baik dari perangai yang buruk jadi baik salah ke tu wassalam

  9. Issu kedatangan Imam Mahdi itu sebenarnya wujud harapan pengikut Nabi Ibrahim As. setelah beliau berdoa sbb.: “Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Qur’an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (QS. 2:129).

    Oleh katurunan beliau ini selanjutnya, ditunggu-tunggulah kedatangannya sampai datang nabi terakhir dari dinasti Bani Israel yakni Nabi Isa As bin Maryam. Namun sayang, dalam Injil masih disebut issu Imam Mahdi, Mesiah, Satrio Piningit dsb. berarti masih akan datang lagi Imam Mahdi yang pamungkas, yang sesungguhnya.

    Maka akhirnya, lahirlah Nabi kita Muhammad SAW sebagai Rasul Allah dan sekaligus penutup para nabi (QS. 33:40) dengan membawa Al Quran yang didalamnya memuat pernyataan atau ikrar Allah SWT bahwa Nabi Muhammad SAW dianugerahi agama ISLAM (QS. 5:3). Nama Islam tidak pernah termuat dalam kitab-kitab suci sebelum Al Quran.

    Dengan kedatangan Nabi Muhammad SAW sekaligus juga terjawablah issu tentang akan datang lagi Nabi Isa bin Maryam dan issu Imam Mahdi. Nabi Isa As. tidak akan datang lagi karena sudah tegas dinyatakan dalam Al Qiran (S. 2:134 dan 141). Begitu juga Imam Mahdi tidak akan lahir lagi karena penutup para nabi hanyalah Nabi kita Muhammad SAW.

    Tinggal bagaimana para khalifah-khalifah (ya raja, presiden, gubernur, pangeran, sultan, bupati atau walikota) kini dan yang akan datang ‘mampu’ membumikan Islam dan Al Quran dalam kehidupan nyata di dunia ini, ya masalah sosial budaya terutama masalah kekuasaan dan pemerintahannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: