Hati hati dengan tulisan Buya Hamka, yang turut dikagumi Anwar !

Anwar Ibrahim sering menceritakan kekagumannya yang tinggi terhadap Buya Hamka ( sini link ) hingga . Sebelum ini saya sendiri pernah mendengar ‘kekeliruan’ fahaman Buya Hamka dan hari ini saya sudah mendapat petunjuk dari blog sahabat siber bernama BankWahabi ( klik sini )..Yang menceritakan terperinci tentang siapa buya Hamka.

Bahkan saya juga baru mendapat tahu bahawa Wahabi berasal dari Musailamah Al Kazzab hari ini juga.

Dia dulu tinggal di Yalamlam, daerah antara Jedah dan Yaman. Dan dinasti Saudi dulu menamai istananya dengan Istana Yalamlam ( sumber klik sini ).Ia lokasi sebuah bukit di sebelah selatan 54 km dari Mekah, merupakan miqat bagi jama’ah yang datang dari arah Yaman dan Asia ( klik sini ). Ketika Faishal menjadi raja, nama itu diubah menjadi Istana Riyadh.

Anda bacalah sendiri lanjutan artikel blogger bankwahabi di bawah….Bukan untuk memecah belahkan umat tetapi untuk menyatukan mereka atas satu fahaman. Kerana fahaman bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah itulah PEMECAH BELAH PERPADUAN UMAT ISLAM. dan itulah yang dikehendaki MUSUH dan MUNAFIQ ISLAM.

Hati-Hati Karangan Hamka

Ikhwah, di Nusantara wujud ramai pembela, penyokong, pengikut, pengkagum Wahhabi, terutama sekali mereka yang termakan dakyah mereka sewaktu derasnya duit minyak Saudi. Antara yang termakan dakyah Wahhabi dan Ibnu Taimiyyah ialah Dr. Hamka, Allahyarhamhu. Beberapa sahabat dari Seberang menyatakan di akhir umurnya, dia rujuk kembali kepada pendapat ulama Sunni Syafi`i sehingga penyokong-penyokongnya dari kalangan Muhammadiah menuduhnya sebagai nyanyuk. Dr. Hamka sendiri dalam “Tafsir al-Azhar“nya menyatakan bahawa dia tidak berpegang dengan mana-mana mazhab, ertinya “La mazhabiyyah” (golongan tidak bermazhab). Dalam bukunya “Tasauf Perkembangan Dan Pemurniannya”, dia menyambung fitnah Rasyid Redha yang dikaguminya terhadap Sayyidi Ahmad bin Zaini Dahlan rhm. Pada mukasurat 226, dia menulis:-

  • “Jago” yang berjasa besar membela Kerajaan Turki dan membusukkan Wahabi dan memfitnahkannya, sampai menuduh bahwa Muhammad bin Abdil Wahab itu adalah keturunan Musailamah al-Kazzab, sebab dia lahir di Wadi Yamamah di Nej adalah Syaikh dan Alim Syafi-iyah yang besar di Mekkah Syaikh Said (baca: Syed) Zaini Dahlan.

Jelas racun fitnah Wahhabiyyah telah ditelan bulat-bulat oleh Dr. Hamka sehingga dia menuduh “Syaikh dan Alim Syafi-iyah yang besar” di Mekkah adalah seorang tukang fitnah. Berfikirlah dengan rasional, adakah ini sifat Syaikh dan Alim Syafi-iyah yang besar ???? Bukankah ini tujuannya men”discredit”kan ulama kita.

Benarkah Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan benar-benar menyatakan bahawa Ibnu Abdul Wahhab itu keturunan Musailamah atau yang dikatakannya ialah kabilahnya sama dengan kabilah Musailamah al-Kadzdzab itu ??? Tuduhan yang dimuatkan oleh Dr. Hamka dalam buku tersebut yang dikarangnya tahun 1952. Tidak tahulah sama ada di akhir umurnya dia rujuk kembali daripada pendapatnya.

Untuk makluman lanjut, seorang lagi ulama kita yang di”marahi” oleh Dr. Hamka ialah Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani, sebabnya kerana polemik dan tentangannya terhadap Ibnu Taimiyyah, Wahhabi dan Muhammad Abduh. Membaca karangan-karangan Hamka, kita akan mengetahui bahawa dia adalah pengkagum Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha.

Oleh itu berhati-hatilah apabila membaca karangan-karangannya, jangan jadi Radio IKIM saban hari mengulang-ulang puisi Anisah Mai yang dipetik dari buku “Tasauf Modern” karangan Hamka, tidakkah mereka tahu bahawa Anisah Mai itu adalah seorang Kristian. Dr. Hamka sendiri menyatakan demikian dalam bukunya tersebut, ini mesti kes baca tak habis, main petik-petik je. Allahu …. Allah.

Mudah-mudahan Allah mengampuni ketergelinciran Buya Hamka. Nak hadiah Fatihah ke tidak, lupa pula apa pendapat Buya Hamka, kalau tak silap dia kata tak sampai. Kalau tak sampai tak payah hadiahlah.

11 Responses

  1. membaca tulisan anda ini membutuhkan kesabaran yang extra.. sebetulnya ingin sekali saya mengomentari tulisan anda tersebut,tapi saya pikir kemudian..apa gunanya..saran saya banyak lah belajar lagi..jangan mengambil referensi dari satu sumber saja..dan belajarlah menulis..tulisan anda masih jauh untuk bisa di katakan ilmiyah..jujur saja,saya yakin bahwa setiap orang yang membaca tulisan anda ini akan mempunyai sebuah penilaian pada diri anda bahwa anda ini bodoh..kurang wawasan namun cukup percaya diri..sehingga menyebut diri “ustazmoden” model dakwah anda ini kekanak-kanakan..orang indonesia menyebut “norak gtu lho..” bila anda tertarik berdiskusi dengan saya silahkan kirim imel kesaya..wees_tau@yahoo.com

  2. Ana dulu suka juga baca buku Hamka, tapi bila bab dia pertikaikan ahlulbait, kenapa perlu hormat pada ahlulbait dsbnya, ana sudah mula rasa cuak. Hamka juga turut menyanjung Muhammad Abduh, Rashid Ridha, dan lain-lain, apa-apapun, tidak dinafikan beliau penulis yang hebat.

    Dgr kabar, di saat akhir hayatnya beliau kembali pada ASWJ, walahualam.

  3. hebat tapi sayang tergelincir sekejap.

    ramai ulama kembali kpd haq di akhir hayat.

    Lihat sejarah pasti kita dapat cam trend mcm ni.

    Moga Allah merahmati semua ulama2 pewaris Nabi s.a.w.

    Dan memberi hidayat kepada ahli agama yang belum ‘mewarisi’ dari Nabi zahir batin.

  4. ooo..kat atas itu ada komen yg mempersendakan pemilik blog..jangan dihiraukan provokasi spt itu..

  5. Sebelumnya sebagai orang Indonesia yang tinggal di bogor jawa barat,saya minta maaf,atas ucapan saudara saya yang mengatakan ”orang bodoh” dan ”kekanak-kanak”..Sayapun heran siapakah yang bodoh dan kekanak-kanak..Adakah orang yang sangat alim dalam agama berani menghina orang?alangkah sombongnya dia berani berkata seperti itu..kalau tidak setuju,boleh saja silahkan kemukakan alasan,bukan dengan menghina orang…Tidaklah semua orang indonesia seperti dia..Mengenai buya hamka,marilah kita hormati beliau agar ada kemanfaatan dari ilmunya…Apabila ada tulisannya yang tidak sesuai dengan mazhab sunni,kita tinggalkan saja…Sayapun pengagum hamka..

  6. imam ghazali menemui jalan menuju Tuhan pun selepas bergelar alim ulama.

    tidak pelik jika buya hamka pun sama.

    kerna berkat guru dan ibubapa itulah menjadikannya selamat di hayat walau akhirnya ditemui jalan kefahaman yang benar.

    terimakasih komen firmansyah dan juga semua di atas.

  7. Saya memang peminat Buya dalam tulisannya terutama novel beliau. Saya meminatinya sebab beliau telah membuka mata semua bahawa di minangkabau terlalu terlalu mementingkan adat resam sehingga mengenepikan agama Islam. Di mana ketua keluarga sepatutnya adalah lelaki tetapi adat ini terlalu mengutamakan perempuan dalam segala hal termasuk dalam soal pembahagian harta pusaka.

  8. jangan permasalahkan perbedaaan yang kecil dari pada kesamaan yang begitu luas,,? hingga kita berpecah?
    Allah itu maha luas, Allah itu maha Tinggi, Allah itu maha Mengetahui!!!,,
    jika menganggap kita lah yang benar maka itu adalah kesombongan yang amat besar, Allah tidak suka itu,, ?
    siapa pun jika aliran itu atau organisasi itu,, tidak keluar dari qur’an dn hadist maka itu adalah jalan menuju Allah walo perbedaan itu nampak sedikit dan kesamaan nampak banyak,,? jalan menuju Allah itu sangat luas,,!!!
    marilah kita selalu bertaqwa itu yang harus dibahas,,
    jangan salahkan ulama dan salaf yg shalih dg menghinanya,, karna Allahlah yang mana tahu kebenaran,,
    apa yang kita yakin maka amalkanlah ajaran itu,,,? Allahuakbar…

  9. komentar udah usang tak laku

  10. saya jujurnya amat meminati hamka, hebat betul saudara sampai mahu memerli ulamak besar nusantara. “Nak hadiah Fatihah ke tidak, lupa pula apa pendapat Buya Hamka, kalau tak silap dia kata tak sampai. Kalau tak sampai tak payah hadiahlah.” tegurlah secara berhemah, tunjuk la yang salah, Hamka memang bukan orang sempurna. pasti ada salahnya. Moga dengan ilmu mu dapat membawa mu ke syurga sahabatku.

  11. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
    Ana pengagum Buya Hamka, dan insya Allah bisa terus konsisten diatas da’wah yang dibawa oleh syekh Muhmmad ibn Abdul wahhab, dan Syekhul islam Ibnu taimiyyah. Tapi tulisan diatas sudah membantu ana dalam membuat tugas. Ana minta maaf pada penulis , mohon bukunya syekh Muhmmad ibn Abdul wahhab, dan Syekhul islam Ibnu taimiyyah ,dibaca langsung, insya Allah akan jelas sipa mereka. جزاكم الله خيرا

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: