Nasib masyarakat Islam dalam era Obama

Tidak pernah dalam sejarah proses pemilihan Presiden Amerika Syarikat berjaya menarik minat rakyatnya yang beragama Islam. Tetapi perkara ini yang telah berlaku terhadap perebutan di antara Barack Obama dan John McCain.

https://i2.wp.com/mr-freddy.com/house/wp-content/uploads/2008/08/untitled-1-small6.jpg

Secara tradisinya, majoriti rakyat Muslim Amerika adalah penyokong setia parti Republikan yang pada ketika ini diwakili McCain. Tetapi pemilihan kali ini jelas mempamerkan harapan tinggi rakyat Muslim Amerika terhadap kemenangan Obama pada 4 November akan datang.

Lebih menakjubkan lagi, bukan sahaja rakyat Muslim Amerika yang menaruh harapan tinggi kepada Obama, malah kebanyakan negara yang majoritinya penduduk beragama Islam juga menaruh harapan yang serupa.

Apakah istimewanya Obama sehinggakan masyarakat antarabangsa Islam memberi kepercayaan kepada beliau, sememangnya menarik diberi ulasan.

Mungkin masyarakat Islam telah berasa serik dengan tingkah laku Presiden George W. Bush yang memporak-perandakan beberapa negara Islam seperti Iraq dan Afghanistan. Mungkin juga ramai yang telah jelak dengan sikap Bush yang kadangkala tidak ambil peduli dengan kemelut yang dihadapi rakyat Palestin membuatkan masyarakat Islam menaruh harapan yang tinggi kepada Obama.

http://politicaldemotivation.files.wordpress.com/2008/04/george_w_bush.jpg

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sokongan yang diterima oleh Obama terutama sekali daripada masyarakat antarabangsa adalah agak luar biasa.

Lawatan Obama ke beberapa negara Eropah pada bulan Julai lepas jelas mempamerkan harapan tinggi masyarakat Eropah supaya Obama mendiami White House.

Minat masyarakat Eropah terhadap pemilihan Presiden AS tidak sukar untuk dirungkai kerana sesiapa sahaja yang menerajui White House mempunyai pengaruh yang besar terhadap rantau Eropah. Dalam era pemerintahan Presiden Bush selama lapan tahun, beliau telah mengheret beberapa negara Eropah dalam kancah peperangan terutama sekali di Iraq dan Afghanistan.

Sudah pasti masyarakat Eropah mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada Obama kerana beliau lebih mementingkan strategi diplomasi berbanding dengan ketenteraan. Seperti mana rakyat Amerika, masyarakat Eropah sudah bosan dengan sikap suka berperang Bush.

Ada yang mengatakan sokongan masyarakat Islam Amerika dan antarabangsa terhadap Obama kerana beliau dikatakan membawa satu perubahan yang baru yang agak jelas tidak mungkin lebih buruk daripada apa yang telah diamalkan oleh Bush semenjak lapan tahun yang lepas.

https://i0.wp.com/cache.daylife.com/imageserve/05qDg5O9rOfGo/610x.jpg

Kemungkinan juga ada yang tertarik dengan hakikat bahawa Obama pernah pada satu ketika sebagai kanak-kanak membesar di Indonesia ( gambar atas ) selama empat tahun.

Hakikat bahawa Obama mempunyai seorang bapa yang beragama Islam juga tidak boleh ditolak ke tepi sebagai daya tarikan masyarakat Islam terhadap beliau.

Tambahan pula nama penuh Obama adalah Barack Hussein Obama sudah pasti menjelaskan segala-galanya mengapa masyarakat Islam menaruh harapan kepada beliau walaupun telah diperjelaskan Obama bukan beragama Islam.

( gambar Obama semasa 24 tahun bersama Malik Obama )

Apakah Obama akan membawa kepada perubahan yang lebih baik terhadap negara dan masyarakat Islam adalah satu hipotesis yang boleh dipertikaikan.

Sepanjang kempen pemilihan presiden, kem Obama seboleh-sebolehnya cuba menyisihkan kaitan Islam dan Obama. Sebab itu beberapa kali ditekankan bahawa Obama adalah penganut agama Kristian walaupun terdapat kaitan sejarah yang menghubungkan beliau dengan Islam.

Perkataan Islam dalam kempen pemilihan Presiden Amerika Syarikat dianggap sebagai suatu perkara yang pantang dan seboleh-bolehnya mahu disisihkan.

Adalah sesuatu yang lazim melihat Obama berucap berlatar belakang penyokong yang berkulit putih.

Persepsi

Persepsi yang cuba digambarkan bahawa sokongan Obama tidak berlandaskan warna kulit. Tetapi adalah suatu yang mustahil untuk melihat Obama bersalaman atau bermesra dengan masyarakat Muslim Amerika yang memakai hijab kerana ini akan membawa persepsi yang tidak baik.

https://i1.wp.com/img504.imageshack.us/img504/2716/obamamuslimgarbxr3.jpg

Masyarakat antarabangsa Islam terutama sekali dari negara Arab menyokong Obama kerana mengharapkan kemelut Palestin dapat diselesaikan.

Harapan yang tinggi diletakkan kerana bukan sahaja kerana Obama lebih mementingkan dialog dan diplomasi tetapi mungkin juga kerana beliau mempunyai asal usul Afrika yang sudah tentu akan menjadi lebih prihatin terhadap masalah rakyat serumpun.

Tetapi hakikat yang perlu difahami adalah penyelesaian kemelut Palestin lebih banyak bergantung kepada sikap Perdana Menteri Israel berbanding dengan Presiden AS.

Tambahan pula organisasi Aipac, iaitu pelobi pro-Israel di Washington amat kuat mempengaruhi tindak-tanduk Presiden AS menangani isu Asia Barat yang melibatkan rejim tersebut.

https://i1.wp.com/blog.dennisfox.net/wp-content/wp-content/aipac_demo3.jpg

Menyukarkan lagi keadaan, Obama merupakan penyokong kuat Aipac kerana sepanjang karier menjadi Senator, sokongan beliau terhadap pelobi pro-Israel tersebut adalah seratus peratus tanpa berbelah bahagi.

Perlu juga diberi perhatian bahawa calon Naib Presiden kem Obama iaitu Senator Joe Biden adalah penyokong kuat Zionis yang mempunyai pegangan bahawa akan hanya terdapat perubahan di Asia Barat apabila negara Arab memahami bahawa sokongan AS terhadap Israel adalah tulen dan sejati.

Jika Obama berjaya menerajui White House, Biden yang mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal dasar luar AS, sudah pasti akan memainkan peranan utama dalam bidang tersebut dan ini termasuklah isu kemerdekaan negara Palestin.

Ramai yang menjangkakan Obama akan menang dengan mudah pada 4 November ini kerana sokongan yang diterima setakat ini adalah begitu luar biasa.

Walaupun terdapat kekangan yang boleh membataskan usaha Obama untuk lebih bersimpati terhadap masalah masyarakat Islam sama ada di Amerika atau seluruh dunia, namun era pemerintahan Obama sudah pasti tidak boleh menjadi lebih buruk berbanding dengan era Bush.

The White House by Nishkid64

Walaupun penghuni White House akan datang akan dipenuhi oleh mereka yang bersimpati dengan Israel, tidak dapat dinafikan bahawa faktor asal usul Obama dari Afrika dan mempunyai nama Hussein mungkin boleh membawa sesuatu yang lebih baik kepada Palestin khasnya dan juga masyarakat Islam antarabangsa.

sumber : Utusan Malaysia

Tambahan :

– Anda boleh ikuti liputan oleh Jerusalem Post di sini , Israel Insider di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: