Dr Juanda, bakal Mufti Perlis baru yang diharap oleh kita tidak terjerumus lubang politik kali kedua !

Dr Juanda calon ‘favourite’ jawatan Mufti Perlis

 

PETALING JAYA: Antara dua tokoh agama yang dicadangkan mengambil alih kerusi ‘panas’ Mufti Perlis pada awal Disember ini, bekas naib Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya dikatakan calon ‘favourite’ di kalangan golongan tertentu.

Ada sumber yang mengatakan populariti Dr Azwira A Aziz, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga tidak kurang hebatnya. Sementelah, personaliti tokoh agama yang muda ini dianggap lebih ‘rigid’ dan ada cara tersendiri merungkai persoalan agama.

Manakala Dr Juanda pula, yang berketurunan Melanau dan bekas naib Mufti Sarawak ini, dilihat lebih ‘liberal’ dan lemah lembut keperibadiannya. Lebih menarik lagi, tokoh agama yang berusia 37 tahun ini bukan orang asing di negeri Perlis.

Secara berseloroh, beliau berkata, “orang Perlis lebih awal kenal saya dari Dr Asri sendiri.”

Antara Dr Azwira dan Dr Juanda , masing-masing mempunyai ketokohan tersendiri dan merupakan kenalan Asri.

Nama kedua tokoh agama ini juga telah dicadangkan oleh Dr Asri sendiri.

Dalam satu temubual dengan mStar Online semalam, Dr Juanda menyifatkan peluang mengisi kerusi penting di Perlis sebagai ‘satu amanah yang besar.’

“Kalau diambil amanah ini, kena tanggung risiko yang besar. Itulah risikonya. Tidak boleh kurang dari apa yang telah dijalankan oleh Dr Asri,” jelas Dr Juanda.

Katanya lagi, “Sebelum saya ambil cabaran besar ini, saya kena fikir panjang jugalah kerana kita tahu harapan pihak berkenaan.”

Sungguhpun berasal dari Malaysia Timur, Perlis bukan baru bagi Dr Juanda.

“Dr Asri telah membawa kedudukan besar Mufti Perlis itu ke peringkat nasional. Peranan Mufti itu bukan saja dilihat sebagai pemimpin pada masyarakat saja,” katanya.

Banyak isu nasional yang dibincangkan bersama Dr Asri.

“Kami banyak berbincang bersama. Isu agama dikupas sehingga mendapat mana yang terbaik. Disebabkan itu keputusan itu selalu ada kekuatan.

 

[juanda.jpg]“Saya dan Dr Asri ada pemikiran yang sama. Islam perlu dimartabatkan dan fahaman yang salah itu perlu diperbetulkan,” jelas tokoh agama kelulusan Universiti Al-Azhar yang kini ketua

 penolong pengarah di bahagian dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak.

Seandainya diberi mandat menggantikan Dr Asri, apakah agaknya arus perubahan yang akan dibawa oleh Dr Juanda yang mendapat Masters dalam Syariah pengkhususan penggubalan Undang-undang keluarga Islam Malaysia dari UKM ini?

“Saya sendiri belum terfikir ke arah itu,” katanya lagi.

Pelantikan Mufti Perlis yang baru hanya akan dibuat jika mendapat perkenan pihak Istana. Walaupun begitu, keputusan siapa Mufti Perlis yang baru akan diketahui pada 28 November ini.

Dr Asri yang selalu mendapat jolokan Mufti yang paling lantang dan berani memutuskan untuk bersara mengejut pada 7 Oktober lalu.

Keputusan itu diambil akibat tidak selesa dengan permainan politik oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya yang mana beliau sifatkan seperti bermain silap mata.

Sehari selepas itu, beliau diterima mengadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menyatakan hasratnya itu.

Menjunjung titah Tuanku, bekas pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu, melanjutkan tempoh perkhidmatannya selama sebulan sebelum berlepas ke United Kingdom selama sembilan bulan pada 1 Disember ini bagi menjalankan kajian berkaitan pengajian hadis dan politik.


Ulasan :
Dr Juanda sering menulis di ruangan Berita Harian. Pemikiran dan aliran beliau senang diterima ramai kerana lembut dan tidak kontroversi dengan ahli sunnah serta tidak kurang hebatnya juga dengan kritikan keras termasuk pengasas Islam mazhab baru Amina Wadud ( klik sini ) yang juga antara pengasas SISTER IN ISLAM di Malaysia yang kuat disokong Asri melalui kenyataan selari dengan aliran pergerakan mereka.

Bahkan SIS juga menjadi penyokong untuk PKR yang sangat liberal seperti fahaman mereka yang juga liberal dalam agama. Dan Dr Asri menjadi wira kepada golongan golongan SIS, Anti hadis Kassim Ahmad yang telah lama mengidam untuk membelasah JAKIM, Jabatan Agama dan Institusi Mufti yang menyekat fahaman mereka.

Dr Azwira juga pendokong Wahabi yang menonjol sebagai Ahli Sunnah atas manhaj Nabi s.a.w. Sama seperti Dr Juanda juga….Ada sedikit ulasan mengenainya sila klik di sini.. Asri ditolak bukan kerana menyokong mana mana parti ( walaupun jelas cenderung kepada pembangkang ) tetapi dia sebenarnya telah memecah belahkan PARTI ALLAH iaitu agama Islam itu sendiri. Peliknya pembangkang juga turut menolak Asri kecuali mereka yang fanatik wahabi sahaja tidak.
Pemahaman sukar diterima ramai seperti mana yang ada dibahaskan di sini , mengkritik tindakan menangkap pasangan khalwat ada di sini, mengkritik Pengarah JAKIM di sini, mempertahankan Raja Petra dengan mengkritik ISA di sini, dan banyak lagi kontroversi adalah lambang kepada kecelaruan pemikiran Asri sendiri.

Selain itu tentangan ulama lain terhadap Asri seperti
Asri menghina Nabi di sini,
Menghina pegawai Agama di sini,
Menghina institusi Ulama dan disokong pula Sister In Islam di sini,
Mengkritik Imam Ghazali hinggakan sampai ke luar negara seperti laporan di sini

Oleh itu kita berharap dan berdoa agar Dr Juanda tidak akan ‘terjerumus’ di lubang yang sama kali kedua selepas mana kegagalan seorang Mufti pejuang Wahabi telah diberi peluang sejak 2006 menjadi Mufti termuda di Malaysia.

Walaupun kita juga khuatir Dr Juanda juga salah seorang pembela Wahabi di Malaysia jika melihat kepada berita di atas menerusi kata katanya ( kami ada pemikiran yang sama ) dan juga  dari blog ini ( patutlah Dr Juanda calon pilihan Dr Asri selain Dr Azwira ) yang mana mereka berdua turut hadir di seminat wahabi di Indonesia pada Ogos tahun lepas ( 2007 ) yang turut dihadiri MB Perlis ketika itu Datuk Seri Shahidan Kassim.

Bahkan tokoh terkenal Wahabi juga seperti Sheikh Salim Eid Muhammad Hilali turut diundang ke Malaysia dan bagi saya INI SANGAT BAHAYA kerana boleh menumbangkan kejatian akidah murni Islam sebenar !

Bagi saya cukuplah Wahabi merosakkan perpaduan islam dan kritikan terhadap Wahabi bukan bermakna ingin menggalakkan perpecahan, bahkan INI adalah langkah langkah PENCEGAHAN agar ramai di luar sana tidak tahu dan mereka perlu tahu sebelum terkena dengan virus WAHABI yang sukar diubati ini.

Kerana MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI !

Wallahu A’la Wa A’lam.

 

8 Responses

  1. Ambil yang JERNIH, buang yang KERUH. Segala teguran diambil sebagai panduan. Yang tidak berkenan lupakanlah.

    Sesiapa yang mengutuk beliau habis habisan tu pi minta maaf dan minta halal. Jangan tunggu sampai kat Mashyar nanti.

    Wassalam.

  2. Moga lebih baik.

  3. Memang kita tidak maksum. Kerana itu kita kena menerima pandangan orang.

    Dalam ilmu agama, hujah menentukan kebenaran, dan ia boleh dinilai hanya ahli agama sahaja.

    Ramai terperangkap dengan title seperti DR / Pensyarah lalu menerima tanpa menapisnya terlebih dahulu dan meninggalkan sumber musyafahah / talaqqi yang diamalkan di pondok2 psantren atau tariqat2 yang mengandungi keaslian Islam yang lengkap zahir dan batinnya melalui Syeikh2 Habib2..

    Kerana itulah tidak pelik jika Asri dihentam kerana beliau membawa fahaman tidak sama dengan Ahli Sunnah wal Jamaah.

    Nak tulis panjang2 pun semua dah tahu topik ini.

    Cuma terserah lah utk kita fikir mana satu betul. Tugas saya hanya membentangkan fakta 2 dan hujah2 sahaja. Hidayah milik Allah Taala.

  4. Semoga ‘Mereka’ Dr. Dr. yang bakal dipilih nanti akan memiliki ketingian nilai ilmu islam dan kebijaksaan dlam mentadbir umat islam, walaupun ‘mereka’ tidak melalui kaedah tradisi ilmu islam itu diperolehi.

    Semoga Allah akan memilihan yang terbaik untuk KITA tetapi biar tetap lantang, berani dan jujur tand cenderung kearah mana mana aliran atau pihak.

  5. Pengajian Kitab Bersama al-‘Allamah al-Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syatiri.

    Tarikh: 17 Dhulqaedah 1429/15 November 2008 (Sabtu)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: an-Nasooih ad-Diiniyah wal Washooyaa al-Imaniyah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman)
    Pengajar: InsyaAllah khusus untuk pengajian malam tersebut al-‘Allamah Habib Salim bin ‘Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    Tarikh: 18 Dhulqaedah 1429/16 November 2008 (Ahad)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: ad-Da’wah at-Tammah wa Tazkiratul ‘Aammah (Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama)
    Pengajar: InsyaAllah, khusus untuk pengajian malam tersebut al-‘Allamah al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    http://pondokhabib.wordpress.com

  6. Hampir setiap perbezaan yang ada, tidak bisa disikapi dengan kejernihan dalam memberikan kesimpulan. Kalaulah apa yang ada dirasa “API”, sangat jarang pengamat berusaha menjadi “AIR”.

    Ulasan yang disampaikan pengulas, tidak sepatutnya membahasakan sesuatu yang tidak bijak.

    Pesan bijak, apa pun warna pemahaman anda, cobalah untuk menyikapi segala perbezaan dengan tabayyun yang jelas. Pembacaan anda yang tidak melibatkan nafsu, akan membawa anda pada posisi bijak dalam menilai.

  7. Habislaa Perlis kali ni..wahabi lagi….

  8. […] Dr Asri telah membidas JAIS dan mendesak gum dibuat reformasi. Lihat unification di sini dan sini tentang siapa Juanda Jaya. 4. Jika ini berlaku saya risau Malaya akan diresapi fahaman ini yang […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: