Surat Terbuka Rakyat Malaysia kepada NGO Bukan Islam : Jangan Cabar Fatwa !!!

Jangan cabar fatwa – Surat 1

KEPUTUSAN yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan sebuah fatwa bahawa perlakuan ‘pengkid’ adalah haram, nampaknya telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat, khususnya oleh golongan ‘pengkid’ itu sendiri.

Malah, terdapat sekelompok masyarakat yang secara terang dan berani telah mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut.

Lebih menyedihkan, sikap yang ditunjukkan dan kenyataan yang dikeluarkan memperlihatkan seolah-olah mereka memperlekeh dan menghina fatwa tersebut.

Apa yang menghairankan adalah ada di kalangan kelompok yang membantah fatwa tersebut merupakan mereka yang bukan beragama Islam.

Saya ingin menyatakan persetujuan dan sokongan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz, yang menyatakan bahawa keputusan fatwa hanya tertakluk kepada umat Islam.

Justeru, dalam hal ini, umat bukan Islam tidak ada hak untuk mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan fatwa tersebut. Apatah lagi apabila pertikaian tersebut hanyalah dilandaskan kepada emosi dan pandangan peribadi semata-mata.

Masyarakat di negara ini, khususnya umat Islam, harus memahami bahawa tugas dan tanggungjawab Majlis Fatwa Kebangsaan adalah sangat penting kerana mereka bertanggungjawab untuk mengeluarkan hukum.

Dalam Islam, soal hukum memainkan peranan penting kerana itu menjadi ‘peraturan’ dalam kita menjalani kehidupan berasaskan satu sistem nilai yang teratur dan sempurna.

Saya kecewa dengan sikap beberapa pihak yang seolah-olah marah apabila ada peraturan-peraturan yang dikeluarkan untuk memandu kehidupan masyarakat.

Apakah peraturan itu sesuatu yang tidak baik? Bukankah di mana-mana sahaja, di pelbagai peringkat, terdapat peraturan yang menjadikan kehidupan kita sebagai manusia lebih tersusun dan beradab?

Saya juga kurang bersetuju dengan istilah ‘mengawal’ (control) yang digunakan oleh sesetengah pihak yang menentang keputusan fatwa tersebut.

Pada hemat dan pemahaman saya, keputusan fatwa tersebut (dan juga fatwa-fatwa sebelumnya, dan yang akan datang seterusnya) bukanlah bertujuan untuk ‘mengawal’ dalam konteks kawalan seperti robot dikawal oleh manusia, tetapi bertujuan untuk memandu umat Islam agar patuh kepada sistem nilai yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Hal ini tidak harus dilihat sebagai ‘mengongkong kebebasan’, kerana sebenarnya mereka yang bersikap dan berakhlak dengan akhlak yang tidak betul itulah yang terkongkong dalam dunia yang mereka cipta sendiri.

Kebebasan tidak membawa maksud bebas untuk berperilaku sesuka hati mengikut naluri dan kerakusan syahwat, tanpa perlu mengikut undang-undang; sebaliknya, menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, kebebasan bermaksud: ‘keadaan pemulihan serta penyaksian diri akan hakikat semulajadinya’.

Justeru, fatwa, hukum, peraturan dan sebagainya bukanlah bertujuan mengongkong, tetapi sebaliknya untuk memandu manusia mengenali hakikat diri.

Sudah tentu juga, untuk mengenali hakikat diri, manusia perlukan kepada panduan dan pedoman yang disediakan oleh agama kerana kemampuan akal manusia itu terbatas.

Justeru, umat Islam di negara ini perlu menghormati dan mematuhi fatwa yang dikeluarkan kerana tujuan fatwa tersebut adalah untuk mewujudkan kehidupan yang lebih baik, bukannya untuk mengongkong. Masyarakat yang lain pula, khusunya yang bukan beragama Islam yang menentang fatwa, perlu diingatkan agar jangan bertindak di luar batasan.

Jangan cabar fatwa. Fatwa adalah khusus untuk umat Islam, justeru umat yang bukan beragama Islam tidak seharusnya campur tangan dan mempersoalkan hal-hal agama Islam, apatah lagi dalam keadaan mereka tidak memahami asas-asas dalam agama ini sendiri.

Perlu difahamkan juga, bahawa proses untuk mengeluarkan sesuatu fatwa itu adalah satu proses yang cukup ilmiah dan sistematik (boleh rujuk dalam Portal e-Fatwa), yang berasaskan kepada sistem ilmu Islam yang begitu komprehensif dan teliti. Bukanlah fatwa itu dibuat berdasarkan kepada emosi dan sentimen semata-mata. Justeru, jika ada pun pertikaian dan persoalan yang ingin dikemukakan, biarlah hal itu dilakukan secara beradab dan melalui saluran-saluran yang betul.

Namun, dalam masa yang sama, umat Islam juga perlu mengambil sikap yang proaktif di dalam menangani masalah ‘pengkid’. Sokongan, dorongan dan bimbingan haruslah diberikan kepada golongan tersebut agar proses untuk berubah itu dapat berlangsung dengan baik.

Adalah tidak wajar bagi umat Islam, khususnya ahli keluarga golongan ‘pengkid’ itu sendiri, untuk menyisihkan, menghina dan mengutuk mereka, tambah-tambah lagi apabila mereka sudah punya kesediaan untuk berubah. Sudah banyak kali berlaku dalam masyarakat kita, mereka yang punya masalah akhlak apabila sudah mula untuk berubah, kembali kepada cara dan perilaku lama dek kerana cercaan dan hinaan masyarakat sekeliling. Contohilah akhlak agung Rasulullah SAW., serta pendekatan-pendekatan yang diambil oleh para ulama’ terdahulu, khususnya ulama’ nusantara, dalam melakukan dakwah dan menyempurnakan kemuliaan akhlak.

Selain daripada itu, perhatian juga harus diberikan kepada kelompok-kelompok lain yang harus dibimbing dalam masyarakat kita. Antaranya, kelompok ‘lelaki yang menyerupai wanita’ (pondan), kerana mereka juga bersalah sepertimana salahnya golongan ‘pengkid’. Malah, perlakuan ‘pondan’ yang sudah pun wujud dalam institusi-institusi pengajian tinggi harus dipandang serius dan diambil tindakan yang sewajarnya.

Semestinya, dalam membincangkan permasalahan dalam masyarakat seperti ini, kita perlu kembali menilai sistem pendidikan kita kerana akar permasalahannya adalah di situ. Kita perlu kembali meletakkan pendidikan agama dan nilai sebagai asas terpenting dalam membina generasi muda berkualiti, seterusnya melahirkan modal insan kelas pertama yang akan dapat menyumbang ke arah mewujudkan masyarakat dan negara yang maju dan bertamadun.

ABDUL MUNTAQIM ZULKIPLI

Timbalan Presiden,

Persatuan Kebangsaan Pelajar

Islam Malaysia (PKPIM)

sumber utusan

pengkid

Jangan cabar fatwa – Surat 2

TINDAKAN NGO bukan Islam, Katagender dan Food-not-Bombs mengadakan demonstrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini, yang mengeluarkan fatwa mengharamkan perlakuan ‘pengkid’ atau wanita yang menyamai lelaki; bagi saya adalah satu tindakan yang tidak wajar.

Sebagai seorang wanita Islam saya terpanggil untuk memberikan pandangan terhadap isu ini.

Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak harus ditentang kerana ia melibatkan isu hukum hakam Islam yang jelas, oleh itu saya menyifatkan tindakan golongan ini mengadakan demonstrasi adalah sekadar mahu mencabar kewibawaan institusi Islam itu sendiri.

Semua haruslah jelas bahawa satu-satu fatwa dikeluarkan adalah untuk kemaslahatan umat Islam sahaja, oleh itu tidak wajar orang bukan Islam memberikan pandangan mereka membantah fatwa tersebut dalam keadaan mereka tidak terbabit dalam urusan fatwa tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, setiap kenyataan mereka yang menentang fatwa ini seolah-olah menonjolkan ketidakfahaman mereka mengenai fatwa yang dikeluarkan dan lebih zalim lagi menonjolkan ketidakfahaman mereka terhadap agama Islam itu sendiri.

Buat umat Islam yang tergolong dari kalangan yang menentang fatwa ini haruslah diingat bahawa mereka mesti menerima fatwa yang dikeluarkan kerana ia memang bertepatan dengan syariat.

Saya mengesyorkan agar pihak Jakim dan yang berkaitan dapat lebih mengukuhkan kewibawaan institusi agama agar tidak dipertikaikan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak dan individu yang tidak bertanggungjawab. Malah, pengeluaran fatwa oleh institusi fatwa kebangsaan juga perlu diterangkan lebih jelas kepada semua pihak.

NUR FARIZA ZAHRIN

Universiti Malaya

sumber : utusan malaysia


Laporan Berita Harian ( sini )

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta semua pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan pelaksanaan syariat Islam di negara ini, khususnya mempertikaikan kuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa sebagai panduan kepada umat Islam bagi menyelamatkan generasi muda melakukan perkara dilarang agama.

“Kita minta pihak yang tidak berkenaan tidak mencampuri hak orang Islam dalam menganuti agama Islam, apatah lagi mempertikai pihak berkuasa agama negara ini dalam menegakkan syiar Islam.


Minggu lalu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dilaporkan berkata, tindakan pelbagai pihak lantang mencemuh serta memperlekehkan fatwa sebagai usaha menjatuhkan wibawa Majlis Fatwa walaupun Mahkamah Persekutuan sudah membuat penghakiman institusi fatwa sah di sisi Perlembagaan.

Bawah ialah Video temubual bersama Ivy Josiah, Pengarah Eksekutif Woman Aid Organisation  berkenaan Fatwa dan Wanita oleh Malaysiakini…Yang turut yang mempersoalkan fatwa tersebut yang disifatkan cuba mengongkong cara hidup seseorang termasuk dalam soal berpakaian.

Peliknya beliau juga dilihat senada dengan NGO pro PKR yang lain yang aktif dalam menggugat kesucian Islam di Malaysia …Termasuk memperjuangkan IFC.

Yang mana yang telah dibongkar oleh umno-reform di sini:

Kami pernah menyoalkan sebelum ini klik sini , adakah mereka yang menyokong IFC akan berhenti dengan adanya kenyataan Pak Lah agar segala aktiviti mengenai penubuhan IFC dihentikan. Hari ini www.malaysiakini.com melaporkan bahawa kumpulan Artikel 11 mahu bertemu dengan Pak Lah bagi terus membincangkan isu – isu dalam Artikel 11 yang mahu mereka diperjuangkan.

Mereka juga menerangkan bahawa mereka bukan bertindak untuk memperjuangkan penubuhan IFC tetapi mereka mahu beberapa interpretasi dalam Artikel 11 dilihat secara zahir dan bukan matlamat – matlamat yang menjadi sisipan dalam artikel tersebut. Mereka mahu bertemu dengan Pak Lah bagi memperjuangkan isu ini dan mereka juga bagi kami adalah  kumpulan  – kumpulan yang menyokong penubuhan Suruhanjaya antara Agama.

Bagi kami mereka tidak akan berganjak dalam perjuangan tersebut. Ini bagi kami  sebenarnya satu usaha mencabar keutuhan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Sungguhpun kami tidak menyiarkan keseluruhan artikel tersebut tetapi kami petik apa sebenarnya perjuangan mereka dan implikasi sekiranya mereka berjaya dalam perjuangan ini boleh dibaca dalam laman  berikut myislamnetwork. Artikel penuh hasrat untuk kumpulan Artikel 11 boleh di baca pada laman malaysiakini.com.

Kumpulan yang terbabit adalah :Women Aid Organisation, Sisters In Islam,All Women Action Society, Women Development Collective, Malaysian Consultative Council of Buddhism Christianity, Hinduism and Sikhism, Catholic Laywers Society, InterfaithSpritual Fellowship, Bar Council of Malaysia, Pure Life Society, Vivekananda Youth Group,Suara Rakyat Malaysia, Natinal Human Rights Society, Malaysian Civil Liberties Society, Protem Committee.

Walaupun Perdana Menteri Pak Lah dalam kenyataan beliau TV3 12.21am 26-07-06 – UMNO seboleh – bolehnya tidak mahu IFC ditubuhkan. Perbincangan terhadap Artikel 11 dan 121A akan menimbulkan ketidakpuasan hati dan ini tidak perlu dilakukan. Pak Lah juga mengatakan kalau penubuhan IFC telah ditangguhkan – tidak perlulah buat perbincangan untuk penubuhan IFC tersebut.


Ustazmoden telah menyiarkan artikel dari blog atasbawah di link ini tentang IFC  :  https://ustazmoden.wordpress.com/2008/08/25/malaysia-diancam-interfaith-council-ifc/

Paling menarik komen keras YB ZULKIFLI NORDIN yang menentang usaha NGO anti Islam tersebut :

Saya melihat kebiadapan segelintir golongan yang mempertikaikan fatwa Majlis Fatwa berkaitan isu pengkid semakin melampau-lampau. Bukan sahaja mereka berani mengadakan perhimpunan haram, malahan tedapat NGO bukan Islam yang menyokong mereka dan mempertikaikan fatwa tersebut.

Perlu diingatkan bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dibuat setelah diadakan muzakarah dan perbincangan mendalam di kalangan mereka yang ahli dalam permasalahan sosial pengkid ini dan para ‘ulama-‘ulama.

Apa jua keadaan pun, golongan bukan Islam tidak ada hak sama sekali untuk turut mencampuri urusan hukum-hakam umat Islam. Andaikata ada kesilapan atau kelemahan dalam fatwa tersebut, ianya adalah untuk mereka yang berkenaan menyelesaikannya.

Apabila segelintir golongan bukan Islam mula mempertikaikan secara terbuka institusi Islam saperti Mahkamah Syariah, Majlis Fatwa dan lain-lain, ianya secara langsung akan membangkitkan rasa tidak puas hati dikalangan umat Islam yang lain. Saya cukup yakin penganut agama lain juga akan tidak puas hati jika perihal agama atau institusi keagamaan mereka dipertikaikan secara terbuka.

Kepada segelintir golongan ini, saya ingin tegaskan bahawa kalau kamu dan rela anak perempuan kamu menjadi pengkid atau terlibat dalam kegiatan lesbianisma..persilakan. Tetapi jangan sekali-kali kamu heret umat Islam ke kancah kehancuran peradaban dan akhlak kamu.

Kami yakin dengan agama kami, dan kami yakin dengan cara hidup kami. Kami yakin Allah itu Tuhan Yang satu, dan kami yakin kebenaran risalah Islam. Please don’t meddle in our life..

Kalau kamu memilih untuk terus menerus menghina kami dan memperlekehkan agama kami, saya berikan amaran kepada kamu akan ada dikalangan umat islam yang akan bangkit mempertahankan kesucian dan kemurniaan agama kami.

Lakum diinukum waliyadiin.. for you your way of life..for us our way of life..

7 Responses

  1. kalau macam tuh, org Islam juga tidak berhak mempersoalkan sistem pelajaran di sekolah cina dan tamil, kerana org melayu bukan cina dan tamil so mereka tidak berhak memberi komen.

    tidak boleh juga robohkan kuil dan mencuri bangai si mati, kerana org islam bukan hindu atau kristian dan mereka tidak berhak masuk campur hak org hindu atau kristian atau buddha.

    FAHAM ?

  2. semua org ader sensitiviti dan perasaan bukan hanye org Islam.

  3. malayamuda,

    KALAU kamu ni orang kafir dan tak faham hal ehwal agama islam, jangan masuk campur. Kamu kena hormati agama rasmi Malaysia.
    Isu pendidikan nasional , itu isu lain. Tapi jangan lupa KITA ada perjanjian sosial yang termakltub dalam perlembagaan.

    KALAU kamu muslim tapi bangang agama pi belajar agama.

  4. Malaymuda : anda tuduh sapa ni curi mayat si mati ?

    semua melalui proses undang2. Pegawai agama just jalankan tugas sahaja.Jika tak ada pengesahan hakim tak akan bagi jabatan agama ambik mayat.

    Jadi apabila dah masuk Islam tidak ada jalan keluar lagi. Tetapi tidak ada orang MEMAKSA bukan Islam peluk agama Islam.

    Kuil haram kena roboh la. Surau haram pun sama.

    Rasanya u saja nak pusing fakta. Hakikatnya tidak ada org campur agama lain.

    Harap faham dan memahami situasi sebenar.

    Kita semua kena bertolak ansur dan cari jalan penyelesaian melalui perundingan pemimpin kita.

    kerana kita sama warga Malaysia.

    Thank u …

  5. bukan mencuri mayat..si mati semasa hidup telah memeluk Islam dab mendaftar pada Jabatan Agama Islam…maka beliau sudah tertakluk di bawah undang syariah Islam…justeru itu beliau perlu dikebumikan mengikut cara Islam…sebelum memeluk Islam tanpa paksaan, beliau sudah dimaklumkan orang Islam tidak dibenarkan menukar agama. Orang Islam hanya menjalankan tanggungjawab kerana ia berdasarkan undang-undang sedia ada atas kapasiti si mati seorang Islam dan berdaftar dengan kerajaan. soal sekolah dan pendidikan tidak timbul kerana ia hanya soal pendidikan kaum bukan hal agama.Pertikaian boleh tetapi kita mesti menjunjung perlembagaan.Kita tidak boleh hidup seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Jika orang melayu/bumiputera bersikap begini prinsip Jus soli tak akan diterima dan keturunan kaum lain tidak wujud di Malaysia.Orang melayu telah banyak bertolak ansur dan kini giliran kaum lain pula.Anda mahu konsep pancasila seperti di Indonesia. Menjadi rakyat Indonesia akan diindonesiakan, dilarang mengamalkan agama dan kebudayaan secara terbuka.Anda telah bernasib baik dan sekarang kita sama-sama bertolak ansur.
    wassalam

  6. Pandangan sangat bernas dari kumbang.. syukran

  7. Kafir kafir kat Malaysia dah melampau. Mereka dah salah guna tolak ansur masyarakat melayu. Kelonggaran kepada mereka mengamalkan agama dan budaya mereka pun sudah bagus. NGO NGO mereka yang cuba menangguk di air keruh patut diambil tindakan sivil jika sabit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: