Kenapa qari saluran Oasis berlagu lagu rentak baru ?

Sekejap tadi bacaan Yasin di saluran Oasis dikumandangkan..

Ada qari yang tidak saya kenali membaca al quran dengan lagu yang ‘ tidak melazatkan’ bahkan nampak mengandungi lagu yang bercorak lagu tidak bersandar kepada kaedah asal tarannum.

bahkan reaksi tidak seperti orang membaca Kitab Alquran bahkan seperti orang berNazam dan Bermarhaban sahaja lagaknya. kadang kadang macam lagu Melayu.

Isteri saya pun tak suka lenggok bacaannya yang memang jauh dari asal lagu yang kita selalu dengar.

Apa pendapat anda ?

Adakah ia contoh bacaan yang disifatkan Nabi di akhir zaman yang tidak keluar dari halqum ?

atau seperti buah tiada rasa dan bau yang warid dalam hadis Ulum Al Quran ?

Tulisan ini sekadar mencari fakta sebenar dan mendengar pandangan rakan rakan pembaca…

Moga khusyuk bertilawah akan dikurniakan kepada kita dengan mengadap kitabNya dengan perasaan takut dan penuh harap kepada keredhaan Allah…

Hingga ada sampai pengsan kerana sangat TAKUT ALLAh apabila mendengar azabNya….Amin Ya Robb

6 Responses

  1. saya bersetuju dengan pendapat penulis cyber. Saya juga pernah mengikuti kursus kaedah taranum dimana ayat ayat alquraan mestilah dibaca dengan lagu dan lahjah ARAB sahaja. Memang betul kata anda tentang lagu yang agak pelik didengar.

    Semasa kursus tersebut seorang al hafiz memberi contoh benar dimana penyanyi satu kumpulan nasyid telah membaca satu ayat alquraan dengan lagu “MELAYU’, bukan arab. Beliau dikesan membaca begitu dan satu teguran telah dibuat oleh mereka yang arif tentang bacaan alquraan dan penyaran bacaan ala melayu telah diberhentikan.

    Mungkin tindakan yang sama perlu diambil oleh mereka yang berwajib (e.g:JAKIM)untuk melihat perkara ini dengan teliti.

    • Sebenarnya beginilah lumrah di dunia.Apabila telah dirasuki riak dan takbur maka manusia akan mencipta teori atau fatwa atau juga cara sendiri ynag sememangnya belum di sandarkan pada sunnah dan al quran.Pihak yang berwajib perlu mengambil tindakan sekurang-kurangnya menegur pesalah ini.

  2. شكرا يا اخي حلمي

    Ini kali pertama kita SEPENDAPAT…

    terima kasih atas kunjungan…

  3. hentam saja le. asalkan berbunyi. yg payahnye banyak yang komen tetapi tak mau nak ajar orang lain. bila ajr nak elaun, nak naik gaji kalu tidak biokot sana boikot sini. macam yang diorang buat kat istana negara sabtu lepas 7 Mac 2009. Masingx nak tunjuk lagak dan nak jadi jaguh kampongan.

  4. Haram ka kalau baca quran macam tu? Zaman nabi dulu ada berapa jenis tarannum? Ataupun tarannum ni lahir selepas zaman nabi?

    Macam mana kalau orang cina baca quran dalam slang cina, India dengan gaya india, orang negro afrika dengan cara negro? Semua nya susah nak melagukan quran dengan cara orang arab. Berdosakah mereka2 itu?

    Minta maaf sebab banyak tanya. Saya ni jalil dan mintak la kalau Ustazmoden dalam memperjelaskan isu ni.

    Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: