Sister in Islam bantah larang wanita Imam sembahyang dan resolusi Blogger Pembela Negara

Satu resolusi menarik terhadap SIS ini telah dibuat sebuah team bernama Blogger Pembela Negara.  Saya ada salin sedikit di bawah, tentang mereka ini. Berita team mereka ada disiar di BeritaMalaysiaKini.

Ini sebagai satu promosi dari pihak UstazModen tentang keperihatinan mereka ini menjelaskan tentang isu NGO berselindungkan nama Islam atau bukan tetapi membawa ajaran terpesong..

LAPORAN RESOLUSI SIDANG PARLIMEN MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA NO 4/2008 BERTARIKH 26 NOVEMBER 9 – 11.40 MALAM

Tajuk : NGO bukan Islam tidak patut tentang Fatwa dan
Isu berhubung NGO anti Islam di Malaysia

Resolusi Pertama : Blogger Pembela Negara mendesak Kerajaan supaya Majlis Agama diberi kuasa lebih luas untuk membanteras NGO NGO yang menentang Fatwa atau memporak perandakan fahaman Islam sebenar di samping menyelaraskan majlis agama negeri-negeri seluruh Malaysia..

Resolusi kedua : Kita kena hapuskan pengaruh NGO seperti Sister In Islam dan NGO bukan Islam yang bersikap anti kepada Islam dengan mendesak kerajaan menyekat gerakan mereka samada di media massa, media cetak atau media eletronik..Jika tidak berjaya barulah dikenakan tindaan keras seperti ISA dan sebagainya.

Resolusi Ketiga : Blogger Pembela Negara juga bersetuju ISA atau Akta Hasutan 1948 digunakan bagi mengekang kegiatan mengganggu ketenteraman awam termasuk menyebar fahaman feminin dan Islam Liberal oleh sesetengah NGO bernama Islam terutama SISTER IN ISLAM kerana menghasut rakyat menentang fatwa walaupun fatwa itu tidak terpakai ke atas bukan Islam.

Kami bersetuju bahawa ISA masih lagi wajar di dalam mencegah kemungkinan mudarat besar berlaku serta ia tidak mencabul hak asasi manusia. Atau nas nas agama

Resolusi Keempat : kerajaan perlu menyiasat dengan teliti semua NGO bernama Islam atau tidak, bagi memastika mereka tidak menjadi proksi barat yang ingin menghancurkan kemurnian akidah umat islam di malaysia.

Resolusi Kelima : Semua blogger perlu menyedarkan umat Melayu Islam di Malaysia tentang bahayanya fahaman Islam Liberal oleh Sister In Islam ini, terutamanya yang turut diperjuangkan oleh pemimpin pemimpin PKR sehingga menjadikan Islam sudah jauh berbeza dari akidah dan syariatnya yang asal.

Laporan disediakan oleh,

Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

Menarik lagi tentang SIS ini ialah keberanian mereka menyokong Imam wanita seperti mentor mereka Dr Aminda Wadud lakukan di Amerika.

Lihat di bawah buktinya di laman asal klik di sini

sissokongimamwanita1

3 Responses

  1. a’kum, ustaz,,, SIS ni bawah persatuan ape erk???
    dan apa aktvt utama diaorang???

  2. Salaam,

    Jika saudara tidak bersetuju dengan pendapat dan hujah SIS berkenaan wanita menjadi iman kepada lelaki dan perempuan saudara harus juga mengeluarkan hujah saudara agar dapat pula dinilai oleh para pelayar yang membacanya. Sila sediakan dalil2 larangan tersebut.

    AQ 39:18. Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda.

  3. jika suamiku adalah dikalangan safku, tetapiku membelakanginya… baik dia bukan suamiku lagi.

    means, if my husband pun tak layak utk menjadi imam.. why must i stay married with him? dayus kedengarannya kan? walaupun suamiku kudung kakinya tapi cukup sifat utk memimpin solatku, i should let him do his responsibility. just because.

    but there was this incident at home when dad was not around so mom was the imam for all 4 of us sisters coz we dont have a brother or a male maid at home to be the imam🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: