Azan dilarang oleh bukan Islam di taman perumahan Kuala Lumpur !!

https://i1.wp.com/www.azharmahfof.com/pics/gal_01/azan.jpg

gambar dari blog http://www.azharmahfof.com

Saya merasa sangat marah apabila membaca artikel di blog Jentayu ini tentang dakwaan azan dilarang dilaungkan di kawasan perumahan orang Malaysia di Kuala Lumpur.

Peristiwa yang turut menyaksikan kedayusan orang PKR yang memegang jawatan Pengerusi itu juga melambangkan bahawa kita sangat mudah bertolak ansur bab seruan azan ini. Sama juga seolah olah situasinya dalam skala yang besar corak pemerintahan di negeri negeri Pakatan Rakyat yang nampak terpaksa tunduk kepada tekanan DAP dan PKR bagi isu isu melibatkan kesucian agama Islam..

Perkara sebegini perlu disiasat hingga ke akar umbi kerana ia telah jelas dikeluarkan di dalam tulisan dan tentunya jika tidak dibendung ramai akan merasa marah dan tidak berpuas hati selagi larangan tersebut tidak ditarik kembali.

Meskipun atas dasar bukan Islam berhak juga ke atas peralatan azan , ia tidak bermakna mereka boleh menghalang azan dilaungkan. Ini seperti ingin menyekat secara halus laungan azan di perumahan ( baca : di Malaysia ) dan bukannya di Hong Kong atau di Korea.

Sikap ini perlu dihindari dan semoga ada orang akan membuat sesuatu supaya perkara ini tidak dibiarkan begitu sahaja atau kita akan melihat semakin banyak ‘songeh’ dari mereka berkenaan agama kita.

Bukankah Allah telah berfirman :

‘ Untuk kamu agamamu dan untukku agamaku ‘

Sikap warga Malaysia seperti inilah yang boleh membaca ancaman kepada keamanan kita sebenarnya. Mereka tak fikir lagi sensiviti kita dan mendesak perkara perkara yang sekian lama menjadi amalan agama kita dihalang dari diamalkan.

Tujuan penulisan ini tidak lain ialah bagi memastikan kuman ini merebak dan menjalar sehingga menjadi barah satu hari nanti dan ketika itu kita sudah tidak mampu berbuat apa apa lagi akibat kesilapan kita membiarkannya hari ini…

Saya juga tersentuh dengan gerakan Blogger Pembela Negara yang semangat mengutarakan isu tersebut di blog blog ahli mereka. Kesungguhan menjaga agama yang baik bagi saya.

sila layari blog JentayuAbaka tersebut di sini :

http://jentayuabaka.blogspot.com/2008/12/agenda-khas.html

2 Responses

  1. di negeri islam orang kafir dijamin hidup aman kalau tidak mengganggu
    di negeri kafir orang islam dijamin tidak aman

    salam kenal dari http://myrazano.com

    ditunggu kunjungannya

    terimakasih

  2. sokong lah lagi barisan pakatan rakyat ni… bagus2.. pakatan naik seluruh malaysia diorang mintak azan dihentiknan.. hidup PKR..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: