Teressa Kok biadap minta ‘ALLAH’ untuk Kristian – Malaysiakini !!

 

‘Hadiah terburuk’ KDN kepada Kristian
Jan 2, 09 7:44pm
Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung penerbitan akhbar mingguan Kristian Herald edisi Bahasa Malaysia sebagai “hadiah terburuk” tahun ini kepada penganut agama itu, kata ahli parlimen Seputeh. 

“Tindakan KDN itu sangat tidak adil dan tidak munasabah kepada penganut Kristian yang hanya boleh membaca Bahasa Malaysia,” kata Teresa Kok. 

“Ramai penganut Kristian dapat memantapkan kepercayaan mereka melalui Bahasa Malaysia dan selama ini beribadat dengan bahasa kebangsaan.”

Beliau, yang juga exco kerajaan Selangor, mengulas sikap kementerian itu baru-baru ini yang diambil sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung pertikaian penggunaan kata ‘Allah’ dalam penerbitan itu dengan KDN.

herald the catholic weekly online 241207Mingguan itu – diedarkan di kalangan 850,000 penganut Katolik di Malaysia – hampir ditarik balik lesen penerbitannya tahun lalu kerana menggunakan nama “Allah” sebagai terjemahan perkataan “Tuhan”.

Pihak berkuasa melarang perkataan “Allah” digunakan dengan alasan ia hanya boleh digunakan oleh orang Islam.

Tarikh penggantungan tersebut yang berkuatkuasa kelmarin akan berakhir selepas mahkamah memutuskan sama ada akhbar tersebut boleh menggunakan “Allah” atau sebaliknya.

Teresa menyifatkan tindakan KDN itu mendahului mahkamah yang belum diketahui keputusannya dengan pasti.

“Penggantungan KDN itu sehingga mahkamah putuskan, yang tidak sesiapa tahu bila, ibarat meletakkan kereta kuda di depan haiwan itu, kerana kementerian telah merampas keputusan mahkamah itu!” tambahnya.

teresa kokBeliau berkata, kementerian menafikan hak bersuara dan mengeluarkan pendapat apabila mencampuri kandungan sebuah akhbar Kristian yang hanya dijual kebanyakannya kepada penganut Katolik, dan bukannya untuk edaran umum.

Sehubungan itu, beliau menggesa menteri berkenaan Datuk Seri Syed Hamid Albar menyemak semula keputusan Unit Penerbitan dan Unit Kawalan Teks al-Quran yang disifatkannya melanggar perlembagaan negara dan menambahkan kebencian masyarakat Kristian terhadap kerajaan BN.

 

 

PENDAPAT :

1. KENAPA SUKA SANGAT SI MINAH INI MENYENTUH ISU AGAMA KITA INI ?

2. KENAPA SUKA SANGAT DIA MENENTANG KEPUTUSAN JAKIM YANG SUDAH JELAS MENGELUARKAN PERATURAN BERKENAAN HAL INI ? detail sila klik sini

3. KENAPA USAHA BERTERUSAH MEMOHON KALIMAH ALLAH DIBENARKAN DALAM TULISAN BAHASA MALAYSIA DIBUAT OLEH SI MINAH INI ?

4. KENAPA DIBANGITKAN ISU BAHASA MALAYSIA UNTUK SEBARAN DAKWAH KRISTIAN SEDANGKAN BERAPA KERAT MELAYU MENGANUT AGAMA TERSEBUT?

5. ADAKAH INI PERMULAAN MENUNTUT AGAR BIBLE DIBENARKAN EDARANNYA DALAM BAHASA MALAYSIA ?

Lihat perenggan terakhir berita di atas :

Sehubungan itu, beliau menggesa menteri berkenaan Datuk Seri Syed Hamid Albar menyemak semula keputusan Unit Penerbitan dan Unit Kawalan Teks al-Quran yang disifatkannya melanggar perlembagaan negara dan menambahkan kebencian masyarakat Kristian terhadap kerajaan BN.

WALLAHU A’LA WA A’LAM

6 Responses

  1. 1) Di Sabah dan Sarawak, Bahasa Melayu memang digunakan sebagai media di gereja di mana kebanyakan penganutnya bumiputera.

    2) Penggunaan perkataan ‘Allah’ telah wujud sebelum Islam dan sehingga hari ini penganut Kristian Arab menggunakan perkataan Allah sebagai Tuhan mereka.

  2. Artikel yang penuh provokasi..yang dimaksudkan oleh ‘minah’ Teressa sering diselewengkan oleh golongan tertentu termasuk yg bergelar ‘ustaz moden’. Kena banyak belajar sebelum sebarang komentar dilontarkan. sbg jawapana kepada persoalan ustaz yang setakat mana modennya…
    1-Minah ni bukan berhasrat utk menyentuh agama Islam sewenangnya ttp apb membabitkan kepentingan kaum dna agama lain juga krn bumi Malaysia bukan saja didiami masyarakat islam dan Melayu/bumiputra.
    2-Banyak keputusan JAKIM tidak berdasarkan pengkajian yg mendalam dan sering teburu2 membuat keputusan tanpa penerangan lengkap ygs ering disalahanggap oleh masyarakat.
    3-Kerana Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi dan pengantar di Malaysia..bukan bahasa eksklusif utk masyarakat Melayu dan Islam sahaja, sebagaimana bahasa Arab, bukan hanya digunakan oleh orang arab yg beragama Islam.
    4-Kebebasan beragama di Malaysia sering disalahtafsirkan, penyebaran agama Kristian dalam bahasa Malaysia banyak tertumpu masyarakat orang asli dan pribumi Sabah dan Sarawak yang rata2 menggunakan Bahasa Malaysia sbg bahasa pengantar sesama mereka apatah lagi bila berkomunikasi dengan suku kaum berlainan. Adalah tidak adil apabila menafikan hak rakyat Malaysia utk menggunakan bahasa Malaysia dlm sosial aktiviti termasuk upacara keugamaan. Bagaimana sekiranya, masyarakat Baba Nyonya atau serani yg banyak menggunakan bahasa Malaysia menggunakan bahasa Malaysia untuk berdoa dan menggunakannay dalam upacara agama mereka? Untuk agama Kristian, ustaz moden mungkin tak menyedari bahasa Malaysia sudah lama digunakan utk upacara agama Kristian di Sabah dan sarawak krn masyarakat pribui yg berbilang bahasa. Klu tidak akan wujud gereja untuk Kadazan sahaja atau Iban sahaja. Sebagaimana masjid2 di Malaysia yg menggunakan bahasa Malaysia ketika penyampaian khutbah wlp wujud kaum lain yg bukan berbahasa Malaysia krn menghormati bahasa kebangsaan kita, kecuali Masjid India di KL, krn bahasa Malaysia sbg bahasa penyatu.
    5-Bible sudah ada cetakan bahasa Melayu edisi Indonesia yg digunakan sekian lama oleh penganut Kristian. Malah Tun Sri Lanang sendiri menyumbangkan usaha menterjemahkan Injil ke dalam bahasa Melayu. Masyarakat Islam di Malaysia usah takut dgn bayang2 sendiri..wlp Bible tidak ada dlm cetakan bahasa Malaysia sekalipun, masyarakat Melayu yg kurang dan lemah didikan agama akan tetap terjerumus pengaruh Kristian dgn hedonisme dan terkinja2. Yang penting setakat mana peranan umat Islam sendiri dalam usaha dakwah itu sendiri dna bukan menyalahkan pihak lain dl kebobrokan masyarakat kita?

    Buat ustaz moden…lu pikir la sendiri!

  3. buat bong, malaysia dihuni oleh orang melayu. bukan arab.

    buat ustaz tradisional, dlm islam dibenarkan untuk memilih mudarat kecil utk mengelakkan mudarat besar. bukan kata penggunaan bahasa, khalifah pun darahnya halal ditumpahkan jika membawa kemudaratan kepada umum. li pikirlah sendiri..(kalau ya lu ada otak!)

  4. puak kapiq lakknat nih tak habis2 nak kacau hak2 islam di malaysia.. LU AGAMA LU, WA AGAMA WA.. habis crita.. nih skarng kapiq laknat yg tak reti langsung pasal agama islam duk protest hukum hudud.. sapa depa nih…. MELAMPAU !!

  5. hanya agama Islam je yang diredhai Allah. Penggunaan perkataan Allah sebaiknya dikhususkan untuk org Islam utk membezakan Islam dengan agama lain…

    bukankah itu lebih baik

    Tuhan Islam adalah tidak sama dengan tuhan agama lain.
    Kristian sekarang pun bukannya dipanggil ahli kitab pun..
    so layakkah nak disamakan Tuhan mereka dengan Tuhan Islam. udah tentu tidak
    jangan kerana hal politik, kita toleransi pada perkara yang amat sensitif..

    • Hal seperti ini, tak perlulah sampai dihebohkan dan diperdebatkan sangat.yang penting kita percaya pada pegangan agama masing-masing kerana iman itulah yang akan menjamin kehidupan selepas kematian berdasarkan kepercayaan pada ajaran masing-masing. bukankah toleransi itu lebih baik dalam menjamin kesejahteraan negara kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: