Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH – Dewan Ulamak PAS Pusat

Ditulis oleh Harakah
Thursday, 03 January 2008

Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato’ Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah ‘Allah’ malah ia sering digunakan oleh umat Kristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

“Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan 1syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa,” katanya ketika dihubungi Harakah.

Kontroversi berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ timbul apabila akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan ‘Allah’ bagi merujuk kepada ‘God’ dalam seksyen bahasa Melayu akhbar tersebut.

Pemilik akhbar itu juga menghadapi masalah untuk memperbaharui permit penerbitannya akibat isu tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Johari Baharom, keputusan itu dibuat berasaskan ‘kepada satu laporan yang dikemukakan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan kementerian berkenaan.

“Herald boleh guna perkataan lain tetapi bukannya ‘Allah’; itu akan mengelirukan orang ramai,” Johari dipetik sebagai berkata.

Mengulas lanjut, Dato’ Mohamed berkata, ayat-ayat al-Quran turut menyatakan bahawa orang bukan Islam juga memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT termasuk menyebut kalimah Allah.

Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang.

Menurutnya, Islam mengakui Kristian dan Yahudi adalah agama langit (samawi) tetapi setelah Islam dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., ajarannya memansuhkan agama-agama samawi sebelumnya.

Akhbar terbabit sebelum ini pernah menyelitkan sebuah rencana di seksyen bahasa Melayu pada Mei lalu di bawah tajuk “Kasih Allah: Tidak membeza-bezakan” di muka surat 23 yang dilihat cuba mempengaruhi orang Melayu yang beragama Islam terutama golongan rem remaja.

Herald diterbitkan oleh The Archbishop of Kuala Lumpur bagi pihak The Bishops of Peninsular Malaysia, yang beralamat di Petaling Jaya.

komen:

Sayang seribu kali sayang..Isu ini gagal membawa kepada penyatuan antara umat islam. Walau ia melibatkan semua warga muslim khasnya di Malaysia.

Sepatutnya Pas kena jelas bahawa yang dilarang KDN ialah tulisan sahaja demi untuk mengelakkan kekeliruan antara umat Islam di Malaysia.

Sepatutnya Pas ke hadapan membantah desakan ini namun demi slogan ‘Pas for all’ maka Pas sudah tidak malu lagi bernada ala ala liberal dan hak asasi manusia.

Mungkin berkat aura Anwar yang sangat jelas mempunyai hubungan rapat dengan Amerika, memberi bekas kepada perjalanan parti Pas yang sudah pun berpecah dua kepada team ulama dan team erdogan.

Itupun hasil kerja Anwar dan paling jelas ialah Anwar dan Amerika sudah berjaya mengubah Pas sehingga tidak lagi melaungkan undang undang hudud menzahirkan kepada kita apakah niat sebenar Anwar

Bagi saya Pas sudah gagal hasil tipudaya Anwar dan Pas perlu mengambil langkah membanteras fahaman ini sebelum ia akan menjadi sebab Pas akan hilang ditelan zaman.

Salam Perjuangan

3 Responses

  1. Assalamualaikum, saya setuju sangat kalau di haramkan penggunaan kalimah ALLAH kepada penerbitan agama lain khuatir cucu cicit saya terkeliru bila dewasa nanti.Ya, mungkin tidak sekarang, takut2 nanti. Zaman terlalu cepat beredar dan terlalu banyak kekeliruan timbul. Zaman dulu dan zaman sekarang terlalu jauh bezanya. Kalau syaitan boleh di terima remaja sebagai idola, apatah lagi perkara sebegini, jangan nanti ada anak cucu kita yang meminta kepastian’ benarlah allah ada anak bernama jesus?’ Walyauzubillahiminzalik. Renung2 kan lah. Wassalam

  2. Kalau hanya KERANA PERKATAAN ALLAH org Islam boleh keliru maka BERMAKNA KAMU TIDAK CUKUP YAKIN dgn pegangan agama sendiri kerna hanya kerana satu PERKATAAN kamu boleh GOYAH … cucu cicit kamu bukan dididik dgn hanya SATU PERKATAAN tetapi intipati ajaran yang ibubapa terapkan dari kecil .. jangan biarkan fikiran sempit seperti itu yang akhirnya akan mengakibatkan cucu cicit kamu PREJUDIS dgn org lain. Sayang sekali kamu rosakkan imej ISLAM yang BERSIH dgn hal SATU PERKATAAN = ALLAH …..

  3. masih ada yg mempertahankan kristian dalam menggunakan nama tuhan kita?? subhanaLLAH. tuhan mereka adalah Jesus. so, knapa masih nak gunakan ALLAH? ada konspirasi utk berdakwah kristian di bumi Islam malaysia? dan parti Islam yg menyokong?? pas for all..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: