Abdullah sukacita rakyat Malaysia bantu Palestin

Jumaat Januari 16, 2009

 

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melahirkan rasa sukacita terhadap kesudian rakyat berbilang agama dan kaum dalam negara menghulur sumbangan bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin.

 

Perdana Menteri berkata keprihatinan itu menggambarkan rakyat Malaysia berkongsi pandangan dan sikap yang sama dalam membantu mangsa kekejaman rejim Zionis.

 

“Saya berasa amat sukacita kerana yang mengeluarkan sumbangan tidak terhad pada orang Islam, orang Melayu sahaja, tetapi semua rakyat berbilang kaum, agama bersatu hati membantu memberikan sumbangan,” katanya ketika berucap selepas menunaikan solat sunat hajat dan bacaan tahlil bagi memohon keselamatan rakyat Palestin di Stadium Negeri di sini, malam tadi.

 

Turut menyertai lebih 500 jemaah ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Duta Besar Palestin ke Malaysia Abdelaziz Aboughosh.

 

Abdullah sebelum itu menunaikan solat Maghrib dan kemudian bersama-sama membaca surah Yassin dan bacaan tahlil yang diketuai Imam Besar negeri Terengganu Aizi Saidi.

 

Abdullah berkata pendirian rakyat Malaysia yang merasakan bahawa keganasan dan kemusnahan yang berlaku di bumi Palestin perlu dihentikan segera itu melambangkan perpaduan negara yang utuh.

 

Katanya rakyat Malaysia juga mendoakan agar pencerobohan tentera Israel di Gaza akan berhenti, selaras dengan desakan-desakan masyarakat antarabangsa.

 

Pada majlis itu kerajaan negeri Terengganu turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM1 juta kepada Abdelaziz.

 

Isnin lepas, Parlimen mengadakan sidang tergempar dan mengambil ketetapan antara lain menggesa Perhimpunan Agung PBB (UNGA) mengadakan Sesi Tergempar Khas di bawah Resolusi 377A(V) Tahun 1950.

 

Usaha Malaysia yang mahukan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) mengadakan Sesi Tergempar Khas membincangkan isu keganasan berterusan Israel ke atas penduduk Palestin berhasil apabila badan dunia itu memutuskan memanggil sidang itu di New York, esok. BERNAMA

http://www1.mstar.com.my/ 

 

 

KERAJAAN KITA SUDAH BANYAK MEMBANTU BANYAK NEGARA ISLAM SEPERTI PALESTIN DAN BOSNIA. 

IA TANDA KEPERIHATINAN KERAJAAN MALAYSIA DAN KITA HARUS BERSYUKUR MEMPUNYAI KERAJAAN YANG PEMURAH DAN PERIHATIN INI.

FIRMAN ALLAH : LAIN SYAKARTUM LAAZIDANNAKUM

SEKIRANYA KAMU BERSYUKUR PASTI AKU AKAN TAMBAHKAN KEPADA KAMU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: