Apakah Obama akan membawa keamanan untuk dunia ?

 

Obama menandatangani perisytiharan sebagai Presiden sambil disaksikan oleh anggota Jawatankuasa Kongres Upacara Pelantikan Presiden di Bilik Presiden, bangunan Capitol di Washingston, semalam. – REUTERS

 


RAMALLAH, 21 Jan. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berjanji untuk bekerja keras bagi ‘Keamanan Berkekalan’ di Asia Barat ketika bercakap menerusi telefon dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas hari ini.

 

Obama telah menghubungi ketua pemimpin Palestin itu sehari selepas mengangkat sumpah jawatan presiden, semalam dan memberi jaminan untuk “bekerjasama dengan ketua pemimpin itu bagi memastikan keamanan berkekalan di rantau itu,” menurut jurucakap Palestin, Abbas Nabil Abu Rudeina memberitahu AFP hari ini.

“Ini merupakan panggilan telefon pertama yang saya terima dari seorang pemimpin asing dan saya melakukannya hanya beberapa jam saya memulakan tugas,” kata Rudeina yang memetik kenyataan Abbas mengenai panggilan Obama itu.

Obama dan bakal setiausaha negara AS, Hillary Clinton berikrar untuk menangani konflik Israel-Palestin selepas memulakan tugas.

Sepanjang ucapan sulung Obama pada Selasa lalu, Obama berjanji akan mengambil pendekatan baru terhadap dunia Islam.

“Kepada dunia Islam, kami mencari cara maju ke hadapan yang baru, berdasarkan kepentingan bersama dan saling menghormati,” katanya. – AFP

 

sumber : http://www.utusan.com.my

 

Pertama sekali bermula 20 Januari 2009 AS telah menerima Presiden baru yang dilahirkan dalam suasana Islam menerusi bapa kandung dan bapa tiri termasuk bersekolah di Indonesia. Meskipun keluarga beliau di Kenya masih beragama Islam, namun status agama Obama yang terkini dikatakan ialah Kristian..

Suasana semasa kecil dalam keluarga Islam pada nama ( praktikal belum pasti ) diharap dapat menjadi panduan asas bagaimana Obama akan mendekati dunia Islam dan mencari jalan penyelesaian kepada krisis krisis yang berlaku samada di Palestin, atau di Afghanistan atau di Iraq.

Kejayaan Obama memberikan kita sedikit harapan agar kekejaman semasa pemerintahan BUSH akan segera diganti dengan keamanan dan keadilan.

Meskipun kita juga sedar pelobi Yahudi di AS tentu akan menggunakan segala cara dan jalan untuk memastikan kepentingan mereka di Israel dan di seluruh dunia akan terjamin melalui Presiden yang disokong oleh mereka juga ini.

Harapan dan juga Ketakutan menjadi elemen emosi di dalam diri kita sekarang ini dan pada hari pertama pemerintahan Obama, janji untuk menutup penjara Guantanamo dengan langkah awal  meminta menghentikan perbicaraan, sudah dilaksanakan. Obama juga berjanji akan menutup dalam tempoh setahun dari sekarang,  penjara yang menempatkan ramai orang tidak bersalah dari saudara seagama dengan kita di sana.

Juga harapan kita semakin berkembang dengan kata kata Obama yang komited dengan membuat panggilan kepada PM Palestin bagi menunjukkan komitmennya terhadap konflik yang melanda Palestin. Ia juga satu perkembangan positif buat masa ini dan kita akan menunggu petunjuk petunjuk baru yang akan dilaksanakan oleh Presiden baru Amerika Syarikat selepas  ini.

Kita akan menunggu dan pastinya kita menunggu dengan seribu satu doa agar kezaliman dan peperangan di dunia kan berhenti dan semua agama dan bangsa kembali hidup rukun damai dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Apakah Obama berjaya nanti ?

 

Sama sama kita tunggu kesudahan episod Presiden baru Amerika bernama Barrack Hussein Obama ini nanti…

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: