Surat Tun M kepada MB Kelantan menjelaskan kenapa Hudud sukar dilaksana di Malaysia !

PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994

 

 

Tambahan :

Menarik ulasan di blog brokenthecode tentang kata kata Anwar Ibrahim :  
“Menurut IMAM SHAFIE perkara yang pertama yang perlu menjadi asas kepada membentuk hukum HUDUD adalah sesebuah negara itu perlu membangun dan sudah mencapai taraf maju.”

Jadi apa lagi halangan kita untuk bersatu selepas ini selepas jelas HUDUD tidak lagi menjadi faktor menjarakkan hubungan antara kita ?

Jelas bahawa UMNO / BN tidak menolak Hudud bahkan memberi respon dengan fakta fakta lengkap agar PAS memahami tetapi ia tetap sama menjadi isu dan diulang ulang menjadi isu utama mencari sokongan politik umat islam..

 

Kesian umat kita.


NAZRAH MADAD YA NABI ALLAH YA RASULULLAH YA HABIBALLAH

18 Responses

  1. Wahai Pemerintah Melayu Islam Malaysia….

    Sekalipun anda tidak bersetuju dengan hudud, janganlah keluarkan kenyataan yang berbaur melawan tuhan. Bukankah undang2 hudud itu dari tuhan? Apakah kita lebih bijaksana dari tuhan? lebihbaiklah diam, dari berbicara dalam hal yang kita sendiri tidak faham dan menjerumuskan kita ke pintu JAHANNAM.

  2. saya shorkan anda menerima rawatan di kelas fardhu ain dan masuk kelas tadika semula kerana otak anda telah dijankiti virus omno diliputi kebiruan… kalu nk cakap tentang hudud sila blajar sampai habis tentang perlaksanaan hukum islam jangan nk bercakap mengapooo jangan sebarkan maklumat bodoh kepada masyarakat… nk tunggu bila baru nk melaksanakan hukum islam?? nk tunggu sampai anda masuk ke lubang kubur.. tidak kah anda lihat semakin ramai anak2 muda yang rosak sekarang ini akibat pemimpin malaysia lebih pandai dapada tuhan yang tuan punya pencipta manusia sendiri….

  3. kalau nk bercakap tentang keadilan dalam islam sila berpaling ke belakang dan lihan sebahagian besar pemimpin yang di bawah anda dan kementerian yang anda terajui, konsep dosa dan pahala pun tak fahan inikan nk bercakap tentang keadilan dlm islam… betul kan pemimpin-pemimpin tu dulu…adakah islam menshorkan bersukan dengan memakai seluar dalam hampir terlanjang… sila tutup pusat judi terbesar di asia yang berada di genting.. kerana ia tidak adil kpd ekonomi umat islam..

  4. Salam.
    Wajarnya kita sebagai seorang Islam, wajib patuh pada segala arahan Allah. Sesungguhnya hukum hudud bukanlah untuk menyeksa atau menzalimi umat Islam, tetapi ia sebagai pengajaran. Sekiranya benar-benar fahami, pelaksanaan hukum hudud bukanlah satu-satunya cara untuk melaksanakan undang-undang Islam sebaliknya masih ada khazaf-undang2/hukuman yang digunapakai oleh pemerintah selain daripada hudud. Dan pelaksanaan hukum hudud bukanlah semudah ABC, berat syarat2 dan sekiranya tidak menepati syarat2 hukum hudud, laksanakan hukum khazaf..so tak timbul isu mengatakan Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan hukum hudud, kerana Islam itu sesuai pada setiap masa, zaman dan di mana-mana..hanya sekadar pandangan peribadi.

  5. sebenanya dalam kes2 tertentu seperti khazaf yg dimana diminta mangsa membawa saksi langsung tidak menjadi masalah.. sebenanya sesetengah ulamak2 tidak memahami sepenuhnya apakah khazaf ni.. adakah mangsa dituntut membawa 4org saksi? kepade yg kononnye menyokong islam tp menegaskan mangsa perlu membawa 4org saksi sebenanye korang adalah golongan jahil yg ingin memburukkan islam.. islam ni agama yg adil..xkanla org yg dahla kene rogol pastu xde saksi alim kene 80 rotan.. perogol bebas xde ape2 korng ckp tu adil ke? korang yg salah tafsir alQuran…

  6. assalamualaikum, panjangnye alasan kenapa malaysia xleyh laksanakan hukum hudud lg oleh mereka2 ini.
    rasa2 cukup xmasa untuk diorang explain semua ni bila berhadapan dengan Allah tanya nnti. kita semua islam, kenapa ia hanya menjadi agenda satu pihak shj sedangkan satu pihak lg yang beragama islam juga yang mempunyai kuasa memerintah NEGARA tidak ingin memperjuangkannya.para pemimpin jadi buntu kerana diorang merasakan undang2 ciptaan MANUSIA yang mereka berhujah itu lagi sesuai dengan berbilang kaum, para pemimpin dan ahli undang2 belajar tinggi2. mereka terhad kepada alasan tidak sesuai dilaksanakan memandangkan malaysia rakyat berbilang agama, and kaum, bangsa. agak2 sampai hari kiamat semua ini mesti akan berterusan. penerusan alasan2 ini akan menjadi fitnah yang hebat di akhir zaman. di bumi malaysia. satu pertubuhan penkaji harus ditubuhkan untuk pergi belajar dan ambil pengalaman ke negara2 yang telah melaksanakan hudud . kajian perlu dibuat oleh cerdik pandai. orang2 yang beriman dan bertakwa tidak perlu takut pada pandangan ahli undang2 dunia, sebab ahli undang2 dunia pemikiran mereka akan terhad kepada pandangan dunia juga akhirnya. Sekiranya ingin melaksanakan hukum -hukum Allah. orang2 yang takut rakyat akan huru hara dan tidak yakin pada hudud di bumi berbilang kaum ini tentu sudah hilang nilai tawakal mereka kepada Allah. ” ya Allah jauhkanlah kami dari fitnah dajjal, 3x “

  7. ” jahiliah moden” istilah ini sudah layak untuk gelaran umat2 akhir zaman di bumi malaysia ini. pembangunan teknologi, ilmu pendidikan , kemajuan insfrastruktur , ekonomi, adalah amat membanggakan, namun kerruntuhan nilai2 rohani semakin seiring dan semakin hari semakin hebat. malaysia oh malaysia, aku adalah rakyatmu. kalau dulu zaman jahiliah anak perempuan dibunuh, tetapi fitnah di akhir zaman lagi dahsyat terutama di bumi malaysia ini. melakukan zina dan membunuh bayi semakin menjadi jadi. …ini adalah tanda2 kemurkaan yang Allah ingin tunjukkan apabila Undang2 Nya tidak dilaksanakan. Allah berkuasa melakukan apa sahaja, Dia yang mencipta kita. teruskanlah berhujah dengan alasan duniawi wahai ahli undang2 dunia. semoga aku tidak tergolong dalam golongan yang menyokong hujah2 undang2 duniawi kamu .

  8. nampaknya tak ada komen pun yang boleh jawab isu hudud dalam surat Tun Mahathir di atas…

    jelas fitnah demi fitnah dibuat untuk tegakkan benang basah PAS.

    umat Islam telah diperdaya oleh sebuah parti politik bernama PAS dan maka itu siapakah yang dapat menjamin ia tidak akan menipu dan memperalatkan rakyat ?

  9. Banyak fitnah PAS terhadap Tun Mahathir….satu pun tidak pernah PAS mintak maaf kepada tuan empunya badan.

    Lain Tun Mahathir tulis, lain PAS terjemahkan.

    Inilah dia LIDAH IBLIS zaman moden.

  10. Lain Mahathir tulis, lain pas terjemah, lagi lain yg keluar dalam paper n tV, makin lain apa yg org lain komen. Inilah yg org dok kata talifon karat. Isu pas n mahathir nak berbalah pasal hudud bia d’org yg setel. Tapi klu d takdir kan sy mati, saya lagi suka mati dlm negara yg m’amalkn ajaran islam sepenuhnya berbanding dalam negara yang sekular. InsyaAllah ada “barakah”.

  11. Apa kata kawan2 baca dulu bab-bab yang ditegur dek mahathir dalam surat ni dan yang kecoh tak disukai oleh orang-orang pompuan dalam RANG UNDANG-UNDANG KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 KERAJAAN NEGERI KELANTAN tu.. ade sape2 dah bace ke penulisan Hudud versi Kelantan tu..?

    Untuk WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU – RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN JENAYAH SYARIAH ( HUDUD DAN QISAS ) TERENGGANU 1423H/2002M plak, ade ke sape2 yang pernah bace dokumen draf dan pewartaan?..

    Perkara yang menarik, saya tidak berjumpa apa-apa dokumen (PDF/MSWord) Rang Undang-Undang (RUU) Hudud Kelantan di alam siber. Maksud saya dokumen asal pewartaan macam yang terdapat di Portal eSyariah seperti ini – http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/undang.nsf/liststrg (tengok No. 9 dalam list untuk baca RUU Hudud Terengganu)

    Kalau setakat nak komen bute-bute aje, memang wajib le kena hentam..

  12. Susah sangat ke nak laksanakan hukum hudud ni, peduli apa dengan orang kafir yang penting ianya untuk kebaikan orang islam, Allah maha bijaksana dia lebih mengetahui akan kesannya kepada umat manusia.Orang islam tak perlu takut kalau kita mengikut perintah Allah dan bagi yang menentang hukum hudud ni jelaslah mereka ni samaada pernah atau akan melakukan perkara2 yang dilarang oleh islam.Maklumlah para pemimpin ni kebanyakannya diuji dengan perempuan, arak, rasuah dan banyak lagi perkara2 dosa besar itu sebabkah diorang menetang hukum hudud ni.Kat akhirat ni kau jawablah dengan Allah S.W.T.

  13. Ana nak sarankan kepada semua pemimpim UMNO yang beragama islam cuba buat survey atau kaji selidik ke atas semua rakyat yang beragama islam yang mahukan hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.Dan jika UMNO berani meletakkan hukum Allah pada kedudukan yang tinggi, ana berani cakap bahawa UMNO pasti menang besar dalam pilihanraya ke13 nanti.Ini yang rakyat melayu islam mahukan sebenarnya.

    • Salam.
      Saya amat setuju dengan “jika UMNO berani meletakkan hukum Alah pada kedudukan yang tinggi, ana berani cakap bahawa UMNO pasti menang besar dalam pilihan raya ke 13 nanti”.

      Persoalannya jika hukum hudud yang dikemukakan PAS tidak menepati hukum Islam sebenar mengikut kefahaman tak betul Mahathir, soalannya mana hukum yang betul ? Disinilah peluang UMNO membelasah PAS bukan cakap dan mengekalkan keputusan seperti Mahathir tu.

      Maka bertemulah suatu hakikat bahawa UMNO tidak faham Islam dan lebih yakin dengan hukum ciptaan manusia yang ada kini.

      Nak dapatkan undi Melayu – Islam, …ikutlah Islam

      • ~ BN tu kerajaan ~ pelaksanaan kena tepat… BN tak tolak hudud… cuma penelitian ~ penyeragaman ~ penyatuan untuk satu negara yang pelbagai kaum dan budaya ~ pasti perlu sikit masa untuk persediaan.. agar tidak berlaku sesuatu yg tidak dingini di kemudian hari ~ Hanya PAS yang kata BN tolak hudud…

  14. Laksanakan dulu dan perhalusi kaedah dia kemudian.. Mahathir boleh cakap apa saja dia nak tetapi sebagai org islam kita kena taat dengan perintah Allah taala. Adakah undang2 Allah taala zalim jika nak dibanding dengan undang2 yg dicedok dan diasaskan British?
    Beratus tahun kita dijajah dan diasuh oleh british sampai umat islam sendiri dah xpercaya dengan agama islam tu sendiri.
    Tinggal la pada islam itu solat, zakat, puasa dan haji semata-mata. xda roh (tanda2 akhir zaman).. sedangkan pengertian iman itu percaya dengan pasti atau ‘kenal’ pada Allah taala. Dah tiba masa nya khilafah islamiyah d bangkit kan semula, bkn sekadar d Malaysia ku yg tercinta ini sahaja bahkan di seluruh dunia.
    Jabbar, xda di alam siber x semestinya x wujud. bkn smua org upload file ke internet.

    utk renungan,
    1) mengapa dalam lebih dari 50 tahun kta merdeka xpernah lagi british di anggap sebagai penjajah especially dlm tV? balik2 komunis n jepun je yg kna. pada hal sama2 zalim.
    2) dlm buku teks sejarah form 4, pejuang menentang british di anggap hero, tp dlm form 5 di anggap perusuh contoh kmmm n awas?

    ini menunjukkan yg kta msih lg d bwh pengaruh British dalam keadaan sedar atau xsedar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: