Wahabi dan Terrorist – pendirian Jakim dan Ulama di Malaysia

Nordin Mat Top dipercayai semai fahaman Wahhabi

 

 
KUALA LUMPUR 27 Nov. – Orang paling dikehendaki, Nordin Mat Top dipercayai antara pihak bertanggungjawab menyemai fahaman Wahhabi radikal yang membentuk rangkaian Jemaah Islamiah (JI) di Malaysia, melalui ajaran guru agama Indonesia, Abdullah Sungkar dan Abu Bakar Bashir.

Abdullah merupakan pengasas JI Indonesia dan Abu Bakar pula penggantinya selepas Abdullah meninggal dunia.

Nordin pula yang merupakan anak murid Abu Bakar bertindak sebagai Operatif Kanan JI.

Nordin yang mengenali Abdullah dan Abu Bakar semasa menuntut dengan Abu Bakar di Serting, Negeri Sembilan dipercayai telah membantu kedua-duanya melarikan diri ke Malaysia dari tahanan pihak berkuasa Indonesia yang ketika itu diperintah oleh Presiden Suharto.

Sumber-sumber perisikan memberitahu Utusan Malaysia, pada awalnya, Abdullah dan Abu Bakar dikesan menyampaikan fahaman tersebut secara sembunyi-sembunyi kepada masyarakat di sebuah surau di Banting, Selangor semasa mengajar kelas agama.

Kata sumber itu, mereka juga mengajar di beberapa tempat di Pantai Barat Semenanjung dan pada masa sama mengumpul keahlian JI Malaysia.

“Abdullah dan Abu Bakar kemudian membuka sebuah madrasah agama rendah di Ulu Tiram, Johor pada awal 90-an dan membawa guru-guru agama dari Indonesia sebagai tenaga pengajar.

“Murid-murid di madrasah tersebut pula dikesan merupakan anak-anak kepada ahli JI Malaysia yang datang dari serata Semenanjung,” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Akhbar Mingguan Malaysia hari ini mendedahkan perkembangan fahaman Wahhabi yang mengetepikan amalan sunah waljamaah yang diamalkan di negara ini sejak turun-temurun. Aliran itu, menurut laporan itu kini semakin berkembang terutama di kalangan cerdik pandai muda.

Kumpulan itu menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunnah Waljamaah.

Difahamkan, beberapa buah universiti menjadi pangkalan dan pusat bagi aliran yang disifatkan sebagai ultrakonservatif ini.

Sumber itu menambah, selepas beberapa ketika, Nordin yang juga anggota JI dilantik menjadi pengetua di madrasah tersebut.

Ujar sumber itu, Abdullah dan Abu Bakar kemudian pulang ke Indonesia selepas kejatuhan Suharto dan madrasah berkenaan dikendalikan sepenuhnya oleh Nordin.

“Polis yang membuat siasatan setelah mendapat maklumat mendapati ajaran disampaikan di madrasah tersebut menyimpang dari silibus ditetapkan.

“Siasatan seterusnya memberi maklumat lebih mendalam kepada polis mengenai kegiatan JI di Malaysia sehingga membawa kepada beberapa tangkapan anggota JI.

“Susulan siasatan itu menyebabkan Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengambil tindakan menutup madrasah tersebut pada tahun 2001,” jelasnya.

Katanya, Nordin pula berjaya melarikan diri ke Indonesia dan gagal dikesan sehingga sekarang.

Nordin kini sedang diburu oleh pihak berkuasa Indonesia setelah berjaya meloloskan diri daripada satu serangan yang membunuh rakannya Azahari Hussein di Batu, Malang, Indonesia baru-baru ini.

sumber : http://www.utusan.com.my

 

Fahaman Wahhabi menular — Dikatakan semakin berkembang di kalangan cerdik pandai muda

 

 
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Fahaman Wahhabi yang mengetepikan amalan sunah umat Islam negara ini sejak turun-temurun, kini dikatakan semakin berkembang terutama di kalangan cerdik pandai muda.

Kumpulan ini menolak amalan membaca al-Quran untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunah Waljamaah.

Mingguan Malaysia difahamkan, beberapa buah universiti menjadi pangkalan dan pusat bagi aliran yang disifatkan sebagai ultrakonservatif ini.

Difahamkan juga, aliran ini menjadi ikutan golongan muda yang mahu melakukan ibadah dengan mudah dan cepat, selain menganggap amalan yang sering dilakukan oleh umat Islam di negara ini sebagai bidaah dan khurafat.

Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady yang banyak mengkaji mengenai fahaman ini bimbang ia mungkin menyebabkan berlaku pergeseran serius di kalangan ummah berhubung adat dan ibadat yang diamalkan di negara ini.

“Ahli Sunah Waljamaah mengikut Imam Al-Shafie yang kita amalkan sekarang jelas telah diterima dengan baik dalam kerajaan dan rakyat, tetapi sudah diresapi pula fahaman lain.

“Fahaman Wahhabi mengambil pendekatan keras, semata-mata memberi penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah, tawassul, syafaat dan lain-lain,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, adalah lebih wajar fahaman ini ditolak kerana ia bertentangan dengan Sunah Waljamaah yang menjadi ikutan majoriti umat Islam negara ini.

Muhammad Uthman berkata, fahaman ini diasaskan oleh Muhammad Abdul Wahab yang berketurunan Arab, bermula di Hijaz pada abad ke-18 Masihi iaitu sekitar 1204 Hijrah.

“Fahaman Wahhabi itu sendiri ditentang oleh keluarga Muhammad Abdul Wahab, tetapi ia menjadi amat berpengaruh dengan pendekatan ekstremnya itu.

“Malah fahaman Wahhabi itu sendiri berkembang luas sehingga menjatuhkan kerajaan Uthmaniah serta melenyapkan khalifah Islam di Turki,” katanya.

Menurutnya, dalam kitab Kashf Al-Shubuhat Fiqh Tauhid dan Risalatul Al-Tauhid, fahaman puak Wahhabi turut memuatkan huraian al-Quran yang pada asalnya ditujukan kepada orang kafir tetapi fahaman ekstrem itu ditujukan pula kepada orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka.

Sehubungan itu, Muhammad Uthman berkata, keupayaan pengaruh fahaman ekstrem Wahhabi sehingga berjaya menggulingkan kerajaan Uthmaniah itu wajar menjadi peringatan kepada kerajaan negara ini.

“Fahaman Wahhabi begitu mudah mempengaruhi kerana ia mengambil pendekatan bahawa Islam tiada hubungan dengan kelebihan yang ada pada sunah Rasulullah, hadis mahupun sesama manusia.

“Mengikut fahaman ini, apa-apa yang menjadi adat dan ibadat selain daripada fahamannya adalah bidaah semata-mata,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Yusof Hussain berkata, umat Islam di negara ini tidak boleh terikut-ikut dengan fahaman Wahhabi kerana ia tidak mengikut kehendak ahli sunah wal jamaah.

“Pada asalnya, motif fahaman Wahhabi itu bertujuan membanteras khurafat di Arab tetapi pendekatannya yang keras itu juga menumbangkan kuasa pemerintah zaman tersebut.

“Tetapi untuk motif apa pula Wahhabi berkembang di negara kita,” katanya.

Prof. Datuk Mahmood Zuhdi Abd. Majid dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pula berkata, pertentangan ahli sunah wal jamaah dan fahaman Wahhabi perlu ditangani dengan bijaksana demi kebaikan agama.

“Kita tidak mahu pertembungan kedua-dua ikutan itu akan menjadikan kita dilaga-lagakan seperti puak sunni dan syiah di Iran dan Iraq sehingga mengakibatkan perpecahan Islam,” katanya.

sumber : http://www.utusan.com.my/ 

 

Wahhabi jejaskan perpaduan umat Islam – Jakim

PUTRAJAYA 27 Nov. – Fahaman wahhabi jika tidak disekat amalannya boleh menjejaskan perpaduan umat Islam di negara ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustafa Abdul Rahman.

Beliau berkata, Jakim berpandangan serius mengenai penyebaran fahaman ini yang boleh menyebabkan umat Islam bertelingkah dan tidak sealiran pendapat mengenai sesuatu amalan sunat yang sudah diketahui ia biasa diamalkan di negara ini.

Katanya Jakim berpandangan fahaman itu tidak wajar diikuti kerana boleh membawa kepada situasi umat Islam mempunyai pendapat yang berbeza dan terdorong menjadi ekstrimis agama.

Fahaman itu yang dikenalpasti diamal dan disebar di kalangan orang Islam oleh segelintir pensyarah tidak wajar diikuti kerana ia boleh membantutkan semangat kesederhanaan dan ukhwah dalam Islam yang dibawa dan diamalkan sejak Islam bertapak di Malaysia, menurutnya.

Katanya Jakim sedang mengawasi golongan pangamal Wahhabi ini dan sedang memantau kegiatan dan cara fahaman ini disebarkan oleh pengamalnya, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mustafa berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar Mingguan Malaysia hari ini mengenai fahaman wahhabi yang dikatakan sedang tersebar meluas di negara ini terutamanya di kalangan golongan intelek Islam.

Menurut laporan itu, universiti tempatan difahamkan telah dijadikan pangkalan dan pusat bagi aliran yang disifatkan sebagai ultrakoservatif itu.

Beliau berkata fahaman Wahhabi pada mulanya diikuti secara `sendiri-sendiri’ oleh pengamalnya tetapi bagaimanapun ia telah disebar kepada orang lain kerana memikirkan ia `wajar’ dikongsi bersama.

Secara ringkasnya fahaman wahhabi ditakrifkan sebagai amalan yang menyifatkan kebanyakkan amalan sunat golongan ahli sunnah wal jamaah yang diamalkan orang Islam di negara ini tidak perlu, katanya.

Amalan-amalan sunat ahli sunnah wal-jamaah adalah di`pantang’kan daripada dilakukan oleh pengikut fahaman wahhabi.

“Tapi bagi kita (Jakim) dan orang Islam yang lain amalan-amalan seperti tahlil arwah, membaca surah Yasin pada malam Jumaat, membaca qunut dan talqin misalnya) tiada apa salahnya daripada segi Islam.”

“Daripada segi Islam, amalan yang diamalkan orang Islam adalah sama ada termasuk di dalam `bid’ah Hassanah’ atau `bida’ah Sayyi’ah` maknanya (amalan) baik dan juga tidak baik.”

“Yang kita buat hari ini (amalan sunat) baik-baik belaka, tiada apa salahnya,” kata Mustafa.

Katanya Jakim akan bertegas untuk menyekat daripada tersebarnya fahaman ini bagi mengelakkan daripada perpaduan Islam terancam.

Beliau berkata Jakim telah mengadakan kajian mengenai fahaman ini dan boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang kepada sesiapa terbukti menyebarkan fahaman ini. – Bernama

sumber : http://www.utusan.com.my/

4 Responses

  1. SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD{ Februari 3, 2009 @ 12:02 pm } · { Majlis Ilmu }
    { Tags: SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD }

    ANJURAN BERSAMA UIA (MAHALLAH REPRESENTATIVE COMMITTEE(MRC)ALL MAHALLAH IN PETALING JAYA AND NILAI CAMPUS AND FOUNDATION STUDENTS COORDINATION COUNCIL – FSCC), JAKIM, JAWI DAN YAYASAN SOFA
    TARIKH: 11 SHAFAR 1430H / 7 FEBRUARI 2009M (SABTU)
    MASA: 8.00 PAGI – 11.45 MALAM
    TEMPAT: DEWAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN DUTA.

    ATURCARA:
    7.30 pagi : Ketibaan para peserta
    7.45 pagi : Ketibaaan tetamu khas dan juga para penceramah. Tetamu kehormat: Dato’ Pengarah JAKIM, Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan dan Penaung Yayasan Sofa

    8.15 pagi : Majlis Perasmian Seminar dan ucapan para tetamu kehormat.

    9.15 pagi : Minum pagi

    9.45 pagi : Ceramah 1 oleh al-Fadhil Ustaz Zamihan bin Haji Mat Zin, Pen. Pengarah Pusat Pengajian al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
    Tajuk ceramah: Peranan Mahasiswa Dalam Memahami Serta Membenteras Penyelewengan Agama Dan Gejala Murtad

    10.45 pagi : Rehat

    11.00 pagi : Ceramah 2 oleh al-Fadhil Ustaz Haji Mahfuz bin Muhammad al-Khalil, Pendakwah Bebas.
    Tajuk ceramah: Kesamaran yang Perlu Dijelaskan dalam Memahami Agama

    12.45 t’hari : Makan tengahari dan shalat zohor

    2.00 petang : Ceramah 3 oleh Ustaz Ahmad Faidzurrahim bin Haji Muhammad Alwi, Pen. Pengarah Institut Pengajian Darul Hijrah, Pahang.
    Tajuk ceramah: Pegangan Jitu Seorang Muslim

    3.15 petang : Rehat

    4.30 petang : Suai kenal bersama Ulama. Tausiyah oleh al-Mukarram Syaikh ‘Afeefuddin al-Jailani; Tausiyah oleh al-Habib ‘Ali Zaenal Abidin al-Hamid dan persembahan Qasidah oleh Yayasan al-Jenderami.

    *************
    Ceramah Khas – مفاهيم يجب أن تصحح (Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan)

    7.45 malam: Ketibaan Tetamu Kehormat, penceramah dan para peserta seminar

    8.15 malam: Majlis bermula – bacaan al-Quran, bacaan Ratib al-Hadddad, Ceramah oleh Syaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, Soal-Jawab

    11.15 malam: Bacaan Maulid Daiba’ie, Qasidah Nabawiyah oleh Kumpulan as-Sofa

    11.45 malam: Jamuan ringan dan bersurai.

    Untuk keterangan lanju, sila hubungi:
    Syed Muhd Saufi: 013-628 0251
    Ustaz Muhadir: 012 – 697 3893

    http://pondokhabib.wordpress.com

  2. salam

    setahu saya mujahideen ni baik, dan nama terorist tu kan nama tuduhan kaum kafir terhadap pejuang islam…

    kalau la mujahideen itu wahabi saya akan sokong wahabi juga lah…

    buat apa kita nak sokong kaum yahudi dan nasrani yang memusuhi mujahideen?

    • mujahidin sejati kena beza dengan mujahidin palsu.baca buku lagi akhlak dan sifat mujahidin dan apakah jihad sebenar ?

  3. Salam. Kepada kawan2 yg beraqidqh yg benar mengikut Allah dan rasul, mari kita bangun perjuangkan Aqidah kita. Saya menyokong atum semua. Hubungi saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: