Raja ialah Ulil Amri yang wajib ditaati atas Perintah Allah dan Nabi

SIKAP AHLI SUNNAH TERHADAP PEMERINTAH

Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah, ialah mencintai saudara seagama yang tidak akan dipertikai dan dipersoal siapa dan apa kedudukannya. Mereka sentiasa mendoakan akan kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan saudara-saudaranya yang seagama, senegara, dan para pemimpinya. Mereka menyeru sekalian umat Islam supaya saling mencintai antara satu sama lain dan mencintai pemimpin yang menjadi saudaranya dalam Islam. Ini semua dirasakan semata-mata kerana mencintai Allah.

Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah suka menasihati para pemimpin mereka jika didapati pemimpinnya melakukan kesilapan, kerana kebaikan pemimpin akan memberi manfaat kepada seluruh saudara-saudaranya (rakyat jelata) yang dilindungi oleh pemimpin.

TETAPI SIKAP AHLI BID’AH sebaliknya, amat bertentangan dengan sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah terhadap saudara-saudara seagama dan kerajaannya jika mereka tidak mengikut aliran ideologinya.

Adapun tanda-tanda besar yang menunjukkan bahawa seseorang atau sesuatu kelompok itu dari golongan mubtadik [I]”Aktivis atau Pembuat Bid’ah”[/I], ialah mereka yang berusaha dengan berbagai-bagai cara supaya rakyat membenci dan menghancurkan pemimpin Islam.

Antara cara mereka yang terkutuk ialah dengan bertopengkan ibadah, iaitu mempengaruhi rakyat dengan cara mengajak mereka bersembahyang hajat dan berdoa beramai-ramai agar ditimpakan kecelakaan, kehancuran atau kejatuhan keatas pemerintah walaupun mereka tahu pemimpin yang hendak dijatuhkan itu seorang beragama Islam.

Mereka mengHALALkan perlakuan apa sahaja cara dengan beralaskan bahawa pemerintah tersebut tidak berhukum dengan hukum Allah, kafir, zalim, dan fasik. Nabi Muhammad S.A.W telah menceritakan dengan sabdanya tentang sikap manusia seperti ini yang suka menghancurkan orang lain :

“Dari Abu Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah S.A.W, : Apabila seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang akan binasa”*

*H/R Muslim.

Imam Al-Barbahary berkata :

“Jika kamu mendengar seseorang suka mendoakan kecelakaan terhadap penguasa (pemimpin), maka ketahuilah bahawa dia adalah pengikut hawa nafsu (pembuat/aktivis bid’ah)”*

*Rujuk, Al-Ibanah. Jilid 2. Halaman.116. No.136.

“Akan muncul selepas peninggalanku seseorang pemimpin, maka muliakanlah dia, dan barang siapa yang mencari-cari kehinaanya (kesalahan dan keaibannya) bererti dia telah melubangi satu sendi dalam Islam dan tidak akan diterima taubatnya sampailah dia (mengembalikan keadaan sebagaimana sediakala)” *

Lihat: As-Sunnah (2/513) Dari Ibn Abi’ Asim. Sanad hadis ini sahih.

Ibn Qayyim telah menjelaskan bagaimana sewajarnya sikap para ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan orang-orang awam yang beriman terhadap para pemimpin dan ketua pemerintahan yang masih beriman kepada agama Allah (Islam):

Apabila mengikuti (mentaati) hadis Nabi (tentang negara atau pemerintah yang beragama Islam): Semestinya menasihati pemimpin-pemimpin kaum muslimin, hadis ini (yang memerintahkan agar mendekati dan menasihati pemimpin Islam) mengandungi maksud agar menghilangkan sifat iri hati dan dengki, kerana nasihat tidak mungkin bersatu dengan kedengkian, sebaliknya ia melawan rasa kedengkian. Oleh itu sesiapa yang menegakkan nasihat kepada para pemimpin Islam dan rakyat biasa, bermakna dia terlepas dari sifat dengki.” *

Lihat : Miftah Dar Al-Sa’adah. Jld halaman 73.

Adalah haram hukum bagi sesiapa yang mahu menjatuhkan para pemimpin , kerana menjatuhkan dia sama dengan merampas kuasa dan menumbangkan kekuasaan yang ada pada tangan mereka yang menyebabkan negara akan menjadi kacau bilau, perbalahan, perpecahan, dan kemusnahan kepada Umat dan Agama Islam itu sendiri.

Tugas Ulama ialah mendidik rakyat dengan menyebarkan SEGALA KEBAIKAN PEMERINTAH, MENGENANG BUDI DAN JASA DIATAS pembanggunan yang telah diusahakan dan bersyukur kepada Allah, berterima kasih dan menjauhkan dirinya dari menyebarkan keburukan pemerintah, kerana mereka beragama Islam. Maka perbuatan keji Ulama Bid’ah, bertentangan dengan etika dan amalan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 24:19 yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka Azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”

Waallahua’lam.

 

Petikan : http://penaminang.blogspot.com/

 

 

3 Responses

  1. salam..

    jangan salah guna pengertian ulil amri untuk kepentingan tertentu..

    harap maklum..

  2. mazhab syiah yang menyanjung pemimpin…

    islam sebenar.. harus berpandukan alquran dan hadis yang shahih..

    Allah hanya menilai ketakwaan individu tanpa mengira kedudukan seseorang..

    ulil amri adalah gelaran bagi pemimpin-pemimpin islam tanpa mengira darjat yang mempraktikkan ajaran alquran dan sunnah rasulullah.. yang mengajak melakukan kebaikan dan menghindarkan keburukan

  3. Assalamualaikum.

    Respon untuk dua pengunjung yang tak begitu paham dengan konsep pemerintah…..Kesemua buku berkenaan penulisnya tidak berfahaman Syiah (Saya berani jamin). Mereka ini merupakan Ahli Sunnah Wal Jammah.

    Untuk komen mengenai Ulil Amri jangan disalah guna, saya ingin menegaskan disini pihak pembangkang juga jangan jadi bodoh dalam mentafsirkan ulama. Ulama itu kalau dilihat dalam tatabahasa Arab, membawa maksud berilmu. Bukan terperosok dalam ruang lingkup ilmu agama sahaja tetapi lebih dari itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: