Tidak taat kepada raja adalah derhaka – Mufti

IPOH 6 Feb. – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) berkata, sesiapa sahaja yang tidak taat kepada pemerintah ataupun raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.

Katanya, di dalam al-Quran jelas menyuruh umat Islam supaya sentiasa taat kepada Allah, rasul dan pemerintah iaitu raja.

”Raja yang adil dan bijaksana dalam melaksanakan tugas demi kepentingan umat Islam asalkan tidak bertentangan dengan syariat, wajib dihormati.

”Oleh itu, kita wajib menghormatinya selama mana raja itu memerintah di sesebuah negeri itu,” kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin semalam yang enggan meletak jawatan walaupun dititah oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Mohammad Nizar enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandang secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Mengulas lanjut, Harussani berkata, seseorang yang tidak taat kepada raja selagi raja itu tidak melakukan perkara yang dilarang, bererti derhaka.

”Kita juga diwajibkan taat kepada ibu bapa serta guru dan jika tidak taat itu bererti menderhaka kepada mereka,” katanya.

http://www.utusan.com.my/

4 Responses

  1. kaki ampu memang macam tu weh……..

  2. semasa Paduka Seri Sultan Perak arahkan Kerajaan BN Perak dulu melantik kembali Imam Besar Masjid Negeri yang telah meletak jawatan untuk bertanding calon PAS lalu kalah,baginda diiktiraf oleh orang PAS sebagai Sultan yang baik…begitu juga bila Mufti Perak mahu ditamatkan kontrak oleh Kerajaan BN Perak terdahulu atas alasan terlalu mirip dan berpihak kepada PAS,Sultan juga yang mempertahankan beliau…walaupun kerajaan BN tidak berpuas hati…tapi mereka akur dengan pandangan Sultan…tetapi kenapa bila Sultan buat keputusan yang tidak menyebelahi Pakatan Rakyat,baginda dilihat sebagai Sultan yang jahat???…orang politik selalu menilai sesuatu itu atas kepentingan parti politik mereka sahaja…jangan sesekali kita biarkan orang politik menentukan halal haram,salah betul…biar apa pun parti yang ia wakili…

  3. salam..

    hanya taat kepada Allah s.w.t. dan mengikut sunnah nabi muhammad s.a.w.

    taat selain daripada Allah s.w.t. adalah syirik yang maha besar..

  4. MAMAT – ISA ORANG KAMU PUNYA -SURAT KHABAR PUN ORANG KAMU PUNYA-FRU ORANG KAMU PUNYA TAPI SULTAN PUN TAKKAN KAMU PUNYA? KAMI TAK KATA SULTAN JAHAT TAPI PROVOK DARI ORANG KAMU YANG NAMPAKKAN MCM KAMI YANG KATA -HARAKAH BILANGAN KER BERAPA KATA SULTAN TU JAHAT? KALAU NAK MENGAMPU BUAT BENDA YANG SUDAH BETUL SALAHNYA DARI PIHAK PAKATAN RAKYAT BARU KO DATANGKAN HUJAH KONI TUA SAJA LA……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: