Santapan rohani pagi Jumaat : Lagu Asyik Nama Allah oleh Debu

 

Asyik Nama Allah
Album : Mabuk Cinta
Munsyid : Debu
http://liriknasyid.com

 

Saya asyik nama Allah,
Tak pernah menjadi kenyang,
Daripada lezatanNya,
Dan selalu hamba senang.

S’karang ini, wahai kawan,
Kumenikmati rasanya,
Sudah hamba masuk medan,
Medan kemanisan nama.

Ya Hayy, bantulah, bantulah! (2X)

“Allah, Allah” senantiasa,
Kuberzikir nama Tuhan,
Hal yang ini luar biasa,
Dalam surga sebuah taman.

Nama Allah membersihkan,
Hati yang penuh berhala,
Nama Allah mengaribkan,
Hati menjadi nirmala.

Ya Hayy, bantulah, bantulah! (2X)

Berzikir sepanjang hari,
Allah, Allah, Allah, Allah,
Kita datang dan kembali,
Allah, Allah, Allah, Allah.

Ya Hayy, bantulah, bantulah! (2X)

Allah salli ala Ahmad,
Nabi dan Rasulullahi,
Allah, Wahid, Ahad, Samad,
Baki, Abadi, Lestari.

Wa salli ala Alihi,
Iaitu Keluargannya,
Dan juga ala Sahbihi,
Yang memiliki akhlaknya.

Ya Hayy, bantulah, bantulah! (2X)

Disadur oleh Syekh Fattaah dari syair Syekh Jamali Pirzirini / Irama: Syekh Jamali

 

Advertisements

Ban lagu ‘Allah Peduli’ kata Mais ~ Malaysiakini

  

 

 

Lirik Lagu Allah Peduli Yang Dinyanyika Agnes Monica di atas


 

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sebab 
Allah Yesus ku mengerti

 


 

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) mahu agar tindakan diambil mengharamkan sebuah lagu Indonesia berjudul “Allah Peduli” kerana liriknya antara lain menyebut “…sebab Allah Yesusku mengerti.”

Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata walaupun beliau belum pernah mendengar lagu itu, tindakan mengharamkannya wajar diambil memandangkan ia menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama.

“Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai lagu berkenaan nyanyian penyanyi Indonesia, Agnes Monica.

Dalam lagu berkenaan, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan ‘sebab Allah Yesus ku mengerti’ kedengaran pada bahagian akhir lagu selama tiga minit 40 saat itu.

“Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi. Lirik ini secara senyap memesong keimanan dan akidah,” kata Mohamad Adzib.

Beliau berkata MAIS akan mengambil tindakan mengharamkan lagu itu serta menarik semua edaran album yang mengandungi lagu berkenaan sebaik kajian dan penelitian dibuat.

“Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat kerajaan pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam,” katanya. / Bernama

 

Taib Azamudden bersyarah dalam Parlimen berkenaan nama “ALLAH” – Malaysiakini

 

Sejarah tercipta dalam Dewan Rakyat semalam apabila dalam sesi penggulungan perbahasan menjunjung kasih ke atas titah ucapan SPB Yang Dipertua Agung, Menteri di JPM Zahid Hamidi dan Timbalan Speaker Wan Junaidi telah memohon agar seorang ahli parlimen PAS membantu dalam memberi penjelasan.

Beliau yang dimaksudkan adalah ahli Parlimen Baling yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara Ustaz Taib Azamudden Mat Taib.

Isu yang berbangit ketika itu adalah penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam. Ternyata ia masih mengundang pelbagai tafsiran dan sebenarnya menambahkan lagi kekusutan dan kekeliruan yang tidak nampak kesudahannya. Apalagi apabila ahli-ahli parlimen kita masing-masing bangun memberi tafsiran dan pandangan masing-masing.

Alhmadulillah apabila terbuka peluang untuk memberikan pandangan, Ustaz Taib telah menampakkan kematangan dan kebijaksanaan seorang tokoh agama/ulamak dalam menangani isu yang sensitif ini agar dapat difahami dan diterima masyarakat. Beliau menjelaskan bahawa pandangan beliau itu bukan mewakili parti tetapi sebaliknya berlandaskan kesucian Islam. Dan bagi PAS memang rujukan tertinggi kita adalah al Quran dan Hadis, sudah pastilah apa sahaja yang berlandaskan kesucian Islam akan kita pegang dan pertahankan.

Kata Ustaz Taib:

Dalam kontek Malaysia ia (penggunaan kalimah Allah oleh yang bukan Islam) akan menyebabkan kekeliruan kepada anak-anak dan keturunan kita akan dating tidak sama seperti di Eropah atau tempat lain.

Beliau menambah:

Allah yang dimaksudkan oleh agama lain berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

Berikut adalah petikan dari hansard Parlimen:

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri serta permintaan sahabat-sahabat. Saya terpanggil untuk bercakap ini bukan dia atas bermaksud dengan kepartian. Akan tetapi, lebih fokus kepada kesucian Islam itu sendiri. Itu terpulang kepada tafsiran oranglah kalau dia hendak meletakkan kedudukan di mana yang sekali gus juga menghormati pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat Bintulu.

Sebenarnya persoalan ini mungkin kita tidak begitu selesa sangat perbahasan dan
penghujahannya kita gunakan dalam Dewan ini. Kalau pun ia selepas kita dapat hadamkan di luar, di tempat lain bahawa kita confirmkan
di Dewan tetapi walau macam manapun, saya faham daripada apa yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor dan sahabat-sahabat yang lain.

Sekarang ini yang sebenarnya perlu kita dapat penjelasan, Allah yang mana yang kita
perbincangkan ini tapi kalau Allah S.W.T yang berkonsepkan tauhid dengan Allah hus samad…

Dia tauhid As-samadiah dengan tauhid al-ahadiah yang bergantung rapat dengan yang lain-lain, uluhiah dan rububiah hanya ada pada Islam dan tidak ada pada yang lain. Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat juga sababul nuzul dan kalau kita nak buka mengenai Allah kepada yang lain-lain, Al-Quran juga pernah mendedahkan dalam surahtul Taubah… [Membaca sepotong ayat Al-Quran]

“Orang Yahudi dia kata, Uzir anak Allah. Orang Kristian dia kata Al-Masih anak Allah”.
Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain
daripada Allah tauhid kita. Allah yang dimaksudkan oleh orang-orang Masihi dan orang-orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam sebab ketauhidan as-samadiah dan alahadiah itu tidak menjadi suatu tonggak kepercayaan kepada yang lain daripada Islam. Sebab itu bagi yang agama lain tadi dia mendakwa itu sedangkan kita Allah bukan ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak. Jadi, ini persoalannya. Jadi yang saya rasa ialah pihak kementerian, pihak kerajaan mesti menegaskan Allah dalam bentuk mana.

Kalau kita cakap Allah dalam bentuk umum, betullah kita boleh dakwa. Orang Hindu,
orang Kristian, orang lain pun dia kata kita tuhan Allah juga. Jadi Allah yang mana? Jadi mungkin di sini kita perlu mendapat suatu garis panduan yang jelas yang kita kata tak boleh digunakan oleh orang lain itu Allah dalam kedudukan mana tapi kalau Allah dalam kedudukan Islam yang ahadiah dan as-samadiah, memang tak boleh orang lain guna yang saya rasa ini wallahualamlah. Apa yang saya nampak daripada sudut itu, jadi kalau itu kita boleh terima, sebenarnya kita tidak ada pertelingkahan apa-apa. Cuma yang kita hendak sekarang ialah penegasan daripada pihak kerajaan daripada sudut mana, Ilah kita dan saya rasa dalam perbahasan ini agak tak berapa munasabah kalau kita bawa daripada segi bahasa.

Bahasa Ilah, bahasa… hak itu panjanglah isu kita. Sebab itu kalau kita lihat dalam kitab-kitab yang sempat dirujuk, pertelingkahan ini berlaku atau khilaf ini berlaku di antara ulama-ulama yang lebih muktabar daripada kita sekarang tetapi semuanya memberi hujah-hujah yang kenapa mereka kata boleh dan kenapa ada yang mereka kata tak boleh. Dalam kita menangani di antara dua perselisihan pendapat ulama muktabar ini, maka apa yang perlu bagi kita sekarang ialah kita perlu memahami wakik. Wakik kita di Malaysia mahu tidak mahu dengan ketimuran kita, dengan budaya Melayu kita sebelah sini dan juga budaya orang kita lain daripada yang berlaku di Eropah atau berlaku di dunia lain.
Wakik kita yang saya yakin setakat hari ini, wallahualam akan datang akan menjadi satu
confuse, akan menjadi suatu pertelingkahan dan perbalahan yang mungkin sengit apabila benda ini dibuka ke mana-mana. Misal kita katakan, minta maaf kepada saudara-saudara kita yang bukan Islam sama ada dalam agama Buddha, dalam agama Hindu ataupun Kristian dan sebagainya, andai kata saya bertanya kepada sahabat saya yang beragama Hindu,

“Sahabat, kamu nak pergi mana?” “Saya nak pergi sembah Allah”. Tanya pula sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat ataupun Yang Berhormat Sri Gading, mana nak pergi “Saya nak pergi sembah Allah”.

Jadi ini confuse kepada anak dan keturunan kita. Allah yang mana ini?… [Tepuk] Allah
yang nak pergi kah, ini kah Allah, yang mana?…

Saya rasa penjelasan ini sangat segar dan meyakinkan dan malah tepat dan selaras sebagaimana pandangan Tuan Guru Presiden PAS dan Tuan Guru Mursyidul Am. Syabas Ustaz Taib, insyallah itulah ikutan kita semua.

sumber : Roslan SMS  (   http://n32.blogspot.com/   )

Peguam Syarie Menulis: Perlembagaan memartabat Islam

 

 

Oleh Zainul Rijal Abu Bakar
www.peguamsyarie.org

Syor wujud unit khas dengan pegawai kuat kuasa enakmen 

PERSATUAN Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kesal kerana sehingga kini empat negeri yang sudah diarahkan menggubal undang-undang bagi mengawal serta menyekat pengembangan iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam masih belum berbuat demikian. 

Isu itu sudah berlarutan lebih dua tahun sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan negeri berkenaan iaitu Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan segera berbuat demikian.
Namun, seolah-olah tidak ada tindakan termasuk di Wilayah Persekutuan kecuali beberapa kenyataan daripada pemimpin negeri berkenaan yang menyatakan persetujuan. 

Tiada penjelasan diberikan mengapa banyak masa diambil untuk menggubal undang-undang itu sehinggalah baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika menjawab soalan di Parlimen menegaskan bahawa kerajaan sudah bersedia menggubal Akta Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam. 

Kenyataan tegas itu mendapat sokongan badan bukan kerajaan (NGO) Islam arus perdana dan diharapkan menteri berkenaan mengotakan janjinya itu.

Pada Ogos 2006, Perdana Menteri mengarahkan empat kerajaan negeri mengambil tindakan sesuai untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam. 

Pada masa ini, semua negeri beraja seperti Perlis, Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu, selain Melaka sudah melaksanakan kuasa itu melalui enakmen negeri masing-masing. Kelantan adalah negeri paling awal berbuat demikian pada 1981 dan paling akhir ialah Johor pada 1991. 

Berdasarkan laporan akhbar, pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang itu dikatakan amat mengecewakan kerana hampir tiada rekod menunjukkan undang-undang berkenaan pernah dilaksanakan. 

Antara kesalahan yang disebut pada undang-undang ini ialah memujuk, mempengaruhi, memaksa atau menghasut seorang Islam untuk menjadi seorang pengikut atau anggota suatu agama bukan Islam.

Turut dianggap sebagai kesalahan ialah mendedahkan seorang yang beragama Islam bawah umur 18 tahun kepada pengaruh suatu agama bukan Islam dan menghantar atau menyerahkan terbitan mengenai apa-apa agama bukan Islam kepada seorang beragama Islam. 

Selain itu, apa yang lebih penting pada enakmen itu ialah untuk menjadikannya lebih berkesan daripada sudut penguatkuasaan. Kekurangan itu dapat dilihat bagaimana setakat ini bukan saja masyarakat umum kurang mengetahuinya, malah di kalangan penguat kuasa sendiri tidak begitu arif mengenainya. 

Ia kerana penguat kuasa enakmen bukan penguat kuasa agama tetapi polis kerana ia membabitkan pengawalan terhadap mereka yang bukan beragama Islam. Sehubungan itu, penulis mencadangkan supaya pihak berkuasa menubuhkan unit khas dengan menempatkan pegawai dan anggota yang khusus bagi menguatkuasa enakmen itu. 

Melihat perkembangan kebelakangan ini, apabila banyak isu menyentuh sensitiviti umat Islam berlaku, tentunya penguatkuasaan undang-undang itu menjadi semakin mustahak. Namun, perlu ditegaskan bukan tujuan kita untuk meminta ada sesiapa yang ditangkap mengikut enakmen ini. Cuma kita mahu enakmen ini mampu menimbulkan kegerunan yang secara langsung menjadi satu bentuk pencegahan. 

Harus diingat enakmen ini mempunyai asas rapat dengan Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 11 (4) yang membenarkan undang-undang digubal bagi mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam. 

Pada perkembangan sama, penulis menyarankan negeri lain supaya mencontohi Kelantan yang sudah meningkatkan hukuman dalam enakmen berkenaan. Pindaan dibuat pada 1998 membolehkan Kelantan mengenakan hukuman denda tertinggi dan penjara paling lama berbanding negeri lain. 

Melihat senario politik masa kini, Rang Undang-Undang itu mungkin melalui jalan mudah jika dibentangkan di Parlimen kerana ia akan dibentangkan kerajaan sendiri, manakala wakil rakyat Pas diharapkan tidak akan menentang Rang Undang-Undang berkenaan. 

Wakil rakyat PKR pula yang sebahagiannya juga adalah orang Islam termasuk Zulkifli Noordin yang bertanyakan secara khusus berkaitan akta ini sudah tentu tidak akan menyanggahnya. Cuma tinggal wakil rakyat DAP yang mungkin tidak dapat menerima hakikat itu. 

Apapun, di kebanyakan negeri, adalah menjadi kesalahan menyebarkan agama bukan Islam di kalangan orang Islam termasuk mengguna kalimah tertentu seperti Allah, Baitullah, Kaabah, solat dan lain-lain lagi. 

Negara baru-baru ini digemparkan dengan perintah dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang membenarkan penggunaan kalimah itu dengan syarat tertentu. Namun selepas didesak, menteri berkenaan meneliti semula dan mendapati terdapat kesilapan dalam pewartaan perintah itu. 

Umat Islam arus perdana menarik nafas lega dengan keputusan menteri berkenaan dan mengingatkan supaya lebih berhati-hati apabila membuat keputusan mengenai Islam. 

Penulis mendesak supaya tindakan segera diambil kepada sesiapa saja yang melanggar undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam. Tidak perlu ditunggu sehingga keputusan kes kalimah Allah diputuskan oleh mahkamah kerana sudah wujud kesalahan berkaitan perkara itu. 

Menteri Dalam Negeri sepatutnya mengambil langkah proaktif membaiki kesilapannya dengan mengarahkan pelaksanaan undang-undang kawalan penyebaran agama bukan Islam itu dimantapkan dan dilaksanakan dengan berkesan. 

Selesai isu pewartaan Menteri Dalam Negeri, timbul pula laporan yang memetik Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyarankan supaya orang bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah. 

Jika benar seperti apa yang dilaporkan, kenyataan itu sebenarnya terkeliru antara nas al-Quran dan realiti perundangan negara. Ia juga nampaknya tidak mengambil kira faktor maslahah dan tujuan kenapa orang bukan Islam begitu beriya-iya ingin menggunakan kalimah itu. 

Malah, mereka tidak akan berhenti menggunakan kalimah Allah saja, mereka sudah pun meminta menggunakan perkataan lain seperti Baitullah, Kaabah dan solat. Kenyataan itu juga tidak bersandarkan kepada sejarah bahawa Kelantan antara negeri yang awal menggubal Enakmen Kawalan Agama melarang penggunaan perkataan Allah di kalangan orang bukan Islam. 

Apatah lagi pada 2007, Dewan Undangan Negeri Kelantan di bawah pimpinan Menteri Besar sendiri meluluskan Rang Undang-Undang meningkatkan hukuman dalam enakmen sama. Bagaimana pula sekarang Menteri Besar menyokong orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah? 

Kedudukan Islam mestilah dipelihara. Islam bukan hanya simbol negara malah adalah agama bagi negara. Sudah tentu sebagai agama bagi negara, Islam menikmati kedudukan istimewa berbanding agama lain tetapi pada masa sama tidak memaksa orang bukan Islam menganut Islam. 

Tiada sekatan bagi penganut agama lain menganut dan mengamalkan agamanya dengan aman dan harmoni. Namun, penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam tidak boleh dilakukan kerana kerangka Perlembagaan Persekutuan memperincikan perkara sedemikian. Inilah hakikat yang perlu diterima setiap rakyat yang menjunjung Perlembagaan. 

Malah, sumpah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan timbalan baginda juga adalah mempertahan dan memelihara Islam pada setiap masa. Adalah tidak masuk akal Ketua Negara berikrar mempertahan dan memelihara Islam pada setiap masa sedangkan kerajaan baginda tidak patuh kepada ikrar itu. 

Sudah sampai masanya kita melihat semula kerangka Perlembagaan Persekutuan daripada lensa berbeza supaya Islam itu dapat dimartabatkan. 

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sila layari http://www.peguamsyarie.org


HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAK BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT

HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAK BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT

 

Ertinya:
Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …………kemudian Jibrail bertanya kepada RasululIah saw., “Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, “Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya”, maka Nabi saw. menjawab, “Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan”.

 

 

H.R. Muslim

 

Keterangan
Di antara tanda qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri. Ada juga sebahagian yang memberikan pandangan, bahawa contoh ini alalah merupakan simbolik kepada suasana yang sudah terbalik, di mana hamba menguasai tuan, bukan sebaliknya. Jadi pemikiran manusia sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik. 

Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan adalah orang yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut , tiba-tiba pada hari ini ia sudah dapat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.

Dilarang guna Allah-Syed Hamid Albar

Oleh HAMDEN RAMLI

KOTA KINABALU 28 Feb. – Pewartaan kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama Kristian dibatalkan kerana terdapat kesilapan pada warta tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perintah yang diwartakan pada 16 Februari 2009 itu juga bertentangan dengan keputusan kerajaan sebelum ini dan ia dibuat sebelum mahkamah memberikan keputusan.

Sehubungan itu katanya, kementerian membatalkan pewartaan tersebut dan memperbetulkan segera kesilapan berkenaan.

“Dalam perkara larangan penggunaan nama Allah itu, kita tidak akan mengatasi keputusan kerajaan yang tidak membenarkan penggunaan nama Allah oleh agama lain selain Islam dan kita juga tidak akan mendahului keputusan mahkamah.

“Saya mengaku berlaku kesilapan dalam pewartaan larangan penggunaan nama Allah itu dan kita akan mengambil tindakan untuk membetulkannya,” tegas beliau kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Syed Hamid berkata, kesilapan tersebut berlaku di peringkat ‘penggubalan maksud arahan’.

“Apa yang diberitahu pada saya dan apa yang akhirnya berlaku adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, berlaku kesilapan dan kesilapan itu membawa implikasi yang amat mendalam,” katanya.

Beliau menambah, keputusan kerajaan sangat jelas bahawa perkataan Allah tidak boleh digunakan oleh agama selain daripada Islam.

Ditanya sama ada ruang untuk membetulkan pewartaan itu, Syed Hamid berkata: “Pewartaan itu dibuat oleh saya. Oleh itu saya akan membatalkan pewartaan tersebut”.

Mengenai tindakan seterusnya, beliau berkata, kementerian akan membetulkan kesilapan tersebut dan seterusnya menunggu keputusan mahkamah.

“Kita sudah membuat keputusan sebelum ini tetapi mereka cabar dengan membawa kes itu ke mahkamah. Sebelum mahkamah buat keputusan, kita tidak akan membuat apa-apa keputusan,” katanya.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) semalam diberitahu bahawa penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.

Perintah tersebut berbunyi : “Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan ‘Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’.

Nizam memberitahu demikian semasa sebutan kes semakan kehakiman (undang-undang) oleh Gereja Katholik terhadap larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald – The Catholic Weekly di hadapan Hakim Lau Bee Lan.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0301&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm