Ban lagu ‘Allah Peduli’ kata Mais ~ Malaysiakini

  

 

 

Lirik Lagu Allah Peduli Yang Dinyanyika Agnes Monica di atas


 

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sebab 
Allah Yesus ku mengerti

 


 

MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) mahu agar tindakan diambil mengharamkan sebuah lagu Indonesia berjudul “Allah Peduli” kerana liriknya antara lain menyebut “…sebab Allah Yesusku mengerti.”

Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata walaupun beliau belum pernah mendengar lagu itu, tindakan mengharamkannya wajar diambil memandangkan ia menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama.

“Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai lagu berkenaan nyanyian penyanyi Indonesia, Agnes Monica.

Dalam lagu berkenaan, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan ‘sebab Allah Yesus ku mengerti’ kedengaran pada bahagian akhir lagu selama tiga minit 40 saat itu.

“Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi. Lirik ini secara senyap memesong keimanan dan akidah,” kata Mohamad Adzib.

Beliau berkata MAIS akan mengambil tindakan mengharamkan lagu itu serta menarik semua edaran album yang mengandungi lagu berkenaan sebaik kajian dan penelitian dibuat.

“Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat kerajaan pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam,” katanya. / Bernama

 

5 Responses

  1. saya dah hantar komplen pasal lagu agnes monica ni pada majlis agama, abim, semua media utama tapi diorang buat bodoh je..

  2. That’s very clear…! The video clip was modified and the sound of “Yesusku” was added into the video clip! That’s pity… You’re believing the untruth fact!

  3. MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BESAR-BESARAN
    BERSAMA ULAMA’ AHLIL BAYT
    .
    TEMA :’CINTA RASUL MANTAP IMAN’
    ( HAKIKAT SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ASY-SYARIEF)
    PENJELASANTENTANG AJARAN BARU YANG MENGHINA RASULULLAH !!! ULAMA’ TERSOHOR NEGARA PENYERI SAMBUTAN :
    .
    AL-FADHIL ASY-SYEIKH MUHAMMAD FUAD BIN KAMALUDDINAL-REMBAWY AL-MALIKI
    PENASIHAT, YAYASAN SOFA NEGERI SEMBNILAN.
    MERUPAKAN : ِAHLI MAJLIS FATWA NEGERI SEMBILANSEMENJAK TAHUN 2003(Hasil tulisan dan terjemahan beliau telah mencapai lebih 115 buah dalam pelbagai disiplin ilmu agama termasuk 12 karangan berbahasa ‘Arab yang diterbitkan di Mesir).
    .
    ULAMA’ TERSOHOR LUAR NEGARAPENAMBAH SERI SAMBUTAN :
    DR. ASY-SYEIKH SALIM ALWAN AL-HASANY PENGERUSI, DARUL FATWA AUSTRALIA
    MERUPAKAN : ِحَفِيدُ رَسُولِ الله الشَرِيف(CUCU CICIT KETURUNAN RASULULLAH YANG MULIA DARI NASAB SAIYYIDINA HASAN RODHIALLAAHU ‘ANHU)
    .
    TARIKH :19 MAC 2009(KHAMIS MALAM JUMAAT)
    MASA :SELEPAS SOLAT MAGHRIB
    TEMPAT :YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILANKm 35 Jalan Seremban Tampin, 71350 Kota, Negeri Sembilan.
    TEL/FAKS: 06-4450363
    .
    MUSLIMIN-MUSLIMAT DARI SELURUH PELUSUK NEGARA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI, BUKAN SAHAJA MERAIKAN SAMBUTAN MAULIDUN NABI & MENGAMBIL ISTIFAADAH DARIPADA CERAMAH YANG BAKAL DISAMPAIKAN BAHKAN JUGA MENGAMBIL KEBERKATAN DARIPADA KETURUNAN BEGINDA RASULULLAH KEKASIH ALLAH YANG MULIA !!! UHIBBUKA YA RASULULLAH !KAMI CINTA KAMU WAHAI KEKASIH ALLAH !
    http://pondokhabib.wordpress.com/

  4. Assalamualaikum, ketika mendengar lagu ini(pertama kali) ada terasa seperti pernah mendengar melody nya. Setelah selesai baru teringat melodi lagu ini mirip seperti melodi lagu “WHERE DO BROKEN HEARTS GO” nyanyian Whitney Houstan. Hmm… ciplak juga ya.
    Wajar lah.. lagu ini di haramkan. Kita umat islam di Malaysia ini amat berteroransi kepada agama2 lain.. akan tetapi umat2 agama lain tidak berhenti2 untuk menghina islam dengan berbagai cara. Lihat lah.. patung hindu yang gah dan besar di batu caves di negara islam yang tercinta ini. Sepatut nya patung itu perlu di tutup dari pandangan khalayak ramai memandangkan Malaysia ini negara Islam. Satu penghinaan besar besaran yang mungkin ramai yang tidak perasan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: