Adun perlu mohon maaf kepada umat Islam segera

KUALA LUMPUR: Mufti, pakar perundangan dan pertubuhan Islam menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming, yang membaca ayat suci al-Quran dalam siri ceramahnya semata-mata untuk memancing undi pada pilihan raya kecil sebagai usaha menghina agama dan umat Islam.

Mufti Perlis dan Selangor berpendapat perkara itu jika terus dibiarkan tanpa tindakan tegas pihak berkuasa boleh menggugat kestabilan dan keselamatan negara kerana ia jelas tidak menghormati agama rasmi negara ini.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga membuat laporan polis secara berasingan di sini, semalam, sebagai membantah dan mengutuk tindakan Nga dan memintanya memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata Islam tidak melarang bukan Islam membaca al-Quran kerana kitab itu untuk semua manusia tetapi hendaklah digunakan dalam suasana, niat baik dan bacaan yang betul.

Beliau yang mendengar bacaan Nga yang disiarkan di televisyen kelmarin berkata, bacaan dilafazkan itu jelas tidak betul dan menyeleweng.

“Kalau orang Islam sendiri yang menyalah guna ayat suci itu juga dilarang, apatah lagi orang bukan Islam. Ia boleh menggugat kestabilan, jangan heret kitab suci dalam kemelut politik sebab kita tidak mahu berlaku salah guna dan tidak ada rasa hormat pada sensitiviti penganut agama lain,” katanya ketika mengulas desakan pelbagai pihak supaya Nga memohon maaf dan menghentikan perbuatannya kerana mempersendakan agama Islam semata-mata untuk memancing undi orang Melayu.

Kelmarin, Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping susulan rakaman video youtube.com yang memaparkan Nga membaca ayat al-Quran selama satu minit 16 saat.

Dalam rakaman itu, Nga memberi salam secara tidak tepat dan membaca petikan yang didakwa dari surah ‘Aura’ yang tidak ada dalam al-Quran.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahab, berkata ayat al-Quran adalah kalam Allah yang suci dan membaca al-Quran adalah ibadah.

Namun katanya, umat Islam yang menyebut ayat al-Quran tidak betul, bukan mendapat rahmat sebaliknya laknat.

“Kalau bukan Islam yang tidak tahu sebut, dan salah bacaan, sudah tentu mirip kepada senda gurau yang tidak sepatutnya berlaku.

“Lebih baik mereka baca tafsiran saja, lebih selamat,” katanya.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainal Rijal Abu Bakar, berkata hukuman penjara dan denda boleh dikenakan terhadap mereka yang jelas menghina agama Islam mengikut kanun keseksaan mengikut Seksyen 298.

http://www.bharian.com.my/Tuesday/Nasional/20090407001640/Article/index_html

3 Responses

  1. MAJLIS 1 – JILSAH KHAS BERSAMA TETAMU HADRAMAUT
    .
    HABIB MUHAMMAED AS-SAGGAF
    Imam Masjid Saiyun, Hadramaut
    juga sebagai Pensyarah Univ al-Ahqaf , Hadramaut
    .
    Tarikh :
    9 April 2009 (KHAMIS)
    .
    Masa :
    7.20 Malam (Maghrib)
    .
    Tempat :
    MASJID AL-FALAH USJ 9

    MAJLIS 2

    TAZKIRAH
    Majlis Maulid bersama Ulama Nusantara & Yaman
    .
    Tarikh :
    8 April 2009 (Rabu)
    .
    Masa :
    7.00 Malam
    .
    Tempat :
    Restoran Antan Batura (Hadapan SIRIM Shah Alam)
    .
    Tetamu Undangan :
    1. Habib Abdul Kadir Al Haddad (Hawi Condet, Jakarta)
    2. Habib Mohammed As Saqqaf (Imam Masjid Saiyun, Hadramaut)
    3. Habib Novel Al Qaff (Sukabumi, Bogor)
    4. Tuan Guru Baba Aziz Al Fathoni (Kelantan)
    5. Syeikh Fahmi Zamzam Al-maliki (Kedah)
    ANDA ADALAH DIJEMPUT

    MAJLIS 3
    JILSAH BERSAMA MUFTI MESIR

    SOHIBUS SAMAHAH ALLAMAH
    PROF DR ALI JUMA’AH

    pada:

    JUMAAT , 10 APRIL 2009

    14 RABIUL AKHIR 1430

    aturcara:

    7.25 : – AZAN & SOLAT MAGHRIB

    – BACAAN RATIB AL-HADDAD

    8.30 : – AZAN & SOLAT ISYAK

    – CERAMAH SS MUFTI MESIR

    – BERSURAI

    di MASJID AL-FALAH USJ 9.

    SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

    MAJLIS 4
    Majlis Sambutan Maulidur Rasul صلى الله عليه وآله وسلم
    dan Haul Syaikh Abdul Qadir al-Gailani

    Tarikh:
    15 Rabiulakhir 1430H/ 11 April 2009
    Tempat:

    Masjid Negara, Kuala LumpurMajlis

    bermula:

    4.30 petang – 9.30 malam

    jemputan khas:

    Prof. Dr. Rafi’ al-Ani (Mufti Negara Iraq)
    Al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Ulama Makkah)
    Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Ulama Makkah) – membacakan Qasidah Burdah
    Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti al-Azhar, Mesir)
    Shohibus Samahah Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Besar Mesir)
    Al-Habib Hassan bin Muhammed bin Salim al-Athtas (Masjid Ba’alawi, Singapura)
    Maulana Afeefuddin al-Gailani (Syaikh Tariqah Qadiriah)
    Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady (ISTAC)
    Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi
    Aturcara Majlis :

    4.30pm — Sholat ‘Ashar Berjemaah
    4.45pm — Persembahan Audio Visual Sirah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم
    5.15pm — Pembukaan Pengaraca Majlis
    5.30pm — Ceramah 1 – Prof. Dr. Rafi’ al-Ani (Mufti Iraq)
    6.00pm — Ceramah 2 – al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Makkah)
    6.30pm — Qasidah Burdah – Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Makkah)
    6.50pm — Syair – Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir)
    7.05pm — Ceramah 3 – Dr. Muhammad El-Muhammady (Pensyarah ISTAC)
    7.25pm — Azan dan Sholat Maghrib
    7.45pm — Ceramah 4 – Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Mesir)
    8.31pm — Azan dan Sholat ‘Isyak
    8.40pm — Ceramah 5 – Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki (Pengasas Yayasan SOFA)
    8.50pm — Bacaan Maulud ad-Daiba’ie – al-Habib Hassan bin Mohammad bin Salim al-Atthas (Masjid Ba’alawi, Singapura)
    9.20pm — Doa Penutup – Syaikh Maulana Afeefuddin Abdul Qadir al-Gaylani (Pengerusi Amanah Al-Wariseen)
    9.30pm — Jamuan & bersurai

    Semua dijemput hadir.

    http://pondokhabib.wordpress.com

  2. Bagus juga UMNO tewas di dua Bukit.

    Bayangkan kalau mereka menang, dah tentu 7 hari 7 malam mereka akan memekek lolong kegembiraan sambil mengutuk Pakatan Rakyat.

    BN/UMNO sudah tewas di 4 – 0 dalam PRK selepas PRU12.

    Adakah ini telah menandakan BN/UMNO sudah mula pulih?

  3. ramai penyokong PR yg Islam tutup sebelah mata isu ni. kalau dh tok guru sorg je yg msih backup nga, mcm pelik. tok guru xleh bias dlm kuarkan knyataan. pas mng kt bkt gntg. mknanya smua penyokong pas terima bacaan n tunjuk ajar si nga tntg alQuran. subhanaLLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: