Fatwa Nik Aziz : Halal Rasuah Diambil ?

Nik Aziz dilaporkan berfatwa politik di sini bahawa boleh diambil duit rasuah..

Apakah sudah berubah fatwa tentang rasuah yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w :

Daripada Abdillah bin Amru: Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Hadis riwayat At-Tarmizi)

 

 

 

 

 

 

 

Jika rasuah itu haram maka perbuatan menggalakkannya seperti menyuruh diambil dan diterima rasuah tentu tidak bermoral dan bercanggah dengan kaedah usul fiqh.

 

 

Adakah ia untuk menjernihkan persepsi rakyat tentang rasuah yang sudah berlaku di dalam PAS ekoran pendedahan dari Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamad Daud Iraqi.. Sehingga Husam Musa sebagai Naib Presiden terpaksa mengarahkan beliau mengadap Dewan Harian PAS Pusat yang akan bersidang khas hari ini ?

Lihat lebih lanjut kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia di bawah… 

 

Politik wang mungkin ada – Nik Aziz

KOTA BHARU 17 Mei – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan wujudnya ‘politik wang’ dalam parti itu menjelang pemilihan agung bulan depan.

Justeru, beliau meminta para perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas itu menolak calon yang mengamalkan perbuatan sedemikian bagi meraih sokongan.

Namun Nik Aziz mengingatkan, sebarang tuduhan mengenai gejala itu perlu dibuat berlandaskan fakta dan wajar tindakan diambil sekiranya gagal dibuktikan.

“Boleh jadi ada sungguh (politik wang). Kalau ada sungguh, saya berasa sangat dukacita. Kita hendak berjuang dalam Pas, sedangkan Pas hanya wadah untuk perjuangkan Islam.

“Macam saya sebut hari itu, bagi duit ambil, bagi gula kacau. Saya setuju benar orang beri ambil tetapi jangan undi orang macam ini. Jangan beri peluang orang begini wujud dalam Pas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa budaya memberi ‘hadiah’ mula menular ke dalam parti tersebut menjelang pemilihan parti tidak lama lagi.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta calon yang bertanding pada pemilihan akan datang supaya tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak.

“Dalam suasana begini, jangan kita beri macam-macam dekat orang sebab mereka akan tuduh kita. Orang tidak tuduh kita kalau kita ini bersih, jadi jangan buat benda yang boleh membuatkan orang tuduh kita.

“Perwakilan jangan terpedaya, jangan jadi hamba duit dan Alhamdulillah, Pas berjaya menyekat nafsu daripada terperangkap dengan duit,” katanya.

Mengulas tindakan ke atas Mohamed sekiranya gagal mengemukakan bukti atas dakwaan tersebut, beliau berkata, ia memang perlu dilakukan bagi memastikan setiap pemimpin bercakap berlandaskan fakta.

“Saya setuju, kita hendak sebut depan orang ramai mesti kena ada fakta. Jangan mengada-ada sebut kalau tak ada fakta,” katanya.

Mohamed telah diarah memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat dan sekiranya gagal mengemukakan bukti, beliau akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin.

 

 

Kenyataan akhbar dari Mstar pula :

 

Rabu lepas, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamed Daud Iraqi ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Machang mendakwa mendapat laporan berlaku unsur sogokan seperti memberikan baju dan mengadakan majlis makan oleh calon pada kempen kali ini.

Mengulas dakwaan Mohamed itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bersetuju Jawatankuasa Disiplin PAS mengenakan tindakan disiplin terhadap Mohamed jika tuduhan itu palsu.

“Saya setuju benar jika hendak ambil tindakan disiplin kerana bila mahu bercakap depan ramai mesti ada fakta kerana jika tidak ada fakta ia sesuatu yang bercelaru.

“Saya juga tidak boleh memastikan apa yang dikatakannya (Mohamed) itu sebagai satu tuduhan atau teguran. Dua perkara ini sesuatu yang berbeza,” katanya. – STAR

p/s : Adakah ini tanda tanda kenyanyukan Nik Aziz hingga bercelaru dalam berfatwa walhal beliau sangat kuat ingatannya berkaitan isu ditendang keluar dari BN hingga tidak mahu berbaik lagi dengan Umno ?

 

Wallahu A’lam

11 Responses

  1. MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

    Anjuran :
    PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
    &
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    OBJEKTIF :

    * Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
    * Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
    * Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
    * Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

    TEMA :
    Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

    TARIKH :
    23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

    TEMPAT :
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    TENAGA PENGAJAR :

    1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
    2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
    3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    SASARAN :
    Seramai 150 orang yang terdiri dari:
    * Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
    * Orang Awam
    * Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

    YURAN MURAH :
    RM 15 [INDIVIDU]

    MODUS OPERANDI :
    Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    (Talaqqi kitab/Pembentangan/)

    TENTATIF PROGRAM

    Sila rujuk web : pondokhabib wordpress.com

  2. Usah menyalak macam anjing jika ekor sendiri terpalit tahi.. selesaikan masalah dalaman umno dulu, xyah sibuk jaga hal org..

  3. orang pas boleh terima rasuah rupanya…
    patutlah org cina nak geng dengan pas…

    Buat mahu nama islam ajelah org pas nie…

  4. bila dh t’kena btg hidung sndiri, tiba2 rasa srba salah.
    “alamak, dulu aku mngata umno, skrg pas yg sgt2 Islam tu pn ade?” terima hakikat wahai org Islam.

    usah menyalak macam anjing jika ekor sendiri terpalit tahi.. usah menyalak salahkan umno kalau pas sendiri pun ade buat tahi..

  5. Kalau dah tahu yang rasuah itu haram dan menyokong untuk melakukan rasuah juga haram, tapi kenapa yang orang berpengetahun seperti anda tak nampak gajah didepan mata dan cuba untuk mencari kuman diseberang laut. kenapa masih lagi ada yang seorang ustaz yang mahu menyokong orang yang dah nyata dah melakukan rasuah seperti orang dalam umno….sesungguhnya tangan kamu akan ditarik oleh pemimpin yang kamu sokong itu melakukan rasuah kedalam api Neraka Allah SWT…takutlah kamu dngan Api Neraka Allah.

  6. Selagi nama manusia dia tak maksum, kecuali nabi…yg salah tetap salah cuma jgn tak ngaku salah dah la..nie kira bagus sikit la dah ngaku sebelum dibuktikan salah…namun sebelum dibuktikan salah…jgnlak nak tuduh siapa yg salah…..sapa yg salah tetap terimalah hukumannya nanti…hehe…tunggulah azabnyer…semua akan kena sama ada yg salah atau tidak…kalau ianyer dibiarkan bermaharajalela…bala tak kira tok alim atau tok zalim

  7. hei setan!!!!!!apa kau mrepek ni?kau jgn nak ftnh2 tok gru plak….pcah kpaler 6t…

  8. aku pelik la ngan ustz moden ni..
    banyak plak dia kutuk pasal jemaah islam.. ko ni ustaz ke apa? ko jgn sedap je kutuk2 orang, espclly tok guru.. tok guru dah banyak berjasa kt org islam kt malaysia ni.. yg ko, ape jasanya?? adakah dengan menfinah dan menimbulkan keraguan kpd org ramai terhadap jemaah islam itu suatu sumbangan pada pandangan ko si ustaz moden?? pelik,pelik.. pakai title ustaz, tapi nak menyesatkan dan meragukan org ramai.. Allah sajalah yg tahu apa niat ko sebenarnya.. semoga Allah membalas ko sesuai dengan pengetahuaanNYA..

  9. Tuan Guru, awak dah tua sangat dah. Kenapa Rasullah wafat pada usia 60 tahun????Allah nak mengelak orang nyanyuk jadi pemimpin. Jadi Tuan Guru, bersaralah sebelum nyanyuk tahap serius.

  10. elok benar lah tu cik nik mat ajis oii,,asyik dok merapu je tiap2 hari,,elok2 lah bawak2 rehat kat rumah,,tumpu kat amal ibadat,,bawak2 betoobat atas dosa2 yg lama2 tu,,dulu kat kat mahathir gila kuasa,,x mau letak jawatan sebagai PM,nak pegang kuasa lama2,,la ni sapa yg gila pangkat,,,gila kuasa,,hehehe
    tepuk data tanyalah iman cik nik ajis oii,,
    kome tu dah nyanyok dah,,

  11. Wahai muslim,
    Jikalau engkau menghinakan ‘ulama’ kerana jahil maka bertaubatlah. Tetapi jikalau dengan sengaja, kembalilah melafazkan syahadahmu kerana engkau telah kufur. Janganlah engkau menjadi dari kalangan orang-orang munafik kerana orang munafik itu sekutu orang kafir.

    Orang munafik pada zaman Rasulullah s.a.w seringkali mencuba untuk menjatuh dan membunuh Nabi. Jgn engkau mengikut jejak langkah mereka itu, kerana langkah mereka itu menuju ke neraka jahanam.

    Wahai muslim;
    Jangan engkau membantah apa yang ulama’ buat kerana engkau jahil sedang mereka ‘alim lagi ‘arif. Jikalau engkau tidak setuju, maka diam olehmu dan jangan engkau ikut mereka itu. Tetapi jikalau engkau setuju, ambillah jalan mereka kerana mereka itu pewaris nabi.

    Ketahui olehmu bahawa tiap2 pewaris nabi adalah kekasih nabi. jikalau engkau membenci mereka itu bermakna engkau membenci nabi. Jiakalau engkau membenci nabi bermakna engkau membenci Allah. Jikalau engkau membenci Allah, bermakna engkau musuh Allah. Fikir-fikirkanlah. Kerana mulut badan binasa. Wallahuallam.

Leave a reply to zainal abidin Cancel reply