SPM: Kepentingan pelajar SMA diambil kira – Muhyidin Yassin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi jaminan kerajaan akan tetap mengambil kira kepentingan pelajar sekolah menengah agama (SMA) dalam mengehadkan mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Timbalan Perdana Menteri, berkata ruang untuk pelajar berkenaan masih terbuka dan perbincangan lanjut berhubung perkara itu akan dilaksanakan bagi mencari penyelesaian terbaik. 

“Kita akan beri ruang kepada pelajar sekolah menengah agama yang mengambil mata pelajaran sains dan agama. Kita masih menerima pandangan berhubung perkara ini… bukan bermakna kita akan teruskan pelaksanaannya selepas membuat keputusan mengenainya.

 

“Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom sudah diarah berbincang dengan pentadbir dan pihak bertanggungjawab mengenai agama bagi menguruskan perkara itu,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucap utama di Kongres Dewan Perniagaan Dunia (WCC) ke-6, serta perasmian Pameran Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Smidex) 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, petang ini. 

Beliau yang juga Menteri Pelajaran mengulas kebimbangan ibu bapa dan pelajar aliran agama mengenai kekangan untuk mengambil mata pelajaran elektif dalam bidang pengkhususan mereka berikutan keputusan Kementerian Pelajaran mengehadkan pengambilan maksimum 10 subjek dalam SPM yang diumumkan Muhyiddin minggu lalu.

2 Responses

  1. Banyak yang kerajaan taburkan budi pada mereka yang aliran agama ni contoh serapkan mereka mengajar disekolah kerajaan yang setaraf dengan guru-guru sedia ada.Cuma ada kalangan mereka ni(mudahan tak semua) masih hentam kerajaan.Banyak bersyukurlah ustaz ustazah…Fikir lah dengan tenang kerajaan semata-mata nak naikkan taraf anak bangsa.

  2. DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

    http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: