MB dan Exco Selangor Pakatan Rapuh berani derhaka kepada Sultan Selangor

Ini antara beberapa ‘isu’ yang dihantar ke meja saya oleh sumber yang dikenalpasti sahih. Nampaknya kerajaan PR di Selangor yang didominasi oleh geng Cina DAP yang anti Islam semakin bermaharajalela di sana.

Antaranya ialah, mereka sekarang telah membuat pindaan enakmen pentadbiran agama. Bayangkan sebelum ini Sultan diberi kuasa memilih ahli ahli Majlis Ugama Islam Selangor ( MAIS ) tanpa melalui MB namun sekarang geng geng kurang ajar tersebut telah memilih untuk mendesak agar ia dipinda.

Menurut sumber, satu mesyuarat pre-council telah diadakana di kalangan ‘backenchers’ untuk membincangkan perkara ini.

Apa yang mereka cakap ? Mereka ( especially ) dari DAP dan PKR begitu berani mempersoalkan hak Sultan dalam perkara ini.. Maknanya mereka anggap Sultan tak lebih dari Raja Berperlembagaan yang mungkin pada pandangan mereka tidak ubah seperti patung.

Yang peliknya ialah Adun PAS sendiri menyokong. Maknanya mereka telah sepakat dalam hal menderhaka kepada Sultan ini walaupun ia akan dan boleh menjadikan MAIS akan menjadi alat permainan politik pembangkang sehingga tidak mustahil MAIS diisi oleh geng seangkatan dengan fahaman politik mereka.

Natijah yang saya nampak ialah jika perkara ini berterusan di mana MB berhak memilih sesiapa sahaja kita risau calon tersebut tidak dapat menjaga atau menguruskan MAIS dengan baik kerana tidak dipilih terus oleh Sultan Selangor yang menjadi ketua bagi agama Islam di sana.

Lebih teruk kita risau jika ada bahaagian zakat diberi kepada bukan Islam walhal ia dikhaskan kepada umat Islam sahaja.

Jika Nizar di Perak tunduk kepada DAP maka di Selangor Khalid Samad juga begitu, walaupun tahu ia akan merugikan Islam dan menjatuhkan martabat Sultan.

mb014.jpg (400×267)

Wallahu A’lam

6 Responses

  1. Itulah hakikatnya dgn ‘perjuangan’ Pakatan di Selangor. Bukan tanpa disedari tetapi dengan dua mata dan minda terbuka luas si Khalid ni membenarkan bangsa sendiri dianaktirikan…

  2. Tak caye dia boleh lakukan semua ini? Cari-carilah kisah peribadinya/perhubungan sulitnya sejak dari PNB lagi.

    • saya dengar dia ada kisah dengan secetary dia…suami wanita tersebut pernah kerja di utusan. betul ke ?

  3. Wee Chee Keong, Azmin masing-masing kepala…apa yg nyata, beribu lagi di belakang mereka berkongsi pendapat yg sama…khalid ibrahim perlu berundur sebelum diundurkan.

  4. MAJLIS ILMU & ISRA’ & MI’RAJ HUJUNG MINGGU INI

    TARIKH : 17 JULAI 2009
    JAM : 7.00PM
    TEMPAT YAYASAN SOFA, N. SEMBILAN
    PENCERAMAH: HABIB UMAR ALJUFFRI/SYEIKH FUAD

    TARIKH : 18 JULAI 2009
    MASA 7.30PM
    TEMPAT: MASJID BAITUL AMAN

    TARIKH :19 JULAI 2009
    MASA: 6.00PM
    TEMPAT : MASJID TAMAN TAR
    PENCERAMAH :HABIB UMAR ALJUFFRI/SYEIKH FUAD

    Keterangan lanjut klik : http://pondokhabib.wordpress. com

  5. Mungkin ini cakap cakap kosong sahaja sebab kuasa sultan dalam agama Islam terlindung didalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

    Pindaan Enakamen Pentadbiran Agama Islam baharu sahaja dibuat yang mana ahli Majlis dilantik terus oleh Sultan tanpa melalui MB. Malah Exco Negeri dalam hal agama pun, Hassan Wahabbi Ali, juga tak boleh jadi Pengerusi MAIS. Hassan Wahhabi Ali hanya dapat kacau JAIS, selalu gertak gertak mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: