Ketua Dewan Ulama PAS membidas tindakan Nizar

[DSC_1842.JPG]

KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.

Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.

Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?

“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.

Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar hari ini mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula ketika mengulas isu itu telah meminta ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar.

Dalam pada itu, Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan.

“Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.

http://www.utusan.com.my

4 Responses

  1. Malam Aspirasi Generasi Salahuddin – Pidato Perdana

    Jadual Pengajian Ilmu bagi Bulan Julai-Ogos 2009

  2. Jadual Pengajian Ilmu Syeikh Fuad bula ogos 2009

  3. Sebenarnya PAS, UMNO, DAP, dan lain-lain parti politik sama saja, MIC lain sikit. Mana ada PAS perjuangkan Islam…cakap je tu. Bila dah dapat kuasa Nizar pun lupa dia orang PAS dia ingat dia MB je. Dapat pulak title Dato’ Seri, terus hilang takbir. Jadi pada pengundi PRU14 dan Pilihanraya kecil entah kebera lagi entah, dari memperjudikan masa depan anak-anak Melayu, lebih baik kita undi BN. Hidup BN….

  4. yup..setujubeno dengan pandangan yg bernas dan molek dari encik zainal abidin kita nii,,sekurang2nya kita dah tau dah jasa dan pengorbanan umno dan bn,,
    pas apa yg dia buat,,,
    klu ada jambatan rosak ke,,apa ke dia buat bodo je lah,,hahaha..
    yg dia tau,,ceramah,menipu,,merapu ,,,bodoh punya pas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: