Desak Jeff Ooi minta maaf – Utusan Malaysia

PULAU PINANG 5 Ogos – Sejumlah 27 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di bawah Forum Penyelarasan Umat (Forum) hari ini menyelar tindakan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremisme, satu kenyataan yang disifatkan mengelirukan, berbaur jahat dan menimbulkan salah faham terhadap Islam.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Jemaah Islah Malaysia (JIM), Md. Roslan Hashim berkata, sebagai seorang ahli Parlimen dan juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Ooi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan negatif sebegitu yang hanya berpunca daripada pertelingkahan beliau dengan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Mohd. Razali Abdullah, yang juga ahli JIM.

Katanya, tindakan Ooi yang melambangkan kejahilannya tentang pemahaman asas Islam itu juga secara tidak langsung telah menimbulkan kemarahan dan keresahan umat Islam khususnya di negeri ini.

”Sebagai seorang ahli Parlimen sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan, kami mendesak Ooi supaya meletak jawatan sebagai Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri dan menarik balik kenyataannya yang mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis.

”Kenyataan itu amat serius dan berlaku salah faham yang amat teruk tentang Islam. Dia seolah-olah melihat Islam satu yang ekstrem dan tak layak diguna dalam pentadbiran. Ini amat bertentangan dengan kenyataan ‘mengikut pemerintahan Saidina Umar Abdul Aziz’ dan amar ma’aruf nahi mungkar” yang dilaungkan oleh kerajaan negeri dan Guan Eng,” katanya.

Beliau dilantik oleh anggota Forum untuk menyampaikan memorandum menyelar tindakan Ooi itu di Pejabat Ketua Menteri di Komtar di sini hari.

Setelah hampir sejam menunggu dan berlaku ‘drama’ usir mengusir oleh Setiausaha Politik Guan Eng, Ng Wei Aik, memorandum tersebut berjaya disampaikan oleh Md. Roslan kepada Timbalan Ketua Menteri I, Dr. Mansor Othman.

Dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar berbahasa Inggeris, 2 Ogos lalu, Ooi mendakwa Mohd. Razali mempunyai misi membentuk Malaysia sebagai negara yang akan menerima pakai undang-undang syariah sepenuhnya menjelang 2020 hanya kerana menjadi ahli JIM.

Ooi juga mengkritik hebat pihak majlis kerana membenarkan seorang ekstremis agama Islam di dalam pentadbirannya.

Ahli Parlimen Jelutong itu juga menambah, pihak kerajaan negeri telah membuka ruang bagi membolehkan seorang ekstremis Islam untuk menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan.

Justeru, menurut Md. Roslan, Ooi tidak seharusnya dibiarkan terus memegang jawatan penting itu yang sepatutnya bertindak menjaga keharmonian penduduk negeri ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa, bagaimanapun yang berlaku adalah sebaliknya.

http://www.utusan.com.my

Pandangan saya : Memang parti DAP adalah parti kafir harbi. Jika Ronnie Liu menghalang rampasan arak dilaksana maka Jeff Ooi juga tidak kurang hebatnya.

Mereka yang ekstrimis dalam hal hak asasi manusia demi keuntungan politik mereka ini tidak sedar bahawa tindakan tersebut sangat tidak wajar kerana ia adalah tindakan yang mengguris perasaan orang Islam.

PAS yang nampak seperti hendak melepaskan diri dari tercalit imej buruk DAP telah meminta mereka memohon maaf…  Namun cukupkan sekadar maaf sahaja ?

PAS tidak perlulah lagi bersandiwara dan elok jika mereka terus keluar dari Pakatan Rakyat yang mereka jelmakan itu, atau mereka akan kian kusut di hadapan Allah di akhirat nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: