Anwar adalah Kamal Attarturk Malaysia ?

Bermula dengan Abdul Rahman Al Kawakibi , menulis dan terus menulis untuk menjatuhkan Khalifah Uthmaniyah, kerajaan Islam terakhir di Turki. Dengan bantuan Eropah dan Yahudi akhirnya, usaha Al Kawakibi berjaya. Tumbangnya Khalifah Uthmaniyah, muncullah PRESIDEN DEMOKRASI, Mustafa Kamal Ataturk. Sistem raja-raja dihapuskan, Islam agama rasmi Turki digugurkan. Lambang-lambang Islam di Turki, termasuk azan, masjid, tudung satu persatu dihapuskan.

Anwar Ibrahim hari ini dengan bangganya memuji usaha Al Kawakibi, dia anti sistem khalifah, dan dia juga memuji Mustafa Kamal Ataturk, semasa ceramah-ceramahnya di Amerika Syarikat.

Sekiranya al Kawakibi berjaya meruntuhkan khalifah Uthmaniyah dengan tulisan-tulisannya, Anwar Ibrahim pula sedang berusaha meruntuhkan status quo agama dan negara dengan tulisan-tulisan serta retorik pidatonya.

Kita benci Mustafa Kamal Ataturk! Kita juga benci Anwar Ataturk!

Jika benar, anda bersama kami, marilah kita sama-sama gembling tenaga, berkongsi maklumat di sini dan sama-sama menyebarkan ‘kesedaran’ kita bersama di sini untuk menyedarkan seluruh rakyat Malaysia.

Kalau Al Kawakibi berjaya tumbangkan Khalifah Uthmaniyah, Anwar Ataturk ‘sedang berusaha’ tumbangkan ketuanan Melayu/Islam di Malaysia, jadi adakah kita pula tidak mampu tumbangkan Anwar Ataturk ?

sumber : Yahoo Groups AIDC

 

Komen saya : Jangan semua perkara dihalalkan kerana ingin mendapatkan nama atau pangkat atau kuasa !

4 Responses

  1. Jangan risau tentang Anwar. Saya pernah berbincang dengan bekas pengikut Al-Arqam. Menurut beliau bumi Malaysia ini dilindungi Allah. Orang yang melakukan perkara jahil seperti meliwat, berzina, munafik, dan yang seangkatan dengan kesalahan ini tidak akan menjadi PM di Malaysia. Saya amat percaya cakap beliau memandang Anwar takut untuk menjawab sumpah laknat Syaiful. Kalau kita kaji Surah An-Nur, sesiapa yang tidak menjawab sumpah laknat adalah terbukti bersalah. Saya yakin, menjelang Disember 2009, kebenaran akan terbukti dengan izin Allah. Apa yang Anwar buat sekarang ini adalah untuk mempengaruhi rakyat bahawa jika beliau bersalah, kononnya kerajaan BN mahu membunuh kerier politik beliau. Saya cadangkan kepada semua rakyat Malaysia supaya kita sama-sama mendesak Anwar membalas sumpah laknat yang dibuat oleh Syaiful.

  2. Kepada penulis …. jika anda mengatakan anwar itu meyokong al-kawakibi, Tan Sri Muhyidin Yassin apa kurangnya. Mewajibkan 5 mata pelajaran SPM dan subjek agama islam merupakan subjek tidak wajib. Ketara menunjukkan Tan Sri Muhyiddin tidak mementingkan ajaran agama. Sudah pasti akan melahirkan generasi yang buta agama. Kalau mahu diharapkan pada sekolah agama sesi petang, berapa ramai sangatkah yang mengunjunginya. Ini juga dinamakan ‘sekularisme’. Walaupun mereka tidak mengakuinya, secara jelas fahaman sekularisme sudah menusuk masuk didalam pemikiran ‘kebanyakan’ pimpinan UMNO. Apa yang mahu sangat dilaung2kan Hidup Melayu sedangkan Rasulullah S.A.W pernah menyebut bhw tidak mengaku umat jikalau mereka bersifat as-sabiah (berbangsa). ataupun istilah bhs inggeris Nationalism atau cintakan negara. Jelas pertalian semua ini. Fikir2kan persoalan saya.

  3. kepada penulis..kalau betul apa yg dikatakan,sila lampirkan bukti ceramah2 anwar yg dikatakan menyokong Al Kawakibi..terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: