Khalid Jaafar hina ulama PAS ?

Antara yang disebut dalam temuramah dengan Ummah Online ( klik sini laman asal ) seperti berikut :

Abdul Karim Sorush, seorang pemikir Islam liberal ada mengagaskankan mengenai demokrasi beragama. Adakah Pak Khalid melihat gagasan ini sebagai jawapan terhadap dilema persoalan politik dalam Islam?

Ya, saya rasa agama ini penting dalam hidup kita. Saya sebagai individu dan kolektif, tidak fikir bahawa manusia dan masyarakat yang sihat boleh terus wujud tanpa nilai-nilai agama, moral, kerohanian dan sebagainya. Ini kerana, melalui eleman ini, kita mahu mempertahankan �kesihatan mental� dalam masyarakat yang kolektif bagi mengelakkan daripada masyarakat menjadi rosak. Jadi dalam hal ini, agama perlu terus wujud. Namun, sejauh mana ianya perlu wujud, harus kita fikirkan bersama supaya ia tidak melampaui batas-batasannya – sehingga boleh merosakkan agama. Sebab saya menyatakan demikian kerana, agama boleh dirosakkan oleh banyak orang yang memuaskan nafsu mereka atas nama agama. Ini berlaku dalam sejarah Kristian dan Islam. Saya pernah menulis, bagaimana agama Katholik sekarang ini terpaksa memberi penjelasan yang begitu banyak terhadap kesilapan-kesilapan zaman pertengahan. Justeru itu, kalau agamawan memegang terlalu banyak kuasa, saya takut mereka mungkin menyalahgunakan kuasa dan agama tercemar kerana mereka itu. Sebab situasi ini boleh berlaku kerana, orang kebiasaannya akan melihat agama itu datang daripada pemuka-pemukanya. Ini seperti kita melihat orang Kristian melalui Popenya manakala Islam melalui ulama-ulamanya. Kalau pemuka-pemuka ini telah melakukan kezaliman dan penganiayaan, maka orang akan melihat sebarang kesalahan kepada agama bukan kepada para pemukanya.

Juga lihat petikan ini yang sudah dicapture gambarnya :

khalid jaafar

Jadi, apa jawapan orang orang Pas terhadap penasihat Anwar ini ?

Tak percaya lihat di sini http://groups.yahoo.com/group/bloggerpembelanegara/message/834

2 Responses

  1. Jadi sedar2 lah ulamak Pas. Belum apa2 lagi dah kena sindiran maut khalid jaapar ni..

    Tapi aku setuju juga apa katanya. Kalau orang2 ulama Pas ni diberi kuasa…sebarang kesalahan tak akan nampak sebab mereka bertopengkan serban besar aje…

    Maka boleh dibuat kesimpulan bahawa orang macam ulama Pas ni memang gila kuasa…

    Tak sedar diri lagi tu….

  2. Iblis itu musuh yang nyata, tiada arah yang membahagiakan…hanya kesengsaraan padah nya untuk sesiapa bersama samanya. Tiada sama, tinggi bezanya Islam dgn sekelian agama, usah dibandingi dgn raja kristian kerna mereka tiada tempat di bumi Tuhan. Hanya menuggu di himpit bumi sekadar masa kan kunjung tiba. Bukan mentafsir akan diri, tapi sekadar insaf jalan yang kabur. Nabi Muhammad, rasul junjungan, disanjung seluruh makhluk baik dibumi atau dilangit, Pemerintah paling agung dan beruntunglah ulama’ yang menanggung akan segala perintah dan suruhan. Usah di caci serta dicela akan dia, kerna Ulama’ soleh adalah pewaris nabi. Seluruh ikan di lautan dan para malaikat sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada Ulama’ yg soleh. Ia tidak terleka atau terjual dgn kekayaan serta wang ringgit demi mertabatkan perintah Tuhan. Yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal, bukan nya sekadar membisu serta tuli, bimbang nanti harta wang ringgit serta pangkat terlayang……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: