Adakah Hizbu Tahrir versi Khawarij moden mengkafirkan umat Islam ?

HIZBU TAHRIR MENGKAFIRKAN PEMIMPIN ISLAM WALAUPUN MEREKA BERPUASA DAN SOLAT

BAHAYA HIZBU TAHRIR KE ATAS MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA KERANA MENGHUKUM UMAT ISLAM YANG BERPUASA DAN MENUNAIKAN SOLAT SEBAGAI KAFIR TERKELUAR DARI ISLAM.

WAHAI HIZBU TAHRIR HENTIKAN FITNAH DAN TUDUHAN KAMU KE ATAS UMAT ISLAM!

Hizbu Tahrir merupakan ajaran yang merosakkan perpaduan umat Islam. Mereka sering menghukum umat Islam dengan penghukuman yang dasyat. Tetapi apabila berhadapan dengan umat Islam mereka akan berputar-putar kerana gerun berterus terang sehingga hukum itu kembali kepada mereka sendiri. Amat memalukan juga mereka tidak mengenali langsung pemimpin-peminpin mereka sendiri.

Pada kali ini didedahkan cebisan bukti bahawa Hizbu Tahrir mengkafirkan umat Islam khususnya pemimpin-pemimpin Islam.

Berkata Hizbu Tahrir didalam buku mereka berjudul Nida Har Ilal Muslimin Min Hizbi Tahrir mukasurat 105: “Manakala di negara-negara para pemimpinnya adalah petugasnya seperti negara Pakistan, Iraq, Jordan, Lubnan, Saudi Arabia, Indonesia, Sudan dan selainnya wajib dan fardhu ke atas umat Islam untuk menentang semua pemimpin negara-negara itu….dan demikian kerana mereka telah kafir walaupun mereka berpuasa dan solat”. Sila rujuk scan kitab Hizbu Tahrir tersebut di bawah.

Ulasan:
Kenyataan Hizbu Tahrir di atas adalah menghukum kafir semua pemimpin Islam atas dasar kononnya tidak melaksanakan hukum Islam. Hizbu Tahrir sering mempergunakan ayat Al-Quran dengan tafsiran Khawarij yang ditolak oleh Islam tanpa merujuk kepada ahli Tafsir dan kitab tafsir. Inilah padahnya jika belajar agama dari Muktazilah dan Khawarij yang ditolak oleh Islam.

Perhatian kepada semua pemimpin negara Malaysia ini termasuk semua parti seperti PAS, UMNO dan selainnya yang mengucap dua kalimah syahadah dan tidak berakidah salah bahawa Hizbu Tahrir mengkafirkan anda semua wahai pemimpin negara. Satu tindakan tepat perlu diambil ke atas Hizbu Tahrir yang mengkafirkan semua pemimpin Islam walaupun pemimpin Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, berpuasa dan solat seperti yang jelas dari kenyataan Hizbu Tahrir dari buku mereka sendiri.

Wassalam.

sumber : http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/08/hizbu-tahrir-mengkafirkan-pemimpin.html

4 Responses

  1. Assalamaulaikum

    Ini penipuan syeikh cuba baca betul2 bahasa arab tu. Saya rasa abu syafiq salah faham baca teks tersebut. Abu Syafiq ini pandai bahasa arab tak?

  2. Salam Ustaz,

    Sila aktifkan gadget “follower”. Ini akan memudahkan rakan blogger untuk meng”link”kan blog anda dengan blog mereka.

    Kita boleh copy semua blog yang kita follow ke dalam “my blog list” dengan mudah.

    Wassallam

  3. Terus terang parti pemerintah yang tidak melaksanakan hukum ALLAH adalah kafir..Memeranginya adalah fardhu ain.CUKUPLAH ALLAH sebagai tempat kami berpegang dan IA adalah sebaik-baik tempat berlindung-TANDZIM AL QAEDA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: