Adakah Al Qaeda jenama sama dengan Hizbu Tahrir ?

Pertama saya mohon maaf kerana sudah lama tidak menulis. Kesibukan menghalang saya dari terus menulis dan mengaktikan blog ini.

Kali ini saya sekadar nak sentuh sedikit perihal khawarij dan hizbu tahrir dan al qaeda yang saya nampak sangat sinonim antara satu sama lain.

Buktinya di komen yang ada bawah ini. Beliau menggelarkan dirinya dari Tanzim Al Qaeda. Kata beliau :


Terus terang parti pemerintah yang tidak melaksanakan hukum ALLAH adalah kafir..Memeranginya adalah fardhu ain.CUKUPLAH ALLAH sebagai tempat kami berpegang dan IA adalah sebaik-baik tempat berlindung-TANDZIM AL QAEDA

Apakah benar dakwaan di atas ? Bukankah memerangi orang Islam oleh orang Islam adalah dilarang Tuhan ?

Bahkan sesama Islam disuruh berkasih sayang dan tidak menyakiti saudaranya yang lain. Jika mereka tidak taat maka nasihat yang baik perlu diberikan.


Yang paling bahaya ialah usaha pemberi komen yang ingin menyebarkan ajaran ‘mengakfirkan’ orang lain dengan meletakkan website yang banyak memberi info tentang jihad yang dimaksudkannya di sini http://arrahmah.com/


Sedangkan inilah punca kenapa Islam dipandang negatif pada hari ini lantaran kegagalan kita mengawal emosi dan perasaan dalam memahami kenapa masih ada sebahagian umat manusia tidak memeluk atau mengamalkan Islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka.

Pihak berkuasa perlu memantau pergerakan kumpulan ini yang gigih mengenengahkan idea mereka sedangkan ia tidak selaras dengan tuntutan Islam yang cintakan kedamaian.

Paling bahaya gerakan militan ini ada kaitannya dengan fahaman Wahabi Ibnu Taimiyyah. Lihat bukti di bawah :

usama laden



One Response

  1. Assalamu’alaikum,

    Saya tertarik dengan pandangan yang diberi yang menyamakan Hizbut Tahrir (HT) dengan Khawarij, JI, Al-Qaedah dsbnya. Sebelum memberi komen, saya ingin menegaskan bahawa saya bukanlah ahli HT bagi mengelakkan salah-faham. Jadi, pendapat saya ini bukanlah mewakili HT.

    Saya banyak mengkaji dan mengikuti perjalanan HT dan saya masih belum menemui persamaan antara HT dan mereka yang disinonimkan itu. HT mengambil jalan yang begitu berhikmah dalam mengerakkan faham ke arah menegakkan Khilafah. Mereka cuba untuk memahamkan ummah tentang periperlunya Khilafah diwujudkan semula tanpa kekerasan. Cuma, dalam konteks ummah secara keseluruhan, jika ada jihad qital sedang terlaksana di mana-mana bumi ummat Islam HT akan menyokong. Jadi di manakah persamaan HT ini dengan gerakan ekstrimis yang disinonimkan ?.

    Sebagai mereka yang mengasihi Agama saya mencadangkan jika ada ruang-ruang yang boleh diperbaiki oleh HT, maka ianya diperjelaskan dengan sebaik-baiknya dengan dalil dan nas. Itu lebih dekat kepada keadilan.

    Salam,
    TokPakirKD

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: