Tauliah pencemaran hak asasi : Dr Asri, bukti jelas hina Sultan selaku Ketua Agama

 

Lihat dan dengar serta tengok betul2 video di atas.

Dr Asri kata tauliah pencemarah hak asasi. Warisan penjajahan. Waras ke tidak dia ni?

Adakah ini tidak dikira penghinaan kepada pemberi tauliah iaitu Sultan sebagai ketua agama ?

kerana Mais sekadar penguatkuasa yang dilantik oleh Sultan…

kita disuruh hormat Sultan tetapi tokoh wahaby ini menghina perintah mengambil tauliah serta menghina tauliah yang berkesan menjaga fahaman agama dan masjid dari dicemari mereka yang menyeleweng dari landasan yang sebenar.

Zamihan Al Ghari tidak menuduh Asri tidak belajar syariah tetapi dia mengambil sebagai minor sahaja.

Maka kelayakan beliau dalam berfatwa boleh dipertikaikan kerana tidak belajar sepenuhnya dalam bidang Syariah tetapi Lughah Arabiah.

Memahami bahasa arab tidak menjamin seseorang itu boleh menjadi ahli fatwa.

sebab itu Asri pucat lesi ketika mahu menjelaskan soal ijazah kepada Malaysiakini.

 

Pelik betul Malaysiakini begitu mengagungkan Dr Asri dan siapa tak tahu siapa di tabir sebalik Malaysiakini..

 

 

baca artikel di bawah:

 

NOV 7 — Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pelbagai program dakwah di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam di Selangor sejak ditubuhkan 58 tahun lalu.

Bagaimanapun, sebagai sebuah negeri yang diiktiraf negeri maju pada 2005, Selangor menjadi tumpuan penduduk yang berhijrah dari negeri lain.

Malah, Selangor juga didatangi oleh rakyat dari pelbagai negara seperti Indonesia, Bangladesh, India, Pakistan, Thailand dan lain-lain. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak dari pelbagai negeri dan negara mendakwa mereka mempunyai kredibiliti untuk mengembangkan ajaran Islam melalui metod ceramah.

Selain itu, perkembangan ajaran salah dan fahaman yang bertentangan dengan amalan majoriti umat Islam di Malaysia semakin berkembang di Selangor dan keadaan ini amat membimbangkan.

Menyedari permasalahan ini memerlukan kawalan, Jais melalui Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mulai 2003 menguatkuasakan Kaedah-Kaedah Tauliah Tahun 2001 yang memberi panduan mengenai proses permohonan tauliah mengajar atau berceramah di Selangor.

Pada tahun 2008, Kaedah Tauliah tersebut dipinda dan digantikan dengan Peraturan-Peraturan Tauliah 2008.

Melalui Jawatankuasa Tauliah Mais, empat kategori dikeluarkan untuk mengenal pasti penceramah atau tenaga pengajar yang berkelayakan, sesuai dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang mereka miliki.

Kategori-kategori tersebut merangkumi: D 1: berceramah; D 2: mengajar fardu ain atau pengajian berkitab; D 3: mengajar al-Quran dan D 4: Khas.

Individu yang berminat untuk mendapatkan tauliah dikehendaki mengisi borang permohonan dan mengemukakannya kepada pihak urus setia iaitu Bahagian Dakwah Jais melalui Pejabat Agama Islam Daerah.

Setelah permohonan diterima, pemohon akan dipanggil menghadiri sesi temuduga bagi mengenal pasti kemahiran dan kesesuaian permohonan mereka dengan kelayakan yang dimiliki.

Bagi pemohon yang tinggal di luar Selangor, mereka disyaratkan mengemukakan tauliah mengajar atau berceramah dari negeri masing-masing terlebih dahulu sebelum melalui sesi temuduga.

Pihak urus setia akan menghantar senarai nama pemohon kepada pihak Ibupejabat Polis Kontinjen Negeri Selangor untuk tujuan tapisan keselamatan.Setelah mendapat keputusan polis, satu mesyuarat Jawatankuasa Tauliah akan dilaksanakan bagi memutuskan individu yang layak diberi tauliah dan menetapkan kategori tauliah bersesuaian dengan pemohon.

Semua penceramah dan tenaga pengajar yang telah diberi tauliah akan diberikan kemahiran dan ilmu mengenai isu semasa melalui kursus pendekatan dakwah kontemporari, muzakarah, seminar dan kursus mengenai isu semasa.

Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 telah menetapkan kad tauliah yang diberikan kepada semua pemegang tauliah adalah berkuat kuasa tidak lebih 5 tahun.

Ini bertujuan memudahkan tapisan keselamatan dan kawalan dibuat ke atas penceramah dari semasa ke semasa.

Menurut Seksyen 6 (Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor) EPAINS 2003, Mais merupakan pihak berkuasa utama selepas Sultan, berhubung dengan semua perkara yang berkaitan agama Islam di Selangor, kecuali perkara-perkara berkaitan dengan hukum syarak dan pentadbiran keadilan.

Selanjutnya, menurut EPAINS 2003 , Seksyen 7 (1), Mais hendaklah bertanggungjawab menggalak, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam Selangor selaras dengan hukum syarak.

Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir agama dan bagi memenuhi kehendak Seksyen 7 (1) EPAINS 2003 tersebut, Mais menggubal beberapa peraturan dan undang-undang kecil untuk memastikan tanggungjawab itu dilaksana dan dikuatkuasakan melalui agensi pelaksana iaitu Jabatan Agama Islam Selangor.

Ini termasuklah menggubal undang-undang berkaitan dengan pendidikan agama Islam dan tauliah selaras dengan kuasa yang diberi di bawah Seksyen 118 (4) EPAINS 2003. Selaras dengan seksyen tersebut, pada 20 November 2008, Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 dikuatkuasakan dan Kaedah-kaedah Tauliah (Selangor) 2001 dimansuhkan.

Di Selangor, Seksyen 118, Bahagian X Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bidang kuasa Mais terhadap pendidikan agama Islam di negeri, iaitu untuk memantau dan mengawal pengajaran atau pendidikan agama di Selangor.

Pemantauan dan pengawalan ini dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tauliah yang dilantik oleh Mais yang terdiri daripada Setiausaha Majlis sebagai Pengerusi dan tidak lebih daripada tujuh orang ahli yang mempunyai kepakaran, pengalaman dan pengetahuan yang sesuai, termasuklah Mufti Selangor.

Majlis juga boleh membuat peraturan-peraturan berkaitan dengan permohonan dan pemberian tauliah.

Peruntukan yang berkaitan turut dikuatkuasakan di negeri-negeri lain. Antaranya Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak yang memperuntukkan wujudnya satu jawatankuasa yang diberi kuasa oleh Majlis Agama Islam Negeri untuk memberi atau menarik balik tauliah yang diberi.

Bagaimanapun di beberapa negeri, Jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Pengawasan Ajaran Agama Islam.

Seksyen 118 (3) EPAINS 2003 memperuntukkan bahawa Jawatankuasa Tauliah hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam dan untuk menarik balik tauliah itu. Peruntukan ini juga sama dengan peruntukan di negeri-negeri lain.

Selanjutnya, menurut Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, Jawatankuasa Tauliah turut mempunyai kuasa untuk menetapkan syarat atau sekatan kepada penerima tauliah.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 turut memperuntukkan penalti bagi kesalahan mengajar agama tanpa tauliah. Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa:

1. Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Islam tanpa tauliah di bawah seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara elama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

2. Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi:

• mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan oleh Majlis di bawah seksyen 121 Enakmen ini; atau

• mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di kediamannya sendiri kepada anggota keluarganya sahaja.

Peruntukan yang sama juga turut dikuatkuasakan di negeri-negeri lain seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak di mana mereka yang mengajar agama Islam tanpa tauliah adalah merupakan suatu kesalahan dan boleh didenda atau dipenjarakan.

Terdapat perbezaan penalti di antara negeri-negeri tersebut di mana Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Sarawak menetapkan denda maksimum sebanyak RM5,000 dan tiga tahun penjara.

Sementara Selangor dan Negeri Sembilan pula menetapkan denda maksimum sebanyak RM3,000 dan dua tahun penjara bagi kesalahan yang sama.

Perbandingan peruntukan undang-undang berkaitan yang digubal sekitar 2001 sehingga 2008 oleh negeri-negeri tersebut menunjukkan adanya usaha untuk menyeragamkan undang-undang yang dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri melalui Sultan atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing.

Menurut EPAINS 2003, Mais melalui agensinya iaitu Jais bertanggungjawab untuk memastikan setiap orang Islam di Selangor menerima ajaran Islam yang benar dan selaras dengan hukum syarak dengan bersumberkan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah. Ini dilaksanakan melalui program dakwah yang berterusan oleh Jabatan Agama Islam negeri-negeri.

Namun demikian, tidak dinafikan penguatkuasaan undang-undang syariah adalah cara terbaik untuk memastikan objektif tersebut dilaksanakan, kerana melalui penguatkuasaan undang-undang, memberikan kesan pematuhan dan menuntut komitmen umat Islam yang tidak bersalahan dengan hokum syarak.

Peruntukan undang-undang berkaitan dengan tauliah ini, jika dinilai secara zahirnya, seolah-olah menyekat kepada perkembangan dakwah Islam. Ia bertentangan dengan peranan agensi agama seperti Mais dan Jais, kerana syarat-syarat yang dikenakan terhadap penceramah mungkin mengurangkan aktiviti penyebaran syiar Islam.

Bagaimanapun, perkara ini perlu dilihat secara holistik iaitu dalam konteks menjaga agama dan akidah umat Islam.

Peruntukan ini diwujudkan untuk memastikan bahawa pengajar dan pengajaran agama yang disampaikan adalah selaras dengan dasar-dasar pihak berkuasa agama dan hukum syarak serta bersumberkan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah. — Utusan Malaysia

Datuk Mohammed Khusrin Munawi ialah Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

2 Responses

  1. Assalaam muAlaikum,

    “Film 786” is a movie that Holland has made in which our beloved prophet(S.A.W.W), is made fun of.

    60 million Muslims can destroy the economy of Holland by taking less than 5 minutes to forward this message so that we can answer Allah Subhana Wa Tala when He asks us what actions did you take when His most beloved (S.A.W..W) was made fun of?

    Denmark is Loosing.

    Please don’t let this mail stop in your pc.

    ———————————-

    Great News.

    Hope you all know about the Denmark newspaper who made fun of our Holy Prophet PBUH and till now they do not regret… let us make them regret for good…..

    The Danish Ambassador, Prime Minister and Denmark National Channel; all are trying to do something just to stop the boycott by Muslims since last month through which their losses have reached 4 billion Euro. If we continue to boycott Denmark products 7 months more it could reach around 80 billion Euro’s loss.

    Believers do not let this message stop in your PC. Please forward this text to as many Muslims as possible …

    Can’t u spare 15 minutes in order to spread this message among Muslims …

    ASAP?

    REMEMBER THE PROPHET (SAW) MIGHT ASK YOU ON THE DAY OF JUDGMENT,’ WHAT DID YOU DO WHEN THEY MADE FUN OF ME? HOW DID YOU DEFEND ME?’

    Boycott the following:*
    7-up drink, LEGO, Cadbury chocolates, Hall Chewing gums or any product with barcode no. starting with 57*.

    Please convince all Muslims to circulate this to Muslim ummah to ban Danish made products.

  2. OO.. itu macam kaa..
    Jais kawal penceramah…
    Sapa plak kawal Jais atau penilai tauliah eh..

    takpun susah sangat kita cadang mansuhkan jer tauliah-tauliah ni..
    Lagipun orang skang makin bijak.. bukan bodo-bodo.. insyaAlah depa boleh nilai..
    kenkadang orang kat pej. agama ada lagi kelakar dari rakyat yang datang berurusan..
    cadangan ajerr..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: