Mufti Perlis (bekas) hina keluarga Nabi Muhammad !

Dr Asri diminta jawab ceramah didakwa fitnah
SINAR HARIAN 17 NOV 2009

SEREMBAN 17 Nov 2009– “Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin perlu
memberi penjelasan mengenai maksud di sebalik ucapan dalam salah satu
ceramahnya yang dianggap fitnah,” kata Yang Dipertua Persatuan Keluarga
Jamalullail Perak Malaysia, Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail.

“Dr Asri perlu tampil memberi penjelasan kepada umum berkenaan
ucapan beliau apabila menyentuh mengenai golongan Alawiyyin ketika
mengadakan ceramah di Masjid Alwi, Kangar pada 26 Februari, dua tahun
lalu.

“Pihak persatuan beranggapan apa yang diperkatakan Dr Asri telah
menimbulkan satu penghinaan dan fitnah tanpa disedari apabila
memperkatakan fakta yang salah,” katanya ketika ditemui.

Syed Abdullah mendakwa, kenyataan menerusi ucapan dibuat Dr Asri adalah tidak benar.

“Dr Asri tidak boleh sewenang-wenangnya melemparkan fitnah dan
penghinaan sebegitu rupa kerana ia sedikit sebanyak membangkitkan
kemarahan umum terutama mereka yang berketurunan Syed.

Sehubungan itu, katanya, persatuan berharap Dr Asri memberi
penjelasan sebenar mengenai motif sebenar beliau berkata demikian
supaya mampu menyelesaikan segala kekusutan.

Beliau berkata demikian merujuk kepada sebuah laman blog tempatan
yang memaparkan ucapan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin
yang berunsur penghinaan serta fitnah kepada golongan Alawiyyin dalam
satu ceramah di Masjid Alwi, Kangar pada 26 Februari 2007.

http://jamalulailperak.blogspot.com/2009/11/mohon-penjelasan-dari-dr-asri-bekas.html

3 Responses

  1. salam ya ustaz,

    diharapkan Dr. Asri memberi penjelasan terhadap setiap perenggan dan dakwaan beliau terhadap para Sayyid. sebagai seorang terpelajar, beliau sudah tentu mempunyai asas yang baik sebelum mengajar dan menyebarkan maklumat kepada umum. andai kenyataan akhbar ini pun masih belum mampu menarik perhatian beliau, maka tindakan selanjutnya mungkin akan difikirkan untuk mendapat maklum balas dari beliau.

    jazakallah kheir

  2. HIMPUNAN RIBUAN UMAT DI DALAM : MAJLIS BERSAMA ULAMA BESAR : http://wp.me/piAx4-ZY

  3. Kunjungan Habib Umar Ben Hafiz ke Pondok Baitul Qurro’, Sg. Udang Melaka : http://wp.me/piAx4-ZY

    Hari ini Jilsah bersama Habib Zaid Ben Yahya ANGGOTA IFTA’ (MAJLIS FATWA) DARUL MUSTHAFA : http://wp.me/piAx4-10Z

    Saranan Dr. Al-Qaradhawi Agar Aqidah Al-Asy’ari Terus Dijaga Di Malaysia : http://wp.me/piAx4-11d

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: