Ahad 27 Disember – Hari Asyura 10 Muharam

Salam Maal Hijrah dan Hari Asyura sempena 10 Muharam.

Satu peristiwa penting dalam kalendar Islam.

Kisah bagaimana ramai Utusan Allah telah diselamatkan pada hari Asyura ini.

Juga kisah Kekasih Allah telah diangkat darjat ke taraf syuhada kerana dibunuh seperti Imam Al Hussein.

Namun tidak perlu kita meratap dan menangis hingga mencederakan diri sendiri semasa menyambut hari bahagia ini.

Bahkan kita kena merasa gembira di atas pilihan Allah yang menjadikan cucunda kesayangan Nabi sebagai ‘korban’ untuk diangkat ke martabat Syuhada.

Jangan kita terpengaruh dengan fahaman Syiah yang ingin mengajak kita mencederakan diri sendiri di hari Maulid Saidina Husein ini.

Maulid ? ye ….

Kerana di sisi ulama tasauf hari kematian seseorang itu dikira Maulid. hari kelahiran juga dikira Maulid. Dan hari seseorang itu diangkat menjadi Wali Allah juga dikira maulid.

Bagaimana seseorang tahu dirinya menjadi wali ? Hanya wali yang mengenal wali.

Dan hanya yang menerima kurniaan tahu saat saat itu. yang tak dapat jangan persoalkan kerana mereka sebenarnya tidak berminat mendekati Tuhan dengan sunat sunat.

Mereka menyalahkan selain diri mereka sendiri kerana tidak diangkat menjadi salah seoarang kekasihNYA.

Apa kata jika kita mula berusaha mendekati Allah di awal tahun maal Hijrah ini ?

Mungkin ada peluang kita mendekatiNYA dan dimasukkan di kalangan wali wali Allah yang muqorrobin.

Sedikit artikel tentang Asyura ada di sini http://www.utusan.com.my/utusan/

Oh ye saya dah menulis tentang Hari Asyura ini dengan menterjemah artikel dari Mesir di link ini

https://ustazmoden.wordpress.com/2008/04/27/asyura-…hari-kegembiraan-dan-keriangan-bukan-kesedihan-dan-tangisan/

Selamat Menyambut Hari Asyura !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: