Imbas Kembali Isu Nama Allah di Mstar Online (Mei 2008)

PERSATUAN Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada keputusan terbaru Mahkamah Tinggi yang membenarkan penyemakan semula nama Allah yang digunakan oleh akhbar Heral Tribune.

Kes penggunaan nama Allah dalam akhbar Herald Tribune melalui siri yang kontroversi, apabila surat khabar Herald Tribune, yang berorientasikan agama Kristian mahu menggunakan nama Allah merujuk kepada Tuhan mereka. Setelah keputusan kabinet pada 3 Januari yang menegaskan hanya Islam berhak menggunakan nama Allah, pihak Herald Tribune mahu mencabar keputusan itu dengan membawa ke Mahkamah Tinggi.

PKPIM menegaskan bahawa isu nama Allah ini bukan isu yang remeh dengan konteks agama Islam. Islam memperakui Allah sebagai Tuhan Yang Maha Agung bukan ‘nama’ yang baru dicipta, tetapi sudah bermula sejak sekian lama, sejak zaman Nabi Muhammad Sallahu’alaihi Wasalam secara rasmi, malah sejak Nabi Adam dicipta lagi.

PKPIM memberi hujah ilmiah bahawa nama Allah ialah nama Tuhan yang eksklusif kepada umat Islam sahaja. Tiada dalam sejarah agama Kristian mahupun agama lain menggunakan nama Allah sebagai Tuhan mereka.

Jika ada pandangan mengatakan bahawa masyarakat Arab Kristian pun menggunakan nama Allah dalam percakapan mereka, seperti, “Yallah”, “Masyaallah” dan sebagainya, PKPIM menegaskan bahawa kalimah “Allah” yang digunakan itu bersifat populis dan ke’pasar’an.

Ini bukan bermakna masyarakat Arab Kristian menggunakan nama Allah itu dalam konteks yang berat dan sebenar, iaitu Tuhan Yang Maha Esa, Yang Hanya Layak Disembah, Tuhan Yang Tidak Beranak dan Memperanakkan. Justeru, hujah ini dapat dipatahkan.

Keduanya, PKPIM memberi syarat kepada akhbar Herald Tribune, jika mahu menggunakan nama Allah dalam akhbar Bahasa Melayu mereka, maka hendaklah menggunakan dalam konteks ‘Allah’ yang sebenar, iaitu bukan Tuhan yang bernama Jesus, mempunyai anak dan Tuhan Yang Menebus Dosa. ‘Allah’ yang dimaksudkan mesti selari dengan kefahaman Tuhan Allah bagi umat Islam. Ini adalah kenyataan tegas daripada PKPIM.

PKPIM juga memberi amaran kepada Herald Tribune agar tidak menimbulkan kontroversi dan kekeliruan di kalangan umat Islam tentang penggunaan nama Allah. PKPIM tidak melihat apa tujuan Herald Tribune untuk menggunakan nama Allah kecuali bertujuan menyesatkan umat Islam secara terancang.

Misi Kristianisasi di kalangan umat Islam melanggar undang- undang Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Dewan Undangan Negeri dan Parlimen (bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan) boleh membuat undang-undang bagi menghalang penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

PKPIM mencadangkan Herald Tribune mencari nama yang sesuai selain Allah bagi nama Tuhan mereka. Ini sekaligus dapat memperkayakan istilah dalam perbendaharaan Bahasa Melayu.

Pengkayaan unsur ibadat dan ketuhanan bukan perkara yang baharu dalam perbendaharaan Bahasa Melayu, sebagai contoh, rumah ibadat bagi agama- agama lain ialah ‘Masjid’, ‘Gereja’, ‘Kuil’, ‘Tokong’ dan sebagainya.

Orang yang alim atau agamawan juga cukup kaya, seperti ‘Ulama’ bagi orang Islam, ‘Rahib’ bagi agama Kristian, ‘Sami’ bagi Hindu dan pelbagai lagi. Maka, tiada masalah sebenarnya bagi Herald Tribune untuk mencari nama eksklusif Tuhan mereka.

PKPIM menegaskan bahawa tindakan Herald Tribune sebenarnya membuka kotak ‘paradox’ yang sebelum ini sudah sedia ada harmoni dan aman.

Kekeliruan dan strategi halus yang digunakan Herald Tribune atas nama Kristianisasi menimbulkan rasa marah dan kecewa umat Islam Malaysia secara khusus dan dunia umumnya. PKPIM memberi amaran supaya Herald Tribune tidak menimbulkan kerisauan dengan menggunakan nama Allah merujuk kepada Tuhan agama Kristian.

Herald Tribune harus beradab dalam meletakkan nama Allah di tempat yang sebenarnya!

MOHD HILMI RAMLI
Presiden PKPIM

sumber : http://mstar.com.my/

2 Responses

  1. AYUH KITA BERJUANG..KITA PATAHKAN HUJAH KHALID SAMAD.

    http://www.khalidsamad.com/2010/01/ismu-allah-siar-ulang.html

  2. Assalamualaikum saudara,

    Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,

    http://10sibudakhitam.blogspot.com/

    dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.

    Salam dari 10 Si budak hitam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: