Tok guru pondok bahas Nik Aziz – Utusan Malaysia

Taat kepada pemimpin

GENERASI muda perlu diasuh supaya mentaati pemimpin yang berjasa kepada bangsa dan negara.

Apakah ciri-ciri pemimpin yang ditaati? Mungkin persoalan ini yang sering berlegar di fikiran setiap umat Islam yang umumnya berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah. Maka pelbagai tafsiran akan diberikan terutama daripada pemimpin parti politik.

Persoalan ini juga akan digunakan sepenuhnya untuk dijadikan propaganda bagi menarik perhatian rakyat menyokong mereka dengan memberikan gambaran mengelirukan tanpa memikirkan kesan buruk yang semakin menimpa umat Islam.

Selepas 52 tahun negara merdeka, kesannya amat jelas iaitu perpecahan di kalangan umat Islam sehingga hilang suara majoriti dan terpaksa tunduk kepada tuntutan orang lain selepas pilihan raya umum lalu. Ini semua disebabkan kita terlupa kepada al-Quran dan sunah Rasulullah SAW, apabila meletakkan kepentingan dan cita-cita politik di tempat yang lebih tinggi.

Pendirian dan sikap Ahli Sunnah wal-Jamaah yang sebenar menyatakan wajibnya taat kepada pemimpin, penguasa dan mereka yang menguruskan urusan kaum Muslimin. Haram mengkhianati mereka terutamanya dalam urusan zakat, jihad, memerangi kesesatan dan kekufuran. Wajib bersolat di belakang mereka dan dibelakang orang-orang yang menjadi wakilnya di masjid-masjid yang telah disediakan oleh penguasa Islam. Amat keji perbuatan mereka yang menjadi pengacau, seperti menghasut rakyat untuk mengkhianati pemerintah dalam hal-hal yang telah disebutkan di atas.

Rasulullah bersabda, “Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunahku dengan panduan sunahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (fasik). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan kepada kita pemimpin negara ini perlu ditaati walau apa sekali pun malah sejak merdeka sehingga hari ini, Islam dan ummah dapat berkembang dengan pesat dan wujud dasar-dasar yang berteraskan Islam walaupun tidak sepenuhnya kerana kita harus memahami negara ini bukannya milik umat Islam sahaja, sebahagian kecil daripadanya adalah milik penganut agama lain.

Justeru itu, apa yang dilakukan oleh pemerintah sekarang amat jelas dan semua pihak perlu memahami hukum hudud dan takzir tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan berada dalam keadaan ‘darurat’ disebabkan perkongsian milik negara ini dengan orang lain.

Saya berpendapat wujudnya perpecahan di kalangan umat Islam adalah disebabkan kumpulan-kumpulan kecil yang cuba menonjolkan diri bahawa merekalah yang lebih benar, lebih mulia dalam memperjuangkan Islam yang suci sehingga memusuhi pemimpin seagama dan sanggup berkawan dengan musuh-musuh Islam yang nyata dan jelas.

Perkembangan mutakhir ini amat menyedihkan dan membimbangkan. Umat Islam berpecah kerana kelompok-kelompok ini cuba menegakkan sesuatu yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah sehingga meninggalkan perpaduan sesama Islam. Saya sama sekali tidak dapat menerima perpecahan ini dan saya menganjurkan perpaduan sesama saudara seagama kita.

Selama ini orang pondok seperti saya berdiam diri tetapi hari ini saya perlu bangun untuk menyatakan kebenaran ini kerana umat Islam diancam dengan pelbagai masalah. Biarpun saya akan dikecam kerana tidak selari dengan pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam, pemimpin yang dilihat semakin suci dan tidak lagi boleh dipersoalkan.

Perlembagaan negara telah memberikan kedudukan istimewa kepada agama Islam dan ia harus dijaga dan tidak boleh membiarkan sama sekali orang lain mengganggu gugatnya. Namun dengarlah kata-kata para pemimpin parti politik tertentu untuk menjaga kepentingan pengaruh daripada bukan Islam.

Berpegang

Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.

Kami golongan pondok sebenarnya dibuai oleh Pas sejak negara mencapai kemerdekaan, Mereka menyebarkan dakyah kononnya UMNO sengaja tidak melaksanakan hukum Islam walaupun telah diberikan kebebasan 100 peratus oleh British.

Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. Baginya apa yang penting pembaharuan dalam agama perlu diteruskan walaupun umat Islam berpecah.

Saya mengkaji semula perlembagaan negara dan saya menemui bahawa kemerdekaan itu bukannya hak mutlak orang Melayu Islam tetapi sebahagian kecil tanah air ini mungkin 20 peratus telah ditinggalkan untuk penganut agama lain.

Selepas itu, saya menyedari bahawa UMNO yang memerintah melalui gagasan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan ‘darurat’ yang mana sebahagiannya terpaksa dikongsi bersama dengan orang bukan Islam maka tidak wajib bagi kerajaan untuk melaksanakan hukum hudud dan takzir sepenuhnya.

Gagasan Malaysian Malaysia atau pun Malaysia Sederhana yang menyamaratakan hak semua kaum dan agama tidak boleh diterima sama sekali demi menjaga kesucian agama Islam dan hak-hak orang Melayu sebagai kaum pribumi.

Saya sedar apabila saya bercakap mengenai perkara ini, penyokong-penyokong Pas dan pakatan pembangkang akan menuduh saya sebagai ‘ejen UMNO’. Saya tidak kisah demi agama, bangsa dan negara. Mungkin saya akan menyertai UMNO dalam tempoh dua tiga tahun lagi tetapi buat masa sekarang saya masih ahli Pas yang mahukan perpaduan di antara umat Islam, UMNO dan Pas.

Sekiranya UMNO meneruskan perjuangannya untuk umat Melayu dan Islam seperti mana yang kita nikmati selama ini dan bertambah baik pada setiap tahun, tidak mustahil untuk saya menyertai UMNO.

Untuk pengetahuan umum, institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa yang berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak akan menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini. Selepas penentangan secara terbuka terhadap Nik Abdul Aziz, pelbagai sekatan saya terpaksa lalui. Sebagai contoh ada antara masjid di negeri tidak membenarkan lagi saya menyampaikan kuliah malah sesiapa yang menghadiri kuliah saya tidak akan menerima bantuan seperti biasa.

Sekatan-sekatan itu tidak berkudis pun kepada saya. Pondok Geting semakin padat, menerima murid lebih ramai dari dahulu. Saya amat yakin dengan perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam. Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika di bawah kerajaan boneka DAP.

Perkembangan pada masa sekarang menunjukkan DAP yang menjadi tuan kepada pakatan pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti mengikut telunjuk DAP semata-mata untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri manakala Pas mengikut membabi buta, sehingga Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng tidak jauh bezanya.

Perlu diingat golongan pondok bukannya jumud dan tertutup seperti mana yang digambarkan. Kami di sini mengikuti perkembangan politik negara secara dekat, cuma tidak bersuara. Saya sendiri membaca sekurang-kurangnya dua akhbar sehari malah kadang kala tujuh akhbar termasuk tabloid parti pembangkang.

Saya merujuk semua perkembangan ini dengan kitab-kitab ulung Islam mengenai politik seperti tulisan Imam Nawawi, Sheikh Ibnu Hajar dan Imam Hambali yang jelas menunjukkan apa yang dilakukan oleh UMNO tidak bertentangan Islam.

Ketika suara saya mula disiarkan di Utusan Malaysia akhir tahun lalu, Persatuan Pondok Berhad telah mengeluarkan kenyataan bahawa saya tidak mewakili mereka malah tidak mempunyai tauliah untuk berceramah agama. Itu semua sandiwara kerana persatuan itu ditekan oleh kerajaan Pas Kelantan. Saya mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan sehingga sekarang masih menjadi pengarah persatuan tersebut serta sentiasa dipanggil untuk menghadiri mesyuarat.

Berbalik kepada persoalan pokok, perpaduan sesama umat Islam amat penting. Biar apa pun perbezaan ideologi politik marilah kita bersatu kembali dan lupakan persengketaan, kembali kepada kepada perintah Allah SWT bahawa hendaklah kamu sentiasa memperbaiki saudara-saudara kamu. Maknanya, kalau ada perselisihan, hendaklah kamu mendamaikan antara kedua-duanya (surah Al-Hujurat ayat 10).

Sebagai umat Islam kita perlu mentaati pemerintah selagi ia tidak kufur kepada Allah. Tindakan menentang dan menyebakan keburukan kerajaan akan memberikan ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil peluang untuk mengganggu gugat urusan negara sehingga menimbulkan pelbagai ancaman.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0321&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

PAS12 dan PAS17 – no plat Presiden dan anak Mursyidul Am PAS

Kereta Presiden PAS ( sumber Tranung kite )

komen pembaca yang disalin dari blog Nik Abduh, tuan punya kereta di atas :

Ana tak tahu nak ulas apa pasal nombor plat kereta anta, PAS 17, ana tahu anta berhak tapi sebagai pemimpin sebuah gerakan Islam, ana rasa kurang wajar nombor plat kereta turut menjadi keutamaan dalam hidup anta. Selama ni ana lihat ramai penceramah2 PAS yang menghentam pemimpin2 UMNO kerana sering merebut untuk memperoleh nombor plat kereta yang menarik meskipun terpaksa membayar harga yang tinggi. Rupa2nya pemimpin PAS pun 2 X 5 aje. Ana mendapat maklumat, ramai pemimpin2 PAS Kelantan termasuk EXCO yang turut berebut untuk mendapat nombor plat kereta yang glamour. Antaranya Datuk Taqiyuddin Hasan. Ana juga tahu bahawa anta dari kem Datuk Taqiyuddin untuk kekang kemaraan Datuk Husam Musa menjadi MB Kelantan. Ana rasa anta patut belajar untuk menjadi seperti Tuan Guru Nik Aziz yang warak ,merendah diri dan bersikap terbuka. Jauhilah segala godaan duniawi seperti CINTA HARTA dan CINTA KUASA. Semoga Allah mengampunkan segala dosa, kesilapan dan kelalaian kita.Ilahi !

Amin….

Ali Madad…

Nampaknya pemimpin PAS juga sudah kaya raya dan mampu memiliki no plat dua angka.

Syabas dan tahniah.

Ternyata penyakit yang dikritik kepada Bn sudah berjangkit kepada PR sekarang seperti dakwaan blog pro pembangkang di bawah

oleh merakbuih

Salam semua..

Ketika ini isu UG hangat di perkatakan mahupun di MEDIA BARU atau MEDIA BARISAN NASIONAL ada isu yang menarik untuk di perkatakan.Cuma kali ini saya ingin membawa anda semua untuk merenung apa yang terjadi atau sindrom yang melanda sesetengah MP PAKATAN RAKYAT.Isu ini semestinya terlepas pandang oleh kita semua,walaupun ada isu sebesar gunung di hadapan tetapi isu nungkin di anggap remeh ini tetapi akan di putar belitkan oleh MUSUH PR untuk di jadikan bahan politik mereka.

Bab nak bermewah-mewah apabila berada di dalam PR semestinya perlu di hindari.Saya terbaca satu blog YB YUSMADI YUSOF MP BALIK PULAU,dalam blog tersebut terdapat sebaris ayat untuk di renungkan(HANYA ORANG YANG NAIK BASIKAL TAHU MASALAH ORANG YANG NAIK BASIKAL).Di sini bukan saya hendak menyaran semua MP PR menunggang basikal tetapi maksudnya untuk mengetahui masalah orang susah kita perlu menyelami permasalahan yang di hadapai,selain itu jangan kita bina jurang di antara MP dan golongan marhaen di bawah.

Sindrom ketika ini kebanyakkannya kebanyakkan MP PR yang menukar kereta sesudah menang pada pru 12 yang lalu.Tidak salah apabila kita maju kehadapan tetapi tolong jangan berlebihan sehingga penyokong sendiri pun lihat dengan penuh hairan.Kebanyakkan MP PR khususnya PKR menggunakan kenderaan seperti TOYOTA CAMRY,NISSAN ALPHARD,dan HONDA CRV.Model kereta bukannya masalah tetapi ada sesetengan MP menggunakan no pendaftaran yang cantik-cantik,sebagai contoh PAR 15,KCL 1111,BBM 3,PFH 8 dan lain-lain lagi.

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui tuan punya kereta semestinya orang ramai akan menyangka mesti KERETA INI PEMIMPIN UMNO PUNYA, sebab umno biasa la yang kaya tu merekalah,susahnya rakyat.Jika di nilai harga untuk mendapatkan no pendaftaran yang cantik itu semestinya ribuan ringgit,tambaha jika no pendaftaran hanya 1 digit atau 2 digit.Kenapa perlu bermegah-megah?adakah tiket menjadi MP untuk bermegah dengan kereta dan no pendaftaran yang cantik?

Sesetengah MP pula SANGGU HABISKAN WANG UNTUK NO PENDAFTARAN tetapi pusat khidmat AHLI PARLIMEN sampai sekarang tak ada SIGN BOARD.BUAT MALU SAJA!kereta mahal tetapi gaji kerani pun tak mampu nak bayar.Bagaimana nak meneruskan legasi membela rakyat sedangkan kita hanya bermegah dan memenuhi keperluan kita dahulu dari rakyat.Mungkin isu sebegini terlepas pandang,tetapi ia tetap penting kepada SEMUA MP PR dan perlu di ambil ingatan.

Apa ada kepada no pendaftaran yang cantik?hanya untuk bermegah?

dulu hangpa dok kata kat BN lanie dah berjangkit kat hangpa dah..

‘SIS hina Islam’, JAIS tak berganjak – Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri
Mac 16, 10
6:54pm

Khutbah yang disampaikan setiap Jumaat di masjid seluruh Selangor adalah berdasarkan fakta dan berkisar isu yang berbangkit dalam masyarakat Islam termasuk isu sebatan syarie ke atas tiga wanita Islam yang dibidas oleh Sisters in Islam (SIS), kata seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Penolong Pengarah Perhubungan Awam Dan Penerbitan JAIS, Mohd Hidayat Abd Rani berkata, khutbah Jumaat juga turut memfokuskan isu berkaitan masyarakat Islam yang timbul untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada umat Islam.

“Kalau benar-benar khutbah tersebut memberi kesan kepada mereka (SIS), terpulanglah kepada mereka untuk menilainya.

“(Tetapi) kita tulis (khutbah) berdasarkan fakta yang benar, apa yang berlaku dan ia perlu diperjelaskan kepada masyarakat Islam,” katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Mohd Hidayat berkata semua khutbah Jumaat perlu melalui proses tapisan dari sebuah jawatankuasa terlebih dahulu sebelum diluluskan dan dibaca kepada orang ramai di masjid seluruh Selangor.

Beliau mengulas dakwaan SIS semalam yang kesal dengan penyampaian khutbah Jumaat yang menuduh NGO Islam itu “menghina Islam”.

Dalam kenyataan medianya semalam, jurucakap SIS, Rashidah Abdullah berkata tuduhan yang dibuat itu tidak berasas dan amat bercanggah dengan “prinsip keadilan, kesaksamaan dan kebebasan bersuara yang mendokong ajaran agama Islam kita sendiri.”

Beliau berasa kesal tuduhan tersebut datang dari “pihak berkuasa agama negeri yang sepatutnya berperanan mendidik, membantu menyelesaikan masalah dan bersedia mendengar aduan dan kebimbangan dari kalangan masyarakat Islam”.

Pada khutbah Jumaat yang bertajuk “Isu Menghina Sebatan Syarie” yang boleh dimuat turun dari laman web jabatan berkenaan membidas tindakan SIS yang mempertikaikan tindakan jabatan penjara yang melaksanakan hukum sebatan kepada tiga pesalah wanita Islam.

Isi kandungan khutbah sebanyak dua perenggan pada 12 Mac itu berbunyi:

“Tidak cukup dengan itu, malah apa yang malang sekali ialah orang Islam sendiri mempertikaikan hukum sebatan syarie ini . Pada 17 Februari 2010 lalu, satu kenyataan media oleh Sister In Islam telah diterbitkan di dalam laman web Sisters In Islam antara lain, Sister In Islam membidas tindakan jabatan penjara melaksanakan hukum sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi atau pilih kasih terhadap kaum wanita .

“Pengarah Eksekutif Sister In Islam, Doktor Hamidah Marikan berkata tindakan merotan telah mencabuli hak sama rata dan tidak harus ada diskriminasi sebagaimana dijamin Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut seksyen 289 Akta Kanun Jenayah . Sisters In Islam turut mempersoalkan motif kerajaan membenarkan tindakan menyebat 3 wanita Islam tersebut”.

http://malaysiakini.com/news/126715

Rahsia Kenapa Yahudi bijak !

Sebenarnya banyak kaedah dan cara pemakanan yang dibuat oleh bangsa Yahudi bersumberkan ajaran Islam.Contohnya mereka mengamalkan makan sebelum malam.

Islam juga mengajar kita makan ketika maghrib apabila berpuasa. Ia contoh waktu yang tepat untuk menikmati makan malam agar perut tidak terlalu penuh hingga menyukarkan kita melakukan ibadat atau membaca di waktu malam.

Namun kaum Yahudi ini mengetahui kebenaran Islam tetapi sayang sekali mereka tidak menerima Keesaan Allah walaupun percaya kepada apa yang diturunkan Allah kepada kita melalui Nabi Muhammad s.a.w. Kelak mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka atas balasan kekufuran mereka.

Namun ramai kalangan kita percaya kepada Allah namun gagal mencontohi sunnah Nabi serta para sahabat hingga kita menyalahkan agama apabila perkata tidak baik berlaku. Walhal Nabi s.a.w telah meninggalkan ajaran yang lengkap kepada semua manusia beragama Islam untuk dijadikan panduan.

Sedangkan kita sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempelajari cara hidup yang diajar oleh Nabi serta mengikutinya sepenuh hati dalam kehidupan seharian.

Bukankah Nabi itu junjungan mulia dan tidak bercakap atau bergerak kecuali mengikut perintah Maha Esa ?

Silakan baca dan ambillah pengajaran yang baik di dalamnya.

Yang terbaik ialah sunnah Nabi kita s.a.w.

bahan ini saya salin dari blog http://www.bisikanhati.com/2009/01/kenapa-yahudi-bijak.html

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”

Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau
seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau
membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan
otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja. Jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,
ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami
pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).

Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah -buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan
negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi
ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!

Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya
negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera
terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan
akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg
bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai. Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Asri berhenti menulis untuk Utusan-Malaysiakini

Mac 14, 10 6:33pm
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata beliau telah berhenti menulis untuk Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan terus menulis dalam beberapa media yang lebih bebas selepas ini.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini dari Arab Saudi, Dr Mohd Asli yang dikenali dengan kelantangannya bercakap dan menulis berkata, beliau berhenti menyumbang kepadaMingguan Malaysia
terbitan kumpulan Utusan.“Saya menjemput pembaca saya membaca dalam ruangan baru yang akan saya maklumkan nanti,” tulisnya melalui SMS.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini bagaimanapun tidak pula menyatakan di mana beliau akan menulis.

Minggu lalu, Malaysiakini melaporkan yang Mingguan Malaysia telah menolak tulisan Dr Mohd Asli untuk kolum mingguannya di akhbar tersebut.

Komen ana

Pertama : Utusan Malaysia telah membuat langkah yang tepat apabila menolak tulisan Dr Asri. Masalah kita ialah bukan sebab menyekat kebebasan bersuara tetapi menjaga perpaduan ummah dari dirosakkan oleh fatwa yang bercanggah dengan mazhab ahli sunnah wal jamaah. Apatah lagi Utusan Malaysia sebagai akhbar paling tinggi jualannya tentu akan menjadi wasilah kepada penyebaran fahaman yang batil lagi sesat tersebut.

Kedua : Dr Asri menyindir apabila tulisannya ditolak oleh Utusan Malaysia. Sedangkan selama ini banyak tulisan beliau telah disiarkan oleh Utusan Malaysia walaupun menimbulkan kontroversi dan menyakitkan hati.  Maka di sini terletaknya ‘kebodohan’ orang bergelar Dr apabila menyindir seolah olah Utusan malaysia tidak mengamalkan kebebasan dalam menulis.

Ketiga : Saya percaya gerakan untuk menyebarkan fahaman wahabi/islam liberal semakin aktif dan tindakan agresif perlu dibuat oleh semua pihak. Jangan sahaja kita menunggu pihak berkuasa dan jabatan agama yang menjalankan tanggungjawab ini. bahkan kita juga mesti mengambil inisiatif menyekat serta membendung fahaman tersebut dengan menggunakan apa sahaja yang mampu kita lakukan sepert mengirim artikel yang menentang fahaman tersebut menerusi email atau membuka laman blog untuk mengumpulkan segala jawapan berkaitan degnannya.

Keempat : Malaysiakini mengangkat isu Dr Asri kerana selama ini beliaulah yang kerap mebawa pendapat yang sealiran dengan apa yang dibawa oleh Malaysiakini. Sepatutnya tajuk berita ditulis : Dr Asri tidak lagi diterima menulis di Utusan Malasia, tetapi tajuk telah ditukar kepada Asr berhenti menulis untuk Utusan Malaysia. Jelas ia dibuat sedemikian demi menunjukkan bahawa dr asri yang tidak mahu menulis sedangkan Utusan malaysia sebenarnya yang tidak lagi ‘sudi’ menerima tulisan beliau yang jelas bercanggah dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah.

Insya Allah fahaman yang sesat dan menyesatkan serperti wahabi tidak akan dapat menyebarkan ajarannya di Malaysia jika kita semua saling bermuafakat dalam membanteras fahamant ersebut yang jelas sangat berbahaya kepada agama bangsa dan negara kita .

Syabas kepada Utusan Malaysia dan mari kita pertahankan akhbar ini selagi mana ia terus mempertahankan prinsip yang kita semua setujui.

Dr Asri petik Ibnu Taimiyah dakwa syaitan boleh menyerupai Nabi

Klik sini :

http://drmaza.com/home/?p=1035

Sedangkan jelas syaitan tak dapat menyerupai Nabi.. setengah ulama berkata wali juga tidak boleh diserupai. Kerana berdasarkan ayat : laugwiyannahum ajmain illa ibadaka minhumulmukhlasin

Dr Asri patut buang je gelaran Dr, buat malu sebab kata syaitan boleh serupai ‘muhammad’

ada ke patut dia tulis macam tu?

bengong dan bangang orang nama asri yang suka sesatkan ulama sufi dan tariqat yang haq  ini.

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi Meninggal Dunia – Al Fatihah

Allahyarham Sheikh Muhammad Sayyid Tantawi ketika berucap selepas menerima penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dalam Bidang Dakwah dan Pengurusan Islam pada majlis Konvokesyen Khas Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena Multaqa Alumni Al-Azhar ke-3 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. -foto BERNAMA
CAIRO: Sheikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.

Tantawi, 81, meninggal dunia di ibu negara Arab Saudi, Riyadh.

Al-Azhar, antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka dalam dunia Islam, mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.

Tantawi sering dikatakan sebagai pemimpin rohani kepada penganut Islam Sunah.

Pada 1986, Allahyarham dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada sambutan hari lahirnya yang ke-58.

Beliau memegang jawatan itu selama sepuluh tahun sehingga dilantik menjadi Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Sheikh Besar Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996. – AP

petikan dari Mstar Online

tambahan : Jenazah beliau akan dimakamkan di perkuburan Baqi’