Syeikh Mohamed Sayed Tantawi Meninggal Dunia – Al Fatihah

Allahyarham Sheikh Muhammad Sayyid Tantawi ketika berucap selepas menerima penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dalam Bidang Dakwah dan Pengurusan Islam pada majlis Konvokesyen Khas Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena Multaqa Alumni Al-Azhar ke-3 2008 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. -foto BERNAMA
CAIRO: Sheikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi.

Tantawi, 81, meninggal dunia di ibu negara Arab Saudi, Riyadh.

Al-Azhar, antara pusat pengajian Sunah paling terkemuka dalam dunia Islam, mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir.

Tantawi sering dikatakan sebagai pemimpin rohani kepada penganut Islam Sunah.

Pada 1986, Allahyarham dilantik sebagai Mufti Besar Mesir pada sambutan hari lahirnya yang ke-58.

Beliau memegang jawatan itu selama sepuluh tahun sehingga dilantik menjadi Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Sheikh Besar Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996. – AP

petikan dari Mstar Online

tambahan : Jenazah beliau akan dimakamkan di perkuburan Baqi’

3 Responses

  1. Al fatihah, Allahummagfirlahu warhamhu wa’fu anhu birahmatika ya raufurrahiem. syaikh Tantawi telah berpulang kerahmatullah. Yah… kita doakan beliau, walaupun pada akhir2 masa hidup beliau banyak fatwa yang bagi sebagian muslim sangat kontroversi dan se-akan2 ada pertentangan dikalangan umat. Kematian dalam perjalanan perlawatan keberbagai negara, memang merupakah ajal dan panggilan Allah kapan dan dimana saja. Smg menjadi i’tibar bagi kita.
    Saya hanya ingin mengingatkan dan terus berdoa agar umat Islam yakin, bhw kebenaran adalah Allah. Dan Al Qur’an dan sunnah rasulullah adalah kebenaran karena kitab dan ajaran tsb adalah firman Allah dan sabda Rasulullah utk kebenaran dan jalan yang lurus.
    Kalau kita tdk sependapat dgn al Qur’an dan al hadist, mk yg harus diperbaiki adalah diri kita. Krn kita-lah yg pasti tdk benar dan kemampuan ilmunya yg belum sampai. Syukurilah segala rahmat Allah, termasuk akal sehat dan pemikiran yag benar. Krn hal itu merupakan rahmat yg besar bagi setiap insan yg mendapatkannya. Amin. wassalam

  2. kembalilah dgn jiwa yg tenang..semoga ALLAH ampunkan dosa2 di dunia..masih ingatkah dgn pengeluaran(ISTINBAT) hukum bahawa kamu telah
    berfatwa purdah bukan hukum@wajib@ajaran islam..
    masih ingat kah kamu mengatakan khitan wanita bukan hukum???
    masih ingat kah kamu telah berjabat tangan dgn zion@yahudi yg membuatkan hati2 saudara islam mu terguris..inna lilillah sekarng mungkin kamu tiada upaya lagi bukan..kudrah/iradah/ilmun/hayat/ semua sudah tiada lagi kamu jawaplah dgn lidah yg fasih..seperti kamu hidup di dunia yg fana ini..
    aku amat terguris bila mendngar kamu berfatwa tanpa JUMHUR fuqaha..

  3. sungguh menyayat hatiku….
    mereka yg mati syhd di palestin sungguh bertuah! ya allah!!! lindungilah saudara seaqidah kami di palestin ya allah!!! harap ini akan menguatkan iman para pembaca yang membaca ini untuk terus menolong orang palestin dan berdoa kepada mereka tanpa rasa jemu ya allah!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: