Asri berhenti menulis untuk Utusan-Malaysiakini

Mac 14, 10 6:33pm
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata beliau telah berhenti menulis untuk Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan terus menulis dalam beberapa media yang lebih bebas selepas ini.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini dari Arab Saudi, Dr Mohd Asli yang dikenali dengan kelantangannya bercakap dan menulis berkata, beliau berhenti menyumbang kepadaMingguan Malaysia
terbitan kumpulan Utusan.“Saya menjemput pembaca saya membaca dalam ruangan baru yang akan saya maklumkan nanti,” tulisnya melalui SMS.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini bagaimanapun tidak pula menyatakan di mana beliau akan menulis.

Minggu lalu, Malaysiakini melaporkan yang Mingguan Malaysia telah menolak tulisan Dr Mohd Asli untuk kolum mingguannya di akhbar tersebut.

Komen ana

Pertama : Utusan Malaysia telah membuat langkah yang tepat apabila menolak tulisan Dr Asri. Masalah kita ialah bukan sebab menyekat kebebasan bersuara tetapi menjaga perpaduan ummah dari dirosakkan oleh fatwa yang bercanggah dengan mazhab ahli sunnah wal jamaah. Apatah lagi Utusan Malaysia sebagai akhbar paling tinggi jualannya tentu akan menjadi wasilah kepada penyebaran fahaman yang batil lagi sesat tersebut.

Kedua : Dr Asri menyindir apabila tulisannya ditolak oleh Utusan Malaysia. Sedangkan selama ini banyak tulisan beliau telah disiarkan oleh Utusan Malaysia walaupun menimbulkan kontroversi dan menyakitkan hati.  Maka di sini terletaknya ‘kebodohan’ orang bergelar Dr apabila menyindir seolah olah Utusan malaysia tidak mengamalkan kebebasan dalam menulis.

Ketiga : Saya percaya gerakan untuk menyebarkan fahaman wahabi/islam liberal semakin aktif dan tindakan agresif perlu dibuat oleh semua pihak. Jangan sahaja kita menunggu pihak berkuasa dan jabatan agama yang menjalankan tanggungjawab ini. bahkan kita juga mesti mengambil inisiatif menyekat serta membendung fahaman tersebut dengan menggunakan apa sahaja yang mampu kita lakukan sepert mengirim artikel yang menentang fahaman tersebut menerusi email atau membuka laman blog untuk mengumpulkan segala jawapan berkaitan degnannya.

Keempat : Malaysiakini mengangkat isu Dr Asri kerana selama ini beliaulah yang kerap mebawa pendapat yang sealiran dengan apa yang dibawa oleh Malaysiakini. Sepatutnya tajuk berita ditulis : Dr Asri tidak lagi diterima menulis di Utusan Malasia, tetapi tajuk telah ditukar kepada Asr berhenti menulis untuk Utusan Malaysia. Jelas ia dibuat sedemikian demi menunjukkan bahawa dr asri yang tidak mahu menulis sedangkan Utusan malaysia sebenarnya yang tidak lagi ‘sudi’ menerima tulisan beliau yang jelas bercanggah dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah.

Insya Allah fahaman yang sesat dan menyesatkan serperti wahabi tidak akan dapat menyebarkan ajarannya di Malaysia jika kita semua saling bermuafakat dalam membanteras fahamant ersebut yang jelas sangat berbahaya kepada agama bangsa dan negara kita .

Syabas kepada Utusan Malaysia dan mari kita pertahankan akhbar ini selagi mana ia terus mempertahankan prinsip yang kita semua setujui.

One Response

  1. agaknya sama la bodoh dgn ustaz moden yg byk kali publish kenyataan yg silap & membabi buta, dan dah berpuluh kali ditegur & dibetulkan oleh pengomen2 (dan x dpt pulak dijawab oleh ustaz moden).. tp masih mengulang kesilapan yg sama. sekurang2nya dr asri dah berjaya celikkan org pasal berleluasanya penggunaan hadis palsu & israiliyyat dlm ceramah & bahan2 berlabel agama, dan jugak perjalanan kes2 mahkamah syariah yg berat sebelah. kalau dr asri tak sedarkan agaknya ustaz moden pun akan jadi salah seorg yg sibuk guna hadis palsu dlm berhujah.

    saya ingat tukar nama ustaz moden kpd ustaz bangang atau ustaz bodoh lebih sesuai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: