PAS12 dan PAS17 – no plat Presiden dan anak Mursyidul Am PAS

Kereta Presiden PAS ( sumber Tranung kite )

komen pembaca yang disalin dari blog Nik Abduh, tuan punya kereta di atas :

Ana tak tahu nak ulas apa pasal nombor plat kereta anta, PAS 17, ana tahu anta berhak tapi sebagai pemimpin sebuah gerakan Islam, ana rasa kurang wajar nombor plat kereta turut menjadi keutamaan dalam hidup anta. Selama ni ana lihat ramai penceramah2 PAS yang menghentam pemimpin2 UMNO kerana sering merebut untuk memperoleh nombor plat kereta yang menarik meskipun terpaksa membayar harga yang tinggi. Rupa2nya pemimpin PAS pun 2 X 5 aje. Ana mendapat maklumat, ramai pemimpin2 PAS Kelantan termasuk EXCO yang turut berebut untuk mendapat nombor plat kereta yang glamour. Antaranya Datuk Taqiyuddin Hasan. Ana juga tahu bahawa anta dari kem Datuk Taqiyuddin untuk kekang kemaraan Datuk Husam Musa menjadi MB Kelantan. Ana rasa anta patut belajar untuk menjadi seperti Tuan Guru Nik Aziz yang warak ,merendah diri dan bersikap terbuka. Jauhilah segala godaan duniawi seperti CINTA HARTA dan CINTA KUASA. Semoga Allah mengampunkan segala dosa, kesilapan dan kelalaian kita.Ilahi !

Amin….

Ali Madad…

Nampaknya pemimpin PAS juga sudah kaya raya dan mampu memiliki no plat dua angka.

Syabas dan tahniah.

Ternyata penyakit yang dikritik kepada Bn sudah berjangkit kepada PR sekarang seperti dakwaan blog pro pembangkang di bawah

oleh merakbuih

Salam semua..

Ketika ini isu UG hangat di perkatakan mahupun di MEDIA BARU atau MEDIA BARISAN NASIONAL ada isu yang menarik untuk di perkatakan.Cuma kali ini saya ingin membawa anda semua untuk merenung apa yang terjadi atau sindrom yang melanda sesetengah MP PAKATAN RAKYAT.Isu ini semestinya terlepas pandang oleh kita semua,walaupun ada isu sebesar gunung di hadapan tetapi isu nungkin di anggap remeh ini tetapi akan di putar belitkan oleh MUSUH PR untuk di jadikan bahan politik mereka.

Bab nak bermewah-mewah apabila berada di dalam PR semestinya perlu di hindari.Saya terbaca satu blog YB YUSMADI YUSOF MP BALIK PULAU,dalam blog tersebut terdapat sebaris ayat untuk di renungkan(HANYA ORANG YANG NAIK BASIKAL TAHU MASALAH ORANG YANG NAIK BASIKAL).Di sini bukan saya hendak menyaran semua MP PR menunggang basikal tetapi maksudnya untuk mengetahui masalah orang susah kita perlu menyelami permasalahan yang di hadapai,selain itu jangan kita bina jurang di antara MP dan golongan marhaen di bawah.

Sindrom ketika ini kebanyakkannya kebanyakkan MP PR yang menukar kereta sesudah menang pada pru 12 yang lalu.Tidak salah apabila kita maju kehadapan tetapi tolong jangan berlebihan sehingga penyokong sendiri pun lihat dengan penuh hairan.Kebanyakkan MP PR khususnya PKR menggunakan kenderaan seperti TOYOTA CAMRY,NISSAN ALPHARD,dan HONDA CRV.Model kereta bukannya masalah tetapi ada sesetengan MP menggunakan no pendaftaran yang cantik-cantik,sebagai contoh PAR 15,KCL 1111,BBM 3,PFH 8 dan lain-lain lagi.

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui tuan punya kereta semestinya orang ramai akan menyangka mesti KERETA INI PEMIMPIN UMNO PUNYA, sebab umno biasa la yang kaya tu merekalah,susahnya rakyat.Jika di nilai harga untuk mendapatkan no pendaftaran yang cantik itu semestinya ribuan ringgit,tambaha jika no pendaftaran hanya 1 digit atau 2 digit.Kenapa perlu bermegah-megah?adakah tiket menjadi MP untuk bermegah dengan kereta dan no pendaftaran yang cantik?

Sesetengah MP pula SANGGU HABISKAN WANG UNTUK NO PENDAFTARAN tetapi pusat khidmat AHLI PARLIMEN sampai sekarang tak ada SIGN BOARD.BUAT MALU SAJA!kereta mahal tetapi gaji kerani pun tak mampu nak bayar.Bagaimana nak meneruskan legasi membela rakyat sedangkan kita hanya bermegah dan memenuhi keperluan kita dahulu dari rakyat.Mungkin isu sebegini terlepas pandang,tetapi ia tetap penting kepada SEMUA MP PR dan perlu di ambil ingatan.

Apa ada kepada no pendaftaran yang cantik?hanya untuk bermegah?

dulu hangpa dok kata kat BN lanie dah berjangkit kat hangpa dah..

9 Responses

  1. Org PAS pun nak GELEMER

  2. Jual orang lebih untung dari jual unta…..
    Manusia tetap sama disisi allah.Yang membezakanya adalah fizikalnya sahaja.
    Kalau dah namanya manusia…. ulama sekali pun tak akan tahan dengan godaan 7 pembinasa….
    Bagi ulama (dia panggil….) sebuah parti tu…. jangan lah terlalu taksub dengan gaya kulit luaran anda !
    Allah tahu siapa kamu.Jangan bermain sandiwara.
    Kalau berpolitik tu…. janganlah sesuka menabor fitnah…. Jangan sesekali menegakkan benang yang basah….. Jangan membenarkan yang salah…. Jangan menyalahkan yang benar…… jangan memutarbelitkan fatwa….. jangan memaki hamun….. jangan membenci sesama bangsa dan agama…..jangan jadi kuda tunggangan…. jangan jadi freemason….. jangan berpura pura….. jangan bersubahat dengan sipenderhaka agama dan negara……
    Jagalah ……. kebaikan….
    TETAPI KALAU DAH BANGSAT….. BANGSAT JUGA MACAM BANGKAI…….. LAKNAT..

  3. No. Pend. ini nombor lama, ianya dikekalkan dari kenderaan lama, jadi nilainya tdklah tinggi. Walaupun 2angka tetapi bukan nombor kembar atau berturutan.

  4. MAJLIS BERSAMA AD-DAIE – AL-USTAZ AHMAD UMAR BAFADHAL : http://wp.me/piAx4-1jq

    SYARAHAN PERDANA BERSAMA DR. SYEIKH SALIM ALWAN AL-HASANIY : http://wp.me/piAx4-1k2

    Buku Sifat Solat Nabi yang Sahih : http://wp.me/piAx4-1jf

  5. Masa dulu no kereta ni boleh di beli dengan guna motosikal. Adakah no kereta melambangkan kemewahan. Apa kata kalau orang-orang di JPJ yg kasi tanpa mengenakan kos yang tinggi?

    Atau dapatkan dari no motor yg terdahulu.

    Aku terkidu perkataan CINTA KUASA. Kalau tak ada kuasa macam mana nak memerintah Malaysia. nak serah kuasa ni pada UMNO/BN semata-mata??

    Kadang-kadang orang yg takut kuasanya di rampas, sering mengunakan ungkapan gila kuasa.

  6. ustaz pun, no keta jd isu.. haram ker? kalo x haram, salah ker dr sisi undang2? yg penting khidmat pd masyarakat…. kalo no PAS 12 n PAS 17 neh rebutan hangat, dah tentu harga dia RM ratus ribu n tentu kluar paper… mcm plet TAN dan TAY dr terengganu tuh… neh xda angin bertiup pun tba2 kluarkan no plet then kaitkan dgn gila harta dan gila kuasa.. mudahnya kt membuat dosa skrg walpun bergelar ustaz x semestinya baik yer x?

  7. pas ckap je lebih..padahal sama je mcm pemimpin umno..

  8. saya ada honda C70 lampu petak,no plet PAS 7812 nak jual.motor cantik baru cat.Sesuai untuk ahli PAS pergi dengar ceramah.Harga RM5000.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: