Tok guru pondok bahas Nik Aziz – Utusan Malaysia

Taat kepada pemimpin

GENERASI muda perlu diasuh supaya mentaati pemimpin yang berjasa kepada bangsa dan negara.

Apakah ciri-ciri pemimpin yang ditaati? Mungkin persoalan ini yang sering berlegar di fikiran setiap umat Islam yang umumnya berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah. Maka pelbagai tafsiran akan diberikan terutama daripada pemimpin parti politik.

Persoalan ini juga akan digunakan sepenuhnya untuk dijadikan propaganda bagi menarik perhatian rakyat menyokong mereka dengan memberikan gambaran mengelirukan tanpa memikirkan kesan buruk yang semakin menimpa umat Islam.

Selepas 52 tahun negara merdeka, kesannya amat jelas iaitu perpecahan di kalangan umat Islam sehingga hilang suara majoriti dan terpaksa tunduk kepada tuntutan orang lain selepas pilihan raya umum lalu. Ini semua disebabkan kita terlupa kepada al-Quran dan sunah Rasulullah SAW, apabila meletakkan kepentingan dan cita-cita politik di tempat yang lebih tinggi.

Pendirian dan sikap Ahli Sunnah wal-Jamaah yang sebenar menyatakan wajibnya taat kepada pemimpin, penguasa dan mereka yang menguruskan urusan kaum Muslimin. Haram mengkhianati mereka terutamanya dalam urusan zakat, jihad, memerangi kesesatan dan kekufuran. Wajib bersolat di belakang mereka dan dibelakang orang-orang yang menjadi wakilnya di masjid-masjid yang telah disediakan oleh penguasa Islam. Amat keji perbuatan mereka yang menjadi pengacau, seperti menghasut rakyat untuk mengkhianati pemerintah dalam hal-hal yang telah disebutkan di atas.

Rasulullah bersabda, “Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunahku dengan panduan sunahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (fasik). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan kepada kita pemimpin negara ini perlu ditaati walau apa sekali pun malah sejak merdeka sehingga hari ini, Islam dan ummah dapat berkembang dengan pesat dan wujud dasar-dasar yang berteraskan Islam walaupun tidak sepenuhnya kerana kita harus memahami negara ini bukannya milik umat Islam sahaja, sebahagian kecil daripadanya adalah milik penganut agama lain.

Justeru itu, apa yang dilakukan oleh pemerintah sekarang amat jelas dan semua pihak perlu memahami hukum hudud dan takzir tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan berada dalam keadaan ‘darurat’ disebabkan perkongsian milik negara ini dengan orang lain.

Saya berpendapat wujudnya perpecahan di kalangan umat Islam adalah disebabkan kumpulan-kumpulan kecil yang cuba menonjolkan diri bahawa merekalah yang lebih benar, lebih mulia dalam memperjuangkan Islam yang suci sehingga memusuhi pemimpin seagama dan sanggup berkawan dengan musuh-musuh Islam yang nyata dan jelas.

Perkembangan mutakhir ini amat menyedihkan dan membimbangkan. Umat Islam berpecah kerana kelompok-kelompok ini cuba menegakkan sesuatu yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah sehingga meninggalkan perpaduan sesama Islam. Saya sama sekali tidak dapat menerima perpecahan ini dan saya menganjurkan perpaduan sesama saudara seagama kita.

Selama ini orang pondok seperti saya berdiam diri tetapi hari ini saya perlu bangun untuk menyatakan kebenaran ini kerana umat Islam diancam dengan pelbagai masalah. Biarpun saya akan dikecam kerana tidak selari dengan pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam, pemimpin yang dilihat semakin suci dan tidak lagi boleh dipersoalkan.

Perlembagaan negara telah memberikan kedudukan istimewa kepada agama Islam dan ia harus dijaga dan tidak boleh membiarkan sama sekali orang lain mengganggu gugatnya. Namun dengarlah kata-kata para pemimpin parti politik tertentu untuk menjaga kepentingan pengaruh daripada bukan Islam.

Berpegang

Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.

Kami golongan pondok sebenarnya dibuai oleh Pas sejak negara mencapai kemerdekaan, Mereka menyebarkan dakyah kononnya UMNO sengaja tidak melaksanakan hukum Islam walaupun telah diberikan kebebasan 100 peratus oleh British.

Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. Baginya apa yang penting pembaharuan dalam agama perlu diteruskan walaupun umat Islam berpecah.

Saya mengkaji semula perlembagaan negara dan saya menemui bahawa kemerdekaan itu bukannya hak mutlak orang Melayu Islam tetapi sebahagian kecil tanah air ini mungkin 20 peratus telah ditinggalkan untuk penganut agama lain.

Selepas itu, saya menyedari bahawa UMNO yang memerintah melalui gagasan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan ‘darurat’ yang mana sebahagiannya terpaksa dikongsi bersama dengan orang bukan Islam maka tidak wajib bagi kerajaan untuk melaksanakan hukum hudud dan takzir sepenuhnya.

Gagasan Malaysian Malaysia atau pun Malaysia Sederhana yang menyamaratakan hak semua kaum dan agama tidak boleh diterima sama sekali demi menjaga kesucian agama Islam dan hak-hak orang Melayu sebagai kaum pribumi.

Saya sedar apabila saya bercakap mengenai perkara ini, penyokong-penyokong Pas dan pakatan pembangkang akan menuduh saya sebagai ‘ejen UMNO’. Saya tidak kisah demi agama, bangsa dan negara. Mungkin saya akan menyertai UMNO dalam tempoh dua tiga tahun lagi tetapi buat masa sekarang saya masih ahli Pas yang mahukan perpaduan di antara umat Islam, UMNO dan Pas.

Sekiranya UMNO meneruskan perjuangannya untuk umat Melayu dan Islam seperti mana yang kita nikmati selama ini dan bertambah baik pada setiap tahun, tidak mustahil untuk saya menyertai UMNO.

Untuk pengetahuan umum, institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa yang berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak akan menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini. Selepas penentangan secara terbuka terhadap Nik Abdul Aziz, pelbagai sekatan saya terpaksa lalui. Sebagai contoh ada antara masjid di negeri tidak membenarkan lagi saya menyampaikan kuliah malah sesiapa yang menghadiri kuliah saya tidak akan menerima bantuan seperti biasa.

Sekatan-sekatan itu tidak berkudis pun kepada saya. Pondok Geting semakin padat, menerima murid lebih ramai dari dahulu. Saya amat yakin dengan perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam. Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika di bawah kerajaan boneka DAP.

Perkembangan pada masa sekarang menunjukkan DAP yang menjadi tuan kepada pakatan pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti mengikut telunjuk DAP semata-mata untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri manakala Pas mengikut membabi buta, sehingga Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng tidak jauh bezanya.

Perlu diingat golongan pondok bukannya jumud dan tertutup seperti mana yang digambarkan. Kami di sini mengikuti perkembangan politik negara secara dekat, cuma tidak bersuara. Saya sendiri membaca sekurang-kurangnya dua akhbar sehari malah kadang kala tujuh akhbar termasuk tabloid parti pembangkang.

Saya merujuk semua perkembangan ini dengan kitab-kitab ulung Islam mengenai politik seperti tulisan Imam Nawawi, Sheikh Ibnu Hajar dan Imam Hambali yang jelas menunjukkan apa yang dilakukan oleh UMNO tidak bertentangan Islam.

Ketika suara saya mula disiarkan di Utusan Malaysia akhir tahun lalu, Persatuan Pondok Berhad telah mengeluarkan kenyataan bahawa saya tidak mewakili mereka malah tidak mempunyai tauliah untuk berceramah agama. Itu semua sandiwara kerana persatuan itu ditekan oleh kerajaan Pas Kelantan. Saya mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan sehingga sekarang masih menjadi pengarah persatuan tersebut serta sentiasa dipanggil untuk menghadiri mesyuarat.

Berbalik kepada persoalan pokok, perpaduan sesama umat Islam amat penting. Biar apa pun perbezaan ideologi politik marilah kita bersatu kembali dan lupakan persengketaan, kembali kepada kepada perintah Allah SWT bahawa hendaklah kamu sentiasa memperbaiki saudara-saudara kamu. Maknanya, kalau ada perselisihan, hendaklah kamu mendamaikan antara kedua-duanya (surah Al-Hujurat ayat 10).

Sebagai umat Islam kita perlu mentaati pemerintah selagi ia tidak kufur kepada Allah. Tindakan menentang dan menyebakan keburukan kerajaan akan memberikan ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil peluang untuk mengganggu gugat urusan negara sehingga menimbulkan pelbagai ancaman.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0321&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

10 Responses

  1. Sudah nampak bila ada yang mahu menunjuk jalan kebenaran depa akan dicantas atau diamkan mereka supaya jangan terus bersuara.
    Bagi penyokong2 yang jumuk dan tidak mahu membuka sedikit minda yang Allah beri akan terus dibuai lena oleh setiap kata2 Nik Aziz yang banyak bercanggah dari pegangan Ahli Sunnah Waljamaah.
    Bila seorang Pemimpin politik yang cakap hanya cakap politik tapi dijadikan fatwa habislah.
    Kecelaruan dalam hukum islam akan jadi berantakan kerana penyokong2 beliau akan mengangap itu satu fatwa yang wajib diikuti.
    Bila Nuar Brahim melabelkan Nik Aziz sebagai ulamak terompah memang patut pun,bila dikaji semula setiap kata2 beliau banyak yang macam sampah.

  2. Salam !
    Biarpun lambat sy reply ….. sesungguhnya apa yang Ustaz sampaikan rasanya ada kebenarannya. Syukur pada ALLAH kerana memberi sedikit ruang utk saya menilai kebenarannya.
    Sebenarnya PAS atau UMNO sikapnya sama saja krn semuanya Melayu Muslim yg penuh dgn kerenah.
    Semuanya menyimpang jauh dari Landasan Agama kita. Betullah kerana politik semuanya menegakkan benang basah.
    Cuma sekarang UMNO lebih berpeluang untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam disamping mendisplinkan umat Melayu.
    Terima Kasih.

  3. Islam ada suruh main judi nombor? banyak jer toto dan magnum 4d di malaysia, genting ada kasino lg… smua neh dpt lesen dr sapa? arak bebas dijual di kdai serbaneka 24jam.. mungkin ustaz neh x pnah kluar dr kawasan pondok jd x tahu realiti malaysia sekarg… tmbahan pula ustaz baca akhbar utusan jd ustaz mgkin xtahu apa tugas editor di sana… tugasnya adalah untk edit berita supaya kaca pun nmpk seperti permata…

  4. Hari ini bila kita diberitahu mengenai sesuatu kelemahan pada manusia yang kita sanjung dan anggap semuanya mulia dan baik maka cepat-cepat kita menolak pandangan dan kritikan tersebut kerana perwatakan dan zahirnya alim telah menjadi diri kita taksub dengan idola tersebut. Seharusnya kita meneliti dan mengkaji kesan baik buruk apa yang diutarakan…jangan terlalu sempit dan mudah emosional dalam menilai sesuatu yang tak sehaluan dengan kita.Lihat fakta dan sejarah apa yang terjadi di Kelantan …hari ini sedikit demi sedikit sudah terserlah kebenaran…… Kadang-kadang gambaran luarannya indah tapi dalam nya terlalu buruk untuk dinukilkan……..sekian. refer to Kckdefella WordPress.

  5. Pada hari ni,kita tak nafi Kerajaan BN ada melakukan kesilapan dan kesalahan.Tapi kalau dianalisis dengan PR lagi penat. kenapa memberi hak samarata semua penduduk, PAS dah jadi WAHABi pemimpin memang WAHABI.
    Persoalan siapa lebih dominan dalam PR. Kita tengak hari ni kedudukan kerusi PAS hanya 23 , PKR 26 manakala DAP 29.Yang majoriti akan jadi Perdana Menteri.ISLAM KAH kita memberi DAP jadi PM.

  6. ولا تؤمنوا إلا لمن تبع دينكم

    DAP terang2 kafir
    UMNO terang2 islam.

    kata tok ayah lah geting pada hari sabtu lepas kepada satu rombongan dari puchong “sokong PAS pada masa sekarang ini sama juga dengan sokong DAP”….

  7. UMNO jelas2 tak mahu bawa Islam, sokong benda2 yg jelas2 bertentangan dgn Islam, sokong jual arak, beri lesen judi, dan yg paling besar tok mahu hukum islam dilaksanakn, ada dlm kitab kata benar judi, arak, dan benar tak laksana hukum Islam? Apa la yg ustz ni tak nmpak sgt.
    PAS tentang arak, judi, skong perjuang hukum islam dlm kitab2 imam syafie imam nawawi dan smua ulama2 ahlu sunnah. Bukan semua org dlm pas wahabi, tapi yg pastinya perjuangan wahabi tidak dilayan dlm pas, pas perjuangkn islam, perjuangkn kesatuan islam, tok guru walaupn org kata wahabi tanpa asal selidik, tia tetap perjuangkn kesatuan islam dan hukum islam spt yg belajar dlm kitab bukn perjuang wahabi, ramai lg ulama2 ahli sunnah dlm pas takkan kita nk tolak mrk. Umno ado ulama yg faham ahli sunnah ke? kalau ada kenapa ada ulama umno benar lesen judi, kena dgn ahlu sunnah ke tu?

  8. ???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

  9. ye ke ustaz.??

    kalau tok guru pondok kata cam gini bleh la kita main judi.. bleh main anak pompuan org kalu geng ngan menteri UMNO, boleh tkyah pakei tudong..sebab ramai menteri2 umno bini nya atau pemimpin pompuan tak pakei tudong, bleh pegi majlis ada arak dan maksiat, boleh jadi pelacur sebab ustazah dlm umno kata darurat boleh…, boleh minum arak..menteri umno ramai minum arak.., boleh pukul zalimi org sesukahtai sebab byk dah kes2 mcm ni berlaku..termasuk sultan yg dilindungi oleh umno

    “dengan kitab-kitab ulung Islam mengenai politik seperti tulisan Imam Nawawi, Sheikh Ibnu Hajar dan Imam Hambali yang jelas menunjukkan apa yang dilakukan oleh UMNO tidak bertentangan Islam. ”

    saya akan pastikan semua hukum hakam umno dituruti sebab tak bercanggah dgn syarak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: