Hassan Ali lupa rukun khutbah Jumaat dan Nik Aziz hina titah Sultan Selangor Jangan sentuh politik di Masjid

23695_1260290389092_1284647870_30603622_5626192_n.jpg

Kerana ghairah berpolitik, pembangkang sanggup mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya masjid dan surau di Selangor tidak digunakan untuk berkempen. Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali didakwa menyampaikan khutbah Jumaat berbaur politikdi Masjid Bukit Sentosa dan perkara ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi. Malah terdapat laporan yang mendakwa, Hassan juga terlupa membaca selawat yang merupakan salah satu rukun khutbah. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Beliau menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah. Kerana tidak meyakini barisan Pakatan Pembangkang, seramai 20 ahli Pas Kawasan Hulu Selangor mengumumkan meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembayaran pampasan atas pembelian tanah sebanyak RM50,000 kepada bekas peneroka Felda Sungai Buaya, melancarkan perlindungan insurans Islam kepada mereka dan menaja golongan belia menyertai kursus kemahiran vokasional. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan pembangkang menggantikan slogan Selamatkan Malaysia,’ kepada ‘Selamatkan Malaysia dari Anwar Ibrahim’ sumber http://www.utusan.com.my/