Beza Politik Nabi dan Nik Aziz di Masjid – Satu Penjelasan oleh Prof Dato Dr Ismail Ibrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya ingin mengajak saudara saudari warga Malaysia membaca apa yang telah ditulis atau diterbitkan oleh seorang tokoh akademik negara kita tentang polemik yang ditimbulkan oleh bantahan Mursyidul Am Parti Islam seMalaysia, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bila dilarang oleh Jabatan Agama Islam Selangor Darul Ehsan untuk menggunakan mana mana premis masjid dan surau didalam negeri Selangor untuk berkempen politik untuk Pilihanraya Kecil Parlimen P94 Hulu Selangor samada melalui majlis ceramah atau syarahan umum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AGAMA DAN POLITIK oleh Prof Dato Dr Ismail Ibrahim

Umat Islam, terutamanya para ulamak, apabila bercakap tentang politik dan Islam, hendaklah tahu membezakan apakah artinya politik dan agama menurut perspektif ajaran Islam yang sebenarnya tentang takrif Islam dan takrif politik itu?

Rasulullah SAW adalah sorang ahli politik, kerana baginda telah mengetuai umat Islam dalam semua urusan pemerintahan, terutamanya setelah membentuk kerajaan Islam di Madinah dalam tahun 622 M. Baginda mengetuai urusan pentadbiran, ekonomi, pertahanan, dan baginda juga sebagai panglima angkatan tentera, serta urusan lain.

Urusan dan tindakan baginda itu adalah tindakan mengenai pentadbiran dan politik pemerintahan negara. Baginda juga memerintah dengan penuh beradab dan sentiasa berpandukan ilmu dan hikmah, sebab itulah baginda tidak melakukan apa yang dilakukan oleh ahli politik hari ini, ketika “berpolitik” artinya taksub kepada politik partisan, taksub dan fanatik kepada puak dan parti sendiri sahaja, boleh mengutuk dan menjatuhkan hukuman kepada parti lawan dan ahlinya sebagai “sekular” dan sebagainya tanpa memahami pun apakah sebenarnya konsep sekularisme itu. Sebab itulah juga baginda Rasulullah SAW berucap, berkhutbah dan sebagainya dengan menyentuh isu-isu pemerintahan negara dan urusan rakyat, tetapi baginda tidak pernah berkasar kepada para pengikutnya, baginda sentiasa berlembut dan beramanah dengan ilmu dan hikmah tanpa mengatakan orang lain munafik, jahat, boleh mendoakan untuk kebinasaan parti lawan, dan sebagainya. Kalau berpolitik seperti baginda, maka memang tidak ada larangan untuk digunakan masjid dan sebagainya untuk memandu dan menasihati orang awam tanpa sebarang perbezaan.

Tetapi kalau berpolitik untuk mengata nista, mengutuk dan mencerca, maka jauhilah dari masjid yang menjadi kepunyaan semua orang Islam tanpa mengira parti politik, politik tidak mempunyai tempat untuk orang yang berfahaman politik partisan melulu, politik sempit yang tidak sejajar dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

Politik kepartian pada hari ini sebenarnya merupakan politik yang sering disalah gunakan, termasuk oleh para ulamak sendiri, iaitu apabila ianya dijadikan pentas dan platform untuk memusuhi lawan politik, memaki hamun dan melontarkan kata nesta kepada orang lain, iaitu satu tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.

Oleh itu tak usahlah para ulamak politik, atau sesiapa sahaja orang politik boleh mendakwa bahawa politik pada hari ini sama sahaja dengan politik pada zaman Rasulullah SAW, oleh itu ia juga sama dengan Rasulullah untuk bertindak dalam “kempen” politik, menggunakan masjid dan sebagainya untuk “berpolitik” sedangkan “politik” yang dibawanya adalah “politik kotor” penuh emosi, taksub dan fanatik melulu, terkeluar dari ajaran Islam seperti yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW.

Orang ramai tidaklah seharusnya keliru dengan berbagai-bagai fatwa dan ajaran ahli politik taksub kepartian ini, kerana niatnya hanyalah untuk mendapat sokongan untuk politik nya dan partinya, sedangkan orang Islam seluruhnya haruslah juga mengetahui bahawa parti politik itu bukanlah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia melalui Rasulullah SAW yang tidak boleh diingkari, dan ahli politik itu juga bukanlah “Pesuruh Allah” yang tidak boleh di-ingkari juga segala kata-katanya.

Parti politik adalah parti politik buatan manusia yang ada salah dan silapnya, ahli politik kepartian itu juga adalah manusia biasa yang tidak maksum, dan suci, malah mungkin lebeh kotor dari orang lain yang tidak taksub kepartian.

Ingatlah parti politik bukannya agama, dan ahli politik itu bukanlah Nabi atau Rasul. Berhati-hatilah dengan hakikat ini supaya hidup kita juga tidak menjadi sesat dan berdosa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Demikianlah cara orang yang bijaksana berfikir. Tidak taat membuta tuli atau taksub tanpa usul periksa akan agenda seseorang ahli politik itu.

Agama tidak menghalalkan memaki hamun dan memfitnah mana mana saingan politik. Diwaktu yang sama, adab bersiyasah tidak memberi ruang kepada mana mana penggiat politik untuk melakukan sesuatu yang bersalahan kepada hukum hakam Ad Deenul Islam mahupun melanggar tatacara dan adat resam turun temurun peradaban Melayu didalam berpolitik secara kasar dan penuh tipu daya dan muslihat semata mata mahu mengejar kuasa secara mutlak tanpa mengambil kira akan natijahnya terhadap anak bangsa dan negara.

Saya menyeru kepada saudara dan saudari para pembaca supaya menghayati isi kandungan artikel Prof Dato Dr Ismail Ibrahim ini dengan lebih mendalam lagi serta sebarkan kepada rangkaian kenalan anda.

Berbalik kepada persoalan tajuk ‘Yang mana satu ulamak dan yang mana pula ahlul politik?

Sudah dapat kenalpasti belum?

sumber : Mahaguru58 @ http://mahaguru58.blogspot.com/

7 Responses

  1. Dr Imail tu, tahu sanggah dan mengelirukan umat Islam jer tu…Pergi nasihat Pak menteri tu kan lagi bagus…suruh bini pak menteri pakai tudung ke, solat malam ke, jangan bersentuhan laki laki dan perempuan ke,…ni tidak..duk sibuk benda Tok guru buat tu semua nya salah. Tok guru x makan duit rakyat pun….tp Pak menteri tu ..nah tengok betapa bermewahan dgn duit income tax rakyat….apa daaaa punya Prof..daaaaa…kalau nak banding Tok guru Nik Aziz dgn dia huuuuu air kaki pun tarak lah….penghuni langit dan bumi serta ikan di laut sentiasa mendoakan kesejahteraan Tok guru Nik Aziz….bukan untuk Prof yg makan gaji buta tu ….hati pun buta juga?…hihihi pasal tu lah x nampak mana satu bini Pak menteri yg x pakai tudung …tutup auratlah Prof.

  2. Kepada “Labu”:

    Komen anda memang membuktikan apa yang ditulis oleh Dr. Ismail Ibrahim – menggunakan bahasa yang kesat sesama Muslim. Inilah bahana taksub politik kepartian, bukan politik Islam.

  3. Malaysia kini mana boleh tegur orang buat salah walaupun teguran secara berhemah. Bab tutuo aurat jadi hak peribadi walhal body kita pi hanya pinjaman yang diamanahkan Allah untuk menjaganya mengikut hukum Islam. Yang nak bertudung disekat, yang nak buka tudung diangkat.

    Ramai yang dalam IC agama Islam tapi menghina Islam dengan meminum arak, berjudi, dan terang-terangan tidak melaksanakan rukun Islam.

    Jika tiada akta melayu mesti Islam (banyak yang murtad pun)dan si murtad tidak boleh mewarisi harta pusaka, berapa kerat je umat Islam yang ada di Malaysia ni.

  4. Kalau tak guna platform politik kepartian, platform apa pulak boleh pakai. Awak bagi cadangan la cara mana ulamak-ulamak kita nak berdakwah dan betulkan kesalahan. Dia punya cara tegur melalui sistem demokrasi yang british buat ni, hormatlah cara dia. Awak ada cara yang lebih baik dari dia ke?

  5. Kalau cara nik aziz tak bagus, awak bagilah cadangan cara yang lebih bagus saya nak ikut awaklah. Awak jangan ingat orang tu dr ke prof ke, itu title je atau sejarah yang dia belajar dulu. Yang paling penting walau org tu spm ke srp ke tapi ilmunya sentiasa update. Prof ke Dr ke takda guna kalau ilmu tak diupdatekan. Fikirlah cara yang terbaik macamana, jangan kritik cara orang lain. Nik aziz tu pun akan ikut sapa pun kalau caranya lebih bagus.
    Saya bukan ikut nik aziz tapi cara nik aziz. Kalau Nik Aziz masuk umno, Nik Aziz pun saya hujah.

  6. Dari segala komen yg tertera maka dpt dirumuskan pandangan pmikiran tidaklah sewajibnya mewakili hukum Allah… Dr Ismail ni paham ke hukum Allah atau admin ni yg buta hukum… Bagi seorang yg bergelar TGNA sudah pasti beliau mendalami Ilmu Allah dan bukanya ilmu hisab or ilmu alam…
    Dengan dalil apa Dr Ismail menyatakan TGNA akan menyampaikan kempen kutuk mengutuk sekiranya dibenarkan berkempen dimasjid?… Lu pikir la sendiri…

  7. Alahai, ini orang Dr ismail ibrahim, semua kaki bodek, mana berani tegur itu najib dan bininya rosmah, alamat si ismail ibrahim tak dapat cari makan atau utk pentingan duniawi…sebebnarnya jika orang yg condong kpd umno, apa komen pun mesti utk bodek pemimpin um,no,lebih-lebih yg bertaraf menteri…nak cari faedah dunia semuanya…guna hukum islam sparuh-separuh, mana berani sokong hukum hudud dilaksanakan macam brunei sekarang apabila sultannya arah laksanakan hududu…jkalau si najib tu, dah jelas menentang hukum hudud, inilah orang yg amat disayangi dan duipuja oleh si ismail ibarahim…astagfirullah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: