Dr Asri sokong peguam syarie & kalimah Allah dalam ibadat untuk bukan Islam !

Dato Shahidan adalah tokoh  kuat bela Dr Asri ( gambar dari Blog Wan Saiful )

Saya ingin menarik perhatian sahabat sekelian tentang tokoh yang cuba menjadi popular di negara kita dengan fatwa peribadi yang jelas songsang dan menyesatkan. Tokoh yang popular tetapi tidak betul akidah dan syariatnya. Iaitu mantan Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin.

Dalam isu terbaru yang hangat di negara kita di mana bukan Islam telah cuba mendapatkan penghakiman mahkamah agar beliau dibenarkan menjadi peguam syarie, si Asri telah bangkit membela perbuatan peguam bukan Islam itu. Tulisan beliau amat mengecewakan dan jelas tidak sama dengan apa yang dipersetujui majoriti alim ulama negara kita. Lihat di sini http://drmaza.com/home/?p=1146 tulisan tersebut bertajuk ‘ulama UMNO bakar kapal

Adakah selama ini di mahkamah syariah, pihak bukan Islam yang mempunyai kes berkaitan Islam  gagal mendapat pembelaan di mahkamah ? atau ia satu cubaan untuk menjustifikasi persepsi negatif bukan Islam terhadapa peguam syarie muslim di Malaysia yang jelas hendak dilabel sebagai  tidak boleh diharap dan dipercaya ekoran tidak seagama dengan mereka ?

Dalam kes berkaitan sivil banyak peguam adalah bukan Islam mewakili orang Islam. Lihat sahaja Anwar Ibrahim sendiri menggunakan peguam kesemuanya bukan Islam dan ramai juga adalah kafir harbi bencikan Islam seperti Karpal Singh. Adakah keadilan yang dituntut itu telah gagal diperolehi gara-gara tidak mendapat peguam Islam  ?

Dalam isu perundangan mana mana peguam bela akan mewakili pihak yang dibelanya walau berbeda agama. Maka tidak timbul isu akan timbul pembelaan yang tidak mantap demi mengelakkan tohmahan terhadapnya khasnya dari penganut agama Islam sendiri. Ekoran dari ketidaksamaan ajaran agama antara pembela dan orang yang dibela.Kerana mereka diberi ganjaran untuk mencari jalan dan hujah di hadapan hakim agar keputusan berpihak kepada mereka.

Kita perlu menentang tokoh wahabi khasnya yang bijak menggunakan personaliti politik sebagai pembelanya seperti Asri ini. Beliau tidak layak dijadikan tauladan kerana sering biadap kepada Ulama/Mufti khasnya Majlis Fatwa Kebangsaan seperti isu Yoga di laman beliau ini http://drmaza.com/home/?p=505 Jangan kita melihat tindak tanduk mantan Mufti Perlis tersebut tanpa menilik risiko dan kesan jangka pendek dan panjang tehadap Islam yang tulen yang dianuti oleh kita sejak generasi ke generasi berasaskan kepada Mahabbah Ahli Bait yang merupakan ulama pewaris sebenar kenabian Penghulu segala Nabi iaitu Saidina Muhammad s.a.w. Usaha tokoh wahabi/tajdid agama khasnya Dr Asri ini sangat berbahaya dan perlu diperangi dengan mata pena kita.

Kenapa kita menentang tindakan peguam non muslim memohon menjadi peguam syarie ? Lihat tindakan Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang menentang keras tindakan peguam bukan Islam memohon menjadi peguam syarie, antaranya kerana ia boleh membuka ruang kepada permohonan keluar Islam oleh muslim di negara kita serta timbulnya cubaan menghina agama. Sila baca kenyataan penuh PGSM di sini http://peguamsyarie.org/?p=1356

Jika akhi/ukhtie masih ada rasa iman dan taqwa harap dapatlah menyertai usaha mendedahkan tindakan tokoh wahabi yang cuba mentajdidkan agama atas fahaman yang bercanggah dengan aliran asli Islam berasaskan logik dan mantiq dengan mengguna saluran politik selepas ditolak oleh bijak pandai alim ulama di negara kita.

Kecuali ulama politik yang telah melacurkan agama untuk nafsu jahat diri mereka dengan memakai pakain seperti ulama seperti Nik Aziz atau Hj Hadi.

Kepada Allah kita mohon agar dipelihara kesucian agama Islam, serta ketuanan bangsa Melayu yang mewarisi agama Islam serta teguh mempertahankannya dan juga ketinggian negara yang jelas berjasa besar kepada dunia Islam di akhir zaman yang penuh ketidakadilan oleh kafir harbi kepada negara Islam merata tempat di dunia.

Moga kebangkitan Islam tidak akan terganggu dengan cubaan agen barat proksi orientalis di negara kita yang mahu memadam cahaya Allah sedangkan Allah sesekali tidak akan membiarkan mereka memadamkan cahayaNYA walaupun tidak disukai oleh kafir musyrikin.

Allahumma ‘afiina min kulli bala walghoba walfahsya walfitan ma zohara minha wama batan.

Wallahu Waliyyuttaufiq !

Lihat kembali isu sebelum ini  berkenaan penentangan oleh NGO NGO Islam terhadap Dr Asri di sini http://www.pkpim.net/v4/ termasuk Persatuan Ulama Malaysia dan Persatuan Ulama Wilayah Persekutuan dan juga JAKIM

Senarai penuh ialah :

  • Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM)
  • Pertubuhan Muafakat Sejahtera (MUAFAKAT)
  • Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  • Yayasan Sofa Negeri Sembilan
  • Yayasan Jenderami
  • Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
  • Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  • Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
  • Persatuan Ulamak Malaysia
  • Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  • Yayasan Paksi Kedah
  • Persatuan Ulamak Kedah
  • Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
  • Persatuan Ulamak Wilayah Persekutuan
  • Institut Pengajian Tradisional Islam
  • Khalifah Institut
  • Lain lain isu yang berkaitan Dr Asri Zainal Abidin :

    1. Tidak wajib berpegang mana mana mazhab http://drmaza.com/home/?p=1142 (sila lihat jawapan kepada anti mazhab oleh JAKIM di sini http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/bahaya%20anti%20mazhab.pdf )
    2. Menyiarkan artikel menghina Sultan Selangor http://drmaza.com/home/?p=1127
    3. Isu kalimah Allah yang dibenar kepada Bukan Islam http://drmaza.com/home/?p=566
    4. Membenarkan kalimah Allah diguna dalam ibadat bukan Islam http://drmaza.com/home/?p=931 dengan komen :  Jika mereka akur Allah adalah Tuhan sebenar, lalu mereka memanggilnya dalam ibadat mereka maka seorang muslim tidak boleh mengganggu urusan ibadah agama lain. Walaupun Islam mempertikaikan kesyirikan mereka, tetapi kebebasan beribadah adalah hak setiap agama.
    5. Mengkritik Majlis Fatwa tentang isu Yoga http://drmaza.com/home/?p=505
    6. Mengkritik tangkapan khalwat http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/siri-1-membongkar-kesesatan-muftin-asri.html

    dan banyak lagi yang tidak larat hendak ditulis di sini.

    Umat Islam Malaysia lebih sejahtera tanpa Dr Asri dan Ulama Wahabi !!!

    Soalan dan Jawapan Isu Malaysia Negara Islam

    Pendahuluan

    Islam tidak membahagikan dunia kepada negara sekular atau negara Islam seperti yang difahami oleh sesetengah pihak.

    Al-Quran dan Sunnah hanya menyebut dan mengkisahkan tentang orang Islam dan orang kafir, bukan mengenai negara Islam dan negara bukan Islam.

    Oleh kerana itu ianya bukanlah menjadi perkara dasar untuk membincangkan sesebuah negara itu Islam atau bukan Islam, selagi ia menjalankan dasar-dasar yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam, menjaga hak orang-orang Islam dan bukan Islam serta melaksanakan keadilan.

    Oleh itu, definisi istilah negara Islam hanyalah menurut Ijtihad para ulama sahaja. Ulama muktabar menggariskan, negara hanya digolongkan kepada tiga iaitu negara Islam (Darul Islam); negara kafir yang berdamai dengan negara Islam (Darul Harb) dan negara kafir yang tidak memerangi negara Islam (Darul Ahd). Mengikut kaedah fiqah Islam, Darul Harb dan Darul Ahad adalah negara orang kafir.

    Mengikut definisi, Malaysia adalah negara Islam kerana diterajui oleh pemimpin beragama Islam iaitu Yang di-Pertuan Agong dan majoriti penduduk beragama Islam.

    Malaysia juga adalah anggota Pertubuhan Negara Islam (OIC).

    Satu-satunya negara di dalam dunia yang menjadikan Islam agama bagi negara ialah Malaysia kerana termaktubnya dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dalam fasal 3 Ugama Islam adalah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

    Definisi Negara Islam Menurut Ulama Mu’tabar :

    Oleh kerana tidak dinyatakan dalam al Quran atau as Sunnah, konsep negara Islam termasuk dalam perkara perkara ijtihadiyah iaitu hasil kefahaman ulama yang berkenaan.

    Antara pandangan ulama mengenai negara Islam adalah :

    a) Menurut Muhammad bin Hassan As-Syaibani (ulama terkemuka dari mazhab Hanafi), negara Islam ialah negara yang dikuasai oleh umat Islam dan orang-orang Islam beroleh keamanan di dalamnya.

    (Perlembagaan Malaysia Perkara 32 dan 39 memperuntukkan ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong itu mestilah seorang raja yang dipilih daripada kalangan raja-raja Melayu yang beragama Islam).

    Sejak merdeka, BN telah memperuntukkan jawatan-jawatan penting dalam jemaah menteri hanya dipegang oleh menteri yang beragama Islam.

    Kenyataan ini menepati pendapat ulama berikut :

    b) Menurut Syeikh Muhammad Abu Abu Zuhrah, “ Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan Islam, dalam mana kekuatan dan pertahanannya berada di tangan umat Islam.(Rujukan: Abu Zahrah. Syeikh, 164, hal. 377)

    Sekiranya dilihat (Pemerintahan ketenteraan di negara ini adalah di bawah pentadbiran orang Islam kerana jawatan tertinggi seperti Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera dilantik dari kalangan orang Islam. Angkatan tentera yang ditubuhkan ini mampu mempertahankan negara dan agama daripada pencerobohan serta menjamin keamanan dalam negara).

    Ramai ulama bersependapat sekurang-kurangnya negara Islam mestilah berketuakan orang Islam iaitu Wizaratul Tafwik (pembuat dasar) mestilah Islam seperti Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri. Wizaratul Tanfiz (Pelaksana dasar) seperti anggota jabatan kerajaan yang melaksana dasar tidak semestinya Islam.

    c) Dr Mohammad Said Ramadhan al-Buti ketika membuat kesimpulan mengenai berbagai definisi negara Islam merumuskan, pelaksanaan hukum-hukum syariah Islamiyah bukanlah menjadi syarat untuk mengiktiraf sesebuah negara itu sebagai negara Islam.

    (Oleh itu, jika ada yang menganggap hukum hudud tidak dilaksanakan di negara, hal ini tidak menggugurkan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam).

    Di dalam al-Quran menyatakan apabila dua puak berbalah, hendaklah dicari kata sepakat dan sekiranya kata sepakat telah dicapai hendaklah dipatuhi. Maka sekiranya ada mana-mana pihak tidak patuh, maka hendaklah diperangi.

    Di Malaysia, Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJFK) diiktiraf sebagai kata penentu atau kesepakatan. Maka, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 3-4 Februari 1986 telah mengambil keputusan bahawa Malaysia Adalah Sebuah Negara Islam.

    gambar Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan bersama YDP Agong pada 21 Mei tahun 2008

    Oleh itu, sesiapa yang menyanggah keputusan Jawatankuasa itu adalah melakukan satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah syariah.

    Pelaksanaan Malaysia Sebagai Negara Islam

    1. Dasar Penerapan nilai-nilai Islam.
    2. Sultan sebagai ketua Agama.
    3. Dasar Bersih, Cekap, Amanah.
    4. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pengurusan kewangan yang cekap.
    5. Negara Islam contoh.
    6. Kad perakam waktu (Punch Card).
    7. Azan dan Syiar Islam yang lain.
    8. Jabatan-jabatan yang menguruskan hal ehwal Islam di Malaysia.

    Antaranya ialah: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Mufti, Baitul Mal dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Tabung Haji, Perbankan Islam dan Jabatan Pendidikan Islam.

    Kelemahan Pas Berhubung Isu Negara Islam

    Dulu Pas menganggap kerjasama UMNO dengan parti komponen lain yang pemimpinnya bukan beragama Islam adalah amalan yang bercanggah dengan konsep negara Islam.

    Bagaimanapun, Pas kini menjalinkan kerjasama dengan DAP. Walhal, DAP dilihat cenderung menentang sebarang tindakan kerajaan yang menyumbang kepada pembangunan umat Islam di Malaysia.

    Malahan demi kepentingan politik dan mendapat sokongan daripada DAP, Pas akhirnya sanggup menggugurkan perkataan negara Islam dari manifestonya.

    Oleh itu, amat jelas Pas tidak bersungguh untuk menjalankan pentadbiran Islam sebaliknya hanya bermuka-muka.

    Keadaan ini berbeza dengan tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN contohnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir (ketika itu) telah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dalam Mesyuarat Agung Parti Gerakan.

    Mursyidul Am Pas, Dato Nik Aziz Nik Mat pernah berkata, jawatan Perdana Menteri tidak semestinya dipegang oleh orang Islam malah orang bukan Islam termasuklah daripada DAP boleh memegang jawatan tersebut.

    Ia secara jelas bercanggah dengan konsep negara Islam yang mewajibkan ketua negara adalah beragama Islam.

    Selepas Dr Mahathir bertanyakan di mana pelan induk Pas mengenai Islam, Pas terpaksa menerima desakan penyokong-penyokongnya. Pada 12 November 2003, Pas secara tergesa-gesa melancarkan satu dokumen negara Islam Pas yang sebelum itu tidak pernah wujud.

    Jika diperhalusi secara mendalam, tidak ada satu pun perkara baru yang dibawa oleh Pas sebaliknya semua perkara yang dinyatakan ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan telah pun dilaksanakan oleh kerajaan BN selama ini.

    Isu-isu yang Sering Diutarakan oleh Pas

    Isu Hudud

    Pas menuduh sistem kehakiman dan perundangan negara adalah perundangan sekular kerana tidak melaksanakan hukum hudud. Hudud menurut Pas seperti dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan jelas sekali mengikut citarasa sendiri, contohnya, Fasal 56 memberi pilihan orang bukan Islam memilih enakmen syariah atau tidak (sama dengan sistem kehakiman Malaysia).

    Manakala Fasal 68 mengenai syarat menjadi hakim syariah boleh juga dari kalangan hakim Mahkamah Tinggi Malaysia atau Borneo (iaitu hakim dalam sistem kehakiman Malaysia).

    Pas menuduh mahkamah sivil Malaysia sekular, tetapi Pas menerima pakai syarat kelayakan hakim mahkamah sivil yang sama untuk syarat kelayakan hakim syariah di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.

    Pas menuduh pemimpin UMNO menolak hudud. Kerajaan pimpinan UMNO sudah berkali-kali menyatakan mereka tidak menolak hudud kerana hudud adalah hukum Allah.

    Pemimpin UMNO menegaskan, mereka tidak menerima dan tidak bersetuju dengan hukum hudud ciptaan Pas. Sebahagian daripada hudud Pas bertentangan dengan ajaran Islam. Antaranya ialah :

    a. Fasal 56(1), Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan menyatakan hukum hudud Pas hanya berkuat kuasa kepada orang Islam. Ini bertentangan dengan hudud Allah yang berkuatkuasa tanpa mengira Islam ataupun bukan Islam.

    b. Mukalaf mengikut Pas adalah mereka yang berumur 18 tahun sedangkan dalam mazhab Syafie syarat untuk mukalaf ialah cukup umur (baligh) dan sempurna akal (tahu membezakan yang baik dan buruk).

    c. Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan mempunyai kekurangan kerana hukuman bagi penderhaka kepada kerajaan (Bughah) tidak diperuntukkan di dalam enakmen tersebut.

    Penjelasan :

    a. Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan hukum Jenayah Islam seperti hukum Takzir, qisas (bunuh dibalas dengan bunuh) dan beberapa hukum hudud seperti hukuman ke atas penderhaka Kerajaan (Bughah).

    Contohnya, orang berzina dan meliwat tetap dihukum dengan hukuman Takzir, cuma tidak disebat 100 kali. Ini merujuk kepada istito’ah (keupayaan) untuk melaksanakan hukuman tersebut ke tahap maksima (tertinggi).

    b. Sabda Rasulullah saw: dan apa-apa perkara yang telah diperintahkan ke atas kamu untuk melaksanakannya, maka laksanakanlah mengikut kemampuan kamu.

    Isu Sumber Haram Dalam Negara

    Pas mendakwa Kerajaan Malaysia memperolehi pendapatan daripada sumber kegiatan haram seperti judi dan arak.

    Penjelasan

    a. Malaysia sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu perkara berhubung hukum-hakam Islam.

    Pengeluaran lesen arak dan judi adalah bertujuan supaya penjudi-penjudi dan pembuat-pembuat arak tidak bermaharajalela dalam negara ini.

    Lesen arak adalah sebagai ikatan antara mereka dengan pihak kerajaan.

    b. Khalifah Umar al-Khattab sendiri pernah menyuruh pengutip-pengutip cukai mengutip cukai arak dari orang bukan Islam pada zamannya sebagai cukai al-Kharaj. Lihat tulisan al-Qurasyi dalam kitabnya al-Kharaj.

    c. Cukai ke atas barang haram seperti arak, judi, babi dan lain-lain tidak menjejaskan atau mencemari sumber hasil halal yang lain. Hujah ini berasaskan kias iaitu air yang melebihi dua (2) kolah tidak menjadi najis melainkan berubah warna, bau dan rasanya.

    d. Cukai judi dan arak bukanlah sumber utama pendapatan kerajaan. Malah Kerajaan Nabi Muhammad saw juga mengenakan cukai kepala (Jizyah) ke atas orang kafir.

    Cukai tersebut bukan sumber utama pendapatan kepada kerajaan Nabi Muhammad saw tetapi ia adalah sumber denda secara tidak langsung.

    e. Pas menyatakan bahawa Kerajaan BN lebih banyak mengeluarkan lesen arak daripada kerajaan Pas Kelantan dan Terengganu.

    Persoalannya, jika Pas pernah mengeluarkan fatwa dengan menyatakan bahawa segala sumber pendapatan daripada hasil judi dan arak adalah haram, mengapa Kerajaan Pas masih mengeluarkan lesen arak di Terengganu?

    f. Orang Islam tetap dilarang dan boleh didakwa di mahkamah jika melanggar hukum Islam seperti minum arak dan menagih dadah.

    Tetapi Kerajaan tidak berdosa sekiranya ada dari kalangan individu Islam yang melanggar hukum Allah itu. Islam tidak diturunkan Allah ke atas negara tetapi ianya diturunkan ke atas individu.

    Kedudukan Bukan Islam di dalam Negara Islam

    Ahli Zimmah

    a. Mempunyai hak-hak untuk beragama, mendapat pekerjaan, mendapat pendidikan, pembelaan perubatan dan perlindungan.

    b. Wajib untuk taat setia kepada kerajaan, patuh pada peraturan, menghormati syiar Islam dan membayar cukai.

    Al Must’aman

    a. Wajib menghormati syiar Islam, tunduk dan patuh kepada peraturan, tidak campur tangan masalah politik, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya di negara tersebut terutama yang bercanggah dengan undang-undang Islam.

    Kesimpulan

    Berdasarkan sejarah pemerintahan di Zaman Rasulullah dan Khalifah Umar al-Khattab, definisi para ulama, kandungan perlembagaan (Islam agama Persekutuan), sistem pemerintahan negara (Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Menteri-menteri kanan beragama Islam), sistem perundangan negara dan perakuan tidak langsung dalam Dokumen Negara Islam PAS, jelaslah Malaysia adalah negara Islam.

    Tambahan pula pembangunan fizikal dan pembangunan rohani terus dilaksanakan di Malaysia.

    Selain masjid, surau dan jabatan agama, Malaysia memastikan umat Islam dapat menunaikan kewajipan menuntut Ilmu di sekolah, kolej, universiti dan pusat latihan kemahiran.

    masjid Sultan Mizan adalah masjid terbaru dibina di Putrajaya lambang komitmen Kerajaan martabatkan Islam

    Umat Islam bebas mengamalkan ibadat dan hidup aman bersama pelbagai kaum lain.

    Sebab itu, seluruh dunia mengenali Malaysia sebagai negara Islam.

    Nota :

    Berikut hujah Pas dalam mempertikaikan pengisytiharan Malaysia sebagai negara Islam :

    Pengisytiharan negara Islam oleh Perdana Menteri membuktikan bahawa kedudukan Islam akan kekal di bawah perlembagaan, bukan lebih tinggi daripada perlembagaan.

    Dalam perkara 4 Ceraian (1) dengan jelas menyebutkan bahawa: Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.

    Jawapan :

    Pas juga telah mengiktiraf Perlembagaan yang ada ini. Sila lihat undang-undang tubuh Pas fasal (11).

    Al-Quran dan Hadis boleh diatasi oleh undang-undang dan peraturan manusia. Jika sesuatu perkara timbul dan ianya bercanggah dengan undang-undang dan peraturan yang sedia ada, maka al-Quran dan Hadis akan tertolak.

    Jawapan :

    Al-Quran dan al-Hadis adalah kalam Allah yang tinggi dan mulia bukan untuk dipamer dalam mana-mana peraturan hidup manusia dan setiap mukmin hendaklah menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai rujukan hidupnya, sama ada ditulis atau tidak.

    Al-Quran dan Hadis tetap dengan kedudukan tertinggi itu sebagai pegangan dan tidak boleh menjadi perlembagaan atau disamakan tarafnya.

    UMNO berpendirian bahawa negara ini telah Islam sejak Kerajaan Melaka kerana jika sesebuah negara itu pernah diperintah oleh kerajaan Islam maka cukup untuk mengiktirafnya sebagai negara Islam.

    Kalau begitu, kita juga boleh namakan Itali sekarang sebagai sebuah kerajaan Islam kerana suatu ketika dahulu Rom pernah diperintah oleh Islam. Begitu juga dengan Sepanyol dan Pattani.

    Jawapan :

    Jelas sekali fakta Pas salah kerana tidak pernah dalam sejarah, Rom diperintah oleh Islam. Manakala selepas penjajahan Barat, negara seperti Sepanyol dan Pattani tidak pernah diperintah oleh mana-mana kuasa Islam.

    Analogi Rom, Sepanyol dan Pattani tidak sesuai dengan isu ini. Berbalik kepada persoalan asal, Malaysia kini dikuasai dan ditadbir oleh orang Islam.

    Sumber : http://www.pemudaumno.org.my

    Update : Gambar Abuya Ashaari Mursyid Al Arqam tersenyum dikapankan – Al Fatihah

    

    wajah orang Soleh ketika mati sangat tenang kerana gembira menemui kekasihnya selama lamanya….

    Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
    (  سورة آل عمران  , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #169)

    gambar kubur tempat jasad Abuya Ashaari disemadikan di Pilin Negeri Sembilan semalam.

    Semalam juga Habib Ali Batu Pahat telah meninggal dunia seperti laporan blog ini http://melayucyber.blogspot.com/2010/05/habib-ali-batu-pahat-telah-kembali_13.html

    Baru sebentar tadi dapat sms yang membawa khabar sedih iaitu al-‘Arifbillah al-Habib Ali bin Ja’far al-Aydrus Batu Pahat telah kembali kerahmatuLlah pada jam lebih kurang 5.10 petang, 28 JumadilUla 1431H/ 13 Mei 2010.

    Allahu Allah …

    setelah 40 hari pemergian al-Quthub al-Iman al-Allamah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf.

    Belum lagi terubat kesedihan atas pemergian al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, kini menyusul pula al-Habib Ali bin Ahmad al-Aydrus, Batu Pahat. Allahu Allah ……

    Musibah! Musibah! Musibah buat umat apabila kekasih-kekasihNYA satu persatu kembali kepadaNYA

    Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim. [Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi]

    Rupa-rupanya dua ulama besar Malaysia telah pergi menemui Allah Taala semalam….

    JEJAK-JEJAK ISLAM LIBERAL SERTA CABARANNYA TERHADAP UMAT ISLAM DI MALAYSIA


    Oleh

    Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin[2]

    Muqadimah

    Keistimewaan yang ada pada bangsa Melayu di Malaysia adalah aqidah Islam yang telah sedia  ada pada mereka. Kebanyakan orang Melayu dilahirkan dalam agama Islam. Keistimewaan ini malah termaktub dan diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan yang antara lain membawa maksud bahawa orang-orang Melayu adalah Islam, selagi seorang itu berbangsa Melayu, dia adalah seorang beragama Islam.[3]

    Ancaman liberal di Malaysia dan hakikatnya[4].

    Setiap tamadun di dunia ini selalunya menjadikan agama sebagai substensi atau materi utama bagi pengisian yang menjadi tonggak utama kemandirin tamadun tersebut. Unsur mistik dan teologis-metos banyak digunapakai. Kata Marvin Perry,

    “Religion lay at the center of Mesopotamian life. Every human activity-political, military, social, legal, literary, artistic-was generally subordinated to an overriding religious purpose”[5]

    Pada asasnya sekularisasi umat Kristian di barat adalah punca berlakunya budaya liberalisme. Tokoh-tokoh sosial-ekonomis seperti John Locke, Rouueau, Thomas Hobbes dan Descartes (ahli matematik) bersepakat dalam melegitimasikan sekular sebagai penyelesai kongkongan gereja dan monarki beraja.

    Pada asalnya liberalisme hanya diperkata dalam hal ekonomi kerana tokoh falsafah barat tersenarai di atas telah mengasaskan satu paradigma baru iaitu kapitalisme. Kapitalisme adalah suatu permikiran yang bertunjangkan liberal (bebas dari kongkongan kerajaan dan gereja). Bermula juga peperangan terhadap budaya lama, ekonomi lama,  politik lama, cara beragama yang lama serta mengkritik beberapa warisan tradisi mereka sendiri. Pada asalnya hanya memandang budaya perhambaan sebagai suatu yang keji, mereka terus mengorak langkah berlebihan iaitu terus memerangi sebarang warisan nenek moyang mereka termasuk agama. Bagi mereka sekular adalah positif. Tokoh Kristian Indonesia Tom Jacobs SJ berkata,

    “ Revolusi Perancis bererti mendirikan negara sekular. Seluruh proses ini khususnya sekitar proses revolusi, tidak hanya  terang bersifat anti gereja, tetapi juga anti agama. Namun begitu usaha ke arah sekularisasi belum bererti sesuatu yang negatif”.[6]

    Di Malaysia mungkin belum lagi menjadi seperti di Indonesia yang jelas bertuhankan Islam Liberal. Barat mengklasifikasikan ajaran Abdurrahman Wahid dan Nurkholish Madjid sebagai ajaran yang akomondasionisme, Pembaharuan Islam, progresif dan Liberal. Maka muncullah satu aliran rangkaian penganut Islam munafiq yang berteraskan liberalisme.

    Ada penulis atau pemikir tertentu yang menentang sistem kapitalis dan ajaran liberalisme agama atas nama menentang liberal sebaliknya seolah mengajak masyarakat ke arah sistem komunis, sosialis dan seumpamanya. Tokoh ala syiah yang pro komunis ditampilkan, tokoh ekonomis haluan kiri dipamerkan. Sedar atau tidak mereka sebenarnya mempromosikan liberalisme! Komunis dan sosialis juga adalah golongan liberal malahan lebih dahsyat lagi. Mereka kononnya tidak liberal dalam ekonomi kerana menjaga ekonomi dan hak rakyat, sebaliknya mereka menentang agama, kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dunia, serta bertuhankan akal!

    Faktor – Faktor Utama Permasalahan Aqidah Melayu di Malaysia

    • Penjajah yang berjaya meninggalkan kesan ideologi sekular dalam minda kebanyakan masyarakat Melayu di zaman penjajahan dahulu.
    • Tuntutan kemerdekaan yang dibuat atas dasar mengikut telunjuk penjajah yang mengekalkan sistem penjajah.
    • Pengekalan sistem pelajaran yang berteraskan sistem sekular yang memisahkan pelajaran dengan agama Islam itu sendiri.
    • Majoriti masyarakat Melayu menuntut ilmu di sekolah-sekolah kerajaan yang mengamalkan sistem pelajaran sekular ini yang jelas mengabaikan penekanan dari aspek ketuhanan, aqidah tauhid dan kerohanian.
    • Akibat dari sistem pelajaran yang asasnya sekular ini, masyarakat Melayu tidak mantap aqidahnya.

    Serangan Pemikiran Islam Liberal Yang Berjaya Menembusi Otak Pemikiran Masyarakat Melayu

    Ianya bermula dengan tumpasnya orang-orang Melayu Indonesia terhadap ajaran Islam liberal ini. Di Indonesia, gerakan Islam liberal diperjuangkan oleh para sarjana yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam malah berkhidmat di Institusi Pengajian Islam. Akhirnya pemikiran yang sesat ini berjaya berenang ke Malaysia.

    Di Malaysia, penjajah bersama unsur-unsur penyelewengan pemikiran yang dibuat kuasa barat telah berjaya memasukkan fahaman kebendaan, fikiran bebas (free thinking), sekularisme, pemisahan agama dari cara hidup, yang sekaligus membawa kepada pembebasan diri dari hidup beragama atau liberal.[7]

    Akibatnya ramai dikalangan masyarakat Melayu suka hidup bebas dari kongkongan agama kononnya dan diketika itulah fahaman Islam liberal berjaya mengambil tempat dalam hati segolongan masyarakat Melayu di Negara ini.

    Meskipun kumpulan Islam liberal yang masih minoriti di Malaysia ini, tidak berani membuat pengishtiharan terbuka seperti di Indonesia yang secara terang-terangan menamakan diri mereka sebagai Jaringan Islam Liberal (JIL), namun cukup untuk menggambarkan keberadaan mereka di Malaysia apabila mereka begitu lantang dalam menyuarakan anutan mereka, umpamanya, al Quran mesti ditafsir semula agar sesuai dengan zaman semasa, al Quran kebanyakannya ditafsirkan lelaki, sebab itu berlakunya penindasan ke atas kaum wanita. Wanita mesti menafsirkan al Quran mengikut cara berfikir wanita.[8] Bagi mereka, hak kebebasan beragama adalah orang Islam berhak samada untuk mengikut ajaran Islam atau mengabaikannya.

    Mereka juga menentang poligami habis-habisan, hukum faraid di dalam al Quran  perlu kepada tafsiran yang baru kerana hukum itu terlalu berpihak kepada lelaki dan kepentingan lelaki. Undang-undang Keluarga Islam menzalimi kaum wanita, Al Quran mesti dibaca dengan kritis, jangan kita ikut semua yang terdapat dalam al Quran, kita boleh mengkritik al Quran, mereka juga menentang kewujudan Mahkamah Syariah dan usaha ke arah penubuhan Negara Islam.

    Hak kebebasan murtad[9] hendaklah diberi kepada masyarakat Melayu agar mereka juga bebas memilih agama mereka sendiri, malah mereka juga meragui peribadi RasuluLLAH SAW. Ayat-ayat al Quran yang berkaitan dengan hukum hudud disifatkan sebagai metafora dalam al Quran. Islam bukanlah satu-satunya agama yang benar, semua agama adalah sama,[10]semuanya masuk syurga. Golongan ini juga menuntut agar penggunaan nama Allah di benarkan kepada agama –agama selain Islam khasnya agama Kristian.

    Jejak-Jejak Liberalis di Malaysia

    • Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Faiza Tamby Chik, dalam keputusannya menolak permohonan seorang wanita yang bernama Azlina Jailani (Lina Joy) untuk menggugurkan perkataan Islam[11]dalam kad pengenalannya telah memberi alasan bahawa, sebagai seorang Melayu dia tidak boleh meninggalkan agama Islam.[12]
    • Mereka berani mengadakan Forum terbuka mempertikai peruntukan Artikel 121(1A). Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) pernah  menyokong tindakan Pemuda UMNO Johor dan PAS Johor yang lantang membantah penganjuran forum awam anjuran kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Article 11..PUMPP sama sekali tidak dapat menerima kenyataan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah yang menyatakan bahawa penganjuran forum tersebut adalah bertujuan mengadakan perbincangan mengenai perlembagaan dan  memberi nafas kepada perlembagaan. PUMPP berpendapat kenyataan adalah suatu pembohongan semata-mata dan kumpulan Artikel 11 berselindung di atas nama  perundangan perlembagaan membawa agenda dan kempen yang secara langsung menghina Islam dan Syariah dan menyentuh sensitiviti masyarakat Islam[13].
    • Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;  Majlis Peguam (Bar Council)  Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh.  Malaysian Women Power Organization , National Council of Women Organization  All Women Action Society , Sister in Islam ,Women Health Organization Women Council of Change Women Developmen for Change, Pergerakan Hak Asasi RakyatMalaysia (Suaram)[14].
    • Satu Forum berat sebelah berkaitan mencabar Mahkamah Syariah dilakukan di  Armada Hotel PJ Tarikh: 7 Jun 2007  Masa: 7.30am
      Panelis YB Lim Kit Siang – DAP Tan Sri Khalid Ibrahim – PKR Lim Guan Eng – DAP Ambiga Sreenavasan – Bar Council Yusri Muhammad – ABIM
      Leonard Teoh – Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism PM Dr Azmi Sharom – Pensyarah Undang-undang UM, Pengerusi forum ialah Tony Pua DAP.

    Dokongan Moral Dan Material

    Golongan liberal ini mendapat dokongan moral dari pelbagai individu sehingga ada dikalangan pemimpin-pemimpin politik yang sealiran dengan mereka menyokong kuat gerakan liberal ini. Mereka juga mendapat dokongan material seperti dokongan yang dibuat antaranya oleh Konrad Adenauer Foundation (KAF), Asia Foundation, Beckerd Fund, USIA dan USAID.

    Tokoh-Tokoh Liberal Melayu

    Zainah Anwar (Bekas Pengerusi Eksekutif Sisters In Islam-SIS), Nik Noraini (SIS) Zaitun Kassim (Toni), Hishamudin Rais, Marina Mahathir, Anwar Ibrahim, Mustaqim (Middle Eastern Graduate Centre), Chandra Muzaffar (JUST), Khalid Jaafar (IKD), Haris Ibrahim (Peguam-Majlis Peguam), Zaid Ibrahim (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri), Malik Imtiaz Sarwar (Peguam Bela- Kahar Mengaku Nabi), Farish A Nor (Penulis), Kassim Ahmad (IQRA’-Anti Hadith), Yasmin Ahmad (Pengarah Filem-antaranya GUBRA).

    Meskipun demikian kita mesti berhati-hati dengan mereka yang tersenarai ini, kerana jarang sekali mereka mengakui bahawa mereka menganut fahaman liberal.

    Perjuangan liberal banyak menjerat banyak organisasi Islam[15]

    Tahukah kita, di mana-mana negara umat Islam berlaku banyak gerakan hak asasi dan keadilan-sosialistik yang aktif sebenarnya membawa agenda liberalisme. Kadangkala jamaah Islam mahupun badan-badan dakwah umumnya telah bekerjasama dengan mereka demi memperjuang hak kemanusiaan dan menentang kezaliman. Antara slogan dan tema perjuangan mereka adalah;

    • Free media (pembebasan hak media massa)
    • Free women (emansipasi gender)
    • Free press (liberalisasi media cetak)
    • Free religion (menyamaratakan antara agama, asas perjuangan sekularisme barat).
    • Free politic (politik ala anarki, haluan kiri yang lebih bersifat kritikal dan radikal).

    Mungkin hal ini smua menjadi dilema gerakan Islam juga di Malaysia. Pentingnya pendokong gerakan Islam untuk berhati-hati agar strategi melawan kezaliman dan himpitan tirani bertukar menjadi penggadaian nilai agama satu demi satu.

    Hari ini mereka bertindak seperti ahli a’dli yang ingin mengadilkan sistem yang ada dalam Islam serta menentukan yang mana cocok yang mana yang tidak releven diaplikasi dalam negara ini. Mereka mampu bekerjasama dengan golongan bukan Islam untuk mengadili sistem agama Islam kita.

    Perang psikologi dalam peperangan liberal.

    Barat akan terus melancarkan serangan melalui liberalisasi norma dan minda umat Islam[16]. Mereka menanam minda inferior ke dalam lubuk hati umat Islam. Umat Islam Malaysia akanrasa tidak yakin dengan sistem Islam, aqidah Islam, rasa tidak logik dan terkongkong. Antara doktrin yang berjaya mereka tanamkan;

    • Rasa ortodoks jika beramal dengan syiar Islam seperti pakaian ala muslim yang menutup aurat.
    • Rasa konservatif jika pendapat kelihatan tegar dan tidak pragmatif apabila berhadapan dengan isu liberal seperti bayi tabung uji, pengklonan dan sebagainya.
    • Rasa sistem feudal beraja di Malaysia adalah mengongkong dan ketinggalan zaman. Raja yang menjadi simbol dan kubu agama Islam dianggap sebagai tugu sahaja.
    • Ekonomi beradab dianggap ketinggalan zaman sebaliknya sistem kapitalisme dianggap sebagai rukun ekonomi baru.
    • Politik haluan kiri dikatakan ubat untuk melawan doktrin lama yang ala kapitalisme. Akhirnya mereka membawa idea liberal agama yang lebih buruk lagi.
    • Akhirnya mereka menanam rasa benci kepada ulama’, pemikir Islam, sistem pengajian Islam dianaktirikan, buku agama dipinggirkan di pasaran, Al quran diselewengkan, ajaran Islam Hadhari yang bertopengkan liberalisme dipamerkan. Daripada liberalisasi norma dan nilai, bertukar kepada liberalisasi aqidah di Malaysia.

    Khitamah

    Musuh-musuh Islam tidak akan berdiam diri. Langkah mereka untuk mengadakan forum sensitif terbuka berkaitan memeluk Islam akan terus dilakukan kerana perencanaan sebegini adalah perencanaan sedunia dan bersepadu. Umat Islam perlu bersatu atas nama aqidah untuk membenteras dan mempertahankan sistem syariah kita.

    Justeru usaha seumpama ini mestilah di perhebatkan dari masa ke semasa agar kita berjaya memahami serangan pemikiran dari pihak musuh serta menyusun gerak kerja agar musuh-musuh Islam ini dapat ditewaskan.


    [1] Dibentangkan dalam Program Bengkel Aqidah, di USM, pada 20hb Julai 2008.

    [2] Ustaz Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin adalah Pengerusi Badan Anti iFC (BADAi).

    [3] Artikel 160 (2), Perlembagaan Persekutuan

    [4] Sebahagian kertas kerja ‘Bagaimana Paradigma Liberalisme memasuki kosmo hidup umat Islam Malaysia?’ oleh Muhammad Nuruddin Bashah (Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ))

    [5] Dipetik daripada tulisan Adian Husaini MA, Sekularisasi Dan Liberalisasi Islam –Cabaran tamadun Melayu.

    [6] Ibid

    [7] Siri Serangan Pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme Agama, Riduan Mohamad Nor/Ahmad Adnan Fadhil, m.s.

    [8] Librelisma/Pluralisma,Prof Madya Dr. Idris bin Zakaria (UKM), terbitan Jabatan Mufti Pulau Pinang.

    [9] Risalah Bantah IFC Terbitan ACCIN. Dan memorandum MCCBCHS kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001

    [10] Siri Serangan Pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme Agama,Riduan Mohamad Nor/Ahmad Adnan Fadhil, m.s. 36

    [11] Saya berpandangan bahawa keistimewaan ini mesti dipertahankan oleh umat Islam, malah mencadangkan agar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan ini diperkukuhkan.

    [12] Berita Harian, Selasa, 24 April 2001, m.s.

    [13] KENYATAAN MEDIA Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang pada 19 Julai 2006 oleh Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor (Yang Dipertua PUMPP)

    [14] Fakta yang terkandung dalam tulisan ini diringkaskan berdasarkan daripada (1) kupasan kes Murtad Azlina Jelani (Lina Joy) yang dibincang dihadapan peguam-peguam Islam Malaysia & organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang hadir pada taklimat pada 12-Julai-2006 di Bilik Mesyuarat Mahkamah

    Syariah Kuala Lumpur, serta, (2) berdasarkan kupasan kes yang telah dibentang & dibincangkan bersama Saudara Zulkifli Nordin pada 09-Julai-2006 di Surau As Sakinah TamanTTDi Jaya, Shah Alam.

    [15] Sebahagian kertas kerja ‘Bagaimana Paradigma Liberalisme memasuki kosmo hidup umat Islam Malaysia?’ oleh Muhammad Nuruddin Bashah (Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ))

    [16] Rujukan terbaik adalah buku  Dr. Saadduddin Al sayyid Salih, strategi musuh Menentang Islam Darul Nu’man 1996.

    Sumber : http://skuad.wordpress.com/page/3/

    Edisi Khas : Video dan Berita Sultan Selangor Yang Murka Terhadap Mursyidul Am PAS Pertikai Titah Baginda !!!

    video : http://www.youtube.com/watch?v=utQdFHovdOI&feature=player_embedded

    Elak datang ke Selangor jika enggan patuhi larangan berpolitik di masjid: Sultan Sharafuddin

    sultan-selangor.jpg

    SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah larangan penggunaan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat untuk berpolitik adalah bertujuan untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat umat Islam.

    Baginda bertitah, sekiranya seseorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang ditetapkan di Selangor ini, mereka perlu mengelakkan diri daripada datang ke Selangor. Titah baginda, ini adalah kerana masjid dan surau adalah tempat umat Islam berkumpul bagi melakukan amal ibadat di samping mengeratkan silaturahim sesama mereka. Justeru, titah baginda, walaupun tiada halangan bagi rakyat dari negeri lain datang ke Selangor untuk bermastautin atau mencari rezeki, mereka perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di Selangor.

    “Di sini, Beta ingin mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan terhadap titah Beta supaya tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik kerana ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah Beta itu dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.

    “Sekiranya masjid dan surau dibiarkan untuk digunakan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemar kesucian masjid seperti caci-mencaci, fitnah-memfitnah, tohmahan yang tidak berasas, memburukkan keperibadian seseorang dan sebagainya,” titah Baginda.

    Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, di sini, pagi ini.

    Isnin lalu, Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mempertahankan kenyataannya semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor minggu lalu bahawa isu politik boleh dibincangkan dalam masjid yang menjadi institusi dalam masyarakat Islam.

    Katanya, politik tidak semestinya terhad kepada hal membabitkan parti semata-mata, sebaliknya merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat. -BH

    1. Jelas DYMM Sultan Selangor amat murka terhadap pihak yang telah mempertikaikan titah Baginda berhubung larangan menjadikan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik.

    2. Titah Baginda adalah sangat penting untuk ditaati oleh semua pihak tidak kira dari UMNO , PAS dan PKR demi menjaga kesatuan ummat yang berada di bawah naungan DYMM Al Sultan.

    3. Sindiran dalam titah Baginda jelas ditujukan kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mengaitkan larangan berpolitik di masjid adalah karut atau ditinggalkan oleh penjajah.

    4. Hingga kini Nik Aziz bukan setakat biadap terhadap Sultan Selangor bahkan kalau kita teliti Nik Aziz juga pernah menghina Nabi Muhammad s.a.w dengan mengaitkan baginda dengan amalan kronisme semasa isu perlantikan menantunya Ariffahmi menjadi CEO PMBK sebelum ini.

    5. Panglima sebagai rakyat yang bermastautin di Selangor merafak sembah terhadap DYMM Sultan atas titah yang begitu ditunggu oleh kami sekelian sebagai rakyat yang cintakan perpaduan dan bencikan perpecahan.

    6. Selaku Ketua Agama sememangnya DYMM Sultan berhak menetapkan larangan agar tidak ada pihak menyalahgunakan masjid dan surau untuk dijadikan tempat menyebarkan politik kebencian yang tidak pernah wujud di zaman Rasul dan Sahabat.

    7. Marilah kita bersama sama menjunjung titah baginda Al Sultan ini dan memastikan tiada pihak yang akan terus ingkar dan biadap terhadap Ketua Agama Islam bagi Negeri Selangor khasnya dan seluruh Malaysia amnya.

    Daulat Tuanku !!!

    Panglima Perang Cyber

    Khamis 29 April 2010 5.45 pm