KEJAHATAN WAHHABI & HIZBUT TAHRIR DI PALESTIN DAN GAZA

Pembongkaran Ekslusif yang perlu kita tahu. Bila umat Islam di Palestin melalui HAMAS telah hampir berjaya ketika itulah Wahhabi mengutuskan gerakannya untuk memecah-belah Umat Islam di Palestin dengan idealogi WahabiSalafi mereka yang memperok perandakan kesatuan umat Islam.

Berkata Dr. Yusuf Qardawi apabila ditanya mengenai peperangan yang berlaku antara HAMAS dan WAHHABI (Masjid Ibnu Taimiah&Golongan Ansarrullah&SalafiyyahWahhabiyyah)

Dr. Yusuf Qardawi menjawab:

” Saya amat yakin bahawa HAMAS dalam melawan tindakan terhadap golongan itu (Wahhabiiyyah Salafiyyah) HAMAS telah melakukan sesuatu yang amat benar, HAMAS telah banyak kali menasihat jemaah tersebut ( SalafiyyahWahhabiyah) agar tidak menyerang saudara Umat Islam, memadai umat Islam menentang dan meyerang Yahudi Israeil sahaja bukan bergaduh sesama sendiri.

HAMAS telah banyak kali membawa para ulama dan pemerintah Islam berbincang dengan jemaah ini (SalfiyyahWahhabiyya) tetapi mereka (Wahhabi) tidak mempedulikan dan tidak pandai/ Mereka (SalafiyyahWahhabiyyah) itu tidak pandai mengenai Fiqh Jihad sama sekali. Kepada merekalah saya tujukan kitab Fiqh Jihad. Kerana mereka (SalafiyyahWahhabiyyah) memahami fiqh jihad itu adalah memerangi umat Islam. Buktinya ketikamana Yahudi merampas Gaza kita langsung tidak mendapati mereka (salafiyyahWahhabiyah) itu membantu umat Islam Palestin samaada secara pergorbanan,peperangan atau apa-apa sumbangan mereka langsung tidak ada terhadap umat Islam di Gaza yang diserang Yahudi.

Malangnya kita dapati mereka (SalafiyyahWahhabiyyah) menyumbangkan pembunuhan dan peperangan keatas umat Islam pula. Mereka mendakwa mahukan Daulah Islamiah atau Khilafah Islamiah. Apa ini?! Merdeka dahulu Palestin baru kita bicara mengenai itu semua!. Kita dapati mereka (SalafiyyahWahhabiyah) di Palestin bila tokoh mereka berkhutbah sehingga sampai mengangkat senjata dengan pakaian serba hitam, ini adalah suasana yang tidak sepatutnya….”- TAMAT KENYATAAN DR.YUSUF QARDAWI dalam mengkritik gerakan SalafiyyahWahhabiyyah dan Hizbu Tahrir yang amat beria-ria mendirikan Khilafah tetapi umat Islam Palestin pula yang menjadi mangsa.
Dalam suasana yang kita tahu bahawa Konvai bantuan ke Gaza yang disertai lebih 40 buah negara termasuk negara bukan Islam telah ditahan dan sebahagiannya dibunuh oleh tentera Yahudi Zionis di kapal konvoi tersebut kita tidak harus lupa akan kacau-bilau yang dilakukan oleh Wahhabi dan Hizbut Tahrir terhadap umat Islam Palestian sehingga sekarang.

Wahhabi di Palestin telah membuka masjid dan sekali gus merupakan markaz gerakan mereka di Palestin yang dinamakan masjid itu sebagai MASJID IBNU TAIMIAH. Tiada masaalah jika masjid dijadikan tempat ibadah dan amalan yang baik tetapi malangnya Masjid Wahhabi tersebut telah dijadikan oleh Wahhabi sebagai pusat menghentam dan menyerang serta mengkafirkan umat Islam dan pemimpin Islam di Palestin dan HAMAS tidak terlepas dari serangan oleh SalafiWahhabi di sana. Pusat atau markaz Wahhabi itu juga dinamakan sebagai puak Ansarullah.

Masjid atau pusat Wahhabi di Palestin tersebut pada mulanya diketuai oleh seorang Wahhabi bernama Abdul Latil Khalid yang mendakwa berketurun Musa. Masjid Ibnu Taimiah tersebut juga menjadi tempat golongan Hizbut Tahrir mengerakkan fahaman mereka setelah kedua-dua fahaman ini (Wahhabi & HizbutTahrir) ditolak oleh umat Islam Palestian kerana terlalu melampau dan radikal sedangkan perkara itu akan membuatkan/mengakibatkan nama umat Islam di Palestin menjadi buruk di mata luar juga susah menyusun startegik terbaik untuk memperjuangan kemerdekaan Palestin dari Yahudi Zionis.

Perlu diketahui bahawa gerakan (SalafiyyahWahhabiyyah&Ansarullah&Masjid Ibnu Taimiah) ini adalah diadakan/diwujudkan di Palestin untuk merosakkan perpaduan umat Islam di Palestin dengan cara yang amat halus. Mereka juga mengkafirkan umat Islam seperti HAMAS dan seluruh umat Islam yang tidak mengikut mereka.

info dari http://pakmie.blogspot.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: