Dr Asri akan masuk UMNO minggu hadapan, demi sebar tajdid ala wahabi ?

Info terkini dari agen FB ana ( klik sini ) yang memantau perkembangan wahabi memberitahu Asri akan sertai UMNO minggu hadapan. Beliau akan disertai 100 ulama (mesti pro wahabi juga) termasuk yang memiliki lulusan Phd. Info juga ada di sini http://umno-online.com/?p=11348

Untuk imbas kembali, ramai perlu sedar bahawa pengasas UMNO Syeikh Abdullah Fahim datuk kepada Tun Abdullah adalah penentang keras wahabi. Beliau pernah berkata :

Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu. • Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-‘Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah.

Tuan – tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum – hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk – buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.

Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah (fahaman-penulis) akan dia.”-

Dipetik dr kitab SENJATA SYARIAT,ABU Qani’ah & Abu Zahidah

Seingat saya ramai tokoh UMNO tidak pernah menerima pendapat kaum Muda / Wahabi dan mengamalkan ASWJ. Usaha menyertai UMNO dengan membawa secara halus tajdid ala wahabi sangat berbahaya.

Selepas diselidik rupa-rupanya Dr Asri dipancing oleh Ketua Bahagian Bukit Bintang Datuk Ab Rauf Yusoh (gambar) yang mana persidangan bahagian tersebut telah dirasmi oleh Dato Shahidan, mantan MB Perlis yang kuat menyokong tajdid ala Dr Asri.

Ab Rauf Yusoh

Dalam ucapan beliau memuji usaha Ketua Bahagian Bukit Bintang (gambar)  menarik ‘ulama’ yang dianggap betul betul ulama sedangkan kita belum tahu siapakah yang akan membarisi senarai 100 ulama yang akan sertai umno minggu depan.

Info ini cukup menggusarkan kita kerana ia satu lagi usaha terdesak beliau selepas gagal menjadi YDP Yadim kerana ditentang 13 NGO yang anti fahaman sesat seperti Wahabi.

gambar kenangan Dr Asri dan Shahidan Kasim di UK

Maka itu, kita berharap info ini akan memberi peringatan kepada semua pihak yang cintakan kebenaran / bencikan kebatilan dalam ajaran Islam agar berbuat sesuatu.

Bukan tidak boleh untuk beliau sertai parti politik tetapi jika rugi lebih banyak dari untung, maka apakah kita nak biarkannya ? Tidak mustahil tujuan Dr Asri dan geng beliau menyertai Umno untuk menyebarkan tajdid ala wahabi selepas mereka gagal di peringkat tertentu dan terpaksa mencari parti politik untuk bernaung.

Untuk info ahli ahli UMNO banyak perkara beliau tulis atau ulas yang tidak selari dengan perjuangan UMNO dalam membela agama, bangsa dan negara seperti  :

  1. kalimah Allah http://www.malaysiakini.com/news/121160
  2. Isu Yoga / kritik Majlis Fatwa http://drmaza.com/home/?p=505
  3. Mengkritik Kabinet tentang isu agama anak bagi mualaf http://drmaza.com/home/?p=594
  4. Isu tangkapan khalwat http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/05/siri-1-membongkar-kesesatan-muftin-asri.html
  5. Menyiarkan artikel menghina Sultan Selangor http://drmaza.com/home/?p=1127

Untuk lebih jelas memahamai sosok tubuh insan bernama Asri ini, satu ulasan oleh bekas Presiden ABIM Yusri Mohamad merangkap Naib Presiden, Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) tentang Dr Asri seperti yang disiar oleh Utusan Malaysia pada 8 Nov 2009 patut dibaca bersama-sama.

Antara  lain menyatakan :

Oleh kerana beliau jelas mengambil pendekatan bertentangan dengan arus perdana Islam di Malaysia, tidak hairanlah beliau diminati oleh sebahagian tokoh, individu dan organisasi yang sememangnya prejudis terhadap arus perdana Islam di Malaysia. Beliau turut diminati oleh mereka yang cenderung terlebih liberalis, rasionalis dan ‘pemberani’ dalam soal-soal agama kerana mereka ini juga terasa terbatas dengan kuatnya arus perdana Islam ASWJ di Malaysia.

Dr. Asri juga menerima dokongan atau sekurang-kurangnya simpati segelintir tokoh agama dan orang politik yang memang sealiran dengan beliau. Aliran Islam yang diperjuangkan oleh Dr. Asri boleh digelar pelbagai nama walaupun beliau sendiri cenderung menggunakan istilah yang bunyinya lebih positif seperti ‘tajdid’ atau ‘kaum muda’ serta mengelakkan istilah yang lebih kontroversi seperti ‘Wahhabi’.

Moga Allah akan memelihara negara kita dari dikuasai mereka yang berfahaman songsang samada Syiah, Wahabi, Islam Liberal dan sebagainya.

Asri lebih sesuai sertai PAS dari UMNO kerana persamaan fikrah beliau dengan Nik Aziz dan Haji Hadi..

Allahummasturna Wal Muslimin BijahinNabi wabisirril fatihahhh !!!

7 Responses

  1. KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

  2. MASUK UMNO BOLEH, TAPI CAKAP SOAL POLITIK! KALAU NAK BAWAK FAHAMAN WAHHABI, TIDAK DIPERSILAKAN!

  3. Akhirnya……Dr Asri (Wahabbi UMNO) VS Nik Aziz (Wahabbi PAS) ! Semakin meriahlah pentas politik negara kita nie

  4. Bro

    Whoever u are, u are really sad!!! Bços of people like u, islam will continue to be weakened.

  5. Jika benar UMNO terima ulama tajdid air liur, maka UMNO tak ada kelas.

  6. Asri tu bila mengeluarkan pendapat, ada hujah2 yg dibawanya.
    Kalau nak kalahkan dia, kena lah bwk keluar hujah2 Quran atau hadis jugak. Takleh la dok asyik kata dia sesat semua, tapi takde nas. Orang berilmu tak cakap berdasarkan emosi dan akal fikiran je.

  7. Sejak awal penciptaan manusia,telah terjadi perpecahan.Dinyatakan dalam satu firman Allah S.W.T yang bermaksud:

    “Telah Aku jadikan manusia itu berbilang bangsa dan suku kaum supaya mereka saling mengenali antara satu sama lain dan yang paling baik antara mereka adalah yang bertakwa”

    Jadi perpecahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.pepecahan melangkaui sempadan negara,bangsa,agama dan lain-lain.Kita selalu mendegar seruan bersatu! Bersatu! Bersatu!,tetapi kesatuan kita atas dasar apa?Adakah kesatuan kita disebabkan oleh persamaan bangsa,negara dan agama?Manusia itu akan berhijrah kepada kumpulan @ kelompok yang mereka rasa cocok dengan jiwa dan fitrah mereka.Bukankah Allah berfirman”mereka yang bertakwa”?Jadi penghijrahan yang paling baik adalah kepada kelompok yang bertakwa.Tiada satu negara,bangsa dan agama dalam dunia ini yang bersatu,kerana mereka semua mempunyai citra yang berbeza.Pepecahan yang sebenar adalah penghijrahan daripada yang batil kepada yang hak.Berpecahlah daripada golongan yang berpaling, bersatulah kepada golongan yang mengharap redha Ilahi.Bagaimana pula mahu mengetahui golongan itu berpaling dan megharap redha Ilahi?Jawapannya ada di dalam kitab Al-Quran,kitab yang memperincikan perihal manusia yang beriman kepada seluruh isi kitabnya @ mengambil sebahagian daripadanya dan menolak sebahagiannya lagi.(mereka ini adalah golongan yang menurut hawa nafsu).Jadi kita semua di dalam golongan mana?Tepuk dada tanya iman.

    DALAM ISU mengkafirkan orang UMNO SEJAK TAHUN 60 AN LAGI PAS TELAH BEBERAPA KALI MENGHANTAR DAN MENGAJAK UMNO UNTUK BERMUZAKAH @ BERDEBAT DALAM ISU INI CARA TERBUKA ATAU TERTUTUP KEPADA SETIAUSAHA UMNO.. KALAU UMNO KATA DIA ADA BANYAK KITAB, MARILAH DUDUK SEMEJA DENGAN PAS BARU BOLEH SELESAI HAL INI..INI DASAR PAS, APA MASALAH KITA RUJUK DAN KEMBALI PADA ISLAM..UMNO DASAR DIA APA??

    Dalam isu kafir mengkafir syurga neraka,UMNO kena faham. Di dalam quran atau hadis, tiada pun sebut perkataan sokong pas masuk syurga dan sokong umno neraka .Begitu juga sokong umno jadi kafir, masuk neraka tiada dalam quran dan hadis.Tetapi pada zaman Nabi Muhammad s.a.w sudah ada puak yang membuat gerakan lain yang mahu mengasingkan islam dari iman iaitu Abdullah bin Ubay dan hendak berpada pada islam sahaja.Itu tidak boleh.Begitu juga puak yang hendak mempertahankan ideologi nasionalisme lebih tinggi daripada dasar islam.KALAULAH NABI MUHAMMAD MEMPERJUANGKAN BANGSA ARAB, KITA SEMUA TIADA PELUANG UNTUK MASUK SYURGA KERANA KITA MELAYU BUKAN ARAB.

    Islam dari Allah, agama rahmat sekalian alam dan Islam melarang asabiyah..Sememangnya dasar Islam adalah lebih baik daripada dasar dan ideologi ciptaan manusia..Begitu juga kefahaman sekularisme (politik suku,agama suku) amat ditegah oleh agama kerana secara tidak langsung merosakkan akidah islam kerana agama diasingkan dalam segala urusan..Allah telah menjanjikan neraka bagi puak-puak ini..Disinilah timbulnya isu kafir mengkafir dalam politik ini, dimana bolehkah UMNO BUKTIKAN yang perjuangan umno BUKAN seperti Abdullah bin Ubay yang mahu berpada dengan islam sahaja dan BUKAN pertubuhan yang mahu mengasingkan islam dari iman atau sekularisme(politik suku,agama suku)?ISU INI JUGA TERCETUS APABILA PEMIMPIN2 UMNO CUKUP LANCANG MENGELUARKAN KENYATAAN MENGHINA HUKUM ISLAM DAN SUNNAH NABI..UMNO SEPATUT BERTERIMA KASIH PADA PAS DALAM ISU INI KERNA MENYEDARKAN MASYARAKAT BATAS2 KUFUR DAN MENYELAMATKAN AKIDAH ISLAM YG DICIPTA OLEH UMNO SEPERTI “POLITIK SUKU,AGAMA SUKU” DLL..(BANYAK SANGAT NAK LIST)

    Dasar Pas, Islam memerintah. Dasar Umno, Islam diperintah.Maka tidak wajar orang Islam membiarkan Islam diperintah. Jadi bagaimana Umno nak membuktikan dia juga telah melaksanakan tuntutan alquran dan Alsunnah????

    Setahu saya dasar umno lebih kepada nasionalisme atau kebangsaan.Dan pemimpin pas , setahu saya sedaya upaya menasihati umno dalam hal ini tetapi pemimpim umno tetap angkuh dengan perjuangan nasionalisme ciptaan yahudi itu.. Persoalan juga timbul,APAKAH HUKUMNYA JIKA KITA MENGANGKAT DASAR NASIONALISME LEBIH TINGGI DARIPADA DASAR ISLAM PADAHAL MAJORITI UMNO IALAH ISLAM??SALAHKAH PEMIMPIN PAS @TGNA MENEGUR PEMIMPIN UMNO TENTANG INI SUPAYA MENERIMA ISLAM DAN TIDAK ISLAM SUKU-SUKU SAJA?MENGAPA UMNO TAKUT BERSATU ATAS DASAR ISLAM?TIDAK PERCAYAKAH UMNO MELAYU DENGAN ISLAM?

    Walauapapun hujah@persoalan diberikan , kita sebagai umat Islam TIDAK BOLEH mengkafirkan sesama agama sendiri walaupun pada zahirnya puak ini tolak Islam KECUALI mereka terang2 tolak hukum Islam..SAYA NAK TANYA BLOG NI, SEJAK BILA UMNO TAK HINA ISLAM??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: